Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 27 Disember 2012

7 hari: Aduhai wanita... siri 1

Pesakit terakhir yang menjadi jiran kami di wad sewaktu berkampung menjaga Putera M awal bulan ini... ialah bekas menantu Allahyarham pelakon dan pelawak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda.
Awalnya aku fikir dia menjaga adiknya...tetapi selepas diperhatikan...susuk badannya bukan gadis lagi...maka otomatik aku tahu, dia menjaga anaknya.

Usia masih muda, tetapi ujian ditalaq oleh suami menjadikan ibu muda ini banyak berfikir.
Sementelah encik kaunselor kerap bertukar shift menjaga putera M disebabkan tahap kesihatanku mulai merosot...maka banyak rahsia yang dapat dikorek. Ingatan untuk diri sendiri, selebihnya jika boleh jadi perkongsian...

Bersyukurlah...
Sebagai wanita, bersyukurlah mendapat seorang suami. Jika suami bukan kaki pukul, bukan kaki joli,
bukan penagih dadah, bukan pelaku maksiat...itu adalah anugerah ALLAh yang tidak terhingga kepada kita.
Jangan pula sebab suami sibuk cari belanja rumahtangga, isteri sibuk pula melayan perasaan kesepian... mencari orang lain untuk mengadu dan mengisi kesepian.

Lelaki hari ini banyak belitnya. Lihat isteri orang yang masih muda, ada sedikit rupa, yang penting duit berkepuk dan kesepian pula...sudah tentu banyak akalnya untuk membelit. Bukan niat untuk berkahwin pun...cuma ingin mengaut keuntungan...untung material dan juga seksual*. Mana ada lelaki yang sanggup menyara anak orang. Bukan seorang...bukan juga dua orang... jika bukan untuk 2 perkara * itu, apa lagi tujuannya?

Tak guna menyesal...
Jika sudah sampai kepada karma-NYA...mencari yang lebih baik...mungkin tiada. Yang menunggu hanya sang suami orang...tunang orang...lelaki hidung belang...juga yang dahagakan layanan semata...Jika termasuk perangkap, memang punah masa depan. Hanya iman dan amal menjadi penghalang.

Selalu aku katakan kepada abang...
Adakala, aku berasa ingin menyesal memilihnya sebagai teman hidupku dunia akhirat...
Tetapi bila sesal itu kuat menggoda...aku akan cuba memikirkan hal yang lebih positif.
Jika aku bernikah dengan orang lain dulu...
Mungkin lelaki itu bukan kaki masjid...bukan juga lelaki yang baik yang boleh kukongsi segalanya...
Mungkin juga bukan sesabar abang...menangani karenahku.
Aku yakin bukan aku seorang berasa perasaan itu, ingin cari lelaki lebih baik jika boleh berpisah dengan suami sedia ada...
Tetapi, hakikatnya...lelaki mane yang sanggup menerima wanita 'bekas isteri orang'?
Pasti mereka akan berfikir berjuta kali, penyebab lerainya rumahtangga wanita itu sebelum ini.
1 dalam sejuta, jika ada lelaki yang benar2 jujur dan ikhlas memperisterikan serta menyara wanita yang sudah beranak-pinak.

Maaflah jika ada yang terasa hati dengan penulisan ini.
Tetapi itulah yang aku dapat lihat...

Rabu, 26 Disember 2012

Selsema vs Subway

Alhamdulillah...
Allah uji lagi hamba-NYA yang sering lalai ini.
Kali ini dengan selsema pula.
Bermula sejak malam tadi lepas makan malam...
lega sekejap masa tidur...
sambung lagi hingga sekarang belum mahu reda gatal hidung dan juga
air hidung bak pili terhakis getah.

Alhamdulillah juga...
pabila dapat ketukan gembira di pintu pejabat...
dan menerima huluran sebungkus sandwich sayur dan secawan nescafe suam dari Subway.
sumber: http://world.subway.com/Countries/frmMenu.aspx?CC=MAL&LC=ENG&Mode= 

Mudah-mudahan insan pemurah itu diberi rezeki berlipat ganda oleh ALLAH swt.
Yang pasti, berdasar pengalaman lalu...bb dalam kandungan akan mengikut wajah orang yang selalu menghulur rezeki buatnye...
Moga itu akan jadi penawar buat insan sepertinya.

Petang ini, mungkin akan meredah lebuhraya pulang sebentar ke Little House untuk mengambil fail
sijil...SKT perlu diserah sebelum tengahari jumaat ini.
Moga perjalanan selamat dan selesema reda segera.



Jumaat, 21 Disember 2012

7 hari: Alahai anak...

Pesakit yang kedua yang duduk di katil sebelah kiri kami ialah sepasang cikgu dari Selangor yang balik bercuti di kampung nenek mereka. Anak lelaki ketiga kena demam panas dan jadi sawan.
Masuk waktu subuh sebab bila aku celik mata pagi tu, terus nampak katil tu dah ade orang.

Kedua-dua suami isteri ni masih muda. Malah lebih muda daripada aku sendiri. Tapi anak2 mereka jauh lebih tua daripada anak2 aku. Kawin awal...sedang sambung belajar..

Banyak jugak yang kami bualkan...tak termasuk perbualan mereka dengan abang.
Sebab dah boring jadi 'penunggu' wad...huhuhu...

Masa berbual dengan mereka ni...aku dapat ilmu di bawah ni... nanti nak aplikasi kat rumah kami.

"Cara untuk mengelakkan dinding rumah diconteng oleh anak"

Cat satu bahagian dinding rumah dengan satu warna cat pilihan, dan tetapkan bahawa hanya bahagian cat tersebut sahaja yang boleh diconteng oleh anak jika mereka ingin menconteng. 
Jika conteng bahagian lain, tetapkan denda atau hukuman untuk mendidik mereka patuh pada peraturan dan disiplin.


Yang atas ni aku dapat...tapi Putera M dapat lain pulak...

Keluar wad, kalau ade benda dia tak puas hati dengan aku, dia akan lepuk2 aku.
Ikut suke dia nak lepuk tang mane...
Yang ni aku tak puas hati. Terus aku lepuk dia balik.

Meniru anak cikgu tu, yang menurut kata ibunya kenan kat anak murid nakal kat sekolahnya.
Anak cikgu tu, kalau nak marah terus pukul2 ibu atau ayahnya sambil gigi atas kemam bibir bawah
macam orang tengah geram sangat tu.
Aku tahu, budak tu memang pukul sekuat hatinya. Tapi mak ayahnya, cuma tepis gitu2 je.

Putera M silap haribulan le dengan ummi dia...
Sebab bila dah 2-3 kali dia buat perangai gitu...aku larang tak nak dengar...
dapatlah lepuk 'ala-ala manja' gitu daripada umminye ni. 
Sape pernah kena lepuk 'ala-ala manja' dengan aku, tau le rasenye... hehehe

Aku ambik petua yang betul2 ok je nak kongsi kat sini...
Nanti aku share episod terakhir sebelum kami discaj wad...




Selasa, 18 Disember 2012

7 hari: Nak banyak susu?

Sumber: En Google






Gambar kat atas tu, impian aku 17 minggu dari sekarang.
Ngan bb tu je, ye...
bukan yang ngempeng sebelah kanan tu...hehehe...
Aku nak breastfeed bb kali ni selama 2 tahun...sepenuh masa.
Taknak lagi susu formula.
Sebab tu aku banyak mencari maklumat dan panduan untuk hasilkan susu 
yang banyak dan berkhasiat.
 


Masa dok kat wad jaga Putera M tempohari...aku tengok Orang Asli...
ye Orang Asli...bagi susu kat anak depa cam kat atas tu...
Anak dok dalam kendong kain, muka mengadap kat breast sambil hisap susu...
Kecik lagi...baru 2-3 bulan gitu.
Depa ni pun bukan tau malu...
selamba je buka breast kat tengah orang...
Tapi, kebanyakan lelaki termasuk la en somi aku tu kata...
"tak rase nak tengok pon...".
Err... ye ke?? ;p

Orang Asli ni bertunggu-tangga kat wad kanak-kanak ni pasal malnutrition.
Sampai 3 bulan dok wad pon ade sebab berat tak naik2.
hehehe...kalo tengok anak depa makan...
kita akan terfikir, "kenapalah anak aku tak makan camtu? selere aje...".
Tapi bila fikir balik...
anak kita dah makan macam-macam...mestilah pandai memilih.
anak depa...makan nasi saje pon ade...
sebab tu bila makanan sampai, mereka makan penuh selera.
Kalau makan tengahari, siap ade dessert...
Aiskrim khas untuk mereka je.
Orang tak asli tak dapat...
huhuhu...tapi makan banyak mane pon, depa ni lambat naik berat.
hehehe...

Eh melalut pulak!
Parents pesakit sebelah kiri katil Putera M yang masuk sama dengan
Putera M, subuh selasa 27/11/2012 ialah staff TNB dan isterinya berniaga.
Anak keduanya demam tak kebah2 walau dah pergi 2-3 klinik.
Masa jaga anaknye tu, dia bawa bb dekat usia setahun.
Gilir2 masuk dengan suaminya.

Aku bagitau dia, bb mudah kena jangkitan kat hospital.
Dia pun bagitau, bb dia fully bf takleh tinggal.
Oooo...begitu...
Tengokkan usahanya menyusukan bb terus aku tanya tips yang dia guna...
Apa katanye?
Semuanya macam yang aku tahu, aku dah pernah baca...
Tapi kita share juga ye...

1. Bagi setiap kali bb minta atau selang 2-3 jam sekali.
2. Ibu kena makan seperti biasa. Jangan hadkan makan sebab takut gemuk.
3. Minum susu... (dia cadangkan hi-goat kat aku sebab dia jual susu tu...katanye bagus)
4. Makan jantung pisang rebus untuk banyakkan stok susu.
5. Jangan lupa doa untuk susukan bb selama 2 tahun dan minta susu yg banyak.

Katanye, susu dia macam air paip.
Bb hisap sebelah, sebelah lagi pun mencurah-curah keluar.
Wah!! Teruja sungguh aku mendengarnye...
Semoga ALLAH swt memberi jalan dan kemudahan untuk aku merealisasikan impian ini
khusus untuk bb cumil ummi nanti...

