Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 23 Disember 2010

DISEMBER 2010

2011 BAKAL MENJELMA 8 HARI LAGI.
TIADA APA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI DI SINI...
CUMA TERMANGGU SEKETIKA DARIPADA KESIBUKAN MENYIAPKAN
TUGASAN 'URGENT' DAN TERINGAT SEGALA KENANGAN 2010.

ABANG

MASIH SELALU SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB.
BANYAK JUGA BERKONGSI RASA DENGANKU KEBELAKANGAN INI.

YANG PASTI, ABANG PALING GEMBIRA KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN
PUTERA KEDUA KAMI, MUHAIMIN PADA PERTENGAHAN APRIL 2010 YANG LALU.
IMPIAN MENDAPAT RAMAI ZURIAT LELAKI TERMAKBUL JUGA...
BERTAMBAHLAH KERIUHAN DI RUMAHTANGGA KAMI DENGAN LAHIRNYA
PUTERA HARIRI DAN PUTERA MUHAIMIN.

DAN LEBIH PASTI, ABANG SEAKAN SELALU TERJERAT DENGAN KELETAH PUTERA SULUNG KAMI.
RINDUNYA MEMUNCAK TIAP KALI TERINGAT KELETAH NAKAL DAN MANJA PUTERA H.
ACAPKALI JUGA SELEPAS MENDENGAR SUARA PUTERA H MENGUCAPKAN 'ALLAHU AKBAR' DI TELEFON,
ABANG AKAN PULANG KE RUMAH KAMI.

AKU

AKU MASIH JUGA DI SINI. MELUNASKAN SEGALA TANGGUNGJAWABKU DI PEJABAT DAN DI RUMAH.
ALHAMDULILLAH, ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN YANG TIADA TANDINGANNYA KEPADAKU UNTUK
MENGURUSKAN URUSAN HARIAN SERTA MEMBESARKAN PUTERA H DAN PUTERA M.

KENAKALAN, TANGISAN, KEMANJAAN, SAKIT, DAN SENYUMAN MEREKALAH YANG MEMBUATKAN DIRIKU
TERUS GAGAH BERDIRI. BIAR WAKTU SESAKIT MANA SEKALIPUN, DEMI KEDUA PUTERA INI, KUGAGAHI JUA
UNTUK BANGUN.

MESKIPUN BANYAK TOHMAHAN DAN CACIAN YANG KUTERIMA, ALHAMDULILLAH SEMUA ITU TIDAK MENCACATKAN
AKU. JUGA TIDAK SAMA SEKALI MELEMAHKAN AKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUPKU.
CUMA YANG LEMAH IALAH SEMANGATKU UNTUK PULANG KE KAMPUNG. LEMAH SEBAB SUDAH TIADA SIAPA
DI SANA.

RINDU PADA BONDA TAK PERNAH SURUT. MALAH SEMAKIN MEMBUAK-BUAK. MALAHAN SEWAKTU HAMPIR
MELAHIRKAN PUTERA M JUGA SAMA SEPERTI WAKTU MELAHIRKAN PUTERA H SETAHUN LALU,
INGATAN PADA BONDA SANGAT KUAT TAK TERBENDUNG. SELALU JUGA WAKTU BERBARING DI KATIL HOSPITAL,
AKU AKAN MENGIRING MENUTUP MUKA DENGAN BUKU YANG KUBACA MENYEMBUNYIKAN TANGIS RINDU DAN CEMBURU. CEMBURU APABILA MELIHAT IBU-IBU LAIN, ADA BONDA YANG MELAWAT DAN MENYUAPKAN MAKAN MEREKA.

DAN HARI INI, AKU TETAP JUGA TEPU DENGAN BEBAN KERJA DI PEJABAT YANG TIDAK PERNAH SURUT.
PELUANG BERBENGKEL SELAMA 2 HARI MINGGU LALU, TIDAK KULEPASKAN.
SEMPAT JUGA BERJALAN-JALAN DENGAN ABANG DAN PUTERA-PUTERA KAMI.
SYUKRAN YA ALLAH.


PUTERA H

SEMAKIN MEMBESAR. BERAT SUDAH MENJANGKAU 11 KG. SUDAH BERUSIA HAMPIR SETAHUN 7 BULAN.
SUDAH MENGENAL BENDA TETAPI SECARA UMUM. SUDAH BOLEH MENYEBUT BEBERAPA SUKU KATA.
SANGAT RAJIN 'MENOLONG' WAKTU UMMI ATAU AYAH BUAT KERJA.

SUKA NAIK WALKER WALAU DAH PANDAI BERJALAN SENDIRI.
TETAPI ADA JUGA MASANYA, WALKER NAIK PUTERA H TERUTAMA BILA NAK MELANGKAH BENDUL ATAU
WAKTU DIA TERASA NAK BERJALAN DAN WALKER MELAMBATKAN PERGERAKANNYA.

MEMANGGIL SEMUA HAIWAN ... AUNG.
MENGENAL SEMUA JENIS KENDERAAN ... TEN.

MALAHAN, TURUT MEMICIT PACAT YANG NAIK KE MUKANYA WAKTU SIBUK MENOLONG AYAH
MEMBAIKI PAIP AIR, SAMBIL MENGHULURKAN PACAT TERSEBUT KEPADA AYAH, MULUTNYA TAK HENTI-HENTI
MENYEBUT AUNG...AUNG...AUNG...

KALA NAIK KERETA, SELALU PUTERA H MENYEBUT AUNG...TAPI KAMI TIDAK NAMPAK.
SELEPAS DIPERHATIKAN BETUL2 RUPA-RUPANYA MEMANG ADA KUCING DI SEBERANG JALAN, DI SEBALIK KERETA,
ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG SELALU TIDAK TERPANDANG OLEH KAMI.

PANDAI JUGA BERMAIN DAN MEMUJUK ADIK, PUTERA M. MALAH PANDAI JUGA MENGUSIK KAMI SEMUA.

SEMUA ITU MEMBUATKAN AKU DAN ABANG SERING KERINDUAN DAN INGIN SELALU CEPAT PULANG KE RUMAH.


PUTERA M

uSIA SUDAH MENJANGKAU 8 BULAN LEBIH. SUDAH PANDAI MENIARAP ASKAR. LAJU DAN ENGGAN DIPEGANG. SUDAH MEMBEBEL DENGAN MAJUNYA.
PANDAI MEMEGANG BOTOL SENDIRI SEJAK 1 MINGGU LALU. SUDAH MULAI JARANG 'BERGOMBENG'.
PRO NAIK WALKER. SUKA MEMERHATI TINGKAHLAKU ABANG H-NYA. SUKA MAKAN NASI KANJI DAN SUP.
SUKA AMBIL TANGAN UMMI ATAU AYAH DAN GIGIT DENGAN GUSI TAKDE GIGINYA ITU.
SUKA KETAWA BILA UMMI MAIN TOLEH-TOLEH WAKTU MEMANDU KERETA.

SELALU JUGA UMMI KELIRU, SEBAB SUARA PUTERA M LEBIH KUAT DAN BESAR DARIPADA PUTERA H.


SETAHUN BERLALU...
MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN AKAN MEMBERI SINAR YANG LEBIH CEMERLANG BUAT KAMI SEKELUARGA.
SEMOGA ALLAH HINDARKAN KAMI DARIPADA FITNAH DAN DENDAM SESIAPA SAHAJA DARIPADA KAMI.
SEMOGA REZEKI KAMI BERTAMBAH...DAN AKU BERPELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN.
SEMOGA ANAK-ANAK UMMI TERUS MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHIN, BERIMAN, BERILMU,SIHAT,
CERDIK,BERAKAL, SENTIASA BERBAIK PAKAT ADIK-BERADIK, SERTA SELALU DOAKAN UMMI DAN AYAH
DUNIA DAN AKHIRAT.

AMIN.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN...
AKAN KUSIMPAN KEJAP SEGALA NOSTALGIA YANG BERLALU.
DAN AKAN KUJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENEMPUH HARI ESOK.

HAMPIR KUTERLUPA...HARI INI, TARIKH INI...
SELAMAT ULANGTAHUN....ABANG.

DISEMBER 2010

2011 BAKAL MENJELMA 8 HARI LAGI.
TIADA APA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI DI SINI...
CUMA TERMANGGU SEKETIKA DARIPADA KESIBUKAN MENYIAPKAN
TUGASAN 'URGENT' DAN TERINGAT SEGALA KENANGAN 2010.

ABANG

MASIH SELALU SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB.
BANYAK JUGA BERKONGSI RASA DENGANKU KEBELAKANGAN INI.

YANG PASTI, ABANG PALING GEMBIRA KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN
PUTERA KEDUA KAMI, MUHAIMIN PADA PERTENGAHAN APRIL 2010 YANG LALU.
IMPIAN MENDAPAT RAMAI ZURIAT LELAKI TERMAKBUL JUGA...
BERTAMBAHLAH KERIUHAN DI RUMAHTANGGA KAMI DENGAN LAHIRNYA
PUTERA HARIRI DAN PUTERA MUHAIMIN.

DAN LEBIH PASTI, ABANG SEAKAN SELALU TERJERAT DENGAN KELETAH PUTERA SULUNG KAMI.
RINDUNYA MEMUNCAK TIAP KALI TERINGAT KELETAH NAKAL DAN MANJA PUTERA H.
ACAPKALI JUGA SELEPAS MENDENGAR SUARA PUTERA H MENGUCAPKAN 'ALLAHU AKBAR' DI TELEFON,
ABANG AKAN PULANG KE RUMAH KAMI.

AKU

AKU MASIH JUGA DI SINI. MELUNASKAN SEGALA TANGGUNGJAWABKU DI PEJABAT DAN DI RUMAH.
ALHAMDULILLAH, ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN YANG TIADA TANDINGANNYA KEPADAKU UNTUK
MENGURUSKAN URUSAN HARIAN SERTA MEMBESARKAN PUTERA H DAN PUTERA M.

KENAKALAN, TANGISAN, KEMANJAAN, SAKIT, DAN SENYUMAN MEREKALAH YANG MEMBUATKAN DIRIKU
TERUS GAGAH BERDIRI. BIAR WAKTU SESAKIT MANA SEKALIPUN, DEMI KEDUA PUTERA INI, KUGAGAHI JUA
UNTUK BANGUN.

MESKIPUN BANYAK TOHMAHAN DAN CACIAN YANG KUTERIMA, ALHAMDULILLAH SEMUA ITU TIDAK MENCACATKAN
AKU.JUGA TIDAK SAMA SEKALI MELEMAHKAN AKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUPKU.
CUMA YANG LEMAH IALAH SEMANGATKU UNTUK PULANG KE KAMPUNG. LEMAH SEBAB SUDAH TIADA SIAPA
DI SANA.

RINDU PADA BONDA TAK PERNAH SURUT. MALAH SEMAKIN MEMBUAK-BUAK. MALAHAN SEWAKTU HAMPIR
MELAHIRKAN PUTERA M JUGA SAMA SEPERTI WAKTU MELAHIRKAN PUTERA H SETAHUN LALU,
INGATAN PADA BONDA SANGAT KUAT TAK TERBENDUNG. SELALU JUGA WAKTU BERBARING DI KATIL HOSPITAL,
AKU AKAN MENGIRING MENYEMBUNYIKAN TANGIS RINDU DAN CEMBURU. CEMBURU APABILA MELIHAT IBU-IBU LAIN, ADA BONDA YANG MELAWAT DAN MENYUAPKAN MAKAN MEREKA.

DAN HARI INI, AKU TETAP JUGA TEPU DENGAN BEBAN KERJA DI PEJABAT YANG TIDAK PERNAH SURUT.
PELUANG BERBENGKEL SELAMA 2 HARI MINGGU LALU, TIDAK KULEPASKAN.
SEMPAT JUGA BERJALAN-JALAN DENGAN ABANG DAN PUTERA-PUTERA KAMI.
SYUKRAN YA ALLAH.


PUTERA H

SEMAKIN MEMBESAR. BERAT SUDAH MENJANGKAU 11 KG. SUDAH BERUSIA HAMPIR SETAHUN 7 BULAN.
SUDAH MENGENAL BENDA TETAPI SECARA UMUM. SUDAH BOLEH MENYEBUT BEBERAPA SUKU KATA.
SANGAT RAJIN 'MENOLONG' WAKTU UMMI ATAU AYAH BUAT KERJA.

SUKA NAIK WALKER WALAU DAH PANDAI BERJALAN SENDIRI.
TETAPI ADA JUGA MASANYA, WALKER NAIK PUTERA H TERUTAMA BILA NAK MELANGKAH BENDUL ATAU
WAKTU DIA TERASA NAK BERJALAN DAN WALKER MELAMBATKAN PERGERAKANNYA.

MEMANGGIL SEMUA HAIWAN ... AUNG.
MENGENAL SEMUA JENIS KENDERAAN ... TEN.

MALAHAN, TURUT MEMICIT PACAT YANG NAIK KE MUKANYA WAKTU SIBUK MENOLONG AYAH
MEMBAIKI PAIP AIR, SAMBIL MENGHULURKAN PACAT TERSEBUT KEPADA AYAH, MULUTNYA TAK HENTI-HENTI
MENYEBUT AUNG...AUNG...AUNG...

KALA NAIK KERETA, SELALU PUTERA H MENYEBUT AUNG...TAPI KAMI TIDAK NAMPAK.
SELEPAS DIPERHATIKAN BETUL2 RUPA-RUPANYA MEMANG ADA KUCING DI SEBERANG JALAN, DI SEBALIK KERETA,
ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG SELALU TIDAK TERPANDANG OLEH KAMI.

