Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 23 Februari 2012

Reflection

Kata abang, aku sedang melalui proses refleksi.
Aku membiaskan semua perihal tersebut kepada orang lain
yang tiada kaitan asal sahaja ada kebetulan atau persamaan berlaku.

Apa-apa ajelah, kataku kepada abang.
Memang patutpun.
Pada yang sepatutnya tidak boleh dihamburkan...
maka aku beri pada yang boleh aku beri dan pada
masa sama, mungkin akan menjadikan mereka ini lebih baik
berbanding rakan sebaya mereka.

Pada yang sepatutnya tu...
Biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya.

Isnin, 20 Februari 2012

Aduhai...








P : Puan, saya nak minta tandatangan untuk mendaftar.



Pn : Ada bawa result sem lepas?



P: Ada puan. Ni dia...



Pn: Awak ada berapa orang adik beradik?



P: 5 puan.



Pn: Awak anak no berapa?



P: no 3



Pn: sebelum ni, sekolah di mana?



P: MRSM puan...



Pn: Mak ayah kerja apa?



P: Mak surirumah je...ayah pencen askar. Sekarang buat kerja urus tanah kebun.



Pn: Cuti baru ni ada tolong mak ayah kat rumah tak?



P: Tolong macamana puan?



Pn: Tolong kerja rumah ke..tolong ayah di kebun ke...ada?



P: Ada puan. Kadang2 tolong mak masak. Selalunya gi jumpa kawan je...



Pn: Basuh baju?



P: Gilir2 dengan kakak.



Pn: Kakak dah keje atau belajar?



P: Kakak 2-2 dah keje.



Pn : Keluaran IPT ke?



P: Tak. Depa tak masuk U.



Pn: Hmm...ok. Berdasarkan cerita tadi tu, saya nak tanya satu soalan...Cukup dah ke sumbangan atau bakti awak pada mak ayah awak sepanjang usia awak ni?



P: Macamana puan?



Pn: Yelah...awak kata awak tolong mak ayah gitu2 je...selebihnya banyak gi jumpa kawan di luar. Rasa-rasanya cukupkah sumbangan awak pada mak ayah awak tu untuk awak hadiahkan mereka dengan result awak ni? PNGK bawah 3, A sebiji, C 2 biji, selebihnya B...cukup ke?



P: Tak cukup Puan...



Pn: Apa awak buat sampai dapat result begini?



P: Main facebook dan twitter puan...



Pn: Awak belajar di MRSM kan? Agak2 berapa kos yang mak ayah awak keluarkan untuk tampung persekolahan awak di MRSM tu? Katalah dalam setahun...



P: 5 ribu rasanya puan...



Pn: 5 ribu setahun..dah kira dengan jajan, majalah, buku cerita, kain baju yang awak minta setiap minggu? Setahu saya pelajar MRSM memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi selain ego dan perasan pandai (ayat provokasi je ni...).



P: Betul puan. MRSM memang banyak guna duit...



Pn: Ok. Kalau begitu, awak pernah fikir tak betapa susahnya ayah awak cari wang untuk sara awak? Awak sorang dah belanja tinggi...adik2 yang masih sekolah tu macamana? Awak seorang saja yang pernah masuk MRSM...awak seorang saja yang baru masuk U...awak dapat rasa tak betapa bangganya mak ayah awak? Cukupkah result awak ni untuk membayar nilai bangga dan harapan mak ayah awak?



P: (mula menitis airmata)



Pn: Tujuan saya bercakap begini bukan untuk membuatkan awak sedih atau salahkan MRSM... Saya hanya mahu awak balik dan fikir... Banyak mana sumbangan dan bakti awak kepada mak ayah dan cukupkah result awak ini untuk awak hadiahkan kepada mereka?



Memang awak keluaran MRSM, terbukti pandai...tapi saya tengok awak tidak membawa brand itu ke sini.



Awak kena ingat, mak ayah yang normal tidak pernah minta balasan wang ringgit atau harta benda daripada anak mereka. Cukuplah kalau anak berjaya dalam pelajaran, dalam kehidupan. Hatta kalau anak tak mahu mengucapkan terima kasih pun kepada mereka, mak ayah ni tak kisah. Mereka memang sanggup berkorban apa saja untuk anak2.