Isnin, 17 Disember 2012

Anakku bukan bernama Qis...

Hari ni cuma nak menulis pengalaman di hospital tempohari.
Putera M sakit teruk dan terpaksa diberi bantuan oksigen selama 7 hari...
sehingga hari nak discaj...sebab bukan senang nak pakaikan wayar/tiub oksigen pada budak
usia 2 tahun 7 bulan.

Belum masuk nak bagi neb setiap 2 jam dan juga ubat setiap 4-6 jam...
Alhamdulillah selepas jenuh dipujuk, dipuji, diugut, diupah mainan...
Putera M mudah aje ambik neb dan makan ubat...

Neb dia pegang sendiri...
ubat tengok warna...kalau warna merah dan hijau muda...
dia akan ambil syringe sendiri, siap-siap muncungkan mulut
dan tekan sendiri syringe...telan ubat...dan ummi/ayah tepuk tangan
sambil puji Putera M 'pandai' melambung-lambung!
Kalu ubat warna putih...yang tu kena tunggu ayah datang untuk bagi dia makan.
Dengan ummi...tak jalan langsung.

7 hari di wad...
pesakit katil sebelah kiri kami bertukar ganti.
Hanya kami je setia menunggu kat situ sebab mintak nak tukar hospital...
Dr tak beri atas alasan, Putera M perlukan bantuan oksigen..
perjalanan yang jauh mungkin akan menimbulkan masalah lebih besar.
Jadinye, terpaksalah kami bersabar sehingga dibenarkan pulang.
Apapun, aku tak suke hospital daerah kecil...
sebab Dr dan misinye (tak semua) ingat parents yang jaga anak kat situ...
semuanya 'orang bodoh', 'takde pelajaran', 'takde perasaan','tak reti jaga anak', dan banyak lagi...
buat naik darah je nak ingat.

7 hari di wad juga...
buat aku belajar banyak perkara...
Perkara ni aku akan kongsi dalam penulisan yang lain nanti.
Tapi, satu yang paling aku sedar ialah...
ANAKKU BUKAN BERNAMA QIS!
:(


(SUMBER: EN GOOGLE)

Isnin, 10 Disember 2012

Alhamdulillah...

Kembali semula selepas lebih sebulan tidak menulis.
Bukan sebab malas...tetapi tiada talian internet dan juga masa yang sesuai menyebabkan blog ini bersawang...
Alhamdulillah...putera M kembali sihat setelah 10 hari berada di wad akibat AEBA o pneumonia.
Terima kasih kepada Dr Rozaida yang begitu mengambil berat...menelefon...bertanya khabar... memberi tips...walaupun beliau sendiri sedang bertarung dengan kesakitan.

Minggu ini, target hanya diberikan untuk menyiapkan tugasan di pejabat.
InsyaAllah...blog akan dikemaskini semula seperti dahulukala...secara berdikit-dikit.

Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya...
Amin.

Khamis, 1 November 2012

Jom tengok...

Saya buka blog baru.
Khas untuk vitamin.
Sudi-sudikanlah menjenguk ke sana ye...
http://putryladyandvitamins.blogspot.com/

Isnin, 29 Oktober 2012

Selamat hari raya aidiladha

Tak terlambat lagi kan...untuk ucap selamat hari raya aidiladha...
Sebenarnya, nyaris aje beraya kat wad jumaat lepas.
Petang selasa kena admit kat GH penang....
sampai pagi rabu, doc dah buat keputusan...
tapi pagi khamis, doc masih tak sebut apa2 pasal discaj....

huhuhu...oleh sebab tak puas hati...maka akupun berair-air mata
minta nak balik tengok anak...
Yelah...janji dengan puteras nak pegi jumpa doc sekejap aje...
mujur juga aku tinggalkan depa kat rumah mak lang di kg.
Bayangkan 2 malam tak lena tidur...pusing kanan ada nyonya ah hoon...
pusing kiri...ada misi muda baru belajar peknen...huhuhu...letih dan sedeh...

 Bila aku beria-ia nak balik, doc kata, aku akan balik atas tanggungjawab sendiri.
Kalau apa2 hal aku kena pegi hospital terhampir.
Ok! aku terus siap2 lepas discaj...menderum balik kg.

Putera H di kg bila orang tanya...
Orang kg: Ummi pegi mane?
Putera H: Ummi jumpe dokte..ummi sakit...ade baby dalam perut ummi....

Huhuhu...sekampung tahu aku peknen kali ni.
Hari sabtu bila aku pegi GH sekali lagi...
Putera H cerita di surau...

Abah : Hariri, ummi mane? (abah ni pak menakan puteras)
Putera H: Ummi sakit...jumpe dokte...hayiyi pun sakit...sakit pale...(sambil picit kepala) sakit perut...kena jumpa dokte...

Ayahnya tepuk dahi dengar anak sebut gitu...
Huhuhu...

Raya haji kali ni hanya along yang buat akikah.
Dapatlah kami berkumpul sepetang bersama bapa dan mama.
Macam-macam cerita bila berkumpul ramai2 begini...
Puteras pun bukan main seronok main dengan sepupu mereka.

Menu banyak tapi sangat berpada-pada...cukup2 je untuk sekeluarga.
non-bake cheese cake menjadi rebutan kali ni...insyaallah kalau dapat buat gathering disember
nanti, non bake cheese cake akan ditambah kuantitinya...
maklum aje, tukang masak baru discaj wad...masak pun dalam keadaan pening2 dan sakit kepala...
kalau ikut hati...nak terbaring je tak nak buat apa2...
huhuhu...

Khamis, 18 Oktober 2012

ESP lagi...

ESP bukan hanya untuk ibu mengandung atau menyusukan...
Tetapi ia adalah sumber lengkap protein untuk tubuh kita.
 Ini data yang saya ambil dari web shaklee...

 Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

(sumber : http://www.shaklee.com.my/bm/)


Bagaimana pula dengan kata individu yang telahpun mencuba ESP untuk diri mereka?
Saya kongsikan daripada facebook....

Salam sejahtera,saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya mengambil ESP dan CINCH. Ceritanya bermula semasa bulan puasa lepas. Wife saya yang menggalakkan saya ambil cinch dicampur dengan ESP untuk memberikan tenaga semasa bulan puasa. Alhamdulillah, saya rasa bertenaga selepas ambil CINCH + ESP. Saya ambil semasa sahur dan semasa berbuka. Alhamdulillah, nak pergi solat tarawikh pun tak rasa lembik, (tapi kekadang tu malas jgk hehhe). Lagi yang bestnya, sebab diet terjaga, dibantu dengan CINCH +ESP, berat badan turun 4kg. Alhamdulillah, saya teruskan minum CINCH . Berat sekarang dapat maintain, dah tak naik sangat sebelum ambil CINCH. Sejak menggunakan shaklee, saya baru serius ambil berat tentang kesihatan, sekarang dah rajin turun padang main bolasepak, atas kesedaran kesihatan . Lagi yang bestnya, SHAKLEE ni memang banyak kajian saintifik, yang perlukan kita banyak membaca, sesuai dengan aktiviti saya sekarang yang sedang buat PHD. Alhamdulillah, terima kasih SHAKLEE.

Pengalaman hubby, br semg makan vit E, zinc n esp. Suatu masa dulu hb seorg perokok tegar,lepas stop dkt 6thn, dia ada masalah gusi hitam, lepas amik shaklee, gusi da bertukar kemerah merahan. Xcited sgt dia.

As salam....sy ambik set A + ESP utk tambah energy sbb sy selalu letih n lesu. Ms tgh drive pn kdg2 rasa nak trlelap. Kesan serta merta sy dah x rasa letih n lesu lg. tp yg plg best lps 2 wk dah nampak kesan pd kulit muka. muka sy jenis oily n bekas jerawat yg dah brtahun2. Masa mengandung anak ke 3 ada pigmentation. Muka Nampak kusam n x brmaya. Dua2 gambar ni tanpa bedak or foundation. Smlm sy tambah vit e n x sabar nak tgk kesannya. Kredit to Najihah Abdul Mutalib sbb kenalkan produk ni.
Ni antara  testimoni pengguna ESP.
Amacam, ada terancam??
hehehe...



HUBUNGI SAYA | Niza | 019 57 37 227 | norhaniza.khairi@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Selasa, 16 Oktober 2012

ESP...14 hari lagi...

Salam semua.
promosi ESP shaklee tinggal 14 hari je lagi.
Sesiapa yang nak rasa kebaikan ESP dengan harga istimewa,
bolehlah hubungi saya.
Antara kebaikan ESP bukan hanya untuk ibu yang menyusukan bayi...malahan ibu mengandung juga dapat manfaatnya. Tidak mustahil juga bagi yang aktif hingga tak sempat nak atur jadual makan dengan baik...
ESP boleh membekalkan sumber protein yang lengkap untuk gizi seimbang.

Jom rebut!!

HUBUNGI SAYA | Niza | 019 57 37 227 | norhaniza.khairi@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Isnin, 15 Oktober 2012

Aduhai puteras Ummi...

Lama tak menulis kan?
Minta maaflah...perasan sibuk sikit. Hehehe...
Hari ni cuma nak berkisah tentang puteras...
Hmmm...besar dah anak ummi dan ayah ni...
Selalu ayah sebut..."besar dah anak kita...kan?".

Putera H
Lokasi: rumah Mak Lang di UK, Gerik.

Ummi: Hariri, bagi adik minum sikit air tu...kongsi ye...?
Putera H: (beri pada adik botol air mineral, sambil tengok pada adik) Hiii...ade ikan...
Putera M tak jadi minum, belek- belek botol air.
Putera H: Ade iiikaaaan...hiii...jik! (jijik)-(sambil senyum sumbing)
Putera M dah berubah airmuka...tak jadi minum.
Ummi: Mane ikan?
Putera H: Tu...ikan. (tunjuk kat dasar botol air mineral)
Ummi: Takdelah! Adik minum je...abang usik je tu...minum cepat.
Tak bagi adik minum le tu...