PANDAI JUGA BERMAIN DAN MEMUJUK ADIK, PUTERA M. MALAH PANDAI JUGA MENGUSIK KAMI SEMUA.

SEMUA ITU MEMBUATKAN AKU DAN ABANG SERING KERINDUAN DAN INGIN SELALU CEPAT PULANG KE RUMAH.


PUTERA M

SUDAH PANDAI MENIARAP ASKAR. LAJU DAN ENGGAN DIPEGANG. SUDAH MEMBEBEL DENGAN MAJUNYA.
PANDAI MEMEGANG BOTOL SENDIRI SEJAK 1 MINGGU LALU. SUDAH MULAI JARANG 'BERGOMBENG'.
PRO NAIK WALKER. SUKA MEMERHATI TINGKAHLAKU ABANG H-NYA. SUKA MAKAN NASI KANJI DAN SUP.
SUKA AMBIL TANGAN UMMI ATAU AYAH DAN GIGIT DENGAN GUSI TAKDE GIGINYA ITU.
SUKA KETAWA BILA UMMI MAIN TOLEH-TOLEH WAKTU MEMANDU KERETA.

SELALU JUGA UMMI KELIRU, SEBAB SUARA PUTERA M LEBIH KUAT DAN BESAR DARIPADA PUTERA H
.

SETAHUN BERLALU...
MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN AKAN MEMBERI SINAR YANG LEBIH CEMERLANG BUAT KAMI SEKELUARGA.
SEMOGA ALLAH HINDARKAN KAMI DARIPADA FITNAH DAN DENDAM SESIAPA SAHAJA DARIPADA KAMI.
SEMOGA REZEKI KAMI BERTAMBAH...DAN AKU BERPELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN.
SEMOGA ANAK-ANAK UMMI TERUS MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHIN, BERIMAN, BERILMU,SIHAT,
CERDIK,BERAKAL, SENTIASA BERBAIK PAKAT ADIK-BERADIK, SERTA SELALU DOAKAN UMMI DAN AYAH
DUNIA DAN AKHIRAT.

AMIN.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN...
AKAN KUSIMPAN KEJAP SEGALA NOSTALGIA YANG BERLALU.
DAN AKAN KUJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENEMPUH HARI ESOK.

HAMPIR KUTERLUPA...HARI INI, TARIKH INI...
SELAMAT ULANGTAHUN....ABANG.

DISEMBER 2010

2011 BAKAL MENJELMA 8 HARI LAGI.
TIADA APA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI DI SINI...
CUMA TERMANGGU SEKETIKA DARIPADA KESIBUKAN MENYIAPKAN
TUGASAN 'URGENT' DAN TERINGAT SEGALA KENANGAN 2010.

ABANG

MASIH SELALU SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB.
BANYAK JUGA BERKONGSI RASA DENGANKU KEBELAKANGAN INI.

YANG PASTI, ABANG PALING GEMBIRA KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN
PUTERA KEDUA KAMI, MUHAIMIN PADA PERTENGAHAN APRIL 2010 YANG LALU.
IMPIAN MENDAPAT RAMAI ZURIAT LELAKI TERMAKBUL JUGA...
BERTAMBAHLAH KERIUHAN DI RUMAHTANGGA KAMI DENGAN LAHIRNYA
PUTERA HARIRI DAN PUTERA MUHAIMIN.

DAN LEBIH PASTI, ABANG SEAKAN SELALU TERJERAT DENGAN KELETAH PUTERA SULUNG KAMI.
RINDUNYA MEMUNCAK TIAP KALI TERINGAT KELETAH NAKAL DAN MANJA PUTERA H.
ACAPKALI JUGA SELEPAS MENDENGAR SUARA PUTERA H MENGUCAPKAN 'ALLAHU AKBAR' DI TELEFON,
ABANG AKAN PULANG KE RUMAH KAMI.

AKU

AKU MASIH JUGA DI SINI. MELUNASKAN SEGALA TANGGUNGJAWABKU DI PEJABAT DAN DI RUMAH.
ALHAMDULILLAH, ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN YANG TIADA TANDINGANNYA KEPADAKU UNTUK
MENGURUSKAN URUSAN HARIAN SERTA MEMBESARKAN PUTERA H DAN PUTERA M.

KENAKALAN, TANGISAN, KEMANJAAN, SAKIT, DAN SENYUMAN MEREKALAH YANG MEMBUATKAN DIRIKU
TERUS GAGAH BERDIRI. BIAR WAKTU SESAKIT MANA SEKALIPUN, DEMI KEDUA PUTERA INI, KUGAGAHI JUA
UNTUK BANGUN.

MESKIPUN BANYAK TOHMAHAN DAN CACIAN YANG KUTERIMA, ALHAMDULILLAH SEMUA ITU TIDAK MENCACATKAN
AKU.JUGA TIDAK SAMA SEKALI MELEMAHKAN AKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUPKU.
CUMA YANG LEMAH IALAH SEMANGATKU UNTUK PULANG KE KAMPUNG. LEMAH SEBAB SUDAH TIADA SIAPA
DI SANA.

RINDU PADA BONDA TAK PERNAH SURUT. MALAH SEMAKIN MEMBUAK-BUAK. MALAHAN SEWAKTU HAMPIR
MELAHIRKAN PUTERA M JUGA SAMA SEPERTI WAKTU MELAHIRKAN PUTERA H SETAHUN LALU,
INGATAN PADA BONDA SANGAT KUAT TAK TERBENDUNG. SELALU JUGA WAKTU BERBARING DI KATIL HOSPITAL,
AKU AKAN MENGIRING MENYEMBUNYIKAN TANGIS RINDU DAN CEMBURU. CEMBURU APABILA MELIHAT IBU-IBU LAIN, ADA BONDA YANG MELAWAT DAN MENYUAPKAN MAKAN MEREKA.

DAN HARI INI, AKU TETAP JUGA TEPU DENGAN BEBAN KERJA DI PEJABAT YANG TIDAK PERNAH SURUT.
PELUANG BERBENGKEL SELAMA 2 HARI MINGGU LALU, TIDAK KULEPASKAN.
SEMPAT JUGA BERJALAN-JALAN DENGAN ABANG DAN PUTERA-PUTERA KAMI.
SYUKRAN YA ALLAH.


PUTERA H

SEMAKIN MEMBESAR. BERAT SUDAH MENJANGKAU 11 KG. SUDAH BERUSIA HAMPIR SETAHUN 7 BULAN.
SUDAH MENGENAL BENDA TETAPI SECARA UMUM. SUDAH BOLEH MENYEBUT BEBERAPA SUKU KATA.
SANGAT RAJIN 'MENOLONG' WAKTU UMMI ATAU AYAH BUAT KERJA.

SUKA NAIK WALKER WALAU DAH PANDAI BERJALAN SENDIRI.
TETAPI ADA JUGA MASANYA, WALKER NAIK PUTERA H TERUTAMA BILA NAK MELANGKAH BENDUL ATAU
WAKTU DIA TERASA NAK BERJALAN DAN WALKER MELAMBATKAN PERGERAKANNYA.

MEMANGGIL SEMUA HAIWAN ... AUNG.
MENGENAL SEMUA JENIS KENDERAAN ... TEN.

MALAHAN, TURUT MEMICIT PACAT YANG NAIK KE MUKANYA WAKTU SIBUK MENOLONG AYAH
MEMBAIKI PAIP AIR, SAMBIL MENGHULURKAN PACAT TERSEBUT KEPADA AYAH, MULUTNYA TAK HENTI-HENTI
MENYEBUT AUNG...AUNG...AUNG...

KALA NAIK KERETA, SELALU PUTERA H MENYEBUT AUNG...TAPI KAMI TIDAK NAMPAK.
SELEPAS DIPERHATIKAN BETUL2 RUPA-RUPANYA MEMANG ADA KUCING DI SEBERANG JALAN, DI SEBALIK KERETA,
ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG SELALU TIDAK TERPANDANG OLEH KAMI.

PANDAI JUGA BERMAIN DAN MEMUJUK ADIK, PUTERA M. MALAH PANDAI JUGA MENGUSIK KAMI SEMUA.

SEMUA ITU MEMBUATKAN AKU DAN ABANG SERING KERINDUAN DAN INGIN SELALU CEPAT PULANG KE RUMAH.


PUTERA M

SUDAH PANDAI MENIARAP ASKAR. LAJU DAN ENGGAN DIPEGANG. SUDAH MEMBEBEL DENGAN MAJUNYA.
PANDAI MEMEGANG BOTOL SENDIRI SEJAK 1 MINGGU LALU. SUDAH MULAI JARANG 'BERGOMBENG'.
PRO NAIK WALKER. SUKA MEMERHATI TINGKAHLAKU ABANG H-NYA. SUKA MAKAN NASI KANJI DAN SUP.
SUKA AMBIL TANGAN UMMI ATAU AYAH DAN GIGIT DENGAN GUSI TAKDE GIGINYA ITU.
SUKA KETAWA BILA UMMI MAIN TOLEH-TOLEH WAKTU MEMANDU KERETA.

SELALU JUGA UMMI KELIRU, SEBAB SUARA PUTERA M LEBIH KUAT DAN BESAR DARIPADA PUTERA H
.

SETAHUN BERLALU...
MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN AKAN MEMBERI SINAR YANG LEBIH CEMERLANG BUAT KAMI SEKELUARGA.
SEMOGA ALLAH HINDARKAN KAMI DARIPADA FITNAH DAN DENDAM SESIAPA SAHAJA DARIPADA KAMI.
SEMOGA REZEKI KAMI BERTAMBAH...DAN AKU BERPELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN.
SEMOGA ANAK-ANAK UMMI TERUS MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHIN, BERIMAN, BERILMU,SIHAT,
CERDIK,BERAKAL, SENTIASA BERBAIK PAKAT ADIK-BERADIK, SERTA SELALU DOAKAN UMMI DAN AYAH
DUNIA DAN AKHIRAT.

AMIN.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN...
AKAN KUSIMPAN KEJAP SEGALA NOSTALGIA YANG BERLALU.
DAN AKAN KUJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENEMPUH HARI ESOK.

HAMPIR KUTERLUPA...HARI INI, TARIKH INI...
SELAMAT ULANGTAHUN....ABANG.

DISEMBER 2010

2011 BAKAL MENJELMA 8 HARI LAGI.
TIADA APA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI DI SINI...
CUMA TERMANGGU SEKETIKA DARIPADA KESIBUKAN MENYIAPKAN
TUGASAN 'URGENT' DAN TERINGAT SEGALA KENANGAN 2010.

ABANG

MASIH SELALU SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB.
BANYAK JUGA BERKONGSI RASA DENGANKU KEBELAKANGAN INI.

YANG PASTI, ABANG PALING GEMBIRA KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN
PUTERA KEDUA KAMI, MUHAIMIN PADA PERTENGAHAN APRIL 2010 YANG LALU.
IMPIAN MENDAPAT RAMAI ZURIAT LELAKI TERMAKBUL JUGA...
BERTAMBAHLAH KERIUHAN DI RUMAHTANGGA KAMI DENGAN LAHIRNYA
PUTERA HARIRI DAN PUTERA MUHAIMIN.

DAN LEBIH PASTI, ABANG SEAKAN SELALU TERJERAT DENGAN KELETAH PUTERA SULUNG KAMI.
RINDUNYA MEMUNCAK TIAP KALI TERINGAT KELETAH NAKAL DAN MANJA PUTERA H.
ACAPKALI JUGA SELEPAS MENDENGAR SUARA PUTERA H MENGUCAPKAN 'ALLAHU AKBAR' DI TELEFON,
ABANG AKAN PULANG KE RUMAH KAMI.

AKU

AKU MASIH JUGA DI SINI. MELUNASKAN SEGALA TANGGUNGJAWABKU DI PEJABAT DAN DI RUMAH.
ALHAMDULILLAH, ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN YANG TIADA TANDINGANNYA KEPADAKU UNTUK
MENGURUSKAN URUSAN HARIAN SERTA MEMBESARKAN PUTERA H DAN PUTERA M.

KENAKALAN, TANGISAN, KEMANJAAN, SAKIT, DAN SENYUMAN MEREKALAH YANG MEMBUATKAN DIRIKU
TERUS GAGAH BERDIRI. BIAR WAKTU SESAKIT MANA SEKALIPUN, DEMI KEDUA PUTERA INI, KUGAGAHI JUA
UNTUK BANGUN.

MESKIPUN BANYAK TOHMAHAN DAN CACIAN YANG KUTERIMA, ALHAMDULILLAH SEMUA ITU TIDAK MENCACATKAN
AKU.JUGA TIDAK SAMA SEKALI MELEMAHKAN AKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUPKU.
CUMA YANG LEMAH IALAH SEMANGATKU UNTUK PULANG KE KAMPUNG. LEMAH SEBAB SUDAH TIADA SIAPA
DI SANA.

RINDU PADA BONDA TAK PERNAH SURUT. MALAH SEMAKIN MEMBUAK-BUAK. MALAHAN SEWAKTU HAMPIR
MELAHIRKAN PUTERA M JUGA SAMA SEPERTI WAKTU MELAHIRKAN PUTERA H SETAHUN LALU,
INGATAN PADA BONDA SANGAT KUAT TAK TERBENDUNG. SELALU JUGA WAKTU BERBARING DI KATIL HOSPITAL,
AKU AKAN MENGIRING MENYEMBUNYIKAN TANGIS RINDU DAN CEMBURU. CEMBURU APABILA MELIHAT IBU-IBU LAIN, ADA BONDA YANG MELAWAT DAN MENYUAPKAN MAKAN MEREKA.