Tapi, awak sendiri bagaimana? Balik...dan fikirkan kata-kata saya ni. Bukan tak boleh ber-facebook dan twitter, tapi hadkan masanya. Ubah diri jadi lebih baik untuk semester ini, seterusnya berjaya dengan cemerlang selepas 4 tahun di sini.



P: Baik. Terima kasih puan...

Ahad, 19 Februari 2012

PBL...Jangan tempah tiket itu!

2 isu sebelum ni sebenarnya kisah seorang ayah.
Sengaja aku letak isu/problems dulu sebelum ulas apa2.
Semacam PBL aka Problem based learning yang KPT uar-uarkan
sekarang ni jugaklah gayanye...ngehehe..

Bukan apa...
Cerita ni berdasarkan 3 kisah daripada 3 individu bergelar ayah.
Intipati sama, cuma jalan cerita berbeza.
Jadi aku rangkumkan semua menjadi satu.
Selalu kita dengar cerita anak derhaka pada ibu.
Tapi bila aku dengar kisah ni baru2 ni, aku rasa
ayah tak selalu nak berkongsi rasa dengan orang lain.
Hatta, apabila anak2 sendiri bersikap kurang ajar dan biadap
kepadanya.
Kasihan sungguh...menitis airmata bila aku duduk dan dengar kisah
ayah2 ni...
Merek ni dah tua...dah umur 60,70 tahun.
Hidup sendiri dan ada yang bina keluarga baru dalam usia penghujung begini.
Semuanya gara-gara anak2 yang tak kenang budi dan tak tahu bersyukur ni.

ALLAH...
semoga aku dan kaum keturunan kami di jauhkan daripada sikap begini...
semoga kami sentiasa dekat dan ingat untuk mengucapkan syukur kepada-MU
ya ALLAH...

Sedih...kan?
Kata ayah2 ni...anak2 ini direkrut dengan baik oleh ibu mereka.
Pada awalnya tidak begitu...tapi sebab marahkan suami...
si isteri yang mereka labelkan derhaka ini...(bukan aku yang sebut tau...)
meracuni fikiran anak2 supaya membenci ayah sendiri.
Well...apa yang boleh aku katakan di sini ialah...

Tempah tiket ke london, paris, hatta belgaum ...tak mengapa.
Tapi jangan tempah tiket ke Neraka...

Wallahu'alam...

Khamis, 16 Februari 2012

Warkah bisu dari ayah

Assalamualaikum,

Kehadapan anak-anak yang ayah kasihi.
Terima kasih kerana masih mengingati ayah dan menghantar sms
kepada ayah.
Ayah bersyukur kerana kalian sudi mengingatkan ayah tentang tanggungjawab serta kedudukan ayah dalam keluarga kita.

Anak-anak ayah,
ayah tidak pernah mengingat apatah lagi mencatat nilai wang yang keluar setiap kali menyedia dan menyempurnakan keperluan serta kehendak kalian.
Ayah tidak pernah terdetik sedikit pun untuk mencatatkannya sebab ayah rela hati dan ikhlas memberikan apa sahaja kemahuan kalian.
Ayah tahu, kalian tiada sesiapa di dunia ini melainkan ayah dan emak untuk meminta.
Justeru, ayah sentiasa berusaha untuk menyediakan segala kehendak kalian walau seringkali ayah rasa tidak mampu membayar harganya yang mahal.

Anak-anak ayah,
Ayah sentiasa berusaha menunaikan kehendak kalian. Apabila Along ayah belikan laptop sebab dia sedang belajar di IPT. Adik-adik yang lain juga meminta laptop seorang satu. Pendek kata, ayah sanggup berhutang demi memenuhi permintaan kalian. Sukar untuk ayah menyenaraikan segala perbelanjaan yang telah ayah keluarakan untuk kalian di dalam warkah ini; sebab ayah tidak pernah terfikir kalian akan mempersoalkan tanggungjawab ayah.

Anak-anak ayah,
Janganlah pernikahan ayah kali kedua menjadikan kalian anak derhaka.
Pernahkah kalian bertanya kepada ayah, mengapa ayah bernikah kali kedua?
Hanya yang boleh ayah katakan...lihatlah ke belakang waktu kalian
masih kecil.
Lihatlah bagaimana layanan ibu kalian terhadap ayah...
Ingatlah semula layanan ibu kalian kepada ibu dan bapa ayah...
Renungkanlah sikap ibu kalian kepada adik-beradik serta saudara-mara ayah.