Putera M
Lokasi: Dalam kereta otw balik umah dari taska

Ummi: Ni beday tu yu (kek) aunty Aida bagi...
Putera H&putera M: Nak..nak..Nak beday tu yu...
Ummi: Dah makan kenalah ucap terima kasih pada aunty aida...kata apa adik?
Putera M: Anti ada...timaaceeeh...
Ummi: Ok, adik cakap time kaseh kat telefon pada aunty aida tau...
Putera M angguk dan Ummi serah telefon pada putera M.
Putera M: Anti ada... nak attomen...attomen mesh...
Aduhai anak ummi ni...

Inilah puteras ummi sejak pandai bercakap ni...
Huhuhu...


Isnin, 8 Oktober 2012






Hari ni nak share tentang vivix. Banyak faedahnya kepada kita semua terutama kepada yang telah meningkat usia. Saya dah rancang nak belikan untuk suami. Nanti saya akan ceritakan kesannya.


HUBUNGI SAYA | Niza | 019 57 37 227 | norhaniza.khairi@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Selasa, 2 Oktober 2012

Shaklee dan promosi bulan oktobernye...

Lama tak update blog kan?
Hari ni nak kongsi dengan kawan-kawan yang Shaklee sedang buat promosi ESP.
Energizing Soy Protein tu la...
Alahai...nak buat stok sebab benda ni milk booster memang sesuai sangatlah ni...
Tarikh luputnya pun jauh lagi...2014 nun...
Nampaknya, bolehlah beli untuk 'baby' ni nanti...

Kawan-kawan yang berminat nak buat stok tu...kalo kebetulan dok area Grik dan sekitarnye...
atau belah utara...atau mana2 bahagian dalam malaysia ni...bleh le ode...No untuk dihubungi seperti di bawah tu...

Kalo dok Grik...weekend insyaallah bleh hantar by hand kat pekan Grik....tapi kena order sebelum jumaat le...

Promosi ni bulan Oktober je tau...


Bagi kawan2 yang belum tahu...kelebihan ESP ni dah banyak diceritakan. Cubalah tengok sini  .

Kalo berminat dan ingin tahu harga promosi,...

HUBUNGI SAYA | Niza | 019 57 37 227 | norhaniza.khairi@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Selasa, 18 September 2012

Surat berantai

Memula, masuk ofis pagi ni...dapat emel.
Lepas tu terus pegi blok pentadbiran tengok pigeon hole...
kut-kut ade surat penting....
Wiiihuuuu!!!
2 surat berantai...

surat 1- jemput pakai jubah akademik kat majlis konvo...pestaim ni...siap kena gelak dek x supervisor aku lagik. Cesss!!!

surat 2 - ajak aku kira undi MPP minggu depan. Kehadiran wajib! aktiviti bermula lepas jam 5 petang...
mane aku nak letak puteras ni???

Aduhai ....

Isnin, 10 September 2012

A special gift from my beloved SIL

Nak tahu ape die???
tengok kat sini.
Cantikkan ?
Kalo sempat, next week baru nak gantung.
Mesti orang kg tengok jeles..kan?
hehehe

Nak order?
Sila contact my SIL kat web dia tu.
hehehe..
Tengkiyu Yong!

Khamis, 6 September 2012

Kehamilan ektopik???

Semalam seperti disaran oleh Dr di sebuah klinik muslimah,
aku pun pergi semula untuk repeat scan.
Puas tunggu selama hampir 2 jam sebab ada kes bersalin.
Hati berdebar jua walau aku yakin baby ada.

Scan dimulakan...dan sekali lagi masih tidak nampak apa-apa.
Dr mula musykil...tanya macam2 termasuk simptom2 hamil.
Sudah tentu semua simptom awal sudah ada.
Termasuklah rasa ketulan di ari2.

Oleh sebab tidak nampak apa-apa,
Dr sarankan aku ke GH segera untuk buat transvaginal scan.
Cuak betul jadinya.
Hampir sahaja aku menangis sepanjang jalan ke GH.
Mujur sebab aku takut sesat, dah terlalu lama tidak masuk ke pusat bandar...
maka, aku tidak jadi menangis.
Jantung berdebar2 tak keruan.

Masuk ke GH, bertanya di bahagian Outpatient Department...
mereka minta aku daftar dan periksa dulu di situ.
Sekali lagi aku kena buat UPT.
Ini kali keempat aku buat UPT dalam tempoh sebulan.
Dan inilah kehamilan yang aku paling banyak kena buat UPT,
yang dulu2 cuma buat 2 kali je...terus confirm.

Kemudian aku diminta ke A&E pula...
Jam sudah menunjukkan jam 4 petang.
Aku hubungi abang dan beritahu segala kemungkinan...
Bimbangnya hati hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu.

Selesai soal jawab di A&E, aku diminta naik ke
wad O&G.
Huhuhuhu...sedih betul bila tengok tiada seorang pun Dr Melayu yang incharge.
Mane semua dr Melayu kat Malaysia ni???
huhuhuhuh...

Dalam terpaksa, aku setuju jugaklah untuk buat scan.
Demi baby...
Alhamdulillah sebaik sahaja scan, terus nampak
a tiny little sac in my womb, only 8.0mm in size.

Alhamdulillah yang tak terhingga.
Lega selega-leganya...
Lepas berbincang serba-sedikit dan ambil surat rujukan ke
Klinik Kesihatan, terus aku bergegas pulang untuk
ambil puteras di taska.
Mujurlah kesesakan tidak teruk...
Separuh pulau aku lalui dalam tempoh 40 minit...
mengharung ribuan kereta yang juga baru pulang dari pejabat.

Alhamdulillah...
Syukran Ya ALLAH...
Terlalu banyak kurnia-MU...
buat hamba yang sering lalai ini...

Rabu, 5 September 2012

Syawal tahun ini...

Lama tak menulis kan?
Penyakit baru datang...virus M pun menyerang.
Memang banyak kisah nak cerita, tapi satu-satu la ye.

HUJUNG RAMADHAN TAHUN INI
Dekat nak raya tempohari, sebaik mula cuti...
Lewat petang gak sampai ke rumah...
Mujur ade lauk dalam fridge yang boleh dimasak..
Kami berbuka dan bersahur 3 beranak sahaja...
Hairan juga, entah mengapa abang tak pulang walau
dia menelefon senja itu...

Lepas subuh esoknya, abang pulang...kami masih tidur (lepas solat subuh).
Rupa-rupanya abang ingat kami tak pulang lagi.
Terkejut besar dia melihat kasut penuh depan pintu, tapi kereta
dia tak perasan sebab parking tepi rumah.

Oleh sebab sabtu dah nak balik KK, aku minta abang
belikan bahan untuk buat rendang tok.
Resepi bonda yang dah 5 tahun tidak kujamah.
5 tahun sejak pemergian bonda.

Subuh sabtu, lepas bersahur aku sediakan kek coklat moist.
Kemudian bersiap untuk balik ke KK bersama puteras.

1 SYAWAL TAHUN INI
Persiapan ala kadar sahaja.
Aku bawa balik rendang tok dan kek coklat special.
Kak Long masak nasi minyak terengganu, ketupat, kuah kacang.
Mama masak taucu daging feveret kami dan rendang ayam.
Lemang beli yang sudah siap.

Sibuk berbual dan bermesra bersama keluarga, membuatkan aku memang
terlupa langsung untuk bergambar.
Apatah lagi aktiviti kami..makan...makan...makan...
Siap beli aiskrim dan makan dengan kek.

Puteras paling seronok...
bermain dengan abang najmi dan kakak ji'ah.
Kakak Aisyah yang semakin tinggi dan hampir sama tinggi dengan Cu
walaupun baru darjah 6.
Abang Aiman yang tinggi melangit macam galah dan suka sangat dengan
kek coklat moist Cu...Cu tahu kamu memang rindu masakan Cu...
Abang Fahmi yang nampak makin hensem dan matang setelah masuk matrikulasi.

2 SYAWAL TAHUN INI
Abang pulang untuk beraya bersama kami.
Puteras pun berbaju raya cantik.
Kami beraya ke Ipoh rumah kak Adik.
Nyah Hanim dan semua anak2 mereka ada bersama.
Lerai juga rindu dapat bersua muka dengan mereka.

Rendang tok permintaan Kak Adik bertukar tangan.
Mudah-mudahan dapat merungkai rindu rasa air tangan arwah bonda.
Percubaan pertama, tentu sahaja ada cacatnye.

3 SYAWAL TAHUN INI
Kami sekeluarga balik ke Little House.
Beraya ke rumah adik-beradik sebelah abang.

Sempat singgah farmasi dan beli UPT.
Ayat abang yang berbunyi penafian memang 100% salah.
Hehehe.
Syukran ya ALLAH.

4 SYAWAL TAHUN INI
Kami memang tiada persiapan kuih di Little House.
Oleh sebab ada kemungkinan anak2 buah abang akan datang beraya,
aku minta belikan bahan memasak.
Abang pun setuju untuk buat rumah terbuka untuk adik-beradiknya malam itu.

Jadi aku berkampung di dapur dari jam 7 pagi hingga 1 pagi.
Menu kami: Nasi beriani, ayam beriani, pecal, pajeri pelam,
ayam panggang lemon, agar-agar kosong,
kek coklat moist (tak cukup sebab ramai yang berkenan).

Majlis mula lepas isyak.
Buat doa selamat dan kesyukuran sedikit.
Alhamdulillah semua tetamu dapat makan dan tapau bawa balik.
Sebenarnya juga tarikh yang sama dengan harijadiku.

5 SYAWAL TAHUN INI
 Entah mengapa rasa tak sabar berkongsi berita gembira.
Sempat sms kakak-kakak sepupu dan maklumkan berita UPT positif.
Kalau masa puteras dulu dah nampak perut baru orang tahu aku mengandung...
Tapi kali ini berlain benar.
Rasa teruja dan sangat gembira untuk berkongsi berita ini.

Malamnya aku terima sms balasan daripada kakak sepupu selepas kutanya tentang
rendang tok yang kumasak...

