Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 September 2011

Bersyukurlah atas nikmat-NYA

Dah 3-4 isu dah aku tulis...
tetiba stat naik 3x ganda berbanding biasa.
Agaknya ramai yang nak tahu perihal poligami...
tapi tiada sumber.

Jika teliti isu2 sebelum ini,
nampak seperti prejudis kepada isteri pertama dan suami.
Kali ni aku nak bengkitkan isu isteri baru pula.

Isteri baru pun ada banyak jenis.
Jenis 1: jenis jurus bak kata orang new castle...
Jenis 2: jenis pentingkan diri sendiri (selalunya yang begini berlawanan dengan isteri 1)
Jenis 3: jenis nampak jurus, tapi pandai belit.
Jenis 4: jenis tak boleh buat isteri.

Jadi isteri baru...
baru masuk dalam masjid orang, kenalah pandai bawa diri.
Kalau boleh berbaik, berbaiklah...
kalau tak boleh, kena beralah...tapi pandai2lah...
bimbang suami dan isteri 1 ambil kesempatan pula.

Jenis 1, jurus tu bagus...tapi kenalah
hati2 supaya kebaikan tidak disalahguna.
Ramai suami lepas tangan bila dapat isteri baru yang jurus
dan bijak mengendali rumahtangga/hidup sendiri.
Sebab tu, wujudnya pepatah "buat baik berpada-pada...".

Jenis 2, ni jenis yang selalunya bertentang dengan isteri 1.
Isteri 1 jurus...isteri baru pulak yang buat hal.
Taknak beralah, taknak bermadulah...tapi siap nikah dah...cemane tu?
pendek kata, taknak itu...taknak ini...
Mengada-ngada kalahkan baby.

Jenis 3, yang ni suami kena bijak.
Kalau suami tak bijak...suami yang terbelit.
Dah terbelit, tak boleh lepas....
Isteri jenis ni, nampak baik, jurus...
tapi dalam diam ada agenda tersembunyi.
Bila suami nak balik rumah isteri 1, mulalah dia sakitlah...
pengsanlah...histerialah...

pendek kata segala macam alasan yang jarang orang buat main,
akan digunakan untuk buat suami tunduk kepadanya.
Sampai ada yang depan isteri 1, baik kemain...
bila suami nak buat giliran, sanggup keluarkan pisau nak potong urat nadi sendiri...
kononnya tak sedar...
Jenis ni, patut kena cepuk awal2.

Jenis 4, yang ni memang spesis takleh buat isteri...
Ada jenis yang jurus di depan...belakang buat ilmu hitam/khianat kepada madu dan suami.
Ada jenis yang memang suka mengikis...
Ada jenis yang simpan lelaki belakang suami...suami takde, dia buat onar.
Mungkin ada jenis2 lain lagi yang tak tersenarai...
Jadi, untuk suami yang nak tambah kuota...kena siasat dulu
kot-kot terpilih/ternikah jenis 4 ni.

Bab ilmu hitam ni, dah ada dengar...
layan suami dan madu baik2, tapi siap buat ilmu hitam kepada madu
supaya sakit. Mujurnya, terkena pada orang lain...malangnya orang yang terkena tu...
menderita sakit sekian lama akibat tersalah sasaran.

Ada pula yang masukkan air kencing dalam kolah mandi.
Maka mandi, berwuduklah suami dan madunya dengan air tersebut
tanpa pengetahuan.

Ada pula yang lebih baik hati...
siapkan makanan untuk suami dan madu yang balik kerja.
Tak makan sekali, dengan alasan dah makan.
Rupanya ada perencah rahsia...air ludah dalam masakan yang terhidang.

