Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 26 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa semua.
Ramadhan kali ini, semuanya kubuat ala kadar.Maksudku juadah untuk berbuka dan bersahur.

Seperti biasa, aku berpuasa sendirian dan hanya hujung minggu bersama abang. Seperti biasa juga, aku akan turun ke dapur jika abang pulang.Tidak mahu mengambil risiko terkena diarrhea di bulan ramadhan ini.

Kelmarin, waktu abang pulang...dia membawa masuk sebesen besar ikan. Hampir penuh peti sejuk kecilku itu.

Hari pertama berbuka puasa, juadah kami, kuih talam (baca: pertama kali mencuba...mujur jadi. Tapi sedikit lembik, masuk dalam peti sejuk...keras elok...hehehe (kredit untuk kak aida dan mama yang susah payah hantar resepi melalui es em es)), sambal udang, masak lemak ikan baung, tumis bayam, air milo panas.

Aku temani abang makan hingga habis sambil meriba putera sebab putera merengek demam selepas cucuk 3 serangkai. Selepas abang pulang dari solat maghrib di masjid berhampiran, barulah aku pula makan nasi.

Hari kedua berbuka puasa bersama abang...abang beli ayam percik dan mahu membeli buah melaka. Tapi aku beritahu abang bahawa, aku boleh buat buah melaka. Hanya belikan sahaja tepung pulut. Ya, tepung pulut...bukan tepung beras ye. Sebab tahun lepas aku buat buah melaka guna tepung beras. gara-gara terlupa dan tersilap beli tepung. Puas aku tunggu buah melaka timbul...tapi sampai sudah tak timbul-timbul juga. hehehe...mangsanya...mestilah cik abang yang kena paksa perabih.kekeke...

Sepanjang jalan pulang dari mengambilku di pejabat, muka abang semacam saja selepas aku larang dia beli buah melaka di pasar ramadhan. Bila kutanya, "nape? tak pecaya? orang boleh buat le buah melaka...orang belajar kat arwah Opah dulu...cuma kekadang asik terlupa kena guna tepung pulut je...". Cepat-cepat abang mengubah ekspresi wajahnya. Makanya, petang kelmarin, aku pun bertungkus-lumus di dapur buat buah melaka pas vs umno, siakap sweet sour, tumis sawi dengan udang.

Jangan sensitif pulak dengan nama buah melaka aku ni ye...aku bagi nama gitu sebab kaler dia hijau dan biru. hehehe... err...ada ke buah melaka kaler biru?? ah...takpe...janji rasa dia tetap rasa buah melaka. Dan yang pasti, abang beberapa kali mendukung putera sambil menjenguk ke dapur...mungkin ingin memantau buah melaka sama ada timbul atau tenggelam tak timbul-timbul agaknya.

Sementara menunggu abang pulang berterawih malamnya, aku tertidur bersama putera. Cadangnya, bila abang pulang, aku ingin makan lagi buah melaka. Bila bangun jam 11...tengok-tengok buah melaka dan sayur sawi sudah licin. Pinggannya pun dah siap berbasuh.

Aduh...kempunan den...Alasan abang, takut kelapanya basi...tak larat pun makan jugak. Patut ke?! Ah...cukuplah kan cerita tentang juadah berbuka tahun ini.

Sebelum aku akhiri penulisan hari ini...aku ingin bertanya...ada sesiapa yang pernah baca majalah SOLUSI ?Kalau ada, tolong gigit keybord pc atau laptop anda!

Selasa, 18 Ogos 2009

Ramadhan tiba lagi...