DAN HARI INI, AKU TETAP JUGA TEPU DENGAN BEBAN KERJA DI PEJABAT YANG TIDAK PERNAH SURUT.
PELUANG BERBENGKEL SELAMA 2 HARI MINGGU LALU, TIDAK KULEPASKAN.
SEMPAT JUGA BERJALAN-JALAN DENGAN ABANG DAN PUTERA-PUTERA KAMI.
SYUKRAN YA ALLAH.


PUTERA H

SEMAKIN MEMBESAR. BERAT SUDAH MENJANGKAU 11 KG. SUDAH BERUSIA HAMPIR SETAHUN 7 BULAN.
SUDAH MENGENAL BENDA TETAPI SECARA UMUM. SUDAH BOLEH MENYEBUT BEBERAPA SUKU KATA.
SANGAT RAJIN 'MENOLONG' WAKTU UMMI ATAU AYAH BUAT KERJA.

SUKA NAIK WALKER WALAU DAH PANDAI BERJALAN SENDIRI.
TETAPI ADA JUGA MASANYA, WALKER NAIK PUTERA H TERUTAMA BILA NAK MELANGKAH BENDUL ATAU
WAKTU DIA TERASA NAK BERJALAN DAN WALKER MELAMBATKAN PERGERAKANNYA.

MEMANGGIL SEMUA HAIWAN ... AUNG.
MENGENAL SEMUA JENIS KENDERAAN ... TEN.

MALAHAN, TURUT MEMICIT PACAT YANG NAIK KE MUKANYA WAKTU SIBUK MENOLONG AYAH
MEMBAIKI PAIP AIR, SAMBIL MENGHULURKAN PACAT TERSEBUT KEPADA AYAH, MULUTNYA TAK HENTI-HENTI
MENYEBUT AUNG...AUNG...AUNG...

KALA NAIK KERETA, SELALU PUTERA H MENYEBUT AUNG...TAPI KAMI TIDAK NAMPAK.
SELEPAS DIPERHATIKAN BETUL2 RUPA-RUPANYA MEMANG ADA KUCING DI SEBERANG JALAN, DI SEBALIK KERETA,
ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG SELALU TIDAK TERPANDANG OLEH KAMI.

PANDAI JUGA BERMAIN DAN MEMUJUK ADIK, PUTERA M. MALAH PANDAI JUGA MENGUSIK KAMI SEMUA.

SEMUA ITU MEMBUATKAN AKU DAN ABANG SERING KERINDUAN DAN INGIN SELALU CEPAT PULANG KE RUMAH.


PUTERA M

SUDAH PANDAI MENIARAP ASKAR. LAJU DAN ENGGAN DIPEGANG. SUDAH MEMBEBEL DENGAN MAJUNYA.
PANDAI MEMEGANG BOTOL SENDIRI SEJAK 1 MINGGU LALU. SUDAH MULAI JARANG 'BERGOMBENG'.
PRO NAIK WALKER. SUKA MEMERHATI TINGKAHLAKU ABANG H-NYA. SUKA MAKAN NASI KANJI DAN SUP.
SUKA AMBIL TANGAN UMMI ATAU AYAH DAN GIGIT DENGAN GUSI TAKDE GIGINYA ITU.
SUKA KETAWA BILA UMMI MAIN TOLEH-TOLEH WAKTU MEMANDU KERETA.

SELALU JUGA UMMI KELIRU, SEBAB SUARA PUTERA M LEBIH KUAT DAN BESAR DARIPADA PUTERA H.

SETAHUN BERLALU...
MUDAH-MUDAHAN TAHUN HADAPAN AKAN MEMBERI SINAR YANG LEBIH CEMERLANG BUAT KAMI SEKELUARGA.
SEMOGA ALLAH HINDARKAN KAMI DARIPADA FITNAH DAN DENDAM SESIAPA SAHAJA DARIPADA KAMI.
SEMOGA REZEKI KAMI BERTAMBAH...DAN AKU BERPELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN.
SEMOGA ANAK-ANAK UMMI TERUS MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHIN, BERIMAN, BERILMU,SIHAT,
CERDIK,BERAKAL, SENTIASA BERBAIK PAKAT ADIK-BERADIK, SERTA SELALU DOAKAN UMMI DAN AYAH
DUNIA DAN AKHIRAT.

AMIN.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN...
AKAN KUSIMPAN KEJAP SEGALA NOSTALGIA YANG BERLALU.
DAN AKAN KUJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENEMPUH HARI ESOK.

HAMPIR KUTERLUPA...HARI INI, TARIKH INI...
SELAMAT ULANGTAHUN....ABANG.

Selasa, 30 November 2010

Hijrah

Kami telah berpindah ke rumah sewa baru.
Sewa ye...
bukan rumah baru aka rumah sendiri.
Belum rezeki lagi nak pindah masuk rumah milik sendiri.

Mudah-mudahan kami suami isteri dan zuriat permata hati kami
bertambah-tambah bahagia setelah berhijrah.
Bertambah rezeki dan ruang serta masa untuk bermesra.

Syukran Ya ALLAH...
membuka mata hati kami
memberikan kami ilmu
petunjuk dan hidayah,
serta perlindungan dari segala
keburukan dan kemudharatan
termasuk spekulasi murahan
Amin.

Isnin, 22 November 2010

Solution vs solusi

Beberapa minggu kebelakangan ini, aku dan abang banyak bermusyawarah bersama.
Kerap juga kami berbual lama di telefon.
Banyak kali juga aku bermain psikologi dengan abang...
begitu juga abang...

Lalu dalam kemelut yang melanda...
Aku 'diketemukan' ALLAH swt dengan sesuatu yang menenangkan jiwa
sekaligus turut menimbulkan rasa cemburu yang menggunung dalam hatiku...

Aku pernah menulis tentang Solusi sebelum ini...
Bagi aku yang 'jahil' ini...
majalah ini memang menjadi "panduan hidup bersyariat" buatku.
Maklum saja...aku sebelum ini dituduh tidak mengikut syariat...
Tetapi ALLAH Maha Kaya...

Solusi isu no. 24.
Kubeli minggu lalu.
Sebelum ini ada juga beli, tapi seperti biasa RM9 kurasakan terlalu mahal
berbanding RM3.30 x 4 untuk membeli majalah Mingguan Wanita.
Betapa nipisnya imanku...huhuhu

Kali ini, aku tertarik dengan tajuk isu...
PANJANGKAN USIAKU...
dan kutemui juga tajuk SEDEKAH CINTA...
ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH....

Penulisan seterusnya bukan diambil daripada Solusi, tetapi
isi hati seorang aku berintipatikan isu dalam Solusi.

PANJANGKAN USIAKU

Aku tahu banyak masaku yang terbazir sebab kelalaianku.
Terkadang aku lupa...
selalu juga aku tidak bersyukur...
kerapkali juga aku sengaja melupakan
betapa kalau ALLAH mahu mengambil segala yang dipinjamkan-NYA
daripadaku...DIA tidak akan bertangguh walau sesaat pun.

Hidup yang serba singkat ini...
makin jarang juga kuisi dengan perkara yang bermanfaat.
Tidak menjengah majlis ilmu...
Jarang berzikir...
apalagi amalan-amalan yang lain...
yang belum tentu sempurna.

SEDEKAH CINTA

Lalu, sebagai seorang wanita dan isteri,
ternyata aku sangat memerlukan "sedekah cinta" daripada suami;
selain sedekah yang kulakukan sendiri.
Sedekah yang kuharapkan dapat membuka sedikit jalan
untuk mencari syurga ALLAH.

Kata ustaz Pahrol Mohamad Juoi ...

"...Tindakan suka melaknat dan tidak membesarkan pemberian suami
ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita...".

"...Ingatlah bahasa yang baik datang daripada orang yang baik. Tetapi,
jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor...".

Justeru,

"...Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada
diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat dari neraka.
Insya-Allah, Allah akan "menyedekahkan" mereka berdua dengan cinta-NYA.
Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!"

BIDADARI SYURGA

Dan aku berasa sangat cemburu apabila membaca petikan ini...

"...para bidadari ini sangat merindui dan mencintai suami-suami mereka.
Mereka sering berkata, " Demi Allah, tidak ada di dalam syurga ini sesuatu
yang lebih indah daripada engkau. Demi Allah, tidak ada di dalam syurga ini
sesuatu yang lebih aku cintai daripada engkau...".

"...Kerana besarnya cinta seorang bidadari kepada suaminya, mereka seringkali
mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi...".

"...Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: " Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan
isterinya dalam kalangan bidadari berkata, 'Celakalah engkau, ia hanya sementara
bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami".

SUBHANALLAH...
Maha Suci-MU ya ALLAH...
menemukanku dan abang dengan penenang jiwa ini.
Barangkali juga ini peringatan buat kami...
Tidak mustahil juga ini "pintu" seterusnya yang harus kami lalui
untuk meneruskan kehidupan ini.
Dan mungkin juga, khabar gembira tentang janji-janji-NYA.

SELAMA HAYAT INI

"... insafilah...kurniaan seorang suami atau isteri melalui perkahwinan
hanyalah satu jalan daripada jalan-jalan menuju redha Tuhan...".

Mudah-mudahan ALLAH memanjangkan jodoh kami
di dunia hingga akhirat.

Wallahu'alam...

Ahad, 21 November 2010

Pergi vs tak pergi

Apa yang pergi?
dan apa yang tak pergi?

Huhuhu...
Sepatutnya hari ini aku masih berada di kampung.
Ada kendara yang sedang berlangsung.
Well, tanpa aku pun...semuanya akan berjalan juga.

Ini perangai huduh aku.
Aku lebih sanggup "menyesal sebab tak pergi berbanding menyesal sebab pergi".

Kedua-duanya ada persamaan.
Tapi, tetap ada perbezaannya.
Perbezaan paling ketara, kalau tak pergi,
aku tak perlu merendah dan meletakkan maruah dan harga diri sampai ke tapak kaki.
Kalau pergi, sudahlah aku rendahkan diri, maruah dan harga diri akupun
silap-silap dipijak-pijak.

Pengantinnya pun "tak sayangkan" aku...
jadinya, aku biarkan orang yang pengantin sayang menghadiri majlisnya.

Dan lagi, aku malas nak tempuh sekali lagi saat-saat "kena halau"
waktu aku sedang seronok menolong kendara...
Tapi kali ni, memang aku tak menolong langsung...
sibuk mengasuh putera-putera.

Alasan lain...?
Putera H tak boleh terdedah dengan orang ramai lama-lama.
Mudah sangat demam.
Natijah kelahiran premature.
Paru-paru dan antibodinya sangat lemah.
Kalau dah demam dan sakit nanti, aku jugak yang penat
bersengkang mata waktu malam.
Sedangkan berkudis sikit pun...bila balik kg...orang dah tanya kenapa...
macam aku tak reti jaga anak je layaknya.
Jadi, daripada aku letih badan dan letih perasaan melayan
soalan orang, lebih baik aku duduk diam-diam siapkan kerja aku di pejabat.

Dan aku juga tak nak susahkan suamiku yang terchenta.
Aku tahu dia penat.
Aku tahu dia ada banyak agenda untuk cuti sekolah ini.
Lagipun, kalau tak ada aral...4 hari lagi kami akan berpindah rumah.
abang akan balik juga ke sini untuk menguruskan urusan perpindahan.
Mudah-mudahan urusan perpindahan ini akan berjalan lancar seperti dirancang.

Kesimpulannya,
mmm...hari baru jam 10.50pg.
masih sempat kalau aku nak redah balik ke kg semula untuk menghadiri
kenduri tersebut.
Bak kata abang sebentar tadi, " beginilah abang...nak jaga hati SEMUA pihak...".
Huh! sinisnya sindiran ittew, abang....
MENCIK!

Isnin, 15 November 2010

SELAMAT HARI RAYA QURBAN

Selamat menyambut hari raya Qurban
dan
selamat menjalankan ibadah qurban pada tahun ini.

Esok kerja separuh hari dan akan bertolak balik kampung.
Tak rasa macam nak raya pun...
hati tak berapa gembira.

Kerja menimbun...
nak pindah juga...

Apapun, putera-putera tetap jadi penghibur dan penglipurlara
hati ummi dan ayah.

Putera 1 - 12 vocabs already with 7 tiny little teeth
Putera 2 - babbling all the way...

Alhamdullillah...syukran ya ALLAH.

Rabu, 10 November 2010

Buzzy...bizzy...

Sangat banyak kerja...
sangat padat masa...
sangat tidak sempat buat apa-apa...

kecuali ke Lavino n Orange...
tengok perabot...

Balik umah...
tido dengan mimpi yang pelbagai...

huhuhuhuhuhu...

neway,
Syukran ya ALLAH...
hamba-MU ini hidup dalam ketenangan dan kegembiraan
anugerah-MU...
ALHAMDULILLAH.

Isnin, 1 November 2010

RINDU...

Assalamualaikum Bonda...
Adik doakan bonda setiap hari...
Mudah-mudahan doa adik sampai kepada bonda di sana.

Adik cari bonda di merata-rata...
Rindu amat rasanya.
Tapi adik tak ketemu...
Seingat adik, dah terlalu lama mimpi adik tidak dikunjungi bonda.
Mengapa bonda?

Bonda,
Musim tengkujuh sudah bermula di sini.
Pagi tadi adik redah air longkang separas buku lali di laman rumah.
Cucu bonda, putera H bukan main seronok lagi melihat air bertakung
dan hujan lebat tak berhenti.