Hakikatnya, tak salah pun bernikah dengan suami orang...
bukan suami orang lagi dah...dah jadi suami sendiri.
Tapi pandai2lah bawa diri...
pandai2 ambil hati keluarga suami,
pandai2 ambil hati anak2 tiri.
Kalau madu taknak berbaik pun, tak salah buat baik kepadanya...
Kalau madu sudi berbaik, alhamdulillah besar rahmat ALLAH...
Bukan rugipun kalau buat baik.
Kalau sekarang tak nampak, esok-lusa pasti ada hikmah yang menanti.

Sakit menjadi isteri baru...
memang adakala terasa sangat2 sakit.
Tetapi ingatlah janji ALLAH swt yang telah tertulis buat kita.
Jika DIA yang menjanjikan kita dengan takdir ini, maka DIA jugalah
yang ada penawarnya.
Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang kita dapat dengan pernikahan ini.
Jangan lokek untuk berterima kasih kepada suami, hatta untuk setitis mani.
Beri peluang kepada suami untuk berasa selesa dan tenang ketika pulang ke rumah.
Beri peluang suami berasa gembira dengan segala perbuatan kita.
Selebihnya, jadilah isteri seperti yang diajar dalam Al-Quran...

Jika terasa sangat sakit dan sedih...
kembali kepada-NYA.
Ingat kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail yang ditinggalkan oleh
Nabi Ibrahim di tengah2 padang pasir yang kosong.
Carilah kekuatan dengan berbuat baik, bukan dengan berbuat jahat.
Balasan pasti ada bagi setiap perbuatan dan niat kita...
INsyaALLAH.

Wallahu'alam.

Soluble...

Aku demam selsema sejak malam kelmarin.
Semalam aku 'pengsan' di pejabat...
Tak boleh buka mata gara-gara makan ubat selsema
yang mengantuk.
Akibatnya, kelas postponed.

Petang semalam, aku singgah mydin.
Beli panadol soluble...
bila minum panadol soluble ni aku teringatkan
bonda...masa soluble ni baru keluar di pasaran...
dan aku tergelak sorang-sorang.

"Ubat ape yang kamu bagi kat mak ni?"

"Ubat selsemalah mak. Nape mak?"

"Rasa lubanglibu je perut mak ni"
(dialek perak- tak tentu hala/resah)

"Mak dah makan ke?"

"Dah..."

Sambil belek2 paket ubat..."mak makan macamane? kenapa ada sebelah lagi ni?"

"Beso sangat...mak makan sebelah je"

"???...mak makan macamane?"

"Mak telan le..."

"Mak telan dengan ayo?"

"Ye le..."

"mak buat cemane?"

"Mak kepak 4, lepas tu telanlah"

Dah tak boleh tahan...sambil gelak sakit perut...
"Mak!! kena rendam dalam ayo lah mak...baru boleh minum,
bukan macam panadol biasa tu...patutlah lubanglibu...
dia cair dalam perut mak...tu yang rasa gitu"

"Emm...mana aku tau kan..."

Aduhai bonda...rindu amat.

Selasa, 27 September 2011

Cash & Carry

Pagi ni sarapan dengan nasi kak wok je.
Kebetulan lalu depan kedainya tadi, sempatlah rembat sebungkus.
Ni tengah lenguh rahang kunyah ayam gorengnya...
Sebenarnya aku lebih suka ayam gulainya...
Tapi kakak tu tadi taruh jugak ayam goreng 3-4 ketul...
boleh jem rahang kalo macam ni hari2...huhuhu

2-3 hari ni perasan sibuk...
Tapi atas permintaan abang, aku rasa penting juga isu ini untuk
diketengahkan.

Pernah dengar istilah "cash & carry"?
Tentu pernah atau mungkin selalu...
Kalau pergi whole sale atau pasaraya...
ayat ini selalu digunapakai.

Tapi ini bukan tentang pasaraya atau seangkatan dengannya.
ini tentang "cash & carry" daripada ALLAH swt.

Ada kalangan isteri yang belum bernombor sangat2 trauma dengan poligami.
Tatkala mendengar suami orang berpoligami,
terasa diri sendiri pun tak selamat.
Kenapa rasa diri tak selamat?
Kalau dah buat yang terbaik untuk suami, tapi suami masih
nak tambah kuota...sudah tertulis di Luh Mahfuz janji kita ini.
Jangan kesal.