Bonda...salam...Ramadhan akan tiba lagi.tak lama...3-4 hari saja lagi.adik rindukan bonda...amat-amat rindu...Sudah hampir 3 ramadhan berlalu...tanpa bonda.Adik rindu...sudah lama adik tak pergi ke rumah bonda...adik berdoa, syawal tahun ini, adik dapat pergi ziarah bonda.Bonda,Adik rindukan segalanyaadik rindu air tangan bonda...rendang tok...nasi kerabu...bubur som som...rendang...kuah kacang...adik rindu...adik rindu segalanya....adik tak pernah sekalipun lupakan bonda...bonda sentiasa basah dalam memori adiksegalanya tentang bonda...segalanya...Mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita semua, ye bonda...

Isnin, 10 Ogos 2009

Erm...

Erm...aku tak tau nak letak tajuk apa untuk entry ni...
aku cuma rasa nak menulis tapi tak tau mana nak mula.

Bermula Mei 2009 yang lalu...ujian bermula..masuk keluar wad selang seminggu...membuat hidup jadi tak terurus. Jauh daripada abang buat aku sedikit goyah. Ingatan pada bonda buat aku hampir kalah.

setiap malam aku berendam airmata...teringatkan bonda.Rupanya, ingatan keterlaluan pada bonda membawa padah. Tapi saat itu, aku sentiasa berdoa kandunganku selamat. Mujur waktu itu, ada insan baru muncul dalam hidupku...Sesekali airmataku tumpah saat dia menelefon.

Tika usia kandungan baru menginjak 30 minggu mengikut ultra sound...tekanan darahku mula tidak stabil. Doktor mengesyaki PE walau tanpa simptom. Dari wad biasa, aku dipindahkan ke wad khas...hanya suami dibenarkan masuk...pada waktu melawat sahaja. Sebenarnya...kekangan itu juga membuatkan tekanan darahku makin tinggi. bosan dan sangat sunyi.

Akhir Mei...doktor mencadangkan agar aku menjalani pembedahan segera demi menyelamatkan aku dan bayi. Walau usaha dilakukan untuk menunggu hingga bayi matang 2 minggu lagi...takdir menentukan masanya telah tiba untuk aku melahirkan walau tanpa rasa.

Hari sabtu...doktor menyuruh aku berpuasa bermula pagi itu...sementara menunggu ventilator kosong. tempahan telah dibuat...namun keputusan hanya akan diketahui pada tengahari. Jam 11 pagi aku sudah mula hypo...jururawat menyuruh aku makan...petang itu, bila doktor datang bertanya...aku beritahu aku dah makan. pembedahan ditangguhkan.

Malam sabtu, abang tiba. Bertemu abang buat aku rasa lega. Kupesan kotiaw goreng...teringin benar rasanya.Abang tak sempat beli malam itu...

Pagi-pagi esoknya, waktu doktor pakar datang melawat...abang dipanggil masuk. Kata doktor...keadaanku agak membimbangkan. pembedahan tidak boleh ditangguhkan lagi walaupun bayi tetap aktif. Pagi itu, aku mula berpuasa. hanya air sahaja pengalas perut. Itupun hanya sedikit.

Jam 2 petang, waktu abang duduk menemaniku...doktor datang dan memberitahu ventilator telah ada dan sedia, pembedahan akan dijalankan tidak lama lagi. saat itu aku rasa seperti menyerah diri untuk mati.

Terlupa sekejap pada bayi dalam kandungan...Sayu menatap wajah abang...bagaikan itulah kali terakhirku bersamanya. Kupohon keampunan daripada abang dan kupinta dia menghalalkan segalanya selama kami bersama. Abang menemaniku sehingga ke pintu OT. Sempat dia berlawak denganku sebelum saling melambai tangan dan terpisah oleh pintu yang tertutup.

Jam 4 petang, dalam bilik OT...buat pertama kalinya...aku berasa sangat ngeri. Mujurlah doktor yang ada sangat mesra dan rileks...Pakar bius pula merupakan isteri bos keduaku. Tenang sedikit hatiku tika itu...