Bonda,
Adik hilang suara...
tekak adik sakit lepas minum ice blended minggu lepas.
Adik rindu leteran dan pesanan bonda...
Adik rindu sangat...

Bonda,
adik selalu telefon ke rumah..
Macam yang selalu adik buat dulu...
Setiap pagi jumaat...berbual di telefon dengan bonda.
Tapi, sekarang tiada sesiapa yang jawab panggilan adik.
Adik selalu berdoa dan berharap agar ada keajaiban...
berharap moga panggilan adik dijawab oleh bonda...
berharap agar gegendang telinga adik akan dengar
lembut merdu suara bonda memberi salam ...
mendengar lelah suara bonda kerana berkejar
menjawab panggilan adik...

Bonda...
Adik tidak tahu berapa kali sudah adik terbangun dari tidur
akibat mendengar suara sendiri...
suara sendiri yang melaung BONDA.
Adik bangun dan pandang keliling...
Bonda tiada...
Adik rindu...........

Ahad, 17 Oktober 2010

Kembali...

Seminggu berakhir dengan pantas.
Dah sampai semula ke New Castle ni...
mengadap kerja yang menimbun...
eh! silap...mengadap pc dulu... kekeke

Putera H sejak dua hari lalu,
demam, batuk dan selsema.
Malam tadi paling teruk demamnya.
Merengek aje...
Mujur ayah ada sama dan bawa putera H ke klinik.

Putera M...
senyum aje...
alhamdulillah antibody putera M jauh lebih
baik berbanding putera H.
Mungkin sebab dia dapat banyak BM...

Minggu lalu ke Seri Ampangan menghadiri worksyop
selama 2 hari.
Belajar statistik...huhuhu...
berpinau kepala tengok nombor...
Bagi insan seperti aku yang ada masalah "fobia nombor"
tengok formula je dah naik seram sejuk badan...
setiap saat doa..."janganlah pakcik Pf kat depan ni
ronda sampai kat meja aku...fuh! fuh!".
Tapi apa nak buat...
dah keje dia, tentulah dia ronda gak kat meja aku
dan dapatlah dia tengok insan "fobia nombor" ni
buat keje...mujur juga guna software...bleh gak tekan2
je keyboard...

Dua hari worksyop, dua hari juga putera H dan M diswastakan
pada ayah mereka.
Mestilah bawa...tu yang dok kat Bukit Jawi Golf & Resort tu...
Kalau sorang dah tentu usaha gak balik sama ada ke istana hinggap
atau rumah arwah Bonda.

Putera H bukan main seronok lagi dapat dok hotel.
Main sampai letih dan tido tak bergolek.
Susu pun kena suap baru minum...
Putera M pulak tak menangis langsung...
sebab dok atas riba ayah sepanjang masa.

Dok sekejap aje...sepatutnya 2 malam,
tapi ayah keje...kenalah tido semalam aje...
Kata ayah, Putera H menangis beriya-iya bila ayah check-out hotel.
Yelah...nak tinggalkan bilik lawa dan tilam gebu
yang tak kena-marah-bila-lompat-lompat-di-atasnya...
hehehe...
Bila ummi tanya, "apasal pakai stokin adik ni?".
Ayahpun bukak cerita...
Ayah cari kasut putera H hampir sejam sebelum nak check out.
Tak jumpa-jumpa. Sampai dah putus asa...
Tiba-tiba teringat Putera H buat kasut tu jadi kereta dan main seret-seret dekat
peti sejuk...ayah buka pintu kabinet peti sejuk...tapi kasut takde...
Tutup semula...buka semula dan buka pintu peti sejuk...jenguk-jenguk...
takde juga...
Ayah tak puas hati...buka sekali lagi dan tengok kat freezer...
Hahaha...kasut sudah frosty.
Siap ada stalagtite n stalagmite lagi kat kasut tu...
hahaha...
bila ayah pakaikan pada putera H...dia loncat-loncat kesejukan...
Tu pasal ayah sarukkan aje stokin adik pada kaki putera H.
Kata ayah, kalau ade kamera dah tentu ayah rakam macamane rupa
kasut tu lepas keluar freezer...
hahaha...

Sepanjang jalan bila jumpa jentera berat korek jalan warna kuning tu...
Putera H akan jerit-jerit panggil "chen-chen...chen-chen..." sambil
tunjuk-tunjuk ala telunjuk bengkok dia tu...hahaha...
Tak sangka dapat tengok perkembangan putera-putera ni...
Begini rupanya yang dikatakan fasa bahasa primitif tu ye...hehehe...

Apapun, pengalaman akan terus mendewasa malah tambah mematangkan...
Insyaallah.

Isnin, 11 Oktober 2010

Emosionalisme vs profesionalisme

Aku tidaklah profesionalisme...
tetapi aku juga tidak sepenuhnya emosionalisme.

Tapi apabila terpaksa berhadapan dengan manusia
yang terkadang "terjulur", terkadang "terkelenyup"
(baca: istilah yang sering digunapakai oleh allahyarhamah Opah
untuk orang kuat merajuk)
buat aku rasa cukup menyampah.
Apatah lagi kalau perkara yang ingin dirajukkan itu perkara besar
yang melibatkan ramai orang.
dan lebih-lebih menyampah kalau perkara itu sebesar hama
yang tidak pasti di mana hendak dirajukkan.

Nampaknya, tugasku bertambah minggu depan.
harap-harap masih ada luang di ofisku untuk buat aqiqah.
Nak masukkan hanya satu bahagian...atas permintaan orang.

Rancangan asal ingin menumpang kenduri kawen anak seorang hamba ALLAH ni...
Mula-mula empunya diri bukan main seronok lagi.
Akupun dah lega sebab boleh bantu tunaikan hajat orang.
Tiba-tiba petang tadi, hamba ALLAH ini sudah "terkelenyup".
tak tahu dari mana datang angin "kus-kus"...
tak pasti apa puncanya...

Sudah banyak kali terkena begini...
buat aku terfikir rencam perkara.
Banyak rancangan yang aku akan gubal semula...
mungkin banyak hal akan melibatkan abang...

Jalan paling baik...
tak usah menumpang kenduri orang lagi...
tak usah ambil tahu
tak usah peduli
tak usah balik...

TITIK

oppsss...lupa pula...
aku bersiaran dari Bukit Jawi Golf & Resort
Pulau Pinang.

Isnin, 4 Oktober 2010

MARAH...?

Seminggu dua ni sibuk benar dengan acara rumah terbuka, ofis terbuka,
jabatan terbuka...
maklum ajelah...raya kan sebulan...
walau hakikatnya...ada yang puasa tak cukup pun sebulan
dan puasa 6 pun tak buat... (heeee...terasalah pulak... ;p )

Tak cukup dengan segala yang terbuka...
dapat pula buah tangan nun jauh dari KL terbang ke KB ni...
Terima kasih pada seorang rakan sejawat yang sudi bawa kek buah kukus
dan kuih raya yang sangat lazat semasa berkunjung ke sini.

Seminggu dua ni juga sebenarnya ada rasa yang terpendam tapi tak terluah.
Kecuali oleh kakak-kakak yang memahami...
Terima kasih kak, sebab buka kaunter maklum balas... heheheh

Kata kakak ni juga, selalunya aku luah rasa marah di blog...
Eh, ye ke?
entah...aku pun tak ingat sebenarnya.
Tapi kali ni...aku marah ke?
Apa yang menunjukkan aku marah?

Mungkin sebab aku warning abang...
tolong ubah kata laluan facebook supaya aku tak boleh terjah
err...kekadang hobi pelik aku ni buat aku dan abang berperang dingin jugak...
terjah fb dia untuk tengok segala-mala yang dia tak cerita pada aku.
Tapi kekadang...hobi aku ni bagi manfaat pada dia.
sebab aku selalu pula kasi nasihat tentang perkara-perkara yang dia
kurang alert.
Tapi hal terjah ni bukan salah aku...
sapa suruh dia, suruh aku bukakan akaun fb dia...
dah tentulah aku tau katalaluan dia kan?
ngeee....

Mungkin sebab aku berdendam dengan seorang hamba ALLAH ni...
Eh, aku ni pendendam ke?
Well...kalau ade yang perasan...
Perkara, kata-kata, apa saja yang berlaku...
walau dah 20 tahun berlalu aku masih simpan kemas-kemas dalam kotak ingatan.
Kalau ditakdirkan ALLAH tarik semula ingatan ini...
waktu itu barulah aku tak simpan apa-apa yang aku rasa penting untuk diingat
sampai mati.
Masa tu sesiapa yang ada niat bolehlah balas balik kat aku
sebab aku dah tak ingat apa-apa.
Tapi selagi aku ingat...insyaallah, aku tunggu masa yang sesuai aje
untuk recall semula.
Eh? Laa...betullah aku ni pendendam... Cess!!!

Tapi seorang hamba ALLAH ni memang patut aku ingat segala-mala tentang dia.
Dia berhutang dengan aku...
dan paling teruk...dia berhutang dengan BONDA aku.
BONDA dah tiada...hutang masih belum berbayar...
bukan duit atau harta...
tapi sebuah kemaafan.
Koreklah kubur BONDA aku tu pun belum tentu dia dapat kemaafan BONDA.
Apa dia buat?
FITNAH!
Dosa fitnah itukan lebih besar daripada membunuh?

Jadi apa fungsi kata-kata " aku ngaji, aku tau la apa aku wat...".
Ngaji di atas merujuk kepada belajar agama sejak kecil sampai besar...
jurusan agama...sekolah pondok dan maahad sampai khatam.
Masuk U pun belajar agama sampai graduasi.

Aku dah cool sejak kebelakangan ni...
Hutang-piutang aku serah pada ALLAH.
Biar ALLAH saja yang tentukan segalanya.
Tapi, darahku tiba-tiba mendidih 90'C semasa sedang bercakap di
telefon dengan abang minggu sudah...
apabila aku dapat tahu dia babitkan nama aku...
Sekiyusmi mak hencek...bila masa aku kacau ko?
Anak-anak aku pun aku tak sempat nak urus...
Kerja pejabat akupun menimbun-nimbun...
ni ada pulak aku masa nak kacau orang lain...
Kalau tak puas hati cuba ko trace bil telefon aku...
ade nombor telefon ko dalam bil aku?
Ooopppsss....eh aku marah rupanye...
Patutlah...

Well, aku tau abang panas telinga dengar bebelan aku kelmarin.
Aku tambah lagi perisanya dengan satu sms panjang hampir 3 halaman...
dah aku rencahkan dengan rempah-ratus bila abang balik semalam...
Pada aku, dah tiba masanya abang tau segala kata-kata yang aku telan selama ni.
Aku kurangkan sikit kepedasan ramuanku itu dengan kata-kata,
aku takde niat dan melaga-lagakan mereka apatah lagi nak mengada-adakan cerita.
Tapi memang betul...
apa untungnya aku kalau aku buat-buat cerita.

Bila abang cerita dan aku bertanya...
siapa ? diakah?
dan abang hampir nak meninggi suara...
lalu, aku jelaskan...walau cerita itu tentang orang lain...
tapi hampir 99% cerita dan ayat yang digunakan
adalah sama dengan ayat yang digunapakai untuk aku oleh hamba ALLAH ni.

Akhirnya, abang dapat kesimpulan...
Semua yang tergolong dalam kelompok itu,
semuanya menggunakan alasan dan mencari salah pada
pokok pangkal yang sama.

lalu...
marah lagikah aku?
Errr...kurang pasti...
tapi jangan sebut nama atau tunjuk gambar atau hamba ALLAH ini
sendiri yang berdiri depan aku...
Mungkin tahap didih darahku akan meningkat 530'C !

TITIK .

Ahad, 26 September 2010

My day...

Pening kepala masih berbaki walau dah 2 hari cuti...
mana taknye, melayan keletah putera 2 orang ni...

Hmmm...alahai...
walau letih macamane sekalipun,
hati ummi tetap bahagia tengok zuriat ummi ni membesar dengan gembira.

Walaupun kadangkala ummi naik angin...
tapi ummi sayang pada zuriat yang ALLAH swt pinjamkan pada ummi ni.
Doa ummi setiap hari, agar ALLAH swt pinjamkan zuriat ummi ni
pada ummi dan ayah sampai akhir hayat kami...
Jika tidak, siapa yang akan doakan ummi dan ayah kelak...

Putera H dah pandai berjalan.
Makbul doa ayah yang setiap hari minta agar Putera H dapat berjalan 2-3 langkah pada
hari raya.
Memang dia betul2 berjalan bukan 2-3 langkah tapi 5-6 langkah pada
hari raya tu.
Putera H juga dah semakin bijak.
Asik nak ajak adik main sama.
Kalau adik tidur, dia akan kejutkan adik...
sampai ummi naik marah sebab adik akan meragam
tak cukup tidur.
Putera H juga dah pandai panjat kerusi dan bersila atas
meja makan...
Nantilah...bila sempat ummi akan snap gambar...buat kenangan.

Putera M pula dah pandai meniarap.
Minum susu dah tak cukup2...
lapar sokmo.
Kesian ummi tengok putera M ni...nak bagi makan, masih ada baki 3 minggu lagi
sebelum genap usia 6 bulan.
Putera M juga selalu bangun tengah malam, dan main sendirian.
Ummi kadang2 bangun juga temankan putera M yang asik senyum manis ni.