"RASA. SEDAPPPPP.....SEBIJI MACAM AIR TANGAN ARWAH. BOLEH BISNES TU."

Sehingga seminggu selepas itu, aku masih membuka dan membaca sms itu berulangkali. 

Dan setiap kali itu jugalah airmataku tak berhenti mengalir.
Bukan sebab syahdu orang puji masakan aku,
Tapi sebab aku ingatkan Bonda.
Rindu amat.

Ada insiden yang membuatkan aku tahu, Bonda pulang ke rumah ramadhan lalu.
Waktu kami pulang ke rumah di KK bulan ramadhan lalu untuk membersihkan rumah...
putera H asik menegur "Opah!!". kemudian asik senyum dan melambai2 ke satu arah.
Bila aku tanya, "mana opah?"
Putera H akan cepat2 tunjuk dan bila dia seolah2 tidak nampak opahnya di situ,
dia akan berlari mencari.
Beberapa kali...ya beberapa kali berlaku. Hingga aku benar2 yakin
Bonda memang ada di rumah itu sepanjang ramadhan.
Insiden itu hanya berlaku di bulan ramadhan. Tidak di malam syawal mahupun di
siang syawal.
Kali terakhir kami pulang membersihkan rumah di bulan ramadhan tahun ini,
semasa di dalam kereta untuk pulang ke Little House...putera H berkata,
"Opah! bye-bye opah...". sambil
tangannya laju melambai ke arah rumah.
Rumah yang kosong sebenarnya...

Maha Suci-MU Ya ALLAH...
Terima kasih atas segalanya.
Atas segala rezki-MU.
Atas segala ketentuan-MU.
Atas segala rahmat-MU.
Atas segala nikmat dan kurniaan-MU yang tidak mampu kuucapkan
satu-persatu...hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahui segalanya. 

ALHAMDULLILLAH...SYUKRAN YA ALLAH.







Isnin, 27 Ogos 2012

Hadiah harijadi tahun ini...

Apa hadiah harijadi tahun ni?
hehehe...seperti sticker terbaru kat sebelah tu...
Alhamdulillah.
Doa bulan Ramadhan, minta puasa penuh ...
Allah makbulkan. huhuhu...
Syukran ya ALLAH.
;)

Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam lebaran semua. Bahang raya pun dah mula terasa.
Hari ni hari terakhir berpuasa dan bersiaran dari obersi.
Nak balik ke tanah besar dah tengahari nanti.
Kejap lagi nak balik kemas umah dan angkut barang masuk kete.

Macam tak muat je kete...
Barang banyak.
Memacam plan nak buat raye ni.
Entah menjadi, entah tidak.

Apapun, hati tak berapa gembira nak berhari raya.
Berbelah bahagi je rasenya.
Nak atau tak nak...raya tetap raya.
Cuma mood raya tu aje yang kureng.
Apatah lagi mood balik kg...
Bunyi-bunyi yang dibawa angin tak berapa sedap didengar.
Atau adakah sebab aku yang sensitip?
huhuhu...ntah la...

Apapun, selamat hari raya
maaf zahir batin kepada semua yang berkunjung ke blog ini.

Rabu, 15 Ogos 2012

Alahai anak ummi...

Putera H dan Putera M,
Awal minggu ini, ummi dapat 2 kad raya dalam peti surat rumah kita.
Ummi memang tunggu kad ini sebab cikgu Widad dah bagitau akan pos
masa lawatan ke pejabat pos tempohari.
Tapi, kesian anak2 ummi...
Cikgu Widad bagitau, putera M menangis masa semua sibuk2 nak naik
kereta pegi rombongan.
Menangis sebab tengok akan naik kereta selain kereta ummi dan kereta ayah.
Putera H pula bila tengok adik menangis, terus tarik tangan adik dan bagitau...
"tak payah...tak payah...," pada cikgu Widad.
Akhirnya, puteras tak ikut lawatan dan cikgu Widad yang tolong
poskan kad raya untuk ummi dan ayah.

Semalam,
masa ummi buka beg sekolah nak keluarkan baju2 kotor...
ummi terjumpa 2 paket kuih raya.
Tersenyum ummi sorang2.
Ummi tahu mesti anak2 ummi yang buat di taska.
Dalam usia 3 dan 2 tahun, ummi sangat pasti aktiviti ini pasti menyeronokkan
buat kalian.
Di rumah pun, kalau ummi buat kuih atau kek, puteras akan sibuk menolong.
Terpaksalah ummi bahagikan adunan menjadi 2 bekas setiap kali.
Kuih Conflakes bersalut coklat tu memang sedap...
Terima kasih anak-anak ummi.

Petang nanti mungkin jadi petang ke-3 kami berbuka makan nasi beriani.
Putera H bukan main suka makan nasi 'berperasa' ni.
kalau ummi tahu, dah lama ummi buat untuk anak molat ummi ni.
Mula malam ahad, ayah bawa balik nasi minyak moreh dari surau.
Bila tengok ummi makan, putera H pun bagitau nak..
lepas sesuap-sesuap lagi putera H makan, sampai ummi kena tambah.
Mujur ayah bawa balik 2 bekas.

Hari Isnin pula, ummi teringin nak makan nasi beriyani di Kayu nasi kandar.
Ummi tak terfikir pula, putera H akan suka...
putera M jangan sebut la...memang tak jamah punye.
Putera M makan ayam je.
Waktu bebruka puasa, bila ummi bawa talam hidang depan tv...
puteras siap bersila keliling.
Sebungkus nasi beriyani, macam tak cukup je bila kongsi dengan putera H.
Hampir 50% masuk dalam perut putera H.
Ummi puas hati sebab putera H makan kenyang.
nanti tak berkelahi dah dengan adik.

Hari selasa, ummi bagitau ayah putera H suka makan nasi beriyani.
Tiba-tiba terus teringin nak cuba masak sendiri.
Ummi keluar ke Mydin, beli barang dan terus masak.
Menjadi dengan sedapnya. Cuma tak guna beras basmathi je...
kalau tak memang sempurna kejadiannya.
putera H makan lagi sampai sepinggan sorang sebab ummi buat banyak.
Boyot je perutnya masuk tidur kul 9 lebih lepas tengok Oggy & Cocroaches.
Tak meragam, tak minum susu banyak...
putera M? merengek je kejenye sebab tak selera makan.

Apapun, lepas ni ummi ada geng nak makan nasi beraneka rasa ni...
menu seterusnya ialah nasi tomato, nasi daging, nasi jagung, nasi ayam, dan banyak lagi...
heheheh...
Alhamdulillah, syukran ya ALLAH.




Rabu, 8 Ogos 2012

Ummi nak pegi lawatan?

Alhamdulillah...
tercapai sudah hajat hati nak bersihkan rumah pusaka di KK.
Walaupun belum bersih sepenuhnya dan banyak juga kerosakan sudah berlaku,
rumah tersebut sudah boleh kami duduki dengan agak selesa.

Dapatlah berbuka puasa2 kali dengan bapa;
dan 1 kali dengan along.
Subuh tadi, kami 3 beranak gesa2 pulang ke 'oversea'.
Ummi yang terlebih...sebab bila tanya putera H,
dia tak tahupun.

Makanya, pagi tadi, setengah jam sebelum rombongan bertolak...
puteras sampai ke taska.
Cikgu nak bawa mereka melawat Pejabat Pos.
Huh! seronokkan?
Ummi yang over sebenarnya.
Ummi juga tak sabar nak tunggu kad raya kiriman anak2 ummi sampai
ke peti surat rumah.
Ummi dah dapat agak aktiviti ape yang akan mereka buat di sana...
sebab bayaran rombongan hanya RM 0.60 seorang untuk beli setem kata cikgunya.

Mudah-mudahan puteras tidak nakal dan sentiasa ikut peraturan
dan arahan cikgu mereka.
Ummi berdoa setiap masa semoga semua ahli rombongan
selamat pergi dan selamat pulang ke taska.

p/s: ummi yang terlebih seronok sebab masa sekolah dulu,
      hanya 2 kali je dapat ikut rombongan dengan kengkawan...
      kempunan je...bila dengar kisah kawan2 ikut rombongan. huhuhu...

Selasa, 31 Julai 2012

Terror tak?

Hehehe...
Tak tahu nak menulis apa.
Bulan pose ni, mood menulis dah ke laut...

Walau bagaimanapun, pagi ni nak kongsi kegembiraan.
Tu yang tanya dulu tu...terror tak?
hehehe...
Seperti sedia maklum, dah 2 bulan aku berada di ofis baru.
Persekitaran dan rakan sekerja baru.
Sejak masuk, aku masih tak susun barang2 sebab kata
pegawai bertugas, aku akan dapat bilik lain.

Jadi, tunggu punya tunggu punya tunggu...
Alhamdulillah, pagi semalam pegawai tersebut minta aku ambil kunci
bilik di pejabat.
Ngeh..ngeh..ngeh...
Pagi ni, aku datang awal ke pejabat sebab nak angkut barang masuk bilik baru.
8.20 pagi, aku dah siap pindah.

Susun mana yang ada dulu...masih banyak lagi di Little House kami
yang perlu aku bawa minggu depan.
Memandangkan dah dapat tempat strategik, akupun nak pasang printer sekali.
Banyak juga dokumen yang masih belum print dan serah.
Bila dah sambung, cari CD installer takde la pulak.

Telefon abang tanya cemane nak buat...mudah dan cepat je dia jawab...
"Ha itu tak tau le abang...kena cari kat internet le download atau tanya orang IT".
huhuhu...

Akupun cuba telefon pegawai IT, tiada jawapan setelah 3 kali redial.
Akhirnya aku cuba cari kat google.
Sekali cuba je...alhamdulillah printer canon MP258 ni terus berfungsi dengan baik.
Dakwat je yang dah hampir kering.
Alhamdulillah.
Terima kasih kepada
http://mindaict.blogspot.com/2010/12/install-driver-printer-canon-pixma.html
dan en. google.


Rabu, 25 Julai 2012

Ujian...

Alhamdulillah hari dah masuk puasa hari ke-5.
Macam2 berita yang kudapat...
Sedih-sedih belaka.