Aku diberi epidural...tak pernah terlintas dalam fikiranku untuk melalui proses epidural...walaupun abang selalu mencadangkan aku bersalin secara ceaserean. Kata abang...bersalin normal sangat sakit...aku yang degil ni...tetap nak bersalin normal. Tapi ALLAH maha kuasa...kata-kata suami itu lebih berkat...maka, akhirnya aku terpaksa menjalani ceaserean untuk melahirkan permata hati kami.

Jam 4.13 ptg suara tangisan halus kudengari...hanya 2 kali kemudian hilang. Masa kurasakan terlalu lama...tiada sesiapa berkata apa-apa kepadaku.Penantian yang sangat menyeksakan. Pada masa sama, aku terasa perutku ditekan dan ditarik...sedikit senak tapi tidak sakit.

10 minit kemudian seorang jururawat datang menghampiriku...
"Dr, baby boy...", katanya sambil tersenyum manis.
"sempurnakah dia?", soalku perlahan...terasa tak terkeluar suara rasanya.
"Alhamdulillah...sempurna...".
Kubalas kata-katanya dengan senyuman dan kupanjatkan kesyukuran tiada terhingga kepada ILAHI.

Jam 4.30 ptg, aku disorong keluar dari bilik OT. Masih tidak dibenarkan makan, minum hanya sedikit, dan dilarang bangun sehingga jam 11 malam. Kemudian, aku terlelap.

Jam 4.40 ptg...abang masih tiada di sisiku. tak mampu bersuara, aku hanya memandang sepi ke pintu bilik yang sibuk dengan doktor dan jururawat yang keluar masuk.

Jam 4.45 ptg, aku terjaga lagi...abang masih tiada...

jam 5.55 ptg...tiba-tiba aku terdengar suara berbual di sebelahku.
"Tak ada siapa beritahu saya pun...". ayat itu yang terpantul ke gegendang telinga.
Saat kubuka mata, ku seru abang perlahan...
"Oh, sayang abang...". Kusambut kata-kata abang dengan senyuman.
"anak kita...abang pegilah tengok dia...kesian dia...". airmataku mengalir. Ketika itu aku rasa sangat bersalah sebab tidak menjaga kesihatan dengan baik. Aku gagal mengawal tekanan...bukan untuk aku, tapi untuk bayi yang kukandung.
"abang pegi tengok sekarang". aku angguk dan terlelap semula.

Jam 6.30 ptg, "Anak kita comel sangat...," ayat itu kedengar sebaik mataku terbuka. abang menggenggam erat tanganku. Aku cuma tersenyum...
"Jari tangan dia macam umi dia...hidung tinggi...tapi dia kecil sangat...".Terus saja airmataku terhambur. Kata abang, "jangan menangis...semua dah selamat....Insyaallah bb akan sihat".
Tapi aku rasa sangat bersalah dan malu dan bermacam-macam rasa yang menerpa.

Hari-hari yang berlalu terasa sangat lambat. hari kedua, aku sudah paksa diri untuk bangun dari katil. aku mahu cepat sembuh dan berada di sisi bb kami. Hari ketiga, aku sudah boleh berjalan perlahan-lahan dari bilik ke bilik air sejauh 20 meter tanpa bantuan dan mandi sendiri. Waktu abang datang tengahari itu, dia amat terkejut melihat aku dibiarkan jururawat berjalan sendiri terbongkok-bongkok menahan perut. Hampir sahaja abang memarahi jururawat bertugas...Nasihat jururawat agar aku bergerak selalu...akhirnya mempercepatkan proses penyembuhan.

Hari ketiga, buat pertama kalinya aku akan bertemu bb...abang menolakku dengan kerusi roda.Tiba di wad NICU...kami membasuh tangan...abang memapah aku menuju ke incubator bb...Rasa tak percaya...saat kutatap bb...
kubisikkan "umi datang sayang...maafkan umi ye...umi buat bb keluar awal...umi minta maaf".