Anak-anak ayah,
Jika kalian masih ingat...
Adakah ayah pernah berkata apa-apa tentang perkara itu?
Setiap kali ibu dan bapa ayah datang, apabila ibu kalian enggan bersalam,
ayah yang menyuruh ibu bersalam.
Apabila ibu kalian enggan memasak dan ayah terpaksa membeli lauk harian di kedai untuk santapan kita, pernahkah kalian dengar ayah merungut?
Setiap kali ayah makan, dan ibu kalian sibuk di meja tulis menyiapkan kerjanya, pernahkah ayah marah?
Setiap hari ayah membasuh, menyidai hatta menyeterika baju kerja sendiri, pernahkah kalian lihat ayah mengeluh?
Sehingga hari ini, waktu ayah menulis warkah inipun...baju, seluar, termasuk pakaian dalam kalian anak-anak gadis ayah; ayah yang basuh dan sidaikan.
Adakah ayah lain yang melakukan perkara sama seperti mana ayah melayan kalian wahai anak-anak ayah?
Itu belum lagi ayah senaraikan kerja rumah yang ayah lakukan setiap kali balik kerja di pejabat. Sedangkan ayah punya seorang isteri dan 4 orang puteri yang boleh membantu semua kerja rumah tatkala sudah remaja begini...tetapi sebaliknya, kalian hanya terperuk dalam bilik sambil membelek buku, bermain games, menghadap facebook dan entah apa-apa lagi yang ada di laman sesawang.

Anak-anak ayah,
Biarlah ayah sendirian bertungkus-lumus menyediakan keperluan kalian termasuk membayar semula hutang puluhan ribu akibat mencukupkan perbelanjaan kalian. Walaupun ibu kalian bekerja, ayah tidak pernah mengambil walau satu senpun daripada pendapatan bulanannya. Ayah juga ada gaji, dan ayah menyara anak-anak ayah mengikut kemampuan dan pendapatan bulanan ayah. Janganlah disamakan pendapatan ayah dengan ibu kalian. Ibu kalian tiada bebanan lain selain memewahkan kalian dengan wang ringgit. Tetapi ayah perlu membayar bil bulanan yang mencecah hampir 1k setiap bulan terutama sewaktu kalian bercuti di rumah, membeli makanan siap masak yang hampir mencecah RM100 setiap hari, mengisi minyak kereta untuk menghantar dan mengambil kalian dari asrama yang setiap seorang lebih 30km dari rumah kita. Itu belum termasuk yuran asrama,belanja harian,buku-buku, dobi, dan macam-macam lagi permintaan kalian. Ibu kalian hanya memenuhi kehendak kalian; tetapi ayah memenuhi keperluan kalian sejak kalian dilahirkan.

Anak-anak ayah,
Belajarlah erti syukur...
Sesungguhnya apabila kita bersyukur, ALLAH akan sentiasa mencukupkan kita dengan rezeki-NYA.
Janganlah diikut rasa hati yang marah dan dendam.
Jika ibu kalian sentiasa mengungkit kesilapan ayah bernikah kali kedua...
ayah berasa bersyukur...ayah tidak pernah silap membuat keputusan.
ALLAH membukakan jalan untuk ayah setelah ayah memohon petunjuk daripada-NYA.

Anak-anak ayah,
Ayah bersyukur kerana keluarga baru ayah sentiasa memahami ayah.
Selalu berusaha meringankan beban ayah.
Selalu bersama ayah ketika waktu sukar.
Tidak pernah mempertikaikan tanggungjawab ayah, hingga ayah yang
berasa bersalah kerana mengetepikan mereka biarpun atas kerelaan mereka.

Anak-anak ayah,
Ayah bersyukur kerana ibu baru kalian memahami dan membantu ayah.
Menyediakan segala keperluan ayah. Walaupun adakalanya tidak begitu sempurna, tetapi ayah tahu dia berusaha dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ayah bahagia bersamanya.
Segala yang ayah tidak pernah kecapi dalam rumahtangga bersama ibu kalian, alhamdulillah...ALLAH memberinya kepada ayah melalui pernikahan kedua ayah. Banyak lagi perkara dalam rumahtangga yang hanya akan kalian fahami apabila telah menempuhnya kelak. Setakat ini, biarlah menjadi rahsia hati ayah.

