Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 11 Oktober 2010

Emosionalisme vs profesionalisme

Aku tidaklah profesionalisme...
tetapi aku juga tidak sepenuhnya emosionalisme.

Tapi apabila terpaksa berhadapan dengan manusia
yang terkadang "terjulur", terkadang "terkelenyup"
(baca: istilah yang sering digunapakai oleh allahyarhamah Opah
untuk orang kuat merajuk)
buat aku rasa cukup menyampah.
Apatah lagi kalau perkara yang ingin dirajukkan itu perkara besar
yang melibatkan ramai orang.
dan lebih-lebih menyampah kalau perkara itu sebesar hama
yang tidak pasti di mana hendak dirajukkan.

Nampaknya, tugasku bertambah minggu depan.
harap-harap masih ada luang di ofisku untuk buat aqiqah.
Nak masukkan hanya satu bahagian...atas permintaan orang.

Rancangan asal ingin menumpang kenduri kawen anak seorang hamba ALLAH ni...
Mula-mula empunya diri bukan main seronok lagi.
Akupun dah lega sebab boleh bantu tunaikan hajat orang.
Tiba-tiba petang tadi, hamba ALLAH ini sudah "terkelenyup".
tak tahu dari mana datang angin "kus-kus"...
tak pasti apa puncanya...

Sudah banyak kali terkena begini...
buat aku terfikir rencam perkara.
Banyak rancangan yang aku akan gubal semula...
mungkin banyak hal akan melibatkan abang...

Jalan paling baik...
tak usah menumpang kenduri orang lagi...
tak usah ambil tahu
tak usah peduli
tak usah balik...

TITIK

oppsss...lupa pula...
aku bersiaran dari Bukit Jawi Golf & Resort
Pulau Pinang.

2 ulasan:

  1. salam, hang watpe kat Bukit Jawi? Majuk? hahaha..
    brapa kali akak nak pesan, "spesies" isteri macam kita ni tak boleh sgt nak harap kat org, apatah lg nak tumpang org punya.
    tak semua boleh accept situasi macam tu, so kita kena independent.
    kita renungkan jauh sket ke depan, then kita dpt lihat iktibarnya..
    cewah..akak pun belum abih perbaiki diri kekeke..

    takecare dik, as long umo masih pjg, we can always share together.

    ps: jgn lupa dtg ke rumah baru akak ek..

    BalasPadam
  2. Tu la...
    kekadang terlupa sebab banyak perkara kena settle dalam kepala ni...
    Bila ada orang bagi cadangan terus setuju...
    akhirnya, kita gak yang terkena.

    Pengalaman tu kan guru yang terbaik?
    kan? kan?

    Yup! i will always need "information centre" for help. ngeee...

    Pindah dah ke?
    kasi la alamat...bleh majuk dan bawa hati ke sana plak...

    BalasPadam