Pagi tadi, dua-dua anak ummi bangun awal.
Putera M bangun jam 5.30 pagi dan putera H pukul 6 pagi.
Putera M main dengan monty lion masa ummi sibuk seterika baju...
Putera H pula berdiri belakang ummi dan sangkutkan dagu kat bahu ummi
sambil tengok ummi seterika baju.
Bahagianya hati ummi....
Hilang penat dan letih ummi menjaga dan berjaga malam untuk
anak2 ummi ni...

Ya ALLAH...
terima kasih atas anugerah-MU
Jadikan kedua zuriat hamba ini
zuriat yang beriman, zuriat yang solehin,
jadikan mereka cinta kepada-Mu ya ALLAH,
cinta kepada rasul-MU ya ALLAH,
kasih kepada hamba dan suami hamba, ummi dan ayah mereka.
Jadikan kedua-dua zuriat hamba ini
zuriat yang berjaya di dunia dan akhirat.
Jadikanlah mereka zuriat yang bermanfaat buat hamba dan suami hamba
serta untuk agama-MU ya ALLAH...dunia dan akhirat.
Peliharalah mereka dan lindungi mereka walau di mana mereka berada.
Selamatkan mereka dari mara bahaya.
Berkati dan rahmatilah mereka dunia dan akhirat...
Amin...

SYUKRAN YA ALLAH...

Isnin, 20 September 2010

Syawal 1431

Salam lebaran semua...

Syawal tahun ini, memang aku gantung periuk belanga...
duduk melangut jaga putera2 yang semakin nakal.

Sebelum raya...
nyaris balik kg tak mandi sebab putera H asik guling atas adik.
Packing barang, terus pergi rumah kakak ipar dan mandi di sana.
Lewat petang baru bertolak balik kg...
hakikatnya, dalam hati berbelah bahagi.
Niat ingin beraya di kg sendiri tiba-tiba saja jadi tawar.

Raya pertama...
Tunggu along dan family balik.
seronok dapat jumpa buah hati yang dah besar panjang.
Tapi putera H dan putera M tak pakai baju Melayu...
tunggu ayah balik...
dan putera H dah mula 'sakit rindu'...

Raya kedua...
Putera H tak sedar ayah dah sampai pagi itu.
Gembira tak terkata....
asik memerap dengan ayah.
Lepas sarapan siap2 pakai baju Melayu sedondon...
Baru beraya kat rumah jiran, putera H dab putera M dah lena.
terpaksa la ummi dan ayah tido sama. hehehe...
Lepas putera bangun, barulah kami bergerak balik ke kg ayah.
Malamnya, kami bermalam di istana hinggap kami...

Raya ketiga...
balik ke Kuala...
Singgah di rumah kawan baik dan sepupu yang dah lama tak bersua.
singgah juga di rumah opah saudara...
niat nak ke rumah Mak cho dan Wah...tapi tak sempat.

Raya keempat...
siap2 nak balik ke istana hinggap.

Raya kelima...
pergi ke Ipoh ambil tiket train shuttle untuk kakak putera.

Raya keenam...
demam bermula...

Raya ketujuh...
langsung tak boleh bangun...
putera 2 orang dah tak terurus...
ayah tak reti...cesss...
Lewat petang baru pergi klinik...
lepas makan ubat, tido sampai pagi.

Raya kelapan...
kemas baju semua...
sepatutnya balik kb kelmarin...
jadi kena packing cepat2....
ayah solat jumaat dalam perjalanan.
sampai lepas asar...ayah pulak demam.
hantar ayah naik bas jam 9 malam...
Kb jam teruk...

Raya kesembilan...
duduk rumah dengan putera...

Raya kesepuluh...
kerja... YAY!

Ahad, 5 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Tanpa melengahkan masa....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

diucapkan kepada semua...
kak zeem, kak aida, kak hanim, kak adik n keluarga,
tuan tamar, dan semua yang berkunjung ke blog ini.

Lusa dah nak balik kg...tak sempat lagi nak berblogging masa tu.
Kali ni, balik kg nak duduk tengok je orang buat keje
sambut raya...
aku nak diam2 je tengok dari jauh...
bukan nak buang tebiat...tapi nak kawal little hero aku
yang sedang lasak ni...
kerjanya menjelajah segenap ruang
dan merasa segala benda yang dia jumpa.

Makanya, raya tahun ini merupakan raya pertama
"AKU TANPA KERJA".
hehehe...

Buat semua...hati2 di jalanraya,
Kawallah selera di syawal mulia,
Mudah-mudahan bergembiralah kita semua....

Ahad, 15 Ogos 2010

Apa yang dicari?

Sudah 3 ramadhan berlalu tanpa Bonda.
Rindu amat rasanya.
Kutitip doa buat Bonda mudah-mudahan sampai padanya...
Kupinta izin abang menziarah pusara tahun ini...
namun nampaknya abang masih keberatan memberi izin.

Sudah 5 hari berlalu ramadhan tahun ini...
baru sekali dapat berbuka bersama abang.
Bersyukurlah wahai isteri yang sebumbung dengan suami.

Ada kalangan kita yang ramadhan tahun ini disambut bersama
anak-anak...tanpa suami di sisi.
ada juga yang terpaksa menemani suami yang terlantar bisu dan kaku
di katil tanpa ada tindak balas.
ada isteri yang berpuasa dalam keadaan derhaka pada suami....
na'uzubillah...

Lalu...bersyukurlah isteri yang dapat berbuka dengan suami (termasuk aku)
mahupun isteri yang sebumbung dengan suami.

Sibuk-sibuk umat Islam berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan ini...
ada isteri yang tidak sedar betapa bertuahnya mereka...
masih bersuami,
bersuami lelaki yang baik-baik,
suami penyabar,
suami menyediakan segala kelengkapan dan keperluan,
suami berkorban apa saja,
suami masih sihat,
suami tergolong dalam golongan lelaki taat beribadat,
suami tidak banyak karenah,
suami yang sentiasa mendoakan isteri dan anak-anak...

Sibuk-sibuk umat Islam bergembira membuat persiapan hari raya...
ada isteri yang heret suami ke mahkamah sebab...
tak puas hati dengan suami
nak cari suami yang lebih baik
nak balik kepada kekasih lama walau anak dah berderet
nak tunjuk diri masih laku macam masa anak dara dulu
nak test market yang pastinya 'no market value'...
nak hidup lebih bahagia tanpa suami
nak kawen dengan orang muda!

Sibuk-sibuk umat Islam kumpul pahala...
ada isteri yang jadi derhaka...
sambut puasa tak minta ampun pada suami
suami ke masjid terawih...dituduh berdating
masak banyak-banyak sedekah pada jiran tapi tanpa izin suami
beli baju raya dan segala macam aksesori yang dedah tubuh badan...

Suami tak redha...
pahala suami ke terawih tak dapat dikongsi bersama
lebih parah kalau terjadi apa-apa pada suami...
tak sempat minta ampun
tak dapat redha suami...
sedih kalau terjadi perpisahan di dunia...
bahagia yang dicari tapi kempunan akhirnya
nak berbalik semula tapi tak boleh
nak undur masa tapi tak mampu...

APA YANG SEORANG ISTERI CARI SEBENARNYA?

belajarlah bersyukur dengan apa yang ada...
Berdoalah mudah-mudahan pernikahan ini kekal dunia dan akhirat
berdoalah semoga menjadi suami isteri di dunia dan akhirat
Carilah redha seorang suami kerana disitulah letaknya redha ALLAH
kepada seorang isteri...

Wallahu a'lam...

Ini hanya suara hati seorang aku yang tak belajar agama (bak kata 'seseorang' itu...)

Khamis, 5 Ogos 2010

Kau seru...

Sehari dua ini terlalu banyak urusan peribadi dan pejabat yang perlu diuruskan.
Rasa macam segalanya tak kecukupan...

1 Ogos lalu, selain mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat bapa
dan ulangtahun pernikahan juga buat bapa dan mama...
aku terkejar-kejar menyiapkan tugasan dan presentation.
Sangat stress sebab balik ke kg tanpa perancangan, pen drive mengandungi bahan tugasan tertinggal (mula-mula ingat hilang), brodben tak dapat...rupa-rupanya abang lupa bayar.

Kendian, balik ke New Castle sampai rumah jam 10mlm. Siap itu ini, jam 12 tghmlm baru mula
menaip. Jam 1.20pg mata dah tutup.

Masuk ofis, sambung menaip. Tengok jam ada masa kurang 2 jam. Tolak tepi breakfast.
Tapi abang asik ajak bersembang.

Akhirnya siap juga. Presented walau lewat 10 minit...termengah-mengah.

Kelmarin, tiba-tiba abang pulang. Macam biasa ada sesi follow-up yang perlu diikuti oleh
gadis sunti itu. Benang pada bahagian spine terkeluar...luka tak sembuh2.
Sampai, tengahmalam waktu aku sibuk mengemas rumah. Mujur bilik sudah dikemas dan dibentang cadar baru. Mereka sampai waktu putera sedang seronok 'menolong' sambil mulut riuh 'bersembang' dan aku lenjun bermandi peluh.

Siangnya selepas selesai urusan di hospital...setelah benang berjaya 'diputuskan'...kami makan tengahari di restoran nasi ulam. Restoran 'larangan' buat aku dan abang selama setahun ini. Sebabnya, kalo ke restoran ini kami akan makan sampai perut buncet dan akhirnya mata pun berat. Natijahnya, petang kelmarin gadis sunti itu dan aku terlena di rumah.

Malamnya, semasa menunggu abang bangun tidur...katanya mahu bertolak pulang jam 8 malam. Tetapi terlena bersama kedua2 putera. Lalu kesempatan itu aku berbual dengan gadis sunti sambil gadis sunti menikmati sandwich yang kusediakan. Banyak kisah diri yang kami kongsi. Fobia pada benda yang sama...Tetapi sedikitpun tidak menyentuh hal yang satu itu.
Lama juga, aku perhatikan emosinya, airmukanya...tiada riak sedih yang ketara. Tidak juga menggugat keramahannya bercerita. Semua kisah diri, kawan2...sedikit kisah keluarga yang tidak berkaitan...Sangat matang.

Sambil bercerita...sambil ketawa. Rasa pelik, tapi benar...kami berkongsi tawa bersama. Banyak kali cerita terhenti dek rengekan putera kecil...tapi bersambung semula. Hingga satu saat...aku terdengar panggilan itu...panggilan keramat buat semua wanita bergelar isteri terpacul daripada bibir gadis sunti. Ya..."Ummi...". Hampir 3 tahun sejak kukenali gadis sunti ini...tidak pernah dia memanggilku apa-apa. Selalu juga abang bercerita gadis sunti memanggilku dengan panggilan keramat...tetapi aku kurang percaya. Hingga malam tadi, hampir saja kupeluk dia waktu kudengar panggilan itu...Bulat mataku memandang tepat ke wajahnya...tenang ikhlas airmukanya. Terharu rasa hatiku...tapi kusimpan kemas dalam hati. Waktu ini bukanlah waktu yang sesuai untuk itu. Aku bimbang jika disalaherti 'menangguk di air keruh' pula.

Tetapi, kulihat emosi gadis sunti juga berubah selepas itu. Mengagah putera kecil penuh gembira. Sangat gembira hingga waktu berpisah tiba.

Sungguh...aku sangat bersyukur untuk anugerah ini ya ALLAH...syukran ya ALLAH...Kumohon kekalkanlah kemesraan ini dunia dan akhirat. Amin...

Ahad, 25 Julai 2010

Insang...

"Lain kali gunakan insang otak, bukan insang ekor!"
herdik sang puteri duyong kepada dayangnya.
Tanpa sedar, aku pun ketawa terbahak-bahak mendengar
kalimat insang otak dan insang ekor itu.
Seminggu kemudian...
"Sakit insang hati ummi...nak keluar simpang pun susah benar nak bagi jalan...".
Putera yang duduk disebelah, menoleh...terkebil-kebil matanya memangdang aku...
Mungkin otaknya sedang mencerna kata-kataku...
Benda apa agaknya 'insang hati' yang ummi sebutkan itu.
Hahahaha....kalimat yang sempat kupelajari semasa
mengkuarantin putera seminggu lalu di rumah.
Akibat kebosanan, sempat juga aku menonton drama duyong di tv.
Kalau hari biasa memang tak berkesempatan menonton, tapi
peluang datang apabila aku terpaksa bercuti.
Apapun, hanya inilah N3 aku untuk bulan Julai tahun ini.
Bukan apa...sejak semester baru bermula...insang-insang aku bekerja dengan
sangat gigih...Tiada masa luang kecuali apabila berada di rumah dengan putera2.
Tapi, di rumah pun...luang hanya waktu putera2 tidur...dan waktu mereka tidur
jugalah insang tanganku akan sibuk basuh pinggan, kemas rumah, seterika baju, basuh/sidai kain, lipat kain, mop lantai....lassssst sekali makan.
Dan sedang elok tengah makan lazimnya...maka insang putera2ku pun berbunyi minta disusukan atau bangun terus sebab dah puas ketiduran.
Hahahaha....apa aku merepek guna perkataan insang ni?
Apapun aku rasa macam sedap je bunyi insang ni... Hahahaha!
SELAMAT BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN.

Selasa, 29 Jun 2010

Semekar daisy




Aku berdoa agar hidup kami anak-beranak semekar dan seindah daisy ini.


Putih suci diapit merah keberanian yang ceria.




...













































































Selasa, 22 Jun 2010

Bapa...ayah...

SELAMAT HARI BAPA

kepada semua bapa, apak,ayah, abah, babah, etc...