Cerita aku...
Tiada apa nak diceritakan.
Biasa2 aje...
Sibuk di ofis...
Sibuk lagi di rumah dengan puteras
yang hari2 semacam tak puas hati sebab
ummi sibuk di dapur sebaik sampai rumah sampailah waktu nak masuk maghrib.
Cuma sejak mula puasa ni...
puteras macam takde selera je...
Tak nak makan... kalau makan nak suap ummi...
ummi mana buleh makan, ummi puasa...
Terus tak jadi makan..
Makan kepok dan minum susu...
waktu berbuka bila nak suap makan nasi,
dah kenyang dek susu.
Ujian juga ni...

Apapun, bersabarlah menghadapi ujian di bulan Ramadhan ini, ye.

p/s:
Ekeke...lupa nak tekan butang publish...tulis pagi tadi.
publish dah petang...seb baik tak padam tab ni tadi...huhuhu

Khamis, 19 Julai 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...
Itu sahaja yang boleh aku katakan.
Untuk apa?
Untuk segalanya yang ALLAH swt anugerahkan kepadaku.

Dulu waktu aku kecil2, aku selalu berangan-angan boleh tengok bunga skura atau main salji
macam dalam cerita jepun...
Tapi sekarang, ianya tak mustahil boleh aku capai...
Insyaallah dalam trip akan datang.

Dulu waktu mula2 kerja, aku hanya dengar cerita kawan2 yang pernah belajar di luar negara...
Sekarang, alhamdulillah aku dah pergi ke salah satu tempat yang mereka ceritakan.

Aku juga pernah membaca sejarah Turki dan kagum dengan kehebatan tenteranya...
Alhamdulillah aku telah pernah menjejak Istanbul beberapa tahun lalu.

Aku juga selalu dengar orang pergi ke China...
Alhamdulillah ALLAH swt beri aku peluang ke Shanghai beberapa tahun lalu.

Orang Malaysia asik sangat nak cari mat bangla sebagai bf ...
Alhamdulillah aku dah saksikan sendiri betapa dhaifnya Bangladesh beberapa tahun lalu.
Walau bagaimanapun, aku sangat rindukan bau dan rasa kari serta kuah dhal mereka.
Lazat tak terperi.

Trip yang sangat2 aku syukuri ialah trip umrah dan ziarah...
Alhamdulillah, beberapa kali rezeki ALLAh swt berikan kepadaku.
Puas sebab dapat bersama dengan bapa dan Bonda dalam dua trip terakhir...
Cuma niat tunai umrah atau haji bersama abang dan puteras sahaja yang belum termakbul.

Sengaja aku catatkan di sini sebagai ingatanku.
Bukan niat menunjuk-nunjuk sebab sebagai manusia biasa aku
ni mudah lupa ke mana aku pernah jejak...
Selebihnya hanya ALLAh swt Yang Maha Mengetahui.



Rabu, 18 Julai 2012

Julai lagi..

Bulan Julai bukanlah bulan yang seronok untuk ditempuh.
Bagi diri akulah...
Julai ialah bulan di mana aku kehilangan insan yang tersangat aku sayangi;
walaupun hari jadi Along dan Aisyah (anak ketiga Along) jatuh pada bulan julai.
...........................................................................................
..........................................................................................
berhenti menaip kejap tadi...sebab airmata dah penuh takung.
Genap 5 tahun pemergian Bonda...

Tapi aku masih rasa bonda ada di rumah kg.
Aku masih selalu dail no 05-7768342 sama seperti sebelum 5 tahun yang lalu...
Aku masih sarung semua kain batik Bonda yang telah beliau guna sebelumnya...
Aku masih simpan beberapa pasang baju...
Aku juga kadangkala secara tak sengaja menuturkan ayat yang sama Bonda guna untuk
marahkan kami waktu kecil...
Dan aku masih belum pernah masak rendang tok resepi Bonda sejak pemergian beliau...

Dan sehari sebelum tarikh ulangtahun pemergian Bonda,
abang kehilangan abang iparnya, juga birasku...
akibat sakit jantung...
Abang Kamaruddin...
Seorang suami, ayah, dan abang yang sangat baik serta warak.
Mudah-mudahan beliau bersama orang-orang beriman di sana.
Al-Fatihah...

Ramadhan juga sudah hampir...
Mohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan yang
mengikut blog ini..
Mudah-mudahan ibadat kita dipertingkatkan tahun ini,
semoga kita dapat beribadah dengan istiqomah dan beroleh keberkatan.
Oh ya...jangan lupa banyakkan berdoa waktu berbuka puasa;
Insyallah makbul...

Marhaban  ya Ramadhan!

Jumaat, 13 Julai 2012

Nasi ape dik...?


Minggu lepas waktu kami sampai depan little house...
ayah juga sedang sibuk buka pintu.
Kebetulan azan maghrib dah hampir...
Berebut-rebut puteras masuk dalam rumah...
Letih bercampur lapar...sebab malas nak berhenti
beli makanan dalam perjalanan.

Bila mengadu lapar pada ayah...
diapun terus hulur satu bekas...

Ayah: nah! ayah buat nasi goreng...
Ummi: Ayah buat??
Ayah: ayah buat...
Ummi: Ayah buat nasi goreng...sape nak...??
Putera M: Nasi ngoyeng...Ayeye (panggil abang dia)..nasi ngoyeng...nasi ngoyeng... (sambil lari2 ke dapur cari sudu)
Ummi: Nasi ape dik?
Putera M: Nasi ngoyeng...ayah wat...
Putera H: Emm...nasi ngoyeng...ayah buat...seeedappp... (komen lepas makan sesudu nasi ngoyeng)

Puji bukan main melambung...tapi 3 suap je...
lepas tu taknak dah...
Putera M makan sesuap je...
Kenapa??
Nasi Ngoyeng ayah masin...
sebab ayah memang kuat makan masin... huhuhu...
ummi jugak la yang kena perabih.


Khamis, 12 Julai 2012

Nak promosi je...

Ramai yang tahu, awal Jun 2012 lalu kami sekeluarga gi melancong.
Sebenarnye tak berapa ada hati nak pergi sebab banyak hal berlaku...
Dengan hal pindah, lapor diri, pindah barang, pindah rumah...segala macam
hal yang memang pening kepala nak urus.

Tapi akhirnya pegi juga, walaupun ada insiden yang nyaris buat aku kena heart attack
pengsan kat airport sebelum naik flight. Alhamdulillah, kami selamat sampai
dan melancong di Perth, Australia selama 4 hari 3 malam.

Oleh sebab aku hanya nak buat promosi je...
makanye, kalau ade sesapa nak gi Australia boleh
hubungi
Jutawan Tours Pty Ltd
www.jutawantours.com

Pemiliknya Dato' Burn...memang sesangat mesra dan baik orangnya.
Kebetulan kami guna khidmat pemandu pelancong tak macam family lain
yang dok lama kat sana...mereka sewa kereta dan jalan sendiri...
tapi kami sebab masa pun singkat, kami ambil pakej.

Jadi, Dato' Burn nilah yang bawa kami jenjalan.
Memang sangat puas hati. 
Homestay pun best dan selesa.
Makan pun sedap2 je Dato' Burn bawak...
contohnya; Fish & Chips kat Fremantle
dan Lamb Rack. 
Shopping pun memang seronok, bawak je duit bebanyak...
Tak caye?
Ce tengok betapa hepinya gambo kami di atas tu... ;D

Apepun, kalau nak cuba khidmat pelancongan dengan beliau...
Yang boleh dikatakan ialah...
Memang berbaloi... A+++...5*.


Rabu, 4 Julai 2012

puteras di taska

Alhamdulillah...
masuk hari ni dah 3 hari puteras di taska.
Syukur juga sebab bangun pagi, putera H langsung
tak merengek macam dulu...
Dan sangat gumbira bila sebut pasal taska.
Harap2 sampai bila2 la ok-nye tu.

Putera M pula seronok masa belum sampai taska...
bila ummi dah agak nak tinggalkan dia, dia cari asbab
nak menangis walaupun dah terangguk-angguk berjanji tak menangis
depan ummi.

Tapi walaupun seronok di taska...
balik rumah tetap kebuluran...
Hari ni tak tau lagi...
tapi tadi dah pesan cukup2 supaya makan di taska.
Mungkin berubah selera agaknya...
orang biasa makan budu, disuruh makan kari...
mana nak mau-nye...
hehehe

Apapun, alhamdulillah setakat ni semua ok.
Cuma stress sikit bila jalanraya terlalu padat kereta waktu pagi.
jam? tak sangatlah...cuma banyak berhenti sebab banyak traffic light je.


Rabu, 27 Jun 2012

Bizinye...

Huhuhu...
bizi kan? pertengahan tahun begini ramai orang sangat bizi dengan
segala aktiviti.
Aku pun tak terkecuali.
Sejak berpindah awal bulan ini, aktivitiku masih belum berkurang.
Walau bagaimanapun, alhamdulillah...
banyak perkara hampir selesai...sebelum aku membuka lembaran baru di
pulau mutiara ni...

Taska dan rumah sewa sudah dapat...jika tiada aral melintang...
InsyaAllah puteras akan masuk taska pada hari isnin depan...
rumah sewa juga sudah dijanjikan boleh diduduki mulai ahad depan.
Syukurlah dengan rumah flat kecil untuk kami 4 beranak...
Yang penting, aku sangat sukakan dapurnya yang ala-ala dapur omputih gitu...
dan rumah ni pun ada bilik laundry berasingan... memang aku suka!

