Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan

Jumaat, 13 September 2013

Isteri...renungkanlah.

Catatan ini hanya untuk nota diri sendiri.
Jika memberi manfaat kepada pembaca blog ini...silalah ambil iktibar.

Beberapa minggu ini kami dihujani dengan beberapa berita yang kurang enak didengar.
Apa beritanya...biarlah kami sahaja yang tahu.
Aku sendiri sebagai isteri, ibu dan ada kerjaya pula...tercuit juga dengan hal yang berlaku.
Hal yang berlaku itu, aku simpulkan seperti di bawah:

1. isteri mengabaikan rumahtangga
Pengabaian bukan hanya menyerahkan tugas masak-memasak kepada suami (walaupun memang dalam Islam tidak wajib isteri memasak), tetapi termasuk urusan lain dalam rumahtangga. Contohnya, jaga anak. Ada isteri yang keluarkan kenyataan "aku dah kendong 9 bulan, dah lahir hang jagalah pula". Tempat tidur pun diabaikan juga..."Gaji pun sebulan sekali, takkan nak XXX tiap-tiap hari?". Alasan tidak memasak disebabkan tak minat masak, selalu cuba resepi tapi tak pernah jadi.

2. Isteri banyak bagi prasyarat kepada suami
Prasyarat ini jika tidak ditunaikan, suami terpaksa rela tidur sendirian, gigit jari peluk bantal.

3. Isteri banyak membangkang
Setiap apa2 kenyataan yang keluar daripada mulut suami, mertua, iar-duai tidak dihadam terlebih dahulu sebaliknya dibangkang sambil mencebik-cebik bibir tanda tidak bersetuju.

4. Isteri bekerjaya
Kerja pejabat bawa balik ke rumah dan jadi alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab di rumah. Kerja banyak, penat, letih, menyebabkan masing-masing banyak buat hal sendiri-sendiri di rumah sedangkan masa yang ada sangat berkualiti untuk memupuk rumahtangga yang bahagia.

5. Isteri enggan berubah
Cara hidup zaman remaja terbawa-bawa hingga usia 40-an. Tak perlu berubah sebab menyangka suami suka dengan tingkahlaku dan cara hidup tidak teratur yang terbawa-bawa hingga ke ke tua.

InsyaALLAH catatan ini akan disambung lagi nanti...
Moga ALLAH tidak putus memberi peringatan kepadaku...Amin.

Khamis, 5 September 2013

Ayah

Sumber: facebook
 
 Sangat terkesan bila tengok gambar ni di fb tadi. Seorang ayah mengangkat beg yg entah berapa puluh kg untuk anaknya yg mendaftar di IPTA hari ahad lepas. 

Barangkali jika lihat si ayah berkorban tenaga begini, barulah si anak terasa sedikit terharu dengan pengorbanan ayahnya...Atau barangkali langsung tidak berasa apa2 sebab berasakan, sudah tanggungjawab ayah untuk memudahkan anaknya.

Usah pandang remeh 'daulat' seorang ayah... Tanpa kita sedar, barangkali kita sudah menyakiti hatinya...memperlekehkan pengorbanannya...mempersia-siakan kasih-sayangnya...Dan tanpa sedar juga kita sudah menderhaka kepadanya...
 
Jika dengan lelaki lain, kita boleh bercakap lemah-lembut, berbudi-bahasa dan menjaga perasaannya...mengapa dengan ayah kita tidak boleh berbuat yang sama?
 
Lalu bila ALLAH swt tunjukkan dengan pelbagai peringatan...adakah kita sedar dan segera memohon ampun kepada ayah?
 
 



Ahad, 4 Ogos 2013

Ramadhan: Biarkan hati yang berkata...

Ramadhan ...
Terlalu banyak yang sukar untuk kuluahkan di sini.
Semakin lama, semakin sukar...
Sudah 2 ramadhan ayat itu diukir lidahnya.
Terlalu banyak juga yang diakuinya sejak kebelakangan ini.
Apa yang mampu aku lakukan?
Hanya berdoa yang terbaik buatnya...buat kami juga...
Badai itu bukan hanya menimpa ke atasnya...
tetapi juga terhempas ke atas kami juga.
Aku redha...
Tapi pada masa sama, aku bukanlah Siti Khadijah...
mampu menerima apa jua tanpa keluhan...
Hanya doa yang mampu kupohonkan kepada-NYA...
Mudah-mudahan...

Sabtu, 6 Julai 2013

Pilihan pertama

Dalam hidup ini, aku selalu pilih yang pertama...

Universiti pilihan pertama...
Cinta pertama...
Tesis pun buat cadangan tajuk yang pertama...
Bidang kerjaya pertama...
pendek kata, banyak lagi yang aku pilih pertama...
kecuali beberapa perkara ...

Walaupun pilihan aku tu selalunya susah dan banyak ujian-NYA...
Aku buat jugak sebab aku selalu ingat
kisah yang Bonda selalu ceritakan dulu dan juga
nasihat Bonda.

Kata Bonda,"pilihan pertama itu selalunya ada keberkatan yang terselindung...jangan nanti satu hari kita ucapkan...menyesal aku tak pilih yang pertama dulu...".

Alhamdulillah...berkat nasihat arwah Bonda; aku bahagia dan berjaya dengan pilihan pertama.

Sabtu, 30 Mac 2013

Giler punye bosan!

29.3.2013; 11.30am

Aku nak masak. Tapi hati aku sakit.
Lagi 2 minggu dah nak bersalin...tapi ada orang timbulkan isu...
macam sengaja nak  aku dan abang bergaduh.

Aku risaukan anak2 sendiri pun jadi salah besar. Mentang2lah aku anak yatim piatu...
takleh ngadu pada sesiapa, takleh minta tolong pada orang lain...
sesuka hati je putar belit ayat2 aku.