Ahad lepas aku cuba hubungi bapa untuk ucap selamat...
entah ke mana mereka celebrate hari bapa...sampai sudah aku tak dapat
cakap dengan bapa.
Panggilan tak berjawab...try cal mama...fon tutup pula.
Neway, aku tak risau sangat sekarang...
bapa dah ada pengganti bonda...so, dia nampak gembira
dan mereka memang rajin berjalan.
Mungkin dia sambut hari bapa dengan anak-anak mama agaknye...

Kenangan dengan bapa memang best...
aku anak manja bapa...maklum puteri tunggal.
Sampai sekarang, walau bapa kawen baru...status tunggalku kekal...
hehehe

Masa aku kecik dulu, bapa selalu dukung aku sampai aku boleh capai atap rumah.
Kalau duduk2 tengok tv, bapa selalu ketis parut kudis aku...
dulu masa kecik aku banyak kudis sebab antibodi lemah...kena gigit nyamuk pun
jadi kudis...
Pernah satu ketika, masa tengok tv, bapa picit hidung aku...katanya hidung aku
penyek...picit punya picit...tetiba dia terkejut sebab ada benda keras kat pangkal batang hidung aku...
aku pun dah tak ingat apa bendanya waktu bapa tanya apa dalam hidung aku...
Kendian, bapa suluh dengan torchlight tapi tak nampak....
dia dah start cuak...dia picit2 lagi sampai benda tu bergerak turun...
bila dah keluar...tengok2...hehehehe...biji limau dah hampir bertunas...
hehehe...
Mujur keluar...kalau tak boleh petik buah limau dari hidung aku...kekeke...

Seingat aku, bapa ada sekali je pukul aku. Itupun sebab aku degil dan mengamuk tak nak
tidur atas katil. Merajuk dengan arwah opah rasanya... Bab2 lain...hinggalah bab mandi air hujan bertakung macam banjir pun...bapa tak pernah pukul aku...cuma tunjuk isyarat marah je...
Bonda yang siap pegang rotan...so, untuk masuk rumah kena standby pecut 100m/minit dan pastikan bilik air takde orang dan tak berkunci... Tiba je depan pintu rumah...pecut terus masuk bilik air...kalau kena libas pun...zzuuppp! sekali je...hehehe...

Sekarang ni putera H pula...
malam-malam bangun nangis...panggil ayah...
sikit-sikit ayah...
kalau ayah ada...semuanya dengan ayah...

Apapun...zaman kanak-kanak dengan bapa memang best.
Oh ye...1 rejab baru 8 hari berlalu...
Genap sudah 3 tahun Bonda kembali kepada Pencipta...
Sengaja aku buat-buat sibuk pada tarikh itu walaupun aku memang tak pernah lupa.
Bonda...adik teramat rindukan Bonda...

Al-Fatihah...

Isnin, 21 Jun 2010

Rutin baru

Rutin baru dah bermula...
letih le juga...

Pagi, lepas solat subuh...pastikan botol susu semua dibasuh dan rendam air panas.
masukkan baju, keperluan dalam beg...
masak air panas untuk mandi abang n adik...
Mandikan abang...pakai baju...kasi makan biskut.
mandikan adik...pakai baju...bagi nenen...
masuk kereta dan hantar nursery...

Abang dah pandai peluk tengkuk dan tarik tudung ummi
waktu disua kepada kakak di nursery...
selalu kena pujuk dan peluk cium berkali-kali...barulah lepaskan ummi.
Adik, takde masalah lagi...asalkan perut kenyang...adik ok je.

Petang, singgah beli makanan sebelum balik rumah.
Ambil abang dan adik di taska...
Biasanya time ni...adik dah sedia nak gombeng...
jadi, kena suap abang makan cepat-cepat.
Bagi adik gombeng sampai jam 7...atau sampai adik lena.
main dengan abang sampai letih...
Kul 7.15 atau 7.30 mlm lampu akan ditutup.
hehehe...

Dah tido semua...ummi pelan-pelan bangun mandi dan solat.
Seterika baju kerja, kemas rumah, basuh kain, makan.
Lepas isyak...semua bumm...

Ummi akan tido tersepit di celah abang dan adik. kekadang sampai sakit pinggang
dan tengkuk sebab salah baring.

Rutin ni pasti akan bertambah sebaik sahaja bulan julai menjelma tak lama lagi...
Mungkin ummi akan bertambah letih dan akan lebih cepat masuk tido daripada kebiasaan...
hehehe

Selasa, 1 Jun 2010

Majlis 31 Mei 2010

Sempena ulangtahun kelahiran putera H kelmarin...
ayahnya buat majlis mengejut...
ayahnya cuma rancang dan beli barang...
lepas tu ummi yang kelam-kabut sediakan semua dalam masa 4 jam.
macam satu rancangan cabaran chef tu pulak...
tak ingat tajuk dia daa...

Makanya, lepas asar kelmarin,
bertempat di rumah mak lang putera...
berlangsunglah majlis doa selamat dan tahlil serba ringkas...
Kami buat di rumah maklang untuk menghargai beliau yang telah
membantu jaga putera...






Antara jemaah surau yang hadir.






Pak imam lepas baca doa...

Kita ni...kalo nak makan baca doa dulu...
Errm...betul tu...
Kalo terlupa macamane tok?
Kalo terlupa...bio saye je makan sorang ...sedap ni...



Potong kek lepas majlis tamat sebab ummi tersilap order kek ada gambar haiwan...huhuhu...
Mudah-mudahan sihat sejahtera dan menjadi anak yang solehin dunia akhirat.










































Rabu, 26 Mei 2010

Putera...

Putera hariri tunggang rabbit di toyota service centre...
tunggu ayah service kete...lama sangat.
kami selalu ingat putera masih kecil dan kena pegang selalu...
padahalnya, dapat je dok atas rabbit ni...
bukan main suka lagi dia...
tak nak turun dan sibuk bercerita sambil goyang-goyang rabbit...
Siap lambai tangan kat ummi dan ayah...
macam le rabbit tu bleh lari...hehehe




"ummi, ayah...syonok le tunggang rabbit ni...".










"Emm...jom kita main kat luar plak...rabbit...".












"Yeeha...yeehaa... andre...!!".







"Ummi...kenapa lama sangat kita dok kat sini ye?".

"Kita tunggu abang tunggang rabbit, sayang...".

"Adik nak tunggang sama bleh tak ummi?".

"Boleh...tapi adik kena cepat besar ye... sabar ye sayang ummi...".

" Uurrmmm...lama lagi le ...".



Selasa, 25 Mei 2010

Al-fatihah

Al-Fatihah buat abang Firdous, suami kak Kina.

Beliau disahkan mati otak dan ventilator telah dihentikan tengahari semalam.
Kami sempat menjenguk beliau jumaat lepas.
Tapi abang saja yang sempat masuk, sebab sewaktu aku ingin masuk,
misi sedang menjalankan rutin membersihakan pesakit.

Keadaan beliau memang parah.
Kereta Viva yang beliau pandu pula remuk hanya dibahagian pemandu sahaja.

Teringat tahun-tahun yang berlalu...
selalu juga aku dan abang bertembung di kopitiam berhampiran pejabatku
atau di dalam kafetaria dengan kak kina dan abang firdous.
Kami sama-sama bertemu dengan suami pada hari ahad.
Jadi keraplah kami bertembung pada hari ahad juga.

Sukar nak dibayangkan kehidupan selepas ini.
Hidup di perantauan dengan anak-anak tanpa suami di sisi...
tanpa suami yang selalunya akan pulang menjenguk pada hari minggu...
tetapi kini, takkan pulang-pulang lagi buat selamanya.
Tiada lagi penantian yang membahagiakan...
Tiada lagi hari minggu yang menceriakan...

Ingatan buat diri sendiri...
hargai masa-masa paling berharga bersama suami dan anak-anak...

Mudah-mudahan roh abang Firdous ditempat dalam kalangan umat yang solehin....

Jumaat, 21 Mei 2010

Doa buat seorang kawan...

Kami suami isteri sama-sama berdoa untuk suami kak kina (Dr Sakinah)
yang kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Taiping.
Beliau kemalangan di Lenggong dalam perjalanan KB-Ipoh pada ahad lepas.
Mudah-mudahan abang Firdous segera pulih dan selamat.

Hanya sms yang mampu kuhantar...
mungkin petang ini, kami akan menziarahi beliau jika diizinkan ALLAH...

Inilah risiko yang terpaksa kami pasangan PJJ (pernikahan jarak jauh)
terpaksa hadapi...
Kak kina seperti juga aku...
berulang-alik setiap minggu untuk bertemu...
Sukar untukku bayangkan...saat ini tentu kak kina sangat sedih
dan memerlukan sokongan moral daripada semua orang.

Ahad yang sama...sebenarnya awal pagi itu aku juga memandu sendirian
bersama putera Muhaimin ke Kuala Kangsar.
Balik sebentar ke rumah Bonda...rumah yang semakin sepi...
Tapi tiada kesan kemalangan yang kelihatan...mungkin sudah sirna dek waktu
sebab khabarnya kemalangan berlaku waktu subuh.

Entahlah...tapi aku belum bersedia untuk menghadapi saat-saat begini...
Lebih-lebih lagi memikirkan hidup tanpa abang...
Dari dulu lagi, aku selalu berpesan pada abang...
"Abang jangan tinggalkan saya ye..."
Dan ayat itu hanya terhenti setakat itu...
sedang hakikatnya masih ada lagi yang tidak terluah...

"Saya takkan kuat menghadapi hari-hari tanpa abang...
saya takut...saya tidak sekuat sekarang. Saya belum puas hidup dengan abang...
sebagaimana saya rasa belum puas bermanja dengan bonda dulu...".

Walau apapun... kami berdoa untuk kak kina ...
Mudah-mudahan beliau tabah menghadapi saat getir ini...
dan untuk abang firdous...mudah-mudahan cepat sedar dan pulih seperti sedia kala.

Rabu, 19 Mei 2010

Chicken soup for ummi and ayah...

Hehehe...
ok tak tajuk kat atas tu?
Ni terjangkit dengan kak datin sorang tu le...

Kebelakangan ni putera hariri dah makin pandai bermain.
mulut usah cakap...memang riuh dengan bahasa Jerman dia...
Kalau nyanyi lagu tepuk amai-amai...
dah pandai tepuk tangan.
kalau naik kereta...siap lambai-lambai...

tapi, ada dua peel je yang aku kurang gemar...
1...suka menangis macam kena pukul kalau ayah
naik kereta tak bawa dia.
2...suka tonyoh puting botol susu di mana-mana sempat...
kekadang sampai banjir lantai dengan susu sebotol...kalau tak sedar.
siap sapu dan tepuk-tepuk lagi tu...

Sebab tu...aku suka sorok botol susu putera...
hehehe...
malam kelmarin lepas dia tonyoh botol atas tilam...
aku ambil dan sorok bawah bantal...
bila dia tersedar...dia pusing-pusing cari sambil mulut tak henti-henti
" aa?..aa?.." dan muka konfius bila tengok botol tiba-tiba hilang...
kesian ada, kelakar pun ada. hehehe...bila bagi balik, terus je sua ke mulut dan baring.

dah pandai jeles kat adik kalau tengok adik diriba ummi atau ayah.
cepat-cepat mengendeng, minta diriba...
kalau ummi tido sambil susukan adik...putera akan guling-guling
dan peluk ummi...tak kira tempat...kaki boleh...montot boleh...
kadang-kadang kalau geram kat ummi tak bagi perhatian...
putera akan gigit ibu jari kaki ummi. cesss!

Putera Muhaimin pula kena ruam...
habis tangan kiri dan kanan dengan bintik merah.
kesian dia...gelisah. mungkin gatal tapi tak tahu nak bagitau.
baru je lena...so, ummi boleh berblogging...hehhe

putera ni pula...suka tencing...basah sampai ke pinggang.
bila dah basah, tak nak tido...
selalu juga aku terlepas pandang...sebab basahnya kat pinggang belakang...
dan selalu tak terasa waktu tukar pampers.

Kejap je dah besar...
baru 35 hari, hari ni...tapi berat dah 4kg.
putera hariri dulu...dah 3 bulan baru capai 4kg...

apapun...alhamdulillah...
Tapi...minta maaf kalau ada sms lepas jam 8 mlm yang tak berbalas...
Sekarang...lepas maghrib semua lampu dah off...hehehe

Selasa, 11 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA.

Putera kedua telah selamat dilahirkan pada 15 April lalu.
Kali ini juga masuk OT secara selektif.
Doktor yang conduct procedure, hensem...hmm...
dan putera muhaimin siap buka mata sebaik sahaja dikeluarkan.

Alhamdulillah semua selamat dan macam putera Hariri juga,
abang setia menunggu di luar labour room.
Kali ini abang dapat cuti seminggu...senyum aje dia.
Lebih-lebih lagi dia dah boleh nyanyi lagu "anak nabi kita"...

Nama putera muhaimin diberi oleh ayahnya...
Tapi macam putera Hariri...yang dipanggil dengan nama pilihan ayah
sebab ummi yang bagi nama...
maka, putera muhaimin dipanggil menggunakan nama pilihan ummi.
hehehe...

Tapi sampai hari ini...masih dipanggil baby...
dan kalau sebut adik, mesti terkeliru dengan putera hariri
yang selalu tak menoleh kalau dipanggil abang...