Isnin lalu, sempat juga aku turun ke KK bertemu bapa yang pulang ke KK.
Seronok juga sesekali dapat privacy bersama bapa...
memang sudah terlalu lama aku tidak berjalan berdua sahaja dengan bapa...
Kali ini walaupun tidak lama, tapi serasa seolah-olah mengimbau zaman remajaku
bersama bapa dan Bonda...
Maklum sahaja putri bongsu...maka aku memang selalu mengekor bapa dan Bonda
jalan-jalan di waktu petang...
Kadang2 ikut sama minum bersama kawan2 bapa di warung kegemaran mereka.
Lalu, petang isnin lepas...aku sempat ikut bapa mengambil durian di PR dan lepak
minum teh di warung...

ermm...cepat benar masa berlalu...pakcik Mail kawan baik bapa dan beberapa orang lagi
yang aku sudah lupa namanya...beransur dimamah usia...
gembira benar mereka dapat bertemu...
Topik anak2 dan kerjaya serta keluarga mereka menjadi topik yang paling hangat.
Walau nampak seperti ingin marah kepada si anak...tetapi terselit rasa bangga seorang bapa.
Aduhai...betapa besarnya harapan dan kebanggaan kalian ke atas zuriatmu...
Tapi, bagaimana dengan anak2?
banggakah juga mereka dengan ayah mereka?
Ingatkah mereka dengan lelaki tua yang pernah mendukung dan membesarkan mereka satu
masa dulu?

Mudah-mudahan ALLAH s.w.t. memberikan ruang dan peluang lagi untuk aku
menghabiskan masa dengan bapa...
Terasa seronok dan bersyukur sangat dengan pertemuan kali ini.
Betapa terlalu lama masa yang kuambil untuk kembali dekat dengan bapa...
Ampun adik, apak...
Adik lupa, adik masih ada apak...

Selasa, 19 Jun 2012

Wow!!

Gambar dan nama aku serta keluarga di letak dalam blog tersohor...
Wow!!
Cuba tengok sini.
Terima kasih Kak Ida dan Dr Ernie.

Isnin, 18 Jun 2012

Percutian...

Cuti sekolah lalu, aku ambil peluang berjalan dengan abang dan anak2 kami, putera H dan putera M.
Ke mana? Tak jauh pun...5 jam setengah je naik flight.
Ala-ala ke Kb gitu...

Puteras yang paling gembira dengan percutian ni...
dapat naik tatai tebang...
dapat tengok fish...aka dolphin...
Dapat naik bas...jenjalan tepi sungai..tepi laut...
tengok ombak...
dapat juga 'peras' duit ayah naik benda berpusing tu...
entah apa namanye...
kalo kat mesia RM 2 je sekali pusing...
Tapi kat kat negara orang....AU2 sekali pusing...
AU3 dua kali pusing...

apa aku bawa balik?
cuma beli kenangan sedikit sahaja...
untuk ahli keluarga terdekat.
Maklum ajelah budget kecik...

Tapi aku dapat food processor, pie maker, dan acuan kek cawan...
memang dah lama aku idam2kan...

Apapun, kami sekeluarga sangat enjoy dengan percutian ni...
Biarlah kalau ada orang yang sakit hati, tak puas hati atau hati kacau 
dengan percutian kami ni...

Terima kasih abang atas segalanya...

Selasa, 5 Jun 2012

Penang...aku kembali lagi.

Aku dah sampai penang...
Alhamdulillah...
Walaupun rumah masih semak dah tak tahu mana nak susun barang,
perjalanan ke tempat kerja yang jauh dan mencabar...
namun puteras gembira sebab ayah ada setiap malam dengan mereka.

Aku berdoa, mudah-mudahan kami segera dapat rumah sewa di sekitar penang...
dapat juga taska yang elok dan selamat untuk puteras.
Tak tahan asyik ada cal dan aduan tentang sakit dan puteras yang nakal.
Memang puteras nakal...tapi dah memang lumrah kanak-kanak begitu...
Kalau tak mampu dan rasa sakit... jangan beritahu aku...
beritahu pada 'insan' yang berkeras nak suruh adik-beradik jaga tu.
Aku dah warning awal2, jangan ada aduan atau suara sumbang lepas aku penat
balik keje tentang puteras kalau nak sangat jaga mereka.
Aku lebih sanggup bayar dan susah payah buat 'spot check' setiap hari
daripada terpaksa dengar aduan tiap2 hari dan akhirnya bermasam muka bila balik rumah.

Anyway,
nak gi cari taska lepas ni...
Seronok juga dapat balik ke utara ni...


Khamis, 31 Mei 2012

Farewell Kubang Kerian...

Dah lama rupanya tak menulis di blog.
Masuk, tengok hari2 tapi tak sempat nak menulis.
Hari ni...walaupun sibuk, tapi cuba juga menulis...
untuk kali yang terakhir bersiaran dari pejabat
di negeri Cik Siti Wan Kembang ni.

Hari ni, selain hari terakhir di sini...
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3 untuk
anak manja ummi dan ayah...Putera H.
3 tahun lepas, waktu ini ummi sedang rehat dalam wad
sambil ditemani ayah...
Putera H keluar jam 4 petang...
Itupun selepas puas merayu kat Dr nak balik kenuri
kawen Angah...tapi Dr tak kasi...

Ok lah...apapun Ummi doakan Putera H jadi anak yang solehin, berjaya
dunia dan akhirat...menjadi insan yang beriman, beramal soleh,
cinta pada ALLAH dan Rasul-NYA, kasih pada Ummi, ayah, adik2, keluarga...

Jumpa lagi di tempat keje baru nanti...
nak kemas bilik yang bersepah ni...
nak hantar balik barang ke rumah dulu supaya boleh
masuk lori petang nanti...

I will miss u...Kubang Kerian.
Moga bahagia dan ketenangan akan bersinar cemerlang di utara nanti...
InsyaALLAH...

Rabu, 2 Mei 2012

Eh, ye ke???

cam tak percaya...
dah masuk bulan mei dah...
kurang 30 hari lagi aku akan berhijrah ke tempat baru...
tempat kerja baru, tempat tinggal baru...
sibuk cari taska dan rumah sewa...
juga siapkan semua kerja2 yang bakal ditinggalkan...
pagi ni tetiba kepala pusing.
Bp naik tiba2.
aduhai...

Khamis, 26 April 2012

Apa kata puteras...?

1.
Putera H: Ummi, nak air nak tatu...
Ummi: nak air ape?
Putera H: Tu..tu..(jari tunjuk ke KFC) nak air nak tatu...
Ummi: Owh..milo KFC ye...
Putera H: Ha...nak air nak tatu...
Ummi: KFC tutup lagi le...nanti dah buka dan ada orang kita beli ye.

2.
Putera H: Lori nyampah..
Ummi: Bukan lori nyampah la... lori sampah. Lori...
Putera H : Lori...
Ummi : Sampah
Putera H : Sampah
Ummi: Lori sampah
Putera H : Lori nyampah...
Ummi: huhuhu...

3.
Ummi: apasal hariri pakai baju adik ni? ini kan baju adik... kenapa bagi adik pakai baju hariri pulak?
Putera H: baju aminin...(sambil tunjuk pada baju di badannya). Aminin...tecik...pendek...
Ummi: apasal pulak? memang le aminin kecik lagi..
Putera H: baju pendek...aminin tak boleh patai (pakai).
Ummi: pandai la hang...alasan nak pakai baju baru le tu....

4.
Putera H: Ummi, apa tu?
Ummi: poster...poster politik.
Putera H: potitik...
Ummi: Politik...po...
Putera H: po...
Ummi: li...
Putera H: li...
Ummi: tik
Putera H: tik
Ummi: Politik
Putera H: polopitik
Ummi: (gelak sakit perut).

5.
Ummi: hariri, kenapa tumpahkan air ni?
Putera M: ha..ha...nantak nak tau...aha..(ha..ha..lantak tak tau...)

**ni belum masuk depa berdua goreng atuk n opah kat telefon lagi...
huhuhu...

Rabu, 25 April 2012

Permata hati...

Pagi tadi...

SMS 1
Tahniah, Fahmi dapat masuk matrik.

SMS 2
Ye ke? Matrik mana? Yong pun x tau. Fahmi dah tau ke?
Alhamdulillah.

SMS 3
Matrik mana?

SMS 4
La...orang yang kejut Fahmi tadi. Suh dia semak.
Dia tak bagitau lagi ke?
Matrik .... di ....

SMS 5
matrik ...

Tahniah buat permata hati cu...Luqman Fahmi.
Jadikan ini sebagai langkah pertama untuk terus berjaya...
Matrikulasi bukan tempat bergembira tapi tempat
untuk menentukan hala tuju seterusnya.
Teruskan kerajinan dan usaha yang padu.
Cu akan terus menyokong semua permata hati...
Mudah-mudahan kalian menjadi anak yang solehin
dan berjaya dunia serta akhirat.

SMS 1,4, dan 5...itu sms aku.
SMS 2...sms ummi si Fahmi.
SMS 3...sms abah si Fahmi.

Budak ni punye tone suara waktu aku cal dia pagi tadi
memang bunyi orang mamai...
lepas kena paksa bangun...dan dapat tahu keputusan...
suara macam orang takde perasaan...
Kalo dekat dah lama aku siram ayo je...
Bila tanya abah n ummi dah tau ke?
dia kata dah...
bila tanya siapa bagitau...
jawapannya, ntah! abah kata cu bagitau...
Huhuhu...nak aje aku cepuk budak sorang ni...

Apapun, syukran ya ALLAH...
untuk segalanya.

Rabu, 18 April 2012

About Puteras

1.
Putera H : Ummi, ikan...
Ummi : ikan...ikan keli.
Putera H: ikan teli..Ummi, apa tu?
Ummi : Ummi kelar dan potong ikan, nak masak.
Putera H : Mmm...pandai ummi...

2.
Putera H: Ummi cinni...cinni...(sambil tunjuk jari ke arah kanan)
Ummi: Ok...kena tunggu kejap, traffic light merah la...
Putera H: mingkel aa...manyak... (Twinkle twinkle little star)
Ummi : banyak bintang... ok, jom turun. (pegi pasar malam)
Putera H: jap..jap (sambil pegang cermin pandang belakang dan belek2 muka)
hmmm...comei...jom!

3.
Ayah: hariri...bagi satu coklat kat adik...
Putera H: Hayeye munye...
Ayah : Kongsi la dengan adik...satu sorang ok?
Putera H : nah... (bagi satu coklat kat adik)
Ayah : pandai hariri...
(Putera H bagi satu lagi coklat kat adik sebab termakan puji ayah)
Putera H : Hayeye emang pandai....

Isnin, 16 April 2012

Selamat Ulangtahun manja ummi...