Double standard plak tu... kalau nak mintak tolong mesti adik diorang je yang boleh
cakap...patutlah bila aku gesa2 minta tolong, sebab nak beli pampers habis atau susu habis...
trus tarik muka atau siap bagi hints kata taknak jaga budak...aku faham...tapi dulu siapa yang menyanggup? sekarang bila dah jadi kenyataan, siap adegan tarik muka, marah2, dan sekarang ni buat isu plak. Cakap jelah terus-terang tak nak tolong aku sebab aku bukan adik diorang. Tak payah buat isu.

30.3.2013; 1.14am

Sambung semula...
Finally, aku dan abang bermasam muka tengahari tadi. Abang kata, berbincang...
tapi hati aku memang tahap mendidih. Aku sebut semua yang aku cakap dengan keluarga dia hari tu.
Bila aku rasa abang memang tak nak dengar dan terima penjelasan aku...terus aku jadi malas nak bercakap.Kalau dia nak menangkan adik-beradik dia...biarlah.

Tapi lepas ni kalau aku buat tak layan je...jangan marahkan aku. Diorang yang nak aku buat begitu.
Dah banyak tahun aku sabar dan merendah diri. Kata macam2 pun aku diam dan beralah. Benci pun aku hadap juga pergi rumah diorang. Tapi kali ni...bila aku risaukan anak2 aku sebab aku tahu anak2 aku susah nak jaga...hiperaktif...niat aku nak ringankan beban diorang je sementara aku kat wad tempohari...plus, aku tetiba jadi takut dengan bayangan yang bukan2...tapi diorang putar belit ayat aku dan mengadu pada abang macam aku buat dosa besar...minta maaflah kalau aku malas nak peduli perihal korang lagi dah... bak kata seseorang "tak rugipun tak baik dengan diorang".

Ambik tuala, masuk bilik air...nangis puas2. Keluar...siap2. Masak, hidang dan tunggu abang makan lepas dia balik solat jumaat. Lepas tu aku bawa putera M tido sampai lewat petang. Putera H macam biasa...tak tido petang kalo dok di kg. Dia seronok ikut ayahnya solat asar dan g kenduri.

Alhamdulillah...malam ni hati rasa tak marah pada abang lagi. Tengok movie sama2, kemudian aku suruh je dia balik sebab dia dah banyak malam dengan kami. Aku memang dah sarat dan tak larat. Tapi, aku malas nak dengar kisah orang 'kurang kasih sayang' dan 'terbiar'...
Nanti ada pulak isu baru timbul kalau orang tengok abang hari2 dok dengan kami je...
Bosan kan?!!

Selasa, 29 Januari 2013

GH...oh GH...

Dua kali pengalaman hamil sebelum ini...
Walaupun ada kisah sedih tapi aku berasa selesa sebab para doktor dan jururawat
merawat dan membantuku dengan berhemah dan berbudi bahasa...

Tetapi pengalaman hamil kali ini...
Aku rasa sangat teruji...
Ingin salahkan doktor KKM ?
Entahlah...
Walau cuma segelintir...
tapi aku rasa serik dan sedih dengan doktor yang sepatutnya mesra rakyat ni...
Sudahlah yang 'assist' setiap bulan hanya doktor yang sedang
buat 'houseman' dan ada 2-3 kali sahaja MO...
Setiap kali pergi atau balik dari KKIA atau GH, memang hati jadi resah risau...
tekanan darah naik dan terus jadi tak ceria...

Macam manalah aku nak bersalin di GH kalau macam ni...
Taknak jadi macam pengalaman arwah blogger ni...
Cukup hanya monthly checkup dah buat aku serik...
:-(



Khamis, 27 Disember 2012

7 hari: Aduhai wanita... siri 1

Pesakit terakhir yang menjadi jiran kami di wad sewaktu berkampung menjaga Putera M awal bulan ini... ialah bekas menantu Allahyarham pelakon dan pelawak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda.
Awalnya aku fikir dia menjaga adiknya...tetapi selepas diperhatikan...susuk badannya bukan gadis lagi...maka otomatik aku tahu, dia menjaga anaknya.

Usia masih muda, tetapi ujian ditalaq oleh suami menjadikan ibu muda ini banyak berfikir.
Sementelah encik kaunselor kerap bertukar shift menjaga putera M disebabkan tahap kesihatanku mulai merosot...maka banyak rahsia yang dapat dikorek. Ingatan untuk diri sendiri, selebihnya jika boleh jadi perkongsian...

Bersyukurlah...
Sebagai wanita, bersyukurlah mendapat seorang suami. Jika suami bukan kaki pukul, bukan kaki joli,
bukan penagih dadah, bukan pelaku maksiat...itu adalah anugerah ALLAh yang tidak terhingga kepada kita.
Jangan pula sebab suami sibuk cari belanja rumahtangga, isteri sibuk pula melayan perasaan kesepian... mencari orang lain untuk mengadu dan mengisi kesepian.

Lelaki hari ini banyak belitnya. Lihat isteri orang yang masih muda, ada sedikit rupa, yang penting duit berkepuk dan kesepian pula...sudah tentu banyak akalnya untuk membelit. Bukan niat untuk berkahwin pun...cuma ingin mengaut keuntungan...untung material dan juga seksual*. Mana ada lelaki yang sanggup menyara anak orang. Bukan seorang...bukan juga dua orang... jika bukan untuk 2 perkara * itu, apa lagi tujuannya?

Tak guna menyesal...
Jika sudah sampai kepada karma-NYA...mencari yang lebih baik...mungkin tiada. Yang menunggu hanya sang suami orang...tunang orang...lelaki hidung belang...juga yang dahagakan layanan semata...Jika termasuk perangkap, memang punah masa depan. Hanya iman dan amal menjadi penghalang.