Anak-anak ayah,
Barangkali masa akan terus mendewasakan kalian kelak.
Ayah tidak menyalahkan kalian, sebab kalian mempunyai hak untuk berasa sedemikian. Namun anak-anak ayah; ingatlah...jangan campur-adukkan amarah dengan dendam. Jangan biarkan diri dikuasai nafsu hingga menyebabkan segalanya berasa tidak berkecukupan. Usahlah kalian menurut kata hati yang diharu syaitan.

Anak-anak ayah,
Hidup ayah tidaklah berapa lama lagi. Seusai tanggungjawab ayah menyara, menyekolahkan dan mengahwinkan kalian kelak, ayah akan menarik diri dari hidup kalian. Ayah tahu kalian bencikan ayah. Ayah tahu kalian tidak sukakan keluarga baru ayah walau sebaik manapun layanan mereka kepada kalian. Cuma ayah bimbang, hidup kalian kelak. Kalian tidak pernah tahu erti susah, tidak pernah tahu erti pengorbanan, tidak pernah tahu tendang-terajang dunia luar.

Anak-anak ayah,
seandainya kalian dilanda badai kehidupan setelah ayah tiada lagi dalam hidup kalian...berusahalah sendiri untuk bangun. Jangan ingatkan ayah, sebab ayah terlalu jauh untuk membantu. Ayah ingin bahagia bersama keluarga baru ayah yang menyayangi ayah.
Jagalah diri kalian baik-baik, wahai anak-anak ayah.

Sekian, wasallam.


AYAH @
/'
'/






Rabu, 15 Februari 2012

Kisah seorang ayah



Hari bapa lambat lagi...

Tapi ada kisah yang aku nak kongsi bersama.

Kisah seorang ayah...




Ayah ini ada empat orang permata hati.

Kesemuanya perempuan.

Sejak kecil ditatang bagai minyak yang penuh.

Dimanja dan diberi kasih sayang tidak berbelah bahagi.

Tidak pernah dimarahi jauh sekali dipukul.

Semua kehendak dituruti.

Jika tiada wang, ayah sanggup mencari sedaya upaya

untuk memenuhi kehendak si anak.


Ke mana tujuan, ayah hantarkan.

Naik bas, teksi, pendek kata pengankutan awam...

boleh dibilang dengan jari.

Betapa bimbang ayah tentang keselamatan anak2nya.

Biar jauh beribu batu...

biar tidak tidur dan tiada erti rehat dalam

kamus kehidupan seorang ayah...

ayah sanggup korbankan lantaran demi anak2nya itu.


Seusai sekolah rendah...

Alhamdulillah anak2 mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Ayah sujud syukur berkali2.

Betapa gembira dan bangga hati seorang ayah.

Lalu, MRSM menjadi pilihan ayah untuk anak2 gadisnya.

Biar besar mana sekalipun belanja untuk menyekolahkan

anak di sekolah tersohor itu, ayah akan tanggung.

Kabel besar, kabel sederhana besar semua ayah hubungi

untuk memastikan anak2nya mendapat tempat di MRSM idaman hatinya.


Seusai anak pertama di MRSM, berjaya mendapat tempat

untuk persediaan ke luar negara.

Ayah menitis airmata gembira.

Apabila si anak tiba2 jatuh sakit sewaktu sedang belajar...

ayah tak tidur malam bertahajjud dan solat sunat

minta kesembuhan.

Berhutang sana sini membiayai perubatan si anak

dan mengambil serta menghantar pulang ke asrama

tempat pengajian setiap minggu.

Akhirnya, berkat doa ayah si anak sembuh.


Tinggallah 3 orang lagi di MRSM...

Entah bagaimana...

Ayah bernikah kali kedua.

Tapi atas persetujuan dan tolak ansur isteri kedua,

ayah hanya menumpukan perhatian kepada anak2 gadisnya.

segala keperluan dan belanja anak2 masih tidak diusik.

Semuanya tidak berubah kecuali sedikit masa yang ayah

peruntukkan untuk keluarga barunya.


Ketika inilah timbul konflik.

Anak2 gadis ayah mula menjauhkan diri.

Setiap kali cuti sekolah, mereka hanya terperap di bilik

sesama mereka.

Tetapi, ayah tidak ambil hati.