Dah 2 hari lepas sebenarnya...
tapi malas nak menulis.

Cadang nak buat apam polkadot ganti kek
untuk dibawa ke taska...
tapi macam takde mood nak memasak.

Jajan dah siap bungkus malam semalam...
sebelum gi tido di 'bilik hotel' sensorang
dan balik rumah jam 6.30 pagi.

Rasanya kena beli gak la kek beday tu yu
kat kedai...
sebab tak nak spoil kan beday kedua
putera M si manja ummi ni...

Semoga menjadi anak solehin
sihat, berjaya dunia akhirat...
dan taat pada ALLAH, Rasullullah, ummi serta ayah.
Amin...

Isnin, 2 April 2012

beday tu yu...

Tahun ini, dalam tempoh kurang 2 minggu...
Putera M akan genap usia 2 tahun.
Kurang 2 bulan lagi...
Putera H akan genap usia 3 tahun.

Ramai orang bertanya...
bila nak dapat puteri?

Bukan tak mahu...
malah setiap hari berharap
akan dapat puteri pula...
dapat juga jadi teman di dapur...
dan berkongsi hal wanita dengannya kelak.
Boleh belikan gaun yang comel2,
simpan rambut panjang dan ikat ekor kuda...
uish...banyak impian bila sebut tentang puteri ni...

Tapi, biarlah dulu.
2 orang putera ni sangat ligat dan lasak.
takut puteri kena buli nanti.

Berbalik cerita beday...
Putera H sejak sebulan lalu dah memang sibuk dengan
beday tu yu...
Tapi minggu lepas lebih2 lagi...
siap nyanyi lagu beday tu yu...
dan merayu2 dengan ummi dan ayah minta beday tu yu.
Tak sempat dah nak tunggu 2 bulan lagi...
atau paling tidak pun, 2 minggu lagi...
masa beday adik.

Akhirnya ayah suruh ummi beli beday tu yu untuk putera H.
Setiap hari sejak rabu lepas, kami makan beday tu yu...
sepotong sehari untuk seorang...dan sambung lagi minggu ini...
Ummi rasa berat badan ummi semakin naik.
selalunya ummi makan baki adik, sebab adik suka main...
putera H memang makan bersungguh...
tak rugi ummi beli walaupun ummi merungut juga...
dengan harga begitu, kalau ummi bakar sendiri
lebih jimat dan dapat kek yang besar...boleh makan sebulan.
huhuhu...

Untuk adik, putera H...
minggu depan kek apa yang ummi boleh sediakan agaknye ye...?
Emmm....

Khamis, 22 Mac 2012

Titleless Thursday

Jom tanda kalendar...
dan berhenti pada 1 Jun 2012.

Syukran ya ALLAH.

Rabu, 21 Mac 2012

Speechless

Sejak semalam hati debar2...
Tiap kali terjaga dari tidur...
Asyik teringat aje.
Lepas solat subuh tadi...
sempat solat hajat 2 raka'at...

Jam 9 mula menelefon dan sms...
Jam 9.40pg dapat tahu 1 keputusan...
Jam 11.40 pg dapat tahu 1 lagi keputusan...

Tahniah untuk Luqman Fahmi...
Cu bangga dan bersyukur dengan kejayaan
Fahmi walaupun terpaksa jawab exam semasa
demam denggi tahun lepas.

Along kata, kalau anak aku sendiri entah macamanalah agaknye...
mungkin aku yang masuk dewan dan jawab soalan bukannya anak...
huhuhu...
Mungkin jugak la...kan?

Khamis, 15 Mac 2012

Jangan tinggalkan daku...

Malam tadi sewaktu ingin tidur, sewaktu puteras masih lagi gelisah berperang
antara bermain dan melelapkan mata...
Sewaktu mata kupejamkan untuk memujuk puteras tidur...
Bayangan wajah Bonda tertera jelas...
Satu-persatu...
Tika duduk minum pagi di kerusi kegemarannya di dapur...
Tika duduk berehat di ruang keluarga...
tersenyum...tenang...
Sangat jelas.

Sukar untuk mengingat wajah Bonda tanpa menatap fotonya.
Tapi malam tadi....

Petang sebelumnya, di pejabat...
sewaktu aku ralit menyiapkan bahan tugasan...
tiba-tiba sahaja ingatan pada Bonda menerpa.
Kupejamkan mata rapat-rapat...
cuba membayangkan hangat pelukan Bonda.
Terasa seolah-olah Bonda ada di samping.

Dua hari sebelum aku terbaring menahan sakit, dua minggu lalu...
Aku pulang ke Kota Kuala Kurang-sa...
Aku rasakan aku dapat mencari damai di kampung halaman sendiri.
Jalan2 lama kususuri, sedang puteras lena tidur di sebelahku.

Tetapi, sebaik menjejak bumi Kota Kuala Kurang-sa...
Baru kusedar, tiada sesiapa lagi yang tertinggal buatku.
Rumah Bonda kosong, sepi tanpa penghuni...
Rumah Opah di seberang, usang ditinggalkan...
Sepanjang jalan, tiada sesiapa lagi...
Pabila kuputarkan semula arah perjalananku...
lama aku berteleku di hadapan sebuah masjid.

Mencari erti semua yang berlaku...
bagai dilanda tsunami...
semuanya hilang tanpa jejak.
Akhirnya kukembali ke little house.
Membawa bersama segunung kekecewaan
dan sebuah kesedaran
bahawa aku sebatang kara...
Dan 2 hari kemudian...aku kehilangan lagi...
kehilangan tanpa sedar kehadirannya.

Rabu, 7 Mac 2012

Hibernation

Berhibernasi selama 2 minggu.
Entah di mana silap...
Badan lemah tak bermaya...
Jiwa kosong tanpa pedoman...

Lari daripada semuanya.
Katalah apa saja.
Hanya setakat itu kemampuanku.

Semoga minggu hadapan aku
dapat semula semangat dan jiwaku yang hilang.

From seaview with luv!

Khamis, 23 Februari 2012

Reflection

Kata abang, aku sedang melalui proses refleksi.
Aku membiaskan semua perihal tersebut kepada orang lain
yang tiada kaitan asal sahaja ada kebetulan atau persamaan berlaku.

Apa-apa ajelah, kataku kepada abang.
Memang patutpun.
Pada yang sepatutnya tidak boleh dihamburkan...
maka aku beri pada yang boleh aku beri dan pada
masa sama, mungkin akan menjadikan mereka ini lebih baik
berbanding rakan sebaya mereka.

Pada yang sepatutnya tu...
Biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya.

Isnin, 20 Februari 2012

Aduhai...








P : Puan, saya nak minta tandatangan untuk mendaftar.



Pn : Ada bawa result sem lepas?



P: Ada puan. Ni dia...



Pn: Awak ada berapa orang adik beradik?



P: 5 puan.



Pn: Awak anak no berapa?



P: no 3



Pn: sebelum ni, sekolah di mana?



P: MRSM puan...



Pn: Mak ayah kerja apa?



P: Mak surirumah je...ayah pencen askar. Sekarang buat kerja urus tanah kebun.



Pn: Cuti baru ni ada tolong mak ayah kat rumah tak?



P: Tolong macamana puan?



Pn: Tolong kerja rumah ke..tolong ayah di kebun ke...ada?



P: Ada puan. Kadang2 tolong mak masak. Selalunya gi jumpa kawan je...



Pn: Basuh baju?



P: Gilir2 dengan kakak.



Pn: Kakak dah keje atau belajar?



P: Kakak 2-2 dah keje.



Pn : Keluaran IPT ke?



P: Tak. Depa tak masuk U.



Pn: Hmm...ok. Berdasarkan cerita tadi tu, saya nak tanya satu soalan...Cukup dah ke sumbangan atau bakti awak pada mak ayah awak sepanjang usia awak ni?



P: Macamana puan?



Pn: Yelah...awak kata awak tolong mak ayah gitu2 je...selebihnya banyak gi jumpa kawan di luar. Rasa-rasanya cukupkah sumbangan awak pada mak ayah awak tu untuk awak hadiahkan mereka dengan result awak ni? PNGK bawah 3, A sebiji, C 2 biji, selebihnya B...cukup ke?



P: Tak cukup Puan...



Pn: Apa awak buat sampai dapat result begini?



P: Main facebook dan twitter puan...



Pn: Awak belajar di MRSM kan? Agak2 berapa kos yang mak ayah awak keluarkan untuk tampung persekolahan awak di MRSM tu? Katalah dalam setahun...



P: 5 ribu rasanya puan...



Pn: 5 ribu setahun..dah kira dengan jajan, majalah, buku cerita, kain baju yang awak minta setiap minggu? Setahu saya pelajar MRSM memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi selain ego dan perasan pandai (ayat provokasi je ni...).



P: Betul puan. MRSM memang banyak guna duit...



Pn: Ok. Kalau begitu, awak pernah fikir tak betapa susahnya ayah awak cari wang untuk sara awak? Awak sorang dah belanja tinggi...adik2 yang masih sekolah tu macamana? Awak seorang saja yang pernah masuk MRSM...awak seorang saja yang baru masuk U...awak dapat rasa tak betapa bangganya mak ayah awak? Cukupkah result awak ni untuk membayar nilai bangga dan harapan mak ayah awak?



P: (mula menitis airmata)



Pn: Tujuan saya bercakap begini bukan untuk membuatkan awak sedih atau salahkan MRSM... Saya hanya mahu awak balik dan fikir... Banyak mana sumbangan dan bakti awak kepada mak ayah dan cukupkah result awak ini untuk awak hadiahkan kepada mereka?



Memang awak keluaran MRSM, terbukti pandai...tapi saya tengok awak tidak membawa brand itu ke sini.



Awak kena ingat, mak ayah yang normal tidak pernah minta balasan wang ringgit atau harta benda daripada anak mereka. Cukuplah kalau anak berjaya dalam pelajaran, dalam kehidupan. Hatta kalau anak tak mahu mengucapkan terima kasih pun kepada mereka, mak ayah ni tak kisah. Mereka memang sanggup berkorban apa saja untuk anak2.