Selalu aku katakan kepada abang...
Adakala, aku berasa ingin menyesal memilihnya sebagai teman hidupku dunia akhirat...
Tetapi bila sesal itu kuat menggoda...aku akan cuba memikirkan hal yang lebih positif.
Jika aku bernikah dengan orang lain dulu...
Mungkin lelaki itu bukan kaki masjid...bukan juga lelaki yang baik yang boleh kukongsi segalanya...
Mungkin juga bukan sesabar abang...menangani karenahku.
Aku yakin bukan aku seorang berasa perasaan itu, ingin cari lelaki lebih baik jika boleh berpisah dengan suami sedia ada...
Tetapi, hakikatnya...lelaki mane yang sanggup menerima wanita 'bekas isteri orang'?
Pasti mereka akan berfikir berjuta kali, penyebab lerainya rumahtangga wanita itu sebelum ini.
1 dalam sejuta, jika ada lelaki yang benar2 jujur dan ikhlas memperisterikan serta menyara wanita yang sudah beranak-pinak.

Maaflah jika ada yang terasa hati dengan penulisan ini.
Tetapi itulah yang aku dapat lihat...

Jumaat, 21 Disember 2012

7 hari: Alahai anak...

Pesakit yang kedua yang duduk di katil sebelah kiri kami ialah sepasang cikgu dari Selangor yang balik bercuti di kampung nenek mereka. Anak lelaki ketiga kena demam panas dan jadi sawan.
Masuk waktu subuh sebab bila aku celik mata pagi tu, terus nampak katil tu dah ade orang.

Kedua-dua suami isteri ni masih muda. Malah lebih muda daripada aku sendiri. Tapi anak2 mereka jauh lebih tua daripada anak2 aku. Kawin awal...sedang sambung belajar..

Banyak jugak yang kami bualkan...tak termasuk perbualan mereka dengan abang.
Sebab dah boring jadi 'penunggu' wad...huhuhu...

Masa berbual dengan mereka ni...aku dapat ilmu di bawah ni... nanti nak aplikasi kat rumah kami.

"Cara untuk mengelakkan dinding rumah diconteng oleh anak"

Cat satu bahagian dinding rumah dengan satu warna cat pilihan, dan tetapkan bahawa hanya bahagian cat tersebut sahaja yang boleh diconteng oleh anak jika mereka ingin menconteng. 
Jika conteng bahagian lain, tetapkan denda atau hukuman untuk mendidik mereka patuh pada peraturan dan disiplin.


Yang atas ni aku dapat...tapi Putera M dapat lain pulak...

Keluar wad, kalau ade benda dia tak puas hati dengan aku, dia akan lepuk2 aku.
Ikut suke dia nak lepuk tang mane...
Yang ni aku tak puas hati. Terus aku lepuk dia balik.

Meniru anak cikgu tu, yang menurut kata ibunya kenan kat anak murid nakal kat sekolahnya.
Anak cikgu tu, kalau nak marah terus pukul2 ibu atau ayahnya sambil gigi atas kemam bibir bawah
macam orang tengah geram sangat tu.
Aku tahu, budak tu memang pukul sekuat hatinya. Tapi mak ayahnya, cuma tepis gitu2 je.

Putera M silap haribulan le dengan ummi dia...
Sebab bila dah 2-3 kali dia buat perangai gitu...aku larang tak nak dengar...
dapatlah lepuk 'ala-ala manja' gitu daripada umminye ni. 
Sape pernah kena lepuk 'ala-ala manja' dengan aku, tau le rasenye... hehehe

Aku ambik petua yang betul2 ok je nak kongsi kat sini...
Nanti aku share episod terakhir sebelum kami discaj wad...




Selasa, 18 Disember 2012

7 hari: Nak banyak susu?

Sumber: En Google






Gambar kat atas tu, impian aku 17 minggu dari sekarang.
Ngan bb tu je, ye...
bukan yang ngempeng sebelah kanan tu...hehehe...
Aku nak breastfeed bb kali ni selama 2 tahun...sepenuh masa.
Taknak lagi susu formula.
Sebab tu aku banyak mencari maklumat dan panduan untuk hasilkan susu 
yang banyak dan berkhasiat.
 


Masa dok kat wad jaga Putera M tempohari...aku tengok Orang Asli...
ye Orang Asli...bagi susu kat anak depa cam kat atas tu...
Anak dok dalam kendong kain, muka mengadap kat breast sambil hisap susu...
Kecik lagi...baru 2-3 bulan gitu.
Depa ni pun bukan tau malu...
selamba je buka breast kat tengah orang...
Tapi, kebanyakan lelaki termasuk la en somi aku tu kata...
"tak rase nak tengok pon...".
Err... ye ke?? ;p

Orang Asli ni bertunggu-tangga kat wad kanak-kanak ni pasal malnutrition.
Sampai 3 bulan dok wad pon ade sebab berat tak naik2.
hehehe...kalo tengok anak depa makan...
kita akan terfikir, "kenapalah anak aku tak makan camtu? selere aje...".
Tapi bila fikir balik...
anak kita dah makan macam-macam...mestilah pandai memilih.
anak depa...makan nasi saje pon ade...
sebab tu bila makanan sampai, mereka makan penuh selera.
Kalau makan tengahari, siap ade dessert...
Aiskrim khas untuk mereka je.
Orang tak asli tak dapat...
huhuhu...tapi makan banyak mane pon, depa ni lambat naik berat.
hehehe...