Walau apapun, yang pastinya hidup ummi makin bizi...
rumah makin bersepah dan hanya kemas waktu pagi je...
petang-petang lepas putera hariri sampai di rumah...
dia akan mula "mengemas" semula.
Ada waktu...dua-dua menangis...peneng ummi dibuatnya...
ada ketika, putera hariri minta diriba dan enggan pegang sendiri botol susu
sebab tengok adik yang menyusu diriba dan disusukan. huhuhu...
Paling tak tahan...kalau ummi tak boleh ke tandas sebab putera hariri akan menangis depan pintu bilik air macam kena cubit. ohohoho...

Ummi terpaksa belajar semula mengatur hidup...
Dan seminggu dua ni semakin ok...
tak seperti mula-mula dulu...
apapun...ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH...

Isnin, 12 April 2010

Nak tulis apa?

Nak tulis apa ye?
Cuma nak ucap selamat tinggal blog untuk sementara waktu.
Doakan semuanya selamat ye...

Dan mohon dimaafi segala salah silap tutur kata/tulisan di sini
atau di luar sana.

Kepada semua yang mengikuti blog ini,
jaga diri baik2...

Assalamualaikum...

Isnin, 5 April 2010

Aaaauuuuummmmmmmm..........

CAK!

Hehehehe...
tiba-tiba je aku ada kat depan pc hari ni.
masuk pejabat kejap walau dapat mc.
heee....

Next week baru masuk worksyop betul2...
3 hari 3 malam dalam wad...bukan putih semua,
tapi ada warna kuning sebab nama wad 2 baiduri...
selain pening tengok kaler kuning sami buddha tu...
aku rasa berat badan mungkin turun sekilo dua...
rasa dok dalam sauna sebab aircond tak berfungsi dengan baik.
huhuhu...

Dan doktor sorang ni...
suke beno dengan kes aku...
pagi-pagi lagi dah tercongok soal siasat aku berjam-jam...
mujur bukan student...eh...eh...tapi aku rasa dia student gak le...
sebab ada bos atas dia... mesti M.Med. ni....
Tapi yang penting...aku dah tolak permintaan diorang
nak jadikan aku subjek exam student final yr ...kekekeke...
TAK RELA I.... ;P

Panjang bebel...
owh!
Bapa dan mama dah balik...
cuma dapat bercerita di telefon sahaja.
Alhamdulillah semua selamat dan mudah.
Mudah-mudahan mama istiqamah dengan penghijarahannya.

Apapun...minggu ni minggu terakhir dapat makan macam2...
ermmm...nak lunch apa tengahari ni ye?
;D

Khamis, 1 April 2010

Jom packing...

Salam semua...
kejap lagi nak balik rumah packing...
bukan baru nak packing...tapi nak packing semula.

Malam ni mungkin tidur di tempat lain.
Penuh dengan warna putih. huhuhu...
Errmmm...dah call abang.
Windu putera...tapi nampaknya minggu ni
dah masuk 2 minggu tak ketemu permata hati manja ni...
Windu lagilah nampaknya...

Apapun...
aku dan abang masih sempat gelak-gelak pagi ni sebab
beberapa insiden...
abang kuat mengusik...
aku pulak tukang dengar...
Tapi yang penting, kami berdua rileks-rileks aje...
Abang rileks duk buat kerja di pejabatnya selepas dapat berita...
aku pulak rileks duk siapkan kerja di pejabat aku lepas bagi berita kat abang...
hehehe...
Kata abang...kalau aku menangis macam kena spray 'ridsect' tu...lain lah...
Hahaha...
tapi itu cerita lain... cerita fobia isteri tanpa nombor...
Oooppsss!!!

ok le...doakan semuanya selamat ye...
Insyaallah, kalau panjang umur...
lepas 2 bulan, kita ketemu lagi...

ASSALAMU'ALAIKUM....

Isnin, 22 Mac 2010

Mari terbang bersama...

Bapa dan mama dah selamat sampai ke Tanah Suci Madinah...
Alhamdulillah akhirnya terbuka jalan untuk mereka ke sana.
Terasa rindu pula hati ini sementelah sebelum mereka berangkat, hampir saban hari kami berbual.
Terasa sepi dan keseorangan...
Teringatkan Bonda...
Memang aku sendiri rupanya...

Dalam hidup ini...
seringkali bila kita berbuat baik dengan orang
sudah pasti saja orang akan suka dan lebih beruntung lagi kita disanjung.

Tetapi,
dunia hari ini materialistik...dan tidak realistik.
Materialistik sebab...
kita akan diukur menerusi kebendaan.
Kita akan dikatakan mewah dan senang jika kita ada...
jawatan tinggi...kereta dan rumah besar dan baru, pakaian kita cantik...
rumah kita lengkap dengan semua keperluan... kerja dalam pejabat...
ada aircond, ada pc, 'kerja mudah',dan ada gelaran.

Kita akan dikategorikan kaya dan senang jika semua perkara itu ada.
Sedang hakikatnya, semua yang ada itu, bukan mudah untuk kita dapati
dan hakikatnya juga, kerja pejabat bukan jaminan hidup senang...
dalam erti kata lain, banyak duit.
Juga kerja yang disangka mudah sebab duduk dalam pejabat berhawa dingin
bukanlah semudah yang disangka...

Justeru, aku mengklasifikasikan manusia hari ini...
di tengah-tengah kepesatan dunia...
di tengah-tengah kemajuan manusia...
masih ada golongan yang tidak realistik.
sebab...
mereka tidak dapat membuat perbezaan sebaliknya membuat perbandingan
mereka tidak dapat menilai situasi sebaliknya memberi justifikasi sendiri
mereka hidup dalam kelompok yang tertutup dan berasa diri mereka sahaja
yang betul dan sempurna..
Mereka menilai orang lain berdasarkan nilaian kelompok mereka
mereka tidak boleh menerima perubahan dan enggan berkompromi dengan
sesuatu yang baru...malah enggan juga beradaptasi dengan dunia luar.

Dan semua ini menjadikan aku sangat letih.
Letih sebab ia membuatkan otak aku bekerja lebih keras...
berfikir mengapa dan bagaimana manusia begini masih wujud pada hari ini.
berfikir cara yang terbaik untuk mengekalkan daya tahan gegendang telinga
serta mengawal suhu didih darahku.
Supaya aku tidak tertinggi nada suara atau melawan kata...
walaupun sebenarnya aku sudahpun beberapa kali terlepas laku dan kata.
Sedang hakikatnya, aku tidak berniat begitu...

Tetapi berhadapan dengan manusi begini...atau dalam erti kata lain ...
tidak 'educated' membuatkan tahap didih darahku
sentiasa di paras berjaga-jaga dan adakalanya jadi bahaya!

Isnin, 15 Mac 2010

Menunggu hari...

Macam tajuk lagu aje layaknye kan?
hehehe
tapi ini bukan tajuk lagu...
ni memang kenyataan...

Menunggu hari hadirnya seorang lagi ahli keluarga baru kami...

Putera telah dihantar ke kg...
Seminggu sekali ayahnya akan bawa balik jumpa ummi.
Banyak juga perkara ummi jadi nak marah dan tak puas hati...
terutama sekali, bab kebersihan diri putera.
Tapi, mohon ALLAH sabarkan sehingga masanya tiba nanti.

Dan, berbakul-bakul juga ummi kena marah bila apa-apa
hal berlaku pada putera di kg.
Ah...itu hal lain...yang penting ALLAH Maha Mengetahui segalanya.
Tapi sepatutnya ummi yang rasa nak marah kan?

Dan lagi...putera memang tengah lasak sekarang.
Sekali lagi, komen-komen orang buat ummi rasa nak
putera segera balik tinggal dengan ummi.
Ummi tak banyak songeh kalau putera 'mengemas'
atau buat apa-apa pun...
ummi telah diberitahu oleh ramai doktor yang mempunyai anak-anak
premature...dan ummi telah bersedia.

TIADA PERBANDINGAN OKEY???!!

Bila putera tiada di sisi...
aku pun bekerja secara ekstrem.
Keluar jam 8 pg...balik jam 9 atau 10 mlm...
sampai le awal minggu ini, aku rasa macam nak pancit je...
demam dan sakit kepala.

Tapi keje yang menimbun ni masih belum siap juga.
makin hari makin bertambah pula.
Apapun, aku harap dapat masuk labour room dengan tenang nanti...

Doakan ye...

Rabu, 24 Februari 2010

Hampir tiba...

Perkataan 'hampir' kalau ditaip di komputer dan tekan tab akan
otomatik jadi 'hamper'.
Aku selalu juga jadi bengang dengan komputer yang pepandai buat
perkataan sendiri hingga menukar makna.

Hampir yang seerti dengannya ialah "dekat, seakan-akan, mirip, menjelang,nyaris,persis,
sipi,sama,serupa,tepi" itu kata Tesaurus BM keluaran PTS.

Hampir dalam N3 aku kali ni bermakna...dekat, menjelang...

Apa yang dekat atau menjelangnya?

Huhuhuhu...nilah yang buat aku susah hati kebelakangan ini.
Sudah sampai masanya aku kena belajar berjauhan dengan putera.
Minggu depan, putera akan mula tinggal di Kg.
Dia memang seronok di kg sebab ramai orang melayan karenah dan kehendaknya.
Tapi, dia juga tahu bila balik ke rumah ummi tak larat ikut kehendaknya.
Alhamdulillah...

Cumanya, aku pasti tidurku tak akan lena sebab teringatkan putera.
Airmata juga sukar nak bendung kalau teringat hal ini...
apatah lagi nanti teringatkan putera.
Alangkah baiknya kalau ada orang sanggup tinggal sementara dengan kami
untuk elak perpisahan macam ni.
Aku sangat TRAUMA dengan perpisahan.
SANGAT-SANGAT TRAUMA...

Tapi, selepas berbincang dengan kawan-kawan...
Aku rasa aku perlu jadi kuat untuk seketika.
Harapanku cuma...
1. Putera akan balik ke sisiku setiap hujung minggu.
2. Putera tak akan diasuh dengan cara yang salah - eg: dimanjakan, diberikan segala
yang dia mahu,terlalu banyak aktiviti luar, etc.
3. Putera selamat dalam jagaan orang-orang yang boleh aku percayai.
4. Kelahiran Adik baby tidak mengulangi sejarah kelahiran putera.

Perkara-perkara lain yang sebelum ini aku perhatikan...
dan aku tak berapa berkenan...
aku rasa aku perlu 'tutup mata' buat sementara waktu
sampailah putera kembali tinggal denganku.

Kebelakangan ini, setiap malam putera tidur sambil memeluk lenganku.
Jika tidakpun, kepalanya mesti dekat denganku sebab putera akan bergerak 360'
sepanjang waktu tidurnya.
Sebelum tidur akan terkekeh-kekeh ketawa bermain denganku.
HUWAAAAAAAA..............

Khamis, 18 Februari 2010

Title...

Title atau gelaran...
Apa ada pada itu semua?

Perhatian?
layanan?
kemewahan?
Populariti?
Hmmm...entahlah kan?

Well...
Ada yang panggil aku, cik...
ada juga yang panggil aku, puan...
:D

ada orang panggil aku cikgu...
ada juga yang gelar aku "datin"
;P

Tapi, walau apapun gelaran yang orang gunakan untuk aku...
Aku tetap kena masak, memandu, beli barang; sendiri
Aku juga kena buang sampah sarap, vakum, kemas rumah; sendiri

Aku juga masih kena tukar pampers, suap makan, buat nenen putera; sendiri
Aku juga kena mandikan dan basuh montot putera, sendiri

Malah cuti CNY baru ni...
aku tetap kena potong dan basuh bahan, ayam, dan masak untuk kenduri sendiri.
(Baca: makan untuk 50 orang tetamu)
Kendian kena pula basuh dan susun semula segala barang dalam kotak, sendiri
(Baca: dengan ayah putera dan putera)

Takde pula sebab gelaran...terutama yang 'satu' tu...
aku ada bibik dan pemandu khusus buatkan untuk aku dan putera serta ayah putera...
hehehehe... :D
Tapi...aku tetap rasa gelaran yang 'satu' tu...kelakar!
Barangkali juga ada unsur emosional bagi yang memahami...
hahahha!!!

Rabu, 17 Februari 2010

RAHMAT

Bukan RAHMAT penyanyi tu ye...
ni RAHMAT dari ALLAH swt...

Beberapa ketika ini, aku terkesan HIJAB ALLAH swt sedang terbuka satu-persatu.
Beberapa perkara yang dulunya untuk aku, kini terbalik pula.

Yang terbaru, cuti CNY baru ni...
Putera kuswastakan pada Mak langnye.
sebab kami nak buat sedikit kenduri doa selamat dan tahlil.

Sedang aku bertungkus-lumus bersiap di rumah...
ayah putera pula berulang-alik menyiapkan keperluan lain...
putera seronok aje bergumbira dan bermain di kg.

Semasa urusan kendara lewat malam itu, selepas selesai majlis...
sepupu putera bercerita...
Katanya petang tadi putera bermain dengan abangnye.
Konfius sekejap...abang yang mane, tanyaku.
Abang dia la...syafiq.
Terkejut besar juga aku dibuatnya...
Jauh di sudut hatiku, bimbang putera diapa-apakan...

Kata sepupu putera, dia tak tahu itu adiknya.
Tapi putera memang siap-siap menjenguk dari awal abangnya datang.
Bila abangnya suakan tangan, terus aje dia mahu.
Tak henti-henti pipi putera diciumnya.
Dan putera pun tak lekang dengan senyum manis
dan ketawa mengekeknya itu.
Sama tingkahnya seperti waktu kakaknya datang bulan lalu...

