Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Mac 2011

Alahai putera...

Insiden 1

Ayah sedang baiki lubang air dalam bilik air yang block.
Putera H macam biasa bz tengok2.

Ayah: Hariri, main apa tu...?!

Putera H: Keje!

Ayah: La...ayah ingatkan main...

Insiden 2

Ummi sedang siap2 nak pergi kerja. Putera H dan Putera M main sambil tunggu ummi.

Ummi: Tu apehal muka senyonyong tu? (kepada putera H)

Putera H: Yak! (sambil muka terus masam mencuka)

Ummi : Gulp! oke jom basuh.

Insiden 3

Ummi bagi putera M pegang keropok lekor sambil siap2 nak turun kereta di pasaraya.
Hulurkan putera M kepada ayah dengan tangan putera M yang pegang keropok
statik kat tepi muka dia.
Tiba-tiba sebaik sahaja duduk atas riba ayah, Putera M meraung kuat.

Ummi : apasal?? (sambil tengok kat ayah...dan nampak ayah sedang mengunyah sesuatu)

Ayah: Ntah...tiba2 je...apasal?

Ummi: ayah makan kepok lekor adik ye?

Ayah: (sambil tersenyum) ayah gigit sikit je...

Ummi: apasal ayah gigit hak dia...dia takleh orang usik barang kat tangan dia.

Ayah: huhuhu...mana ayah tau.

Ummi: Cess!

Selasa, 22 Mac 2011

Jom belajar bahasa

Jom kita belajar bahasa...
Sebelum ni aku pun taktau wujudnya perkataan2 ni...
Sekarang perbendaharaan kataku makin bertambah
dengan pesatnya setiap hari...
;P


memek - mama
ak uu - cak aa
awwoh - Allah

* cekdu: putera M

mom mom - lembu
lemom - lembu
Allah bat - Allahu akbar
uucen - kucing
ticak - cicak
uwong - burung

*cekdu : putera H

:p

Isnin, 21 Mac 2011

Mimpi...

Mimpi 1

Tiap malam aku mimpi makan kek.
Gara-gara tengok blogger masakan buat DFC.
Sedap benor nampaknye...
creamy dan yummy je...

maka, aku pun buat kek.
Aku ni terror gak buat kek.
Dulu2 memang tiap kali raya kek buatan tangan aku ade.

Hujung minggu lalu...
kek aku siap dibakar.
Kejadiannya Bengkek.
bukan aku berperasaan bengkek.
Tapi kek aku bertukar nama jadi Bengkek.
Bengkang + kek = bengkek!

Mimpi 2

Aku tengok lagi blog masak-memasak ni.
depa buat brownie.
Alah senang...

aku pun balik dan buat.
brownie aku kebakaran.
Ada bau hangit sket.
Tapi sebab kaya coklat, rasanya still sedap.

Abang simpan brownie aku dalam kete dia.
Buat bekal kalo dia ngantuk kat jalan.
Hari ke-4 selepas kebakaran...
kami pakat makan brownie kat tepi laut.
tekstur dah mula keras.
kejadiannya masih elok tak kulat.

Hari ke-9 selepas kebakaran...
kejadian tiada kulat.
tekstur keras kedengkang.
Baling kat anjing sure mati.
Ooo...patutlah kulat tak nak hidup...
keras and pahit-pahit manis rasanya.

Mimpi 3

Aku sekali lagi dipengaruhi oleh blog masakan.
Tambah pulak bila tengok AFC...
Jadinya aku termimpikan "Macaron" malam tadi.

Err...patutkah aku buat macaron pulak lepas ni????
Owh!

Isnin, 14 Mac 2011

Awal...Alhamdulillah.

Kejap lagi aku nak balik dah...
alhamdulillah.
Terima kasih PTJ yang bagi kelulusan balik awal kepada kami.
Kebetulan tiada tugas rasmi, so...aku nak siap2 balik dah ni.
Cuma terasa janggal sedikit, sebab nak balik rumah sendirian tanpa putera's.
Waktu ni, waktu tidur di Taska.
Malas nak ambil awal, nanti terganggu tidur mereka.
Jam 4 nanti baru aku gi ambil.

Nak balik rumah, masak sikit untuk makan tengahari dan
mungkin boleh buat kek yang aku nak try kelmarin.
Kemudian nak rehat sebelum pergi dinner PTJ malam ni.
Sempena ulangtahun ke-10 penubuhan PTJ tahun ni.
Tema baju: kasual merah putih.
Huh! macam parti politik lak.
Tapi aku dah ada dress untuk malam ni.
huhuhu...

Babai...!

Khamis, 10 Mac 2011

Santai pagi

Santai pagi??
Sejak bila aku ada santai pagi2 ni?
huhuhu...
tapi itu ajelah tajuk yang terlintas
dalam kepala aku untuk diletak kat atas tu.

Pagi ni nyaris je pitam kebuluran kat Bank Islam.
Semua gara-gara terlupa aka tak sempat bayar bil.
Dan ada perkhidmatan di rumah dipotong.
Huhuhu...

Time menunggu nyaris tak pitam,
Tu la agaknya time santai aku...
kekeke

Perkembangan putera minggu ini....
Putera M telahpun merangkak.
Usia dah hampir menjangkau 11 bulan.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan putera M lebih cepat berjalan
berbanding dengan Putera H yang berjalan di usia 15 bulan.

Kadua-duanya batuk dan selsema.
Berjangkit di taska.
Kesian putera H yang memang sensitif.

Ada sedikit persiapan untuk meraikan ulangtahun
kelahiran Putera M bulan hadapan.
Dan juga Putera H bulan berikutnya.
Tengah survey hadiah untuk Putera M.
Mungkin akan dapat basikal sama macam abam H-nya
ketika usia setahun.

Putera H dah pandai panggil nama adiknya.
Tapi kalau sebut abang...selalu dia rujuk kepada adiknya.
Dan dia akan sebut "abam" untuk abang, "Opom" untuk opah,
"Ommi" untuk ummi, "atak" untuk akak.
Ayah je yang sebut elok dan fasih. Huhuhu...
anak ayah le katakan.

Ni belum masuk part putera2-ku bersembang du aberadik.
Hrmmm.....

Selasa, 1 Mac 2011

Buba...

N3 kali ni foto Putera H waktu kena drip 2 bulan lalu.
Malangnya, foto Putera M warded disember lalu, tiada dalam simpanan ummi.

Layannnn.........







"Buba!"
Benda ni lah yang Putera H suruh 'buba'.
hehehe...
Sian anak ummi...


*Foto berjaya dirakam sewaktu Putera H nyenyak tido.