Eh melalut pulak!
Parents pesakit sebelah kiri katil Putera M yang masuk sama dengan
Putera M, subuh selasa 27/11/2012 ialah staff TNB dan isterinya berniaga.
Anak keduanya demam tak kebah2 walau dah pergi 2-3 klinik.
Masa jaga anaknye tu, dia bawa bb dekat usia setahun.
Gilir2 masuk dengan suaminya.

Aku bagitau dia, bb mudah kena jangkitan kat hospital.
Dia pun bagitau, bb dia fully bf takleh tinggal.
Oooo...begitu...
Tengokkan usahanya menyusukan bb terus aku tanya tips yang dia guna...
Apa katanye?
Semuanya macam yang aku tahu, aku dah pernah baca...
Tapi kita share juga ye...

1. Bagi setiap kali bb minta atau selang 2-3 jam sekali.
2. Ibu kena makan seperti biasa. Jangan hadkan makan sebab takut gemuk.
3. Minum susu... (dia cadangkan hi-goat kat aku sebab dia jual susu tu...katanye bagus)
4. Makan jantung pisang rebus untuk banyakkan stok susu.
5. Jangan lupa doa untuk susukan bb selama 2 tahun dan minta susu yg banyak.

Katanye, susu dia macam air paip.
Bb hisap sebelah, sebelah lagi pun mencurah-curah keluar.
Wah!! Teruja sungguh aku mendengarnye...
Semoga ALLAH swt memberi jalan dan kemudahan untuk aku merealisasikan impian ini
khusus untuk bb cumil ummi nanti...

Isnin, 17 Disember 2012

Anakku bukan bernama Qis...

Hari ni cuma nak menulis pengalaman di hospital tempohari.
Putera M sakit teruk dan terpaksa diberi bantuan oksigen selama 7 hari...
sehingga hari nak discaj...sebab bukan senang nak pakaikan wayar/tiub oksigen pada budak
usia 2 tahun 7 bulan.

Belum masuk nak bagi neb setiap 2 jam dan juga ubat setiap 4-6 jam...
Alhamdulillah selepas jenuh dipujuk, dipuji, diugut, diupah mainan...
Putera M mudah aje ambik neb dan makan ubat...

Neb dia pegang sendiri...
ubat tengok warna...kalau warna merah dan hijau muda...
dia akan ambil syringe sendiri, siap-siap muncungkan mulut
dan tekan sendiri syringe...telan ubat...dan ummi/ayah tepuk tangan
sambil puji Putera M 'pandai' melambung-lambung!
Kalu ubat warna putih...yang tu kena tunggu ayah datang untuk bagi dia makan.
Dengan ummi...tak jalan langsung.

7 hari di wad...
pesakit katil sebelah kiri kami bertukar ganti.
Hanya kami je setia menunggu kat situ sebab mintak nak tukar hospital...
Dr tak beri atas alasan, Putera M perlukan bantuan oksigen..
perjalanan yang jauh mungkin akan menimbulkan masalah lebih besar.
Jadinye, terpaksalah kami bersabar sehingga dibenarkan pulang.
Apapun, aku tak suke hospital daerah kecil...
sebab Dr dan misinye (tak semua) ingat parents yang jaga anak kat situ...
semuanya 'orang bodoh', 'takde pelajaran', 'takde perasaan','tak reti jaga anak', dan banyak lagi...
buat naik darah je nak ingat.

7 hari di wad juga...
buat aku belajar banyak perkara...
Perkara ni aku akan kongsi dalam penulisan yang lain nanti.
Tapi, satu yang paling aku sedar ialah...
ANAKKU BUKAN BERNAMA QIS!
:(


(SUMBER: EN GOOGLE)

Khamis, 15 Mac 2012

Jangan tinggalkan daku...

Malam tadi sewaktu ingin tidur, sewaktu puteras masih lagi gelisah berperang
antara bermain dan melelapkan mata...
Sewaktu mata kupejamkan untuk memujuk puteras tidur...
Bayangan wajah Bonda tertera jelas...
Satu-persatu...
Tika duduk minum pagi di kerusi kegemarannya di dapur...
Tika duduk berehat di ruang keluarga...
tersenyum...tenang...
Sangat jelas.

Sukar untuk mengingat wajah Bonda tanpa menatap fotonya.
Tapi malam tadi....

Petang sebelumnya, di pejabat...
sewaktu aku ralit menyiapkan bahan tugasan...
tiba-tiba sahaja ingatan pada Bonda menerpa.
Kupejamkan mata rapat-rapat...
cuba membayangkan hangat pelukan Bonda.
Terasa seolah-olah Bonda ada di samping.

Dua hari sebelum aku terbaring menahan sakit, dua minggu lalu...
Aku pulang ke Kota Kuala Kurang-sa...
Aku rasakan aku dapat mencari damai di kampung halaman sendiri.
Jalan2 lama kususuri, sedang puteras lena tidur di sebelahku.

Tetapi, sebaik menjejak bumi Kota Kuala Kurang-sa...
Baru kusedar, tiada sesiapa lagi yang tertinggal buatku.
Rumah Bonda kosong, sepi tanpa penghuni...
Rumah Opah di seberang, usang ditinggalkan...
Sepanjang jalan, tiada sesiapa lagi...
Pabila kuputarkan semula arah perjalananku...
lama aku berteleku di hadapan sebuah masjid.

Mencari erti semua yang berlaku...
bagai dilanda tsunami...
semuanya hilang tanpa jejak.
Akhirnya kukembali ke little house.
Membawa bersama segunung kekecewaan
dan sebuah kesedaran
bahawa aku sebatang kara...
Dan 2 hari kemudian...aku kehilangan lagi...
kehilangan tanpa sedar kehadirannya.