Isteri yang ada perasaan sebegini kadangkala sampai sanggup ...
1. hasut isteri yang dimadukan supaya melawan suami sendiri
2. sangka buruk dan fitnah suami yang berpoligami
3. pandang serong kepada keluarga yang berpoligami
4. hasut anak2 supaya berfikiran negatif tentang poligami
5. sangka buruk kepada ketentuan ALLAH swt.

sampai ada yang ...
1. tolong serang suami orang bagi pihak isteri pertamanya
2. buat fitnah, kononnya suami orang tu kaki perempuan
(emm...kalau dah kaki perempuan, eloklah kan? kurang bulu...hehehe)
3. ajar anak supaya bencikan lelaki yang berpoligami, termasuk hina
dan pulau anak2 dari keluarga poligami.
4. sentiasa berbangga diri sebab tak nikah dengan suami orang, hina
perempuan yang bernikah dengan suami orang.

Bagi kelompok 1 di atas ni...
Apa faedahnya menghasut dan tolong serang bagi pihak?
Seronok agaknya lihat rumahtangga orang kacau-bilau dan musnah.
Sepatutnya bagilah sokongan moral yang berbentuk positif.
Ajak pergi dengar ceramah agama ke..
ajak pergi kelas mengaji ke...
supaya si isteri yang sedang bersedih dan sukar untuk menerima hakikat ini
dapat tenangkan fikiran dan kembali kepada ketentuan-NYA.
Ini tidak, hasut supaya terus bergaduh...
hasut supaya rumahtangga terus bergelora...
hasut supaya pergi failkan perceraian.
Na'uzubillah.

Kelompok 2, sebenarnya lebih kepada rasa tidak selamat.
Bimbang suami sendiri bernikah lain...
Selalunya kelompok ini kerap menyindir suami berpoligami ni.
Selalu ingin tahu kisah rumahtangga poligami atas niat untuk
cari keburukan semata-mata.
Selalu berburuk sangka, hinggakan kalau suami poligami bawa
anak dara sendiri pun dikatakan bawa isteri ketiga atau girlfriend
bakal jadi nombor empat.
Padahal anak perempuan orang tu dah besar2 dan dah jadi anak dara...
Dek sebab terlampau trauma...sibuk berburuk sangka
dan menyebar cerita yang tak benar.

Kelompok 3, persepsi buruk ibu apabila anak bercerita
tentang kawan2nya yang merupakan anak2 poligami...
"Like mother, like daughter"...
apa jua tafsiran negatif si ibu, akan diterjemah semula oleh si anak
di hadapan anak2 poligami ini.

Segala persepsi negatif...
-ayah kaki perempuan
-keluarga porak-peranda
-mak minta cerai sebab ayah jahat
-mak ayah bercerai, anak lintang-pukang...
pendek kata banyak lagilah tafsiran buruk...

Paling malang...jika tafsiran ini hanya tafsiran semata-mata
sehingga mengganggu emosi si anak poligami...
sedangkan hakikat sebenarnya dia ialah anak paling bertuah sebab
ada 2 emak dan ayah yang bertanggungjawab serta penyayang
tanpa disedarinya akibat terhasut oleh kata-kata anak2 tidak poligami
yang telah di'brainwash' oleh ibu mereka sebelumnya.

Kelompok 4, tak cukup mengata isteri, suami dan anak2 poligami...
mengucap syukur pula sebab diri sendiri tak nikah dengan suami orang.
Kononnya, dulu pernah digoda suami orang tetapi tak layan...
akhirnya nikah dengan orang bujang yang sempurna.