Tapi, awak sendiri bagaimana? Balik...dan fikirkan kata-kata saya ni. Bukan tak boleh ber-facebook dan twitter, tapi hadkan masanya. Ubah diri jadi lebih baik untuk semester ini, seterusnya berjaya dengan cemerlang selepas 4 tahun di sini.



P: Baik. Terima kasih puan...

Ahad, 19 Februari 2012

PBL...Jangan tempah tiket itu!

2 isu sebelum ni sebenarnya kisah seorang ayah.
Sengaja aku letak isu/problems dulu sebelum ulas apa2.
Semacam PBL aka Problem based learning yang KPT uar-uarkan
sekarang ni jugaklah gayanye...ngehehe..

Bukan apa...
Cerita ni berdasarkan 3 kisah daripada 3 individu bergelar ayah.
Intipati sama, cuma jalan cerita berbeza.
Jadi aku rangkumkan semua menjadi satu.
Selalu kita dengar cerita anak derhaka pada ibu.
Tapi bila aku dengar kisah ni baru2 ni, aku rasa
ayah tak selalu nak berkongsi rasa dengan orang lain.
Hatta, apabila anak2 sendiri bersikap kurang ajar dan biadap
kepadanya.
Kasihan sungguh...menitis airmata bila aku duduk dan dengar kisah
ayah2 ni...
Merek ni dah tua...dah umur 60,70 tahun.
Hidup sendiri dan ada yang bina keluarga baru dalam usia penghujung begini.
Semuanya gara-gara anak2 yang tak kenang budi dan tak tahu bersyukur ni.

ALLAH...
semoga aku dan kaum keturunan kami di jauhkan daripada sikap begini...
semoga kami sentiasa dekat dan ingat untuk mengucapkan syukur kepada-MU
ya ALLAH...

Sedih...kan?
Kata ayah2 ni...anak2 ini direkrut dengan baik oleh ibu mereka.
Pada awalnya tidak begitu...tapi sebab marahkan suami...
si isteri yang mereka labelkan derhaka ini...(bukan aku yang sebut tau...)
meracuni fikiran anak2 supaya membenci ayah sendiri.
Well...apa yang boleh aku katakan di sini ialah...

Tempah tiket ke london, paris, hatta belgaum ...tak mengapa.
Tapi jangan tempah tiket ke Neraka...

Wallahu'alam...

Khamis, 16 Februari 2012

Warkah bisu dari ayah

Assalamualaikum,

Kehadapan anak-anak yang ayah kasihi.
Terima kasih kerana masih mengingati ayah dan menghantar sms
kepada ayah.
Ayah bersyukur kerana kalian sudi mengingatkan ayah tentang tanggungjawab serta kedudukan ayah dalam keluarga kita.

Anak-anak ayah,
ayah tidak pernah mengingat apatah lagi mencatat nilai wang yang keluar setiap kali menyedia dan menyempurnakan keperluan serta kehendak kalian.
Ayah tidak pernah terdetik sedikit pun untuk mencatatkannya sebab ayah rela hati dan ikhlas memberikan apa sahaja kemahuan kalian.
Ayah tahu, kalian tiada sesiapa di dunia ini melainkan ayah dan emak untuk meminta.
Justeru, ayah sentiasa berusaha untuk menyediakan segala kehendak kalian walau seringkali ayah rasa tidak mampu membayar harganya yang mahal.

Anak-anak ayah,
Ayah sentiasa berusaha menunaikan kehendak kalian. Apabila Along ayah belikan laptop sebab dia sedang belajar di IPT. Adik-adik yang lain juga meminta laptop seorang satu. Pendek kata, ayah sanggup berhutang demi memenuhi permintaan kalian. Sukar untuk ayah menyenaraikan segala perbelanjaan yang telah ayah keluarakan untuk kalian di dalam warkah ini; sebab ayah tidak pernah terfikir kalian akan mempersoalkan tanggungjawab ayah.

Anak-anak ayah,
Janganlah pernikahan ayah kali kedua menjadikan kalian anak derhaka.
Pernahkah kalian bertanya kepada ayah, mengapa ayah bernikah kali kedua?
Hanya yang boleh ayah katakan...lihatlah ke belakang waktu kalian
masih kecil.
Lihatlah bagaimana layanan ibu kalian terhadap ayah...
Ingatlah semula layanan ibu kalian kepada ibu dan bapa ayah...
Renungkanlah sikap ibu kalian kepada adik-beradik serta saudara-mara ayah.

Anak-anak ayah,
Jika kalian masih ingat...
Adakah ayah pernah berkata apa-apa tentang perkara itu?
Setiap kali ibu dan bapa ayah datang, apabila ibu kalian enggan bersalam,
ayah yang menyuruh ibu bersalam.
Apabila ibu kalian enggan memasak dan ayah terpaksa membeli lauk harian di kedai untuk santapan kita, pernahkah kalian dengar ayah merungut?
Setiap kali ayah makan, dan ibu kalian sibuk di meja tulis menyiapkan kerjanya, pernahkah ayah marah?
Setiap hari ayah membasuh, menyidai hatta menyeterika baju kerja sendiri, pernahkah kalian lihat ayah mengeluh?
Sehingga hari ini, waktu ayah menulis warkah inipun...baju, seluar, termasuk pakaian dalam kalian anak-anak gadis ayah; ayah yang basuh dan sidaikan.
Adakah ayah lain yang melakukan perkara sama seperti mana ayah melayan kalian wahai anak-anak ayah?
Itu belum lagi ayah senaraikan kerja rumah yang ayah lakukan setiap kali balik kerja di pejabat. Sedangkan ayah punya seorang isteri dan 4 orang puteri yang boleh membantu semua kerja rumah tatkala sudah remaja begini...tetapi sebaliknya, kalian hanya terperuk dalam bilik sambil membelek buku, bermain games, menghadap facebook dan entah apa-apa lagi yang ada di laman sesawang.

Anak-anak ayah,
Biarlah ayah sendirian bertungkus-lumus menyediakan keperluan kalian termasuk membayar semula hutang puluhan ribu akibat mencukupkan perbelanjaan kalian. Walaupun ibu kalian bekerja, ayah tidak pernah mengambil walau satu senpun daripada pendapatan bulanannya. Ayah juga ada gaji, dan ayah menyara anak-anak ayah mengikut kemampuan dan pendapatan bulanan ayah. Janganlah disamakan pendapatan ayah dengan ibu kalian. Ibu kalian tiada bebanan lain selain memewahkan kalian dengan wang ringgit. Tetapi ayah perlu membayar bil bulanan yang mencecah hampir 1k setiap bulan terutama sewaktu kalian bercuti di rumah, membeli makanan siap masak yang hampir mencecah RM100 setiap hari, mengisi minyak kereta untuk menghantar dan mengambil kalian dari asrama yang setiap seorang lebih 30km dari rumah kita. Itu belum termasuk yuran asrama,belanja harian,buku-buku, dobi, dan macam-macam lagi permintaan kalian. Ibu kalian hanya memenuhi kehendak kalian; tetapi ayah memenuhi keperluan kalian sejak kalian dilahirkan.

Anak-anak ayah,
Belajarlah erti syukur...
Sesungguhnya apabila kita bersyukur, ALLAH akan sentiasa mencukupkan kita dengan rezeki-NYA.
Janganlah diikut rasa hati yang marah dan dendam.
Jika ibu kalian sentiasa mengungkit kesilapan ayah bernikah kali kedua...
ayah berasa bersyukur...ayah tidak pernah silap membuat keputusan.
ALLAH membukakan jalan untuk ayah setelah ayah memohon petunjuk daripada-NYA.

Anak-anak ayah,
Ayah bersyukur kerana keluarga baru ayah sentiasa memahami ayah.
Selalu berusaha meringankan beban ayah.
Selalu bersama ayah ketika waktu sukar.
Tidak pernah mempertikaikan tanggungjawab ayah, hingga ayah yang
berasa bersalah kerana mengetepikan mereka biarpun atas kerelaan mereka.

Anak-anak ayah,
Ayah bersyukur kerana ibu baru kalian memahami dan membantu ayah.
Menyediakan segala keperluan ayah. Walaupun adakalanya tidak begitu sempurna, tetapi ayah tahu dia berusaha dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ayah bahagia bersamanya.
Segala yang ayah tidak pernah kecapi dalam rumahtangga bersama ibu kalian, alhamdulillah...ALLAH memberinya kepada ayah melalui pernikahan kedua ayah. Banyak lagi perkara dalam rumahtangga yang hanya akan kalian fahami apabila telah menempuhnya kelak. Setakat ini, biarlah menjadi rahsia hati ayah.

Anak-anak ayah,
Barangkali masa akan terus mendewasakan kalian kelak.
Ayah tidak menyalahkan kalian, sebab kalian mempunyai hak untuk berasa sedemikian. Namun anak-anak ayah; ingatlah...jangan campur-adukkan amarah dengan dendam. Jangan biarkan diri dikuasai nafsu hingga menyebabkan segalanya berasa tidak berkecukupan. Usahlah kalian menurut kata hati yang diharu syaitan.

Anak-anak ayah,
Hidup ayah tidaklah berapa lama lagi. Seusai tanggungjawab ayah menyara, menyekolahkan dan mengahwinkan kalian kelak, ayah akan menarik diri dari hidup kalian. Ayah tahu kalian bencikan ayah. Ayah tahu kalian tidak sukakan keluarga baru ayah walau sebaik manapun layanan mereka kepada kalian. Cuma ayah bimbang, hidup kalian kelak. Kalian tidak pernah tahu erti susah, tidak pernah tahu erti pengorbanan, tidak pernah tahu tendang-terajang dunia luar.

Anak-anak ayah,
seandainya kalian dilanda badai kehidupan setelah ayah tiada lagi dalam hidup kalian...berusahalah sendiri untuk bangun. Jangan ingatkan ayah, sebab ayah terlalu jauh untuk membantu. Ayah ingin bahagia bersama keluarga baru ayah yang menyayangi ayah.
Jagalah diri kalian baik-baik, wahai anak-anak ayah.

Sekian, wasallam.


AYAH @
/'
'/