Khamis, 23 Februari 2012

Reflection

Kata abang, aku sedang melalui proses refleksi.
Aku membiaskan semua perihal tersebut kepada orang lain
yang tiada kaitan asal sahaja ada kebetulan atau persamaan berlaku.

Apa-apa ajelah, kataku kepada abang.
Memang patutpun.
Pada yang sepatutnya tidak boleh dihamburkan...
maka aku beri pada yang boleh aku beri dan pada
masa sama, mungkin akan menjadikan mereka ini lebih baik
berbanding rakan sebaya mereka.

Pada yang sepatutnya tu...
Biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya.

Isnin, 20 Februari 2012

Aduhai...








P : Puan, saya nak minta tandatangan untuk mendaftar.



Pn : Ada bawa result sem lepas?



P: Ada puan. Ni dia...



Pn: Awak ada berapa orang adik beradik?



P: 5 puan.



Pn: Awak anak no berapa?



P: no 3



Pn: sebelum ni, sekolah di mana?



P: MRSM puan...



Pn: Mak ayah kerja apa?



P: Mak surirumah je...ayah pencen askar. Sekarang buat kerja urus tanah kebun.



Pn: Cuti baru ni ada tolong mak ayah kat rumah tak?



P: Tolong macamana puan?



Pn: Tolong kerja rumah ke..tolong ayah di kebun ke...ada?



P: Ada puan. Kadang2 tolong mak masak. Selalunya gi jumpa kawan je...



Pn: Basuh baju?



P: Gilir2 dengan kakak.



Pn: Kakak dah keje atau belajar?



P: Kakak 2-2 dah keje.



Pn : Keluaran IPT ke?



P: Tak. Depa tak masuk U.



Pn: Hmm...ok. Berdasarkan cerita tadi tu, saya nak tanya satu soalan...Cukup dah ke sumbangan atau bakti awak pada mak ayah awak sepanjang usia awak ni?



P: Macamana puan?



Pn: Yelah...awak kata awak tolong mak ayah gitu2 je...selebihnya banyak gi jumpa kawan di luar. Rasa-rasanya cukupkah sumbangan awak pada mak ayah awak tu untuk awak hadiahkan mereka dengan result awak ni? PNGK bawah 3, A sebiji, C 2 biji, selebihnya B...cukup ke?



P: Tak cukup Puan...



Pn: Apa awak buat sampai dapat result begini?



P: Main facebook dan twitter puan...



Pn: Awak belajar di MRSM kan? Agak2 berapa kos yang mak ayah awak keluarkan untuk tampung persekolahan awak di MRSM tu? Katalah dalam setahun...



P: 5 ribu rasanya puan...



Pn: 5 ribu setahun..dah kira dengan jajan, majalah, buku cerita, kain baju yang awak minta setiap minggu? Setahu saya pelajar MRSM memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi selain ego dan perasan pandai (ayat provokasi je ni...).



P: Betul puan. MRSM memang banyak guna duit...



Pn: Ok. Kalau begitu, awak pernah fikir tak betapa susahnya ayah awak cari wang untuk sara awak? Awak sorang dah belanja tinggi...adik2 yang masih sekolah tu macamana? Awak seorang saja yang pernah masuk MRSM...awak seorang saja yang baru masuk U...awak dapat rasa tak betapa bangganya mak ayah awak? Cukupkah result awak ni untuk membayar nilai bangga dan harapan mak ayah awak?



P: (mula menitis airmata)



Pn: Tujuan saya bercakap begini bukan untuk membuatkan awak sedih atau salahkan MRSM... Saya hanya mahu awak balik dan fikir... Banyak mana sumbangan dan bakti awak kepada mak ayah dan cukupkah result awak ini untuk awak hadiahkan kepada mereka?



Memang awak keluaran MRSM, terbukti pandai...tapi saya tengok awak tidak membawa brand itu ke sini.



Awak kena ingat, mak ayah yang normal tidak pernah minta balasan wang ringgit atau harta benda daripada anak mereka. Cukuplah kalau anak berjaya dalam pelajaran, dalam kehidupan. Hatta kalau anak tak mahu mengucapkan terima kasih pun kepada mereka, mak ayah ni tak kisah. Mereka memang sanggup berkorban apa saja untuk anak2.



Tapi, awak sendiri bagaimana? Balik...dan fikirkan kata-kata saya ni. Bukan tak boleh ber-facebook dan twitter, tapi hadkan masanya. Ubah diri jadi lebih baik untuk semester ini, seterusnya berjaya dengan cemerlang selepas 4 tahun di sini.



P: Baik. Terima kasih puan...

Ahad, 19 Februari 2012

PBL...Jangan tempah tiket itu!

2 isu sebelum ni sebenarnya kisah seorang ayah.
Sengaja aku letak isu/problems dulu sebelum ulas apa2.
Semacam PBL aka Problem based learning yang KPT uar-uarkan
sekarang ni jugaklah gayanye...ngehehe..

Bukan apa...
Cerita ni berdasarkan 3 kisah daripada 3 individu bergelar ayah.
Intipati sama, cuma jalan cerita berbeza.
Jadi aku rangkumkan semua menjadi satu.
Selalu kita dengar cerita anak derhaka pada ibu.
Tapi bila aku dengar kisah ni baru2 ni, aku rasa
ayah tak selalu nak berkongsi rasa dengan orang lain.
Hatta, apabila anak2 sendiri bersikap kurang ajar dan biadap
kepadanya.
Kasihan sungguh...menitis airmata bila aku duduk dan dengar kisah
ayah2 ni...
Merek ni dah tua...dah umur 60,70 tahun.
Hidup sendiri dan ada yang bina keluarga baru dalam usia penghujung begini.
Semuanya gara-gara anak2 yang tak kenang budi dan tak tahu bersyukur ni.