Aduhai...tidak bimbangkah dengan "cash & carry" daripada ALLAH swt?
Kalau ALLAH berkehendakkan sesuatu, tiada apa yang dapat menghalangnya.
Takdir kita sudah tertulis tidak bernikah dengan suami orang...
tetapi takdir anak2 gadis kita, sudah pastikah?
Lagi pula, poligami bukanlah sesuatu yang salah, teruk, mahupun menakutkan...
jauh sekali daripada sangkaan sesetengah pihak.

Perkara yang membuatkan poligami jadi rosak ialah
manusia sendiri...
isteri yang busuk hati dan enggan beralah...
isteri yang berniat menyusahkan suami
isteri yang berdendam kesumat
isteri yang derhaka pada suami dan pada ALLAH swt....

asyik salahkan isteri pertama aje ye?
bukan begitu, tetapi hakikatnya memang isteri pertama sukar
untuk dibawa berunding dan menerima hakikat dengan redha.
Sedangkan madunya bukanlah sejahat yang disangkanya.

Tapi, suami yang berkecimpung dalam arena poligami
juga banyak pincangnya.
Suami yang tidak dapat berlaku adil sebab terlalu bimbangkan
sebelah pihak...
suami yang tidak mampu berpoligami tetapi ingin juga berpoligami...
suami yang tidak mendalami ilmu Islam dengan mendalam
sebelum dan sesudah poligami...

Ilmu ini paling penting...tak perlu menuntut ilmu kuat batin atau
ilmu ghaib sebab nak hilangkan diri daripada isteri2...
Tapi tuntutlah ilmu Islam yang sebenar. Dalami al-Quran dan hadith...
dengar tok guru mengajar...solat jemaah...
Barulah berkat rumahtangga, terutama yang berpoligami.

Bagi aku sendiri, isu "cash & carry" daripada ALLAH swt yang paling aku takuti.
Aku sendiri pernah merasa penangan "cash & carry" ALLAH.

Justeru, sebagai ibu dan isteri...walau di mana kedudukan kita...
usahlah menghina dan berburuk sangka kepada orang lain...
Janganlah mengajar anak2 supaya pesimis seperti kita.
ALLAH Maha Mengetahui setiap apa -apa yang telah ditakdirkan-NYA.

Kasihan dengan anak poligami yang dihina sehingga cedera emosi.
Kasihan dengan isteri baru yang berjuang untuk mengekalkan rumahtangganya
dunia akhirat.
Kasihan dengan isteri pertama yang jadi derhaka dek hasutan orang.
Kasihan dengan suami yang ingin mencari redha ALLAH melalui pernikahan.

Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam.

Khamis, 22 September 2011

Suami: Adakah dikau memahami?

Kalau 2 N3 sebelum ini cerita tentang isteri.
N3 hari ini akan cerita tentang suami.

Lelaki yang berpoligami amat berat tanggungjawabnya.
Jika isteri2 tidak bekerjasama memahami dan bertolak-ansur,
beban suami akan bertambah berat.
Isteri yang enggan beralah, dan masih bergantung penuh kepada suami
hanya akan menyusahkan suami dalam berlaku adil.
Lebih2 lagi bagi isteri yang sengaja menyusahkan suami
atas niat membalas dendam...

Tetapi, pada masa sama...
adakah suami ini memahami antara keperluan (tanggungjawab) dan kehendak?
Macam kita belajar ekonomilah layaknya...
keperluan itu sesuatu yang MESTI...
tetapi kehendak itu sesuatu yang tidak penting, jika ada; alhamdulillah...
jika tiada, tak mengapa.

BAB NAFKAH
Yang ini keperluan yang wajib ada.
Tak kira isteri gaji besar atau gaji kecil;
suami kena beri nafkah zahir.

Tak kira isteri tua atau isteri muda;
suami kena bagi nafkah batin.
Kalau tidak, tu yang asyik meroyan tak tentu pasal.