Waktu jemari kecilnya kusentuh...dia menggenggam jariku. Dia terlalu kecil...hanya 1.6kg...panjang badannya hanya lebih sedikit telapak tanganku. kurus, kecil,lembut, suara tangisannya juga sangat halus...runtuh hatiku bila melihat dia menangis dalam inkubator itu.

Saban hari selepas itu, itulah rutin harianku dan abang. Sementelah NICU dibuka 24 jam untuk ibu dan ayah bb...abang hanya tidur 3-4 jam sahaja sehari...kebanyakan masanya dihabiskan dengan duduk di sisi bb. Sehinggalah cuti berakhir dan abang pulang...aku sendirian menemani bb. 14 hari tinggal di wad membuatkan berat badanku turun mendadak...siang malam aku menjenguk bb.

Apabila aku dibenarkan pulang...aku memandu sendiri untuk menjenguk bb. Hari ke-10, bb dibenarkan keluar dari NICU. Pindah ke wad khas untuk penjagaan berat badan. Di situ, aku dibenarkan untuk tinggal bersama bb. Aku belajar memandikannya, menukar pampers, membalutnya dengan kain khas dan ada sehari aku memakaikannya baju yang kubeli...bagai jubah. Seluar tidak boleh disarung...terlalu besar. Menyusukannya mengambil masa 2 jam. sangat lama sebab dia sangat 'malas' untuk bangun dan menyusu menggunakan sudu atau syringe.

Akhirnya setelah 21 hari kami berkampung di hospital...bb dibenarkan keluar. Tengahari itu, kuambil bb, jam 4pg esoknya abang sampai dengan bas...Jam 5pg kami bertolak balik ke kampung.

Tiada siapa berani meriba bb sehinggalah aku habis berpantang...
hari ke-40, hari pertama bb boleh memakai baju 1 suit tetapi tetap besar...
hari ke-55, barulah abang berani meriba dan mendodoikan bb...waktu itu beratnya 2.4kg.

Dan hari ini...bb alhamdulillah semakin membesar dan sihat.Sudah pandai bermanja dan mula mengenal orang. 90% wajahnya mengikut wajah sebelah ayahnya...hanya bibir dan jarinya sahaja mengikut aku.

Syukran ya ALLAH atas kurniaan-NYA ini. Terima kasih kepada kak Aida yang datang menjenguk...kak zeem yang mengirimkan cenderahati...
Paling utama, terima kasih abang atas keprihatinan dan kasih sayang abang selama ini.

Ini kisahku...separa cerpen...tapi semuanya realiti.Tiada tambahan atau sebarang rekaan...semuanya seperti yang kualami. Aku dapat merakam waktu dengan tepat sebab di depan katilku di wad tergantung jam bulat yang besar.

entah, aku rasa aku kena tulis juga sebagai memoriku sepanjang tempoh getir kelahiran bayi sulungku. kalau orang tanya macamana rasa sakit bersalin, aku hanya jawab...entah, tak rasa sakit pun. Memang aku tak tahu rasa sakit bersalin. Aku harap, akan ada bb girl pula selepas ini....tapi biarlah permata hati umi dan ayah ni besar sikit lagi...hehehe

Kepada yang masih belum ada rezeki...jangan putus asa...berdoalah...minta orang-orang yang kita kasihi bantu mendoakan kita. Dan cabaran sebenar...bagiku baru sahaja bermula.... :)

Jumaat, 7 Ogos 2009

Welcome eberibodi...


Ini hari pertama blog putrylady dibuka.

Harap tidak mengecewakan.

Berada di alam maya ini hanya untuk bersantai...

semoga nanti santai ini bukan santai kosong...tetapi ada faedahnya untuk direnungkan bersama.


Selalu disuruh buat blog oleh kakak yang seorang itu...

tapi selalu juga berdalih sebab kurang selesa untuk punya blog sendiri.

Namun begitu, semoga semuanya berjalan lancar dan selamat hendak-NYA.