ALLAH...
semoga aku dan kaum keturunan kami di jauhkan daripada sikap begini...
semoga kami sentiasa dekat dan ingat untuk mengucapkan syukur kepada-MU
ya ALLAH...

Sedih...kan?
Kata ayah2 ni...anak2 ini direkrut dengan baik oleh ibu mereka.
Pada awalnya tidak begitu...tapi sebab marahkan suami...
si isteri yang mereka labelkan derhaka ini...(bukan aku yang sebut tau...)
meracuni fikiran anak2 supaya membenci ayah sendiri.
Well...apa yang boleh aku katakan di sini ialah...

Tempah tiket ke london, paris, hatta belgaum ...tak mengapa.
Tapi jangan tempah tiket ke Neraka...

Wallahu'alam...

Khamis, 16 Februari 2012

Warkah bisu dari ayah

Assalamualaikum,

Kehadapan anak-anak yang ayah kasihi.
Terima kasih kerana masih mengingati ayah dan menghantar sms
kepada ayah.
Ayah bersyukur kerana kalian sudi mengingatkan ayah tentang tanggungjawab serta kedudukan ayah dalam keluarga kita.

Anak-anak ayah,
ayah tidak pernah mengingat apatah lagi mencatat nilai wang yang keluar setiap kali menyedia dan menyempurnakan keperluan serta kehendak kalian.
Ayah tidak pernah terdetik sedikit pun untuk mencatatkannya sebab ayah rela hati dan ikhlas memberikan apa sahaja kemahuan kalian.
Ayah tahu, kalian tiada sesiapa di dunia ini melainkan ayah dan emak untuk meminta.
Justeru, ayah sentiasa berusaha untuk menyediakan segala kehendak kalian walau seringkali ayah rasa tidak mampu membayar harganya yang mahal.

Anak-anak ayah,
Ayah sentiasa berusaha menunaikan kehendak kalian. Apabila Along ayah belikan laptop sebab dia sedang belajar di IPT. Adik-adik yang lain juga meminta laptop seorang satu. Pendek kata, ayah sanggup berhutang demi memenuhi permintaan kalian. Sukar untuk ayah menyenaraikan segala perbelanjaan yang telah ayah keluarakan untuk kalian di dalam warkah ini; sebab ayah tidak pernah terfikir kalian akan mempersoalkan tanggungjawab ayah.

Anak-anak ayah,
Janganlah pernikahan ayah kali kedua menjadikan kalian anak derhaka.
Pernahkah kalian bertanya kepada ayah, mengapa ayah bernikah kali kedua?
Hanya yang boleh ayah katakan...lihatlah ke belakang waktu kalian
masih kecil.
Lihatlah bagaimana layanan ibu kalian terhadap ayah...
Ingatlah semula layanan ibu kalian kepada ibu dan bapa ayah...
Renungkanlah sikap ibu kalian kepada adik-beradik serta saudara-mara ayah.

Anak-anak ayah,
Jika kalian masih ingat...
Adakah ayah pernah berkata apa-apa tentang perkara itu?
Setiap kali ibu dan bapa ayah datang, apabila ibu kalian enggan bersalam,
ayah yang menyuruh ibu bersalam.
Apabila ibu kalian enggan memasak dan ayah terpaksa membeli lauk harian di kedai untuk santapan kita, pernahkah kalian dengar ayah merungut?
Setiap kali ayah makan, dan ibu kalian sibuk di meja tulis menyiapkan kerjanya, pernahkah ayah marah?
Setiap hari ayah membasuh, menyidai hatta menyeterika baju kerja sendiri, pernahkah kalian lihat ayah mengeluh?
Sehingga hari ini, waktu ayah menulis warkah inipun...baju, seluar, termasuk pakaian dalam kalian anak-anak gadis ayah; ayah yang basuh dan sidaikan.
Adakah ayah lain yang melakukan perkara sama seperti mana ayah melayan kalian wahai anak-anak ayah?
Itu belum lagi ayah senaraikan kerja rumah yang ayah lakukan setiap kali balik kerja di pejabat. Sedangkan ayah punya seorang isteri dan 4 orang puteri yang boleh membantu semua kerja rumah tatkala sudah remaja begini...tetapi sebaliknya, kalian hanya terperuk dalam bilik sambil membelek buku, bermain games, menghadap facebook dan entah apa-apa lagi yang ada di laman sesawang.

Anak-anak ayah,
Biarlah ayah sendirian bertungkus-lumus menyediakan keperluan kalian termasuk membayar semula hutang puluhan ribu akibat mencukupkan perbelanjaan kalian. Walaupun ibu kalian bekerja, ayah tidak pernah mengambil walau satu senpun daripada pendapatan bulanannya. Ayah juga ada gaji, dan ayah menyara anak-anak ayah mengikut kemampuan dan pendapatan bulanan ayah. Janganlah disamakan pendapatan ayah dengan ibu kalian. Ibu kalian tiada bebanan lain selain memewahkan kalian dengan wang ringgit. Tetapi ayah perlu membayar bil bulanan yang mencecah hampir 1k setiap bulan terutama sewaktu kalian bercuti di rumah, membeli makanan siap masak yang hampir mencecah RM100 setiap hari, mengisi minyak kereta untuk menghantar dan mengambil kalian dari asrama yang setiap seorang lebih 30km dari rumah kita. Itu belum termasuk yuran asrama,belanja harian,buku-buku, dobi, dan macam-macam lagi permintaan kalian. Ibu kalian hanya memenuhi kehendak kalian; tetapi ayah memenuhi keperluan kalian sejak kalian dilahirkan.

Anak-anak ayah,
Belajarlah erti syukur...
Sesungguhnya apabila kita bersyukur, ALLAH akan sentiasa mencukupkan kita dengan rezeki-NYA.
Janganlah diikut rasa hati yang marah dan dendam.
Jika ibu kalian sentiasa mengungkit kesilapan ayah bernikah kali kedua...
ayah berasa bersyukur...ayah tidak pernah silap membuat keputusan.
ALLAH membukakan jalan untuk ayah setelah ayah memohon petunjuk daripada-NYA.

Anak-anak ayah,
Ayah bersyukur kerana keluarga baru ayah sentiasa memahami ayah.
Selalu berusaha meringankan beban ayah.
Selalu bersama ayah ketika waktu sukar.
Tidak pernah mempertikaikan tanggungjawab ayah, hingga ayah yang
berasa bersalah kerana mengetepikan mereka biarpun atas kerelaan mereka.

Anak-anak ayah,
Ayah bersyukur kerana ibu baru kalian memahami dan membantu ayah.
Menyediakan segala keperluan ayah. Walaupun adakalanya tidak begitu sempurna, tetapi ayah tahu dia berusaha dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ayah bahagia bersamanya.
Segala yang ayah tidak pernah kecapi dalam rumahtangga bersama ibu kalian, alhamdulillah...ALLAH memberinya kepada ayah melalui pernikahan kedua ayah. Banyak lagi perkara dalam rumahtangga yang hanya akan kalian fahami apabila telah menempuhnya kelak. Setakat ini, biarlah menjadi rahsia hati ayah.

Anak-anak ayah,
Barangkali masa akan terus mendewasakan kalian kelak.
Ayah tidak menyalahkan kalian, sebab kalian mempunyai hak untuk berasa sedemikian. Namun anak-anak ayah; ingatlah...jangan campur-adukkan amarah dengan dendam. Jangan biarkan diri dikuasai nafsu hingga menyebabkan segalanya berasa tidak berkecukupan. Usahlah kalian menurut kata hati yang diharu syaitan.

Anak-anak ayah,
Hidup ayah tidaklah berapa lama lagi. Seusai tanggungjawab ayah menyara, menyekolahkan dan mengahwinkan kalian kelak, ayah akan menarik diri dari hidup kalian. Ayah tahu kalian bencikan ayah. Ayah tahu kalian tidak sukakan keluarga baru ayah walau sebaik manapun layanan mereka kepada kalian. Cuma ayah bimbang, hidup kalian kelak. Kalian tidak pernah tahu erti susah, tidak pernah tahu erti pengorbanan, tidak pernah tahu tendang-terajang dunia luar.

Anak-anak ayah,
seandainya kalian dilanda badai kehidupan setelah ayah tiada lagi dalam hidup kalian...berusahalah sendiri untuk bangun. Jangan ingatkan ayah, sebab ayah terlalu jauh untuk membantu. Ayah ingin bahagia bersama keluarga baru ayah yang menyayangi ayah.
Jagalah diri kalian baik-baik, wahai anak-anak ayah.

Sekian, wasallam.


AYAH @
/'
'/






Rabu, 15 Februari 2012

Kisah seorang ayah



Hari bapa lambat lagi...

Tapi ada kisah yang aku nak kongsi bersama.

Kisah seorang ayah...




Ayah ini ada empat orang permata hati.

Kesemuanya perempuan.

Sejak kecil ditatang bagai minyak yang penuh.

Dimanja dan diberi kasih sayang tidak berbelah bahagi.

Tidak pernah dimarahi jauh sekali dipukul.

Semua kehendak dituruti.

Jika tiada wang, ayah sanggup mencari sedaya upaya

untuk memenuhi kehendak si anak.


Ke mana tujuan, ayah hantarkan.

Naik bas, teksi, pendek kata pengankutan awam...

boleh dibilang dengan jari.

Betapa bimbang ayah tentang keselamatan anak2nya.

Biar jauh beribu batu...

biar tidak tidur dan tiada erti rehat dalam

kamus kehidupan seorang ayah...

ayah sanggup korbankan lantaran demi anak2nya itu.


Seusai sekolah rendah...

Alhamdulillah anak2 mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Ayah sujud syukur berkali2.

Betapa gembira dan bangga hati seorang ayah.

Lalu, MRSM menjadi pilihan ayah untuk anak2 gadisnya.

Biar besar mana sekalipun belanja untuk menyekolahkan

anak di sekolah tersohor itu, ayah akan tanggung.

Kabel besar, kabel sederhana besar semua ayah hubungi

untuk memastikan anak2nya mendapat tempat di MRSM idaman hatinya.


Seusai anak pertama di MRSM, berjaya mendapat tempat

untuk persediaan ke luar negara.

Ayah menitis airmata gembira.

Apabila si anak tiba2 jatuh sakit sewaktu sedang belajar...

ayah tak tidur malam bertahajjud dan solat sunat

minta kesembuhan.

Berhutang sana sini membiayai perubatan si anak

dan mengambil serta menghantar pulang ke asrama

tempat pengajian setiap minggu.

Akhirnya, berkat doa ayah si anak sembuh.


Tinggallah 3 orang lagi di MRSM...

Entah bagaimana...

Ayah bernikah kali kedua.

Tapi atas persetujuan dan tolak ansur isteri kedua,

ayah hanya menumpukan perhatian kepada anak2 gadisnya.

segala keperluan dan belanja anak2 masih tidak diusik.

Semuanya tidak berubah kecuali sedikit masa yang ayah

peruntukkan untuk keluarga barunya.


Ketika inilah timbul konflik.

Anak2 gadis ayah mula menjauhkan diri.

Setiap kali cuti sekolah, mereka hanya terperap di bilik

sesama mereka.

Tetapi, ayah tidak ambil hati.