BAB ANAK
Ini juga keperluan.
Lebih2 lagi anak2 yang masih kecil, sebab waktu inilah
waktu kritikal anak2 memperoleh/acquired semua perkara.
Jika tidak dijaga sebaiknya, jangan salahkan ibu yang mengandung
dan mengasuh.
Sebab anak2 ini tahu/belajar/cerna sendiri semua perkara yang dilihatnya.

Kalau anak2 dah besar masih kena pampered macam baby...
memang payahlah...
Tanggungjawab ibulah pula memberi input sesuai, supaya
anak2 ini tahu beralah dan tahu tanggungjawab ayahnya lebih
besar untuk adik2 yang masih kecil.

Tapi kalau ibu tak nak beralah, anak pun sama macam ibu,
ibu pun tak nak didik anak supaya memahami tanggungjawab besar sang ayah...
ayah pula ikut aje rentak anak-beranak ni...
Allah sahajalah yang Maha Pengampun.

BAB GILIRAN

Ada suami yang jenis pertama ni...
Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat - isteri 1
Sabtu -isteri 2 dan anak2
Ahad - isteri 1 dan anak2

Jenis kedua...
Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat - isteri 1 & isteri 2 & anak2
Sabtu, ahad - family day (sebab dua2 isteri hubungan baik)

Jenis ketiga...
7 hari seminggu - isteri baru
ATAU
7 hari seminggu -isteri 1
(sebab isteri tak tahu dah nikah baru)

Jenis keempat...
12 jam seminggu/ terutama hari ahad - isteri baru
(sebab isteri 1 tak bagi keluar rumah)

Jenis kelima
Berselang hari untuk setiap rumah.
Hari minggu juga berselang untuk setiap rumah.

Yang ni tengok nasiblah.
Ada yang nasib baik dapat jenis kedua atau jenis kelima.
Tapi kalau dapat jenis pertama dan keempat, memang malang.
Malang bagi isteri baru yang teraniaya...
Malang bagi anak2 yang masih kecil yang dilahirkan oleh isteri baru.

Lebih malang lagi, bagi jenis pertama...sudahlah PJJ,
bila balik dalam pantang atau bercuti lama di tempat suami...
suami berkeras nak buat sistem giliran...
Kononnya nak adil...padahal sebelum ni hari2 dah duduk dengan isteri 1.
Bak kata Nabil...Lu pikerlah sendiri!

Jenis ketiga, aku tak nak komen.
Pandai-pandailah jawab depan ALLAH kelak.

BAB RAYA
Bab ni memang sensitif.
Biarlah beraya berapa puluh kalipun sepanjang hidup...
kita tetap nak beraya dengan orang yang kita sayang.

Tapi kalau setiap tahun isteri pertama nak suami beraya dengan dia aje...
isteri baru terpaksa tunggu dah hujung2 raya baru dapat beraya dengan suami...
memang sedih.

Ada isteri baru yang sanggup tunggu suami untuk beraya bersama...
Raya pertama kalau suami tak balik lagi...tak pakai baju raya...
anak2 pun tidak dipakaikan baju raya sehingga ayahnya balik.
Kuih raya dan lauk-pauk raya je kena makan...sebab raya pertama haram berpuasa.
Kalau boleh puasa, mungkin isteri baru ni akan puasa juga sampai suami balik.

Tapi, ada juga suami yang jadi ralat.
Bilamana terpaksa beraya terlebih hari dengan isteri baru dan anak2...
walaupun baru kali pertama berlaku begitu...(raya tahun2 sebelumnya, banyak dengan
isteri 1 dan anak2); komplen direct dengan isteri baru..."tahun ni abang beraya banyak
hari dengan awak...".

Adakah sang suami ini pernah menyelami rasa hati isteri baru dan anak2
yang saban tahun beraya sekejap sahaja dengan suami dan ayah mereka?
Saban tahun beraya lambat berbanding orang lain. Saban tahun juga beraya merempat
di rumah saudara-mara sebab menunggu suami balik.