Barangkali sudah lama tidak bertemu, sebab itu

mereka lebih senang berbual sesama mereka...

tidak lagi sama sewaktu mereka masih kecil, bermanja dengan ayah.

Sedang pada masa sama, ayah bergelut sendirian menyelesaikan hutang

akibat belanja besar menyara perubatan dan persekolahan si anak.


Hinggalah suatu hari...

salah seorang anak gadis ini menelefon ayahnya...

menceritakan betapa deritanya mereka sejak ayah berkahwin baru...

betapa mereka kekurangan kasih sayang...

betapa mereka berasa dipinggirkan...

betapa mereka hanya ditanggung oleh emak dan bukan ayah.

Kata anak gadis ini lagi, mereka menyokong emak...

"berpisahlah wahai ayah dengan emak kami..."

"kami ingin bahagia bersama emak ..."

"Kami ingin bina hidup baru..."

"Kami tidak mahu ayah mewalikan pernikahan kami pun suatu hari nanti".


Tidak habis rasa terkejut ayah dengan kata2 si sulung...

ayah menerima pula sms daripada anak ketiga...


"Ayah, saya minta ayah masukkan wang ke akaun saya. Mengapa ayah tidak masukkan? Saya bukan meminta banyak. Sebelum ini, wang simpanan saya telah habis saya guna untuk beli keperluan masuk sekolah awal tahun. Kata kakak bahawa kami kurang kasih sayang ayah, memang betul. Ayah tidak mampu menyara kami. Ayah tidak bertanggungjawab. Kalau tidak kami menegur kesilapan ayah, siapa lagi? Tiada guna ayah berulang-alik jemaah ke masjid tetapi ayah tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah".


Indah sungguh bahasa si anak kepada ayahnya. Betapa mereka tidak mengerti kesukaran yang sedang dihadapi oleh ayahnya. Betapa mereka menidakkan jasa dan pengorbanan ayah sepanjang hidup mereka.


Wahai anak, ingatlah...

Engkau tercipta dari setitis mani hanyir milik ayahmu.

Dalam tubuhmu mengalir darah milik ayahmu.

Tulang-temulang, otot dan daging di tubuhmu terjadi dari

rezki yang disuap oleh ayahmu.


Bertahun-tahun, baru kini dibantu oleh ibu...

hilang lenyap sudah jasa ayah membesarkanmu.

Setiap hari sejak bersekolah, wang gaji ayah yang membeli

nasi lemak, air minuman, dan juga jajan untukmu.

Setiap hari juga, ayah yang menanak nasi dan membeli

lauk siap masak untuk makan tengahari dan malam kalian.


Ingatlah kisah si tanggang...

ingatlah kisah anakku sazali...


Ingatlah wahai anak...

Usahlah dijerut hati tua seorang ayah dengan lidah berbisamu.

usahlah mencari salah seorang ayah...

sedang ketika lahirmu dia tidak pernah mengeluh untuk

menyara kehidupanmu.


Buat semua anak2 di dunia ini...

berbaktilah dan bersyukurlah dengan adanya ayahmu.

Peluklah mereka dan raikan mereka tika mereka masih berada

bersama kita.


nota buat bapa penulis:

*Adik rindu ...












Selasa, 14 Februari 2012

Kifarah...

Sejak kelmarin
badan dah mula rasa lain macam je...
semalam seram sejuk dan bersin tak henti2.
Hari ni...
walau dah makan ubat, masih tak larat.

Puteras pula buat hal
bila ummi tak layan...
huhuhu...

Malam ni, ayah pulang agaknya...
sebab ummi memang tak larat sangat.
Sejak pagi tadi, tiap kali ayah call...
ummi tak larat nak bersuara pun.
Main hu ha, hu ha je...

Taip entry blog???
Eh! boleh lagi...
Tapi terpaksa tahan sakit kepala la...
hehehe

Isnin, 13 Februari 2012

Nak cerita apa?

Hari ni...sejak kelmarin...
tak berapa nak sihat badan ni...
agaknya, angin selat melaka dah bertiup gamaknye...
huhuhu...

Rabu, 8 Februari 2012

Yuk!

Hehehe...
Alhamdulillah.
Jom! sapa2 yang pernah meng'offer' diri
nak tolong packing barang dulu tu...
sila lapang2kan diri anda untuk memenuhi
tawaran anda sendiri...
Yuk!!