MAHA SUCI ALLAH...
Yang tidak disukai itu akhirnya jadi kasih tanpa disedari.
Yang dijarakkan itu, jadi bertemu tanpa dijangka.
Darah yang mengalir dalam tubuh itu dari punca yang sama...
Lalu, walau cuba dijauhi sekalipun...akan berjumpa juga.
Jadi mesra walau baru sekali bersua.
Jadi sayang walau hanya kelibat yang terlihat.

MAHA SUCIMU YA ALLAH...
Mudah-mudahan ikatan persaudaraan ini akan kekal
walau hijab-MU terbuka...
Jadikan zuriat-zuriatku penyambung kasih antara saudara ... dan
Perkukuhkanlah ikatan kasih persaudaraan ini dunia dan akhirat...

AMIN.

Khamis, 11 Februari 2010

Balik kg...ooo...balik kg...

Tak sabar rasanye nak tunggu pukul 12 tgh.
Hari ni buat half day.
nak balik kg.

Janji dengan abang...separuh jalan.
Abang tunggu di Jeli dan kami dari KB.
Mudah-mudahan sihat dan dipermudahkan ALLAH swt hendak-NYA.

Pagi tadi putera meragam sedikit.
marah benar dia ummi tak bagi main dengan macam-macam
barang yang diletak tepi pintu.

Mana taknye...asik benar dia 'mengemas'...
ummi pun naik rimas tengok segala benda dah berterabur.
Bila ummi lipat baju letak dalam kotak...
putera terjumpa alat untuk dia kunyah buah...
entah ape namanye, tak ingat dah...
terus je dia masukkan dalam mulut macam makan buah.
Sian pulak...agaknya dia kurang makan lepas balik taska
sebab nak tunggu makan buah agaknya.

Tapi ummi berhenti bagi dia makan buah sejak dia kena diarrhea minggu lepas.
Lepas ni kena bagi semula...putera memang gemar kunyah buah dalam benda tu...
terus hancur jadi puri dan terus telan.
Tapi, lepas tu sememeh bukan main...hehehe

Ok le...nak siap2...
nak balik kg dah...heheheh

selamat bercuti panjang semua!

Rabu, 10 Februari 2010

Lasat!

Aku letak tajuk lasat sebab kes yang terjadi pada bos aku ni...

Lagi 4 hari nak bertunang...
Tapi kelmarin, bos aku ni terpaksa berdepan dengan patient dia.
mengamuk...
di luar jangkaannya.

Akibatnya bibirnya lebam dan bengkak besar...lengan kiri ada bekas gigitan...juga lebam.
Tangan kiri ada kesan cakar.

Sadis sungguh!
mujur tangan kanan tak apa2...kalo tak, dah susut nilai masa sarung cincin. hehehe
tapi kesannya, bos aku ni sampai demam-demam...

Lepas ni mesti ramai anak buah kami yang trauma. keh!
Nak tukar profession???
no way!!

hehehee...

Isnin, 8 Februari 2010

Februari dah...?

Alahai...tak sedar masa berlalu.
Dah 8 hari bulan februari 2010 rupanya.
Sibuk menghabiskan segala kerja yang diberi...
sekaligus mengejar pelbagai dateline...
paling utama deteline yang 'satu' ini...
Bimbang juga kalau tidak sempat menyiapkan kerja yang ada...
Lalu tersedar bila terlihat kalendar pagi tadi.

Hehehe...
Minggu ni cuti panjang.
Cadangnya nak balik kg.
Lama sudah tidak menjenguk orang kg.
Janji dengan bapa dan mama...
nak buat sedikit doa selamat dan tahlil untuk 'dateline yang satu ini'.
Rancang nak buat minum petang saja...tapi nampaknya kena tukar sebab
abang nak buat makan malam...nak jemput geng surau dia tu.

Putera makin bijak dan lasak.
Ummi dia ni dah makin tak terlarat rasanya...
nak mandikan pun dah banyak benda yang nak dicapai...
tak boleh duduk diam.
Pakai diapers pun macam nak bersilat dibuatnya.
Tidur malam...satu tilam besar dia punye sorang...
silap-silap, bangun pagi dah berhimpit-himpit semua orang dibuatnya.
Cuma berat badan putera yang membimbangkan sedikit...
makan dan nenen normal...tapi macam makin susut pula.
Mungkin sebab lasak...

Apapun, Ummi putera kena kuat.
kalau tidak...ayah putera nak ambil putera bawa balik kg cepat-cepat.
huhuhu... mana buleh camni... sob..sob..sob..


Ahad, 24 Januari 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat adik Aiman.
2 Jun 2009-24 Januari 2010.

Aiman menghidap Hidrocephalus.
Lahir 2 hari selepas Putera.
Sama-sama menghuni Wad 1 Timur Belakang
di HUSM.
Berkongsi suka-duka hari-hari terawal kelahiran ke dunia.

Mendengar 'lecture' kurang adab seorang dr neurosains yang
mengendalikan pasangan ini ketika mula-mula di masukkan ke wad.
Tanpa sedar airmata mengalir bila menyedari realiti yang bakal didepani mereka
walau hanya mendengar dari sebalik tirai.

Semoga Yan dan suami tabah menghadapi ujian ini.
Tentunya adik Aiman akan menanti di pintu syurga!

Wallahu'a'lam....

Al-Fatihah.

Isnin, 18 Januari 2010

Macam-macam...

Dah lama tak update blog ni.
Pagi ni nak curi sikit masa untuk menulis di sini.
Kalau nak tunggu ada masa memang tak akan ada...sebab masa makin suntuk.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang.

Y

Tak sempat nak snap gambar...abang dah ambil kamera.
Nak bawa pegi camping katanya.

Terima kasih pada Kak Cik yang jauh nun di utara...

'because I send it with all my love' N 'sealed with a kiss'...

yang sungguh mengharukan jiwa...membuatkan airmata tak tertahan
lalu terhambur...huhuhu...

Maka dapatlah aku menikmati rezeki kurniaan ILAHI ini...

BISKUT Y!

Biskut yang penuh nostalgia zaman kanak-kanak...

hari raya...rumah opah...allahyarhamah Mak Yang...
sungai perak...sampan...'kongsi' (baca: jeti tepi sungai)...
panjut...pokok jambu air depan rumah...dapur kayu...para buang di dapur...
dan ... segalanya tentang kampung dan insan-insan yang dirindui...

Walaupun rasanya tak 100% sama...tapi cukuplah untuk lepaskan rasa ni.
Alhamdulillah...
Terima kasih sekali lagi buat kak Cik...

Sahabat

Alhamdulillah...
akhirnya masin juga mulut kami di sini.
Gembira dan tak sabar rasanya nak berkongsi saat bahagia
seorang sahabat merangkap bos.

Sekian lama ... bos no.2 makan garam...kali ni baru betul-betul masin.
hehehe...

Sahabat aku ni bos no.3 aka bos di atas aku.
Demi saat bahagianya, aku siap pesan jangan libatkan prestasi aku.
kekeke...

Aku tahu pahit getir yang dilaluinya.
Kesedihan dan airmata yang menemani hidupnya.
ALLAH MAHA KAYA...penuh rahsia...
Akhirnya, hijab terbuka...

Sahabatku ini, yang pernah berkongsi kisah dukaku..
yang setia mendengar keluhanku dulu...
Yang sering juga mengingatkan aku pada-NYA...
kemudian, bertukar kisah...
aku pula menjadi antara teman yang setia mendengar
keluh-kesah dan kesedihannya...
meletakkan kotak tisu di depannya tiap kali dia bercerita...

Telah sampai jodohnya kini.
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan selamat.
Dan saban hari...meniti saat bahaginya, bos aku ni asik tersenyum
dan wajah merona merah...walaupun seminggu yang lalu...
aku rasa nak piat aje telinganya sebab cepat sangat nak menolak jodoh ini.
Lelaki itu 'sengal' katanya...
adeh... manakan tak sengal...
akupun akan jadi sengal kalau baru nak berkenalan sudah diasak beribu soalan cepumas.
Siap ada senarai lagi... dan jawapan mesti menepati...
huh...

Sekali lagi, aku terpaksa tahan telinga dengar cerita dia yang ala-ala 'tonton movie' itu.
hehehe...
dan hari ini...dia ajak aku pegi kedai kain lagi macam semalam...
so, kalau dia rosakkan prestasi aku hujung tahun nanti...
siaplah dia!

owh! dah lewat. terpaksa berhenti di sini.
Nak pegi klinik...
ada appointment.

Isnin, 4 Januari 2010

1431 / 2010...welcome!

SALAM MAAL HIJRAH...
SELAMAT TAHUN BARU...


Sekian lama tidak menjenguk ke sini...
baru petang ini ada sedikit kelapangan.

Mana tidaknya...
2 minggu di luar KB penuh dengan pelbagai aktiviti
yang tidak mengizinkan langsung aku menziarah sedara-mara.
Sementelah pula perut yang semakin memboyot ini...
amat meletihkan jika malam menjelma.

Apapun, kemaafan dipinta daripada keluarga di KL yang tidak sempat
diziarahi. Walau hanya terpisah dek beberapa batang jalanraya lebar...

KUALA LUMPUR, AKU DATANG...

Berada di KL selama 5 hari memang padat dengan aktiviti minda.
Mendengar syarahan umum dan menghadiri bengkel...
membuakkan semangat untuk aku melanjutkan pengajian.

Terimbau kata-kata Bonda dulu...

"Cukup-cukuplah belajar tu...dulu kecik-kecik mak
suruh pegi sekolah, siap main tarik-tarik kat pintu bas...sekarang dah besar dah tak henti-henti belajar pulak...".

Bonda...
Adik tersangat rindu...

Ke mana hati nak kuletakkan untuk menahan rindu yang makin
membengkak ini?
Beberapa malam yang lalu, aku tersedar saat terluah panggilan bonda daripada
bibir... Kala kutoleh ke sebelah...kulihat putera dan ayahnya yang sedang lena.

Kuala Lumpur yang sesak...
Sama sekali tidak memadamkan ingatanku terhadap bonda.
dan aku mencari peluang menziarah bapa...
Rindu amat...

PENGESAHAN

Kalau dulu aku juga pernah berbuat sesuatu tanpa usul periksa.
Namun, pertambahan usia menjadikan aku semakin dewasa.
Setiap perkara yang ingin aku lakukan, sebut atau apa saja...
akan terlebih dahulu aku selidiki.

Tidak banyak...sedikit pun jadi agar tidak menjadi fitnah.
Walau untuk bercerita dengan abang...aku akan mendapatkan kepastian terlebih dahulu
barulah kukhabarkan kepadanya.
Jika tidak, memadailah sekadar bercerita dan diakhiri dengan kemaafan andai
tersilap perkhabaran.
Bukan memuji diri atau meletakkan diri hebat atau sebagainya...
tetapi pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati.

Namun, masih ada juga yang cepat benar memberi perkhabaran walau
tanpa kepastian yang boleh dicari dan diuji.
Apa matlamatnya? aku sendiri kurang pasti.

Tapi, bagi pihak diriku sendiri...
sengaja aku cepat-cepat sebarkan.
Mengapa?
Sebab mengikut pengalaman lalu, berita yang tersebar bukanlah berita
yang boleh digunapakai 100%.
Selalunya tidak benar sama sekali atau mungkin benar tetapi tidak akan jadi.

Keh! terasa jahatnya hati nan seketul ini.

PENGERTIAN

Di sebalik kepadatan hari kala berbengkel...
ALLAH swt memberi aku kesempatan menyelami naluri dan menyusuri
pengalaman seorang ibu.
Bukan sembarangan ibu...

Barangkali 'dia (1)' juga berperasaan begitu...sama seperti apa yang kurasa tika itu.
Aku cuba mencari pengertian disebalik segala yang ALLAH swt tunjukkan itu...
mencari yang tersurat dan tersirat.

Dari satu sudut pandangan...aku mengerti dan dapat menyelami kepayahan 'dia' menjadi seorang 'ibu'.
Dari satu sudut pandangan lain pula, aku sendiri berperang dengan perasaan sendiri.

Akibat 'peperangan dalaman' yang hebat itu...abang ternyata menaruh wasangka padaku.
Betapa sukarnya menjadi seorang 'ibu'.

Aku tahu kini...sejauhmana pun cuba untuk menjadi yang terbaik...
tetapi atas tiket 'ibu...', akan sentiasa ada curiga dan wasangka.
Mungkin tidak lama...atau mungkin hingga bila-bila.

Mudah-mudahan ALLAH swt bukakan jalan yang terbaik buatku.

SUDAH SAMPAI ?

Barangkali sudah tiba masanya ALLAH swt menunjukkan segalanya.
"cash & carry"...itu istilah yang selalu kugunapakai untuk kondisi begini...

Barangkali juga sekadar ujian ALLAH swt untuk menguji hatiku...keikhlasanku dan
bukan untuk 'dia (2)'.

Tapi jika apa yang ALLAH swt berikan ini adalah untuk 'dia'...
Maha Suci-Mu ya ALLAH...
sebab yang menerima 'cash' ialah 'dia' tetapi yang 'carry' ialah
insan yang tidak mengerti apa-apa.

Hal sebeginilah yang paling aku takuti.
Dek perbuatan sendiri, yang menerima musibah mahupun ujian adalah
darah daging yang tidak berdosa.
Na'uzubillah...

Apapun, terasa minggu awal tahun hijrah kali ini dan penutup tirai 2009...
merupakan sesi muhasabah buat diriku.
Mencari dan meneliti kekurangan diri...
Membina dan mendidik hati yang lebih ikhlas...

Mudah-mudahan ALLAH swt memberikan jalan serta penyudah
yang terbaik atas segalanya ini.