Barangkali sudah lama tidak bertemu, sebab itu

mereka lebih senang berbual sesama mereka...

tidak lagi sama sewaktu mereka masih kecil, bermanja dengan ayah.

Sedang pada masa sama, ayah bergelut sendirian menyelesaikan hutang

akibat belanja besar menyara perubatan dan persekolahan si anak.


Hinggalah suatu hari...

salah seorang anak gadis ini menelefon ayahnya...

menceritakan betapa deritanya mereka sejak ayah berkahwin baru...

betapa mereka kekurangan kasih sayang...

betapa mereka berasa dipinggirkan...

betapa mereka hanya ditanggung oleh emak dan bukan ayah.

Kata anak gadis ini lagi, mereka menyokong emak...

"berpisahlah wahai ayah dengan emak kami..."

"kami ingin bahagia bersama emak ..."

"Kami ingin bina hidup baru..."

"Kami tidak mahu ayah mewalikan pernikahan kami pun suatu hari nanti".


Tidak habis rasa terkejut ayah dengan kata2 si sulung...

ayah menerima pula sms daripada anak ketiga...


"Ayah, saya minta ayah masukkan wang ke akaun saya. Mengapa ayah tidak masukkan? Saya bukan meminta banyak. Sebelum ini, wang simpanan saya telah habis saya guna untuk beli keperluan masuk sekolah awal tahun. Kata kakak bahawa kami kurang kasih sayang ayah, memang betul. Ayah tidak mampu menyara kami. Ayah tidak bertanggungjawab. Kalau tidak kami menegur kesilapan ayah, siapa lagi? Tiada guna ayah berulang-alik jemaah ke masjid tetapi ayah tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah".


Indah sungguh bahasa si anak kepada ayahnya. Betapa mereka tidak mengerti kesukaran yang sedang dihadapi oleh ayahnya. Betapa mereka menidakkan jasa dan pengorbanan ayah sepanjang hidup mereka.


Wahai anak, ingatlah...

Engkau tercipta dari setitis mani hanyir milik ayahmu.

Dalam tubuhmu mengalir darah milik ayahmu.

Tulang-temulang, otot dan daging di tubuhmu terjadi dari

rezki yang disuap oleh ayahmu.


Bertahun-tahun, baru kini dibantu oleh ibu...

hilang lenyap sudah jasa ayah membesarkanmu.

Setiap hari sejak bersekolah, wang gaji ayah yang membeli

nasi lemak, air minuman, dan juga jajan untukmu.

Setiap hari juga, ayah yang menanak nasi dan membeli

lauk siap masak untuk makan tengahari dan malam kalian.


Ingatlah kisah si tanggang...

ingatlah kisah anakku sazali...


Ingatlah wahai anak...

Usahlah dijerut hati tua seorang ayah dengan lidah berbisamu.

usahlah mencari salah seorang ayah...

sedang ketika lahirmu dia tidak pernah mengeluh untuk

menyara kehidupanmu.


Buat semua anak2 di dunia ini...

berbaktilah dan bersyukurlah dengan adanya ayahmu.

Peluklah mereka dan raikan mereka tika mereka masih berada

bersama kita.


nota buat bapa penulis:

*Adik rindu ...












Ahad, 8 Januari 2012

Banyak!

Aku ada banyak isu nak dikongsi.
Tapi aku dalam dilemma...
sama ada terus menulis atau kujamah dan kuhadam terlebih dahulu.

Justeru,
antara menulis blog dengan menyiap dan menghantar
tugasan...
aku memilih menghantar tugasanku dalam kadar segera...
sebab kepalaku sudah naik serabut tengok
sampul surat dan segala macam kertas bertimbun dalam
kereta aku.

Dan aku rasa tak lama lagi,
kalau berterusan begini...
gunung karakatoa pun akan meletus lagi.
Mudah2an bp aku tidak 'shooting up' tiba2.
siapa nak jaga puteras kalau aku terlantar di wad nanti.
huhuhu...

Selasa, 27 Disember 2011

Hati....hati-hati?

Bila hati rasa tidak tenang...
inginku pergi jauh...
sejauh kutub utara
sejauh kutub selatan.

Bila hati rasa tidak tenang...
Aku ingin luahkan
namun tiada siapa mengerti
akhirnya kusimpan sendiri.

Bila hati rasa tidak tenang...
Aku rindukan bonda
luahlah apa saja
Bonda akan dengar dengan setia
memberi nasihat
dan kadang-kala turut terasa
luahlah apa saja
di dadanya kuhambur airmata.

Bila hati rasa tidak tenang...
baru kumengerti aku sebatang kara
hanya ILAHI tempat bermanja
mengharap kasih YANG MAHA ESA
memohon kekuatan jiwa menempuh segalanya.

Khamis, 22 Disember 2011

Cancel cuti!

Cancel cuti sebab pulut bersantan!

Kalau nak kata aku tak ikhlas pun...
katalah....

Sabarlah wahai hati...
Mati nanti pun kita sendiri juga...
Tiada yang menemani...
kecuali amal dan doa zuriat yang soleh.

Lalalalalala.....

Khamis, 15 Disember 2011

Titleless Thursday

1
Putera 2: Bam...!
Ummi: Ya...
Putera 2 : Upacicapu..?
Ummi: ???

2
Putera 2 : Bam...!
Ummi: Ya...
Putera 2: Cupapu...!
Ummi: ???

3
Putera 2: kakak tuwa...nyanyi! Bam...bam...
Ummi: Ya...
Putera 2: Kakak tuwa...nyanyi!
Ummi: (kena nyanyi lagu burung kakak tua sampai habes...)

4
Putera 2: kakak... bam...kakak...
Ummi: Ya...kakak...
Putera 2: Kakak canteekkk....
Ummi: ??!!!

Ermmm...alahai!