Sudahlah sepanjang raya terpaksa melihat muncung panjang sang suami yang
terang, jelas, nyata; tubuh badan aje ada depan mata tapi hati nun jauh dengan
isteri 1 dan anak2. Habis cuti raya terpaksa pula berjauhan sebab PJJ.
ALLAH sahajalah Yang Maha Mengetahui rasa hati seorang isteri sebegini.

BAB BAWA KE MAJLIS
Suami boleh bawa siapa yang dia suka...
Kalau hubungan isteri2 tak baik, tak perlulah bagitau sesiapa nak ke mana2.

Tapi ada pula suami yang sanggup telefon isteri, tanya nak bawa siapa ke majlis sekian2.
Tapi mulut masyarakat memang tak boleh tutup.
Ada segelintir masyarakat yang siap berpesan kepada sang suami supaya
bawa anak isteri 1. Maknanya suruh bawa isteri 1 lah tu.

Tak payahlah bagitau isteri baru... terang2 kita boleh nilai persepsi masyarakat
ini kepada isteri baru.
Kalau isteri baru pula, takkanlah nak jawab "bawalah saya, sebab saya muda lagi..."
atau "...sebab saya duduk dekat dengan tempat majlis diadakan" atau
"...sebab giliran saya malam ni".

Isteri baru pun ada harga dan maruah diri yang perlu dijaga.
Kalau sudah masyarakat beri label sebegitu (walaupun secara tak langsung),
buat apa nak terhegeh-hegeh tunjuk muka.

Eh! macam membebel pula N3 aku hari ni...
hehehe...

Apapun, point aku cuma satu...
Kalau poligami, pandai-pandailah menjaga hati semua pihak.
Jangan pentingkan diri sendiri...atau pentingkan sebelah pihak.
Kalau satu hari ALLAH balas semula...tentu lebih sakit rasanya.
Tak rugipun kalau memahami dan membantu sesama sendiri.

Wallahu'alam.

Rabu, 21 September 2011

Isteri: Apa yang kau cari II

Banyak yang perlu dikupas bila bercakap tentang isu ini.
Bukan semata-mata melihat salah siapa jika berlaku poligami.

Inilah intipati sebenar yang aku nak beritahu rentetan N3 kelmarin.
Tapi macam aku tulis kelmarin, dunia hari ini stereotype.
Tuding jari pada suami dan isteri baru sang suami.

Tengok dalam filem, drama Malaysia...
lagi skeptikal.
Prejudis.
Isteri pertama dizalimi, teraniaya,dikhianati...
isteri baru sang suami...perempuan kurang adab, tamak, niat buruk,
semuanya negatif berlawanan dengan isteri pertama.
Suami pun terpengaruh oleh isteri baru yang negatif ini menyebabkan
berubah jadi zalim juga.

Tetapi hakikat sebenarnya jauh berbeza...
Cuba buka mata dan pasang telinga.
Bukan jadi busy body, tetapi jadi pemerhati yang teliti...

Yang selalu dan kerap teraniaya zaman sekarang ni ialah isteri baru
sang suami.
Sebab apa?
Sebab suami terperangkap dengan helah isteri pertama
yang...
1. rasa dirinya tertipu
2. rasa dirinya tidak selamat
3. rasa dirinya yang teraniaya
4. rasa tamak
5. dengar hasutan orang luar

Maka, suami pun terpaksa ikut segala kehendak dan rentak isteri pertama.
Isteri pertama gembira, sebab rasa segala helahnya menjadi dan berjaya.
Pada masa sama, berusaha pula menganiaya isteri baru sang suami agar isteri baru berasa
dizalimi dan kesal bernikah dengan suami...kemudiannya ambil
jalan pintas mohon berpisah dengan suami.

Pernah dengar kisah sebenar isteri baru sang suami yang teraniaya?
Tentu susah nak dengar.
Masyarakat kita sangat prejudis dengan orang ketiga dalam perkahwinan.
Walaupun pernikahan itu sah di sisi agama, bukