Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Tahun baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun baru. Papar semua catatan

Rabu, 22 Januari 2014

2014...Selamat datang

Sudah masuk tahun baru 2014 rupanya...
Sibuk dengan urusan dunia sampai lupa nak menulis di sini.
Insyaallah, dengan adanya izin-NYA tahun 2014 akan membuka lembaran baru buat keluarga kami.
Mungkin akhir tahun nanti ...segalanya akan terjawab.

Sibuk benar rupanya semenjak dua menjak ni.
Hari kerja...
Bangun subuh, lepas solat terus siapkan pakaian anak2 untuk ke taska dan tadika.
Putera H dan Putera M dah masuk tadika...
Puteri F ke taska...sebelah tadika abangnye aje.

Kejut Putera M dulu (kalo dia kemudian dia mengamuk buat perangai) mandikan,
bedakkan, pakaikan baju seragam tadika...puji2 sikit, bagi botol susu, bukakan tv dan suruh dia tengok
kartun kegemaran dia ...pagi2 ada Henry Hugglemonster..

Kejutkan Putera H pulak...peluk2..cium2...puji2 sket...ajak g mandi. Pakaikan bedak, sapu krim ubat (budak ni kulit sensitif, banyak kudis), pakai seragam tadika, sikat rambut, puji2 sket...suruh tengok tv dengan adiknye.

Kejut pulak Puteri F. Anak dara kecik ni kalo tido...geram nak gomol-gomol je...
Si kecik ni, tukar diaper aje...mandi kat taska. Dah siap tukar diaper, letak dalam walker, bagi dia biskut tiger sekeping. Dia akan tengok tv dengan abang2nye sementara tunggu ummi siap.

Kul 8.30pg dah sampai Tadika/Taska. Petang, ambil mereka mesti dah ada makanan dalam kereta.
Putera H dan Putera M cerewet pasal makanan. Selalu bagitau, cikgu masak tiaw putis (ko tiew putih)...tak cedap! Abang tak makan pun. So, ummi kena sedia dengan makanan, kalo tidak sepanjang jalan kena dengar raungan Putera M yang kebuluran (dia ni chronic picky eater).

Malam, lepas bagi makan...basuh baju seragam tadika dan tus air...sapu rumah, mop lantai, buat susu milo putera M 5x 1 malam sebab siang tak makan kat tadika. masuk baju dalam mesin basuh...sidai baju yang dah separuh kering...jam 9mlm...tido.


Rutin ni berterusan hingga hari jumaat. Petang jumaat, balik Little House...bebudak ni nak main bola...
Sejak atok dan opahnya belikan kasut, stokin, bola...pantang ada lapang, depa ajak ummi main bola.
Terpaksa la ummi turun padang...kekadang dengan selipar...kekadang dengan kain batik pun ummi bleh sepak bola depan laman rumah. Dah la rumah tepi jalan...maka, ramailah penonton yang menyaksikan perlawanan bola ummi vs puteras.

Dan minggu lepas, atoknye telefon beritahu dah belikan depa baju bola...bersoraklah puteras sambil hari2 tanya bila atok dan opah nak datang? huhuhu...

Nampaknya jadi seorang ibu ni bukan takat jadi ibu sahaja...kita juga jadi...
-bibik (merangkumi segala tugas dalam rumah)
-jururawat dan adakalanya mencapai tahap doktor
-jurutera (betulkan segala mainan elektronik depa ngalahkan McGuyver)
-pemain bola sepak
-cleaner
-cikgu
-pengadil (masa depa berebut atau bergaduh)
-runner (masa ayah ada dan ayah tak dapat uruskan semua dalam satu masa-pempuan je multitasking ni rupanye)
-pengacara majlis (bercakap sepanjang hari naik lenguh rahang dan perit tekak)
-dan lain-lain yang tak teringat lagi nak masuk senarai...huhuhu...

Apapun, Selamat Tahun Baru 2014...semoga azam baru akan terlaksana tahun ni.


Khamis, 5 Januari 2012

2012...selamat datang

Ke mana menghilangnya seorang aku.
Sejak akhir2 ini agak sibuk hal orang lain
sampai tak sempat menulis di blog.

19 Dec 2011
Klinik ORL.
Buat appointment.

20 Dec 2011
Klinik ORL.
Appointment dengan pakar ORL.
Admit ward 4TD.

21 Dec 2011
Cancel cuti.
Depressed.

22 Dec 2011
Depressed lagi.

23 Dec 2011
Kemuncak depressed.

24-25Dec 2011
Layan puteras

26-29 Dec 2011
Kijo

30-31 Dec 2011
Ombak Rindu 12 x

1 Jan 2012
Kijo
ziarah ward

2-4 Jan 2012
Ulang-alik ward
menghadap Dr pakar, M.O., nurses...
Akhirnya result keluar juga.

Walau bukan keluar dari rahim aku ni...
bercucuran juga airmata.
rasa tak terpandang wajah lesu si anak.
Aku tahu, dia tahu.
Tapi aku mahu dia diberitahu di hadapan ayah dan ibunya, bukan aku.
Aku hubungi ayahnya minta datang segera.

Kalaulah dia mengerti perasaanku sebagai seorang ibu.
betapa besar harapanku agar bukan itu keputusannya.
berulangkali aku meminta kepastian sang dr.
Berulangkali juga sang Dr menegaskan,
itulah keputusan semua ujian yang dibuat.
merembes airmataku saat itu.
merembes lagi tatkala kuhubungi ayahnya.
terus merembes bila mak langnya bertanya.
tak berhenti merembes ketika aku bercakap dengan bos-ku
merangkap pakar di situ.

Terasa gelap dunia seketika.
Jika orang lain menerima berita itu ketika berada
di samping orang tersayang...
tetapi aku acapkali menerima berita sedih ketika bersendirian.

Sabarlah wahai anak...
Ujian ini ujian ALLAH di dunia.
Ramai yang senasib denganmu.
Ummi hanya mampu mendoakanmu dari kejauhan.
Moga-moga satu hari nanti, kalian akan mengingati ummi,
dan mendoakan ummi.
Tiada istilah lewat melainkan sudah saat ajal datang menjemput.

5 Dec 2012
kembali ke pejabat.
Kijo.
Airmata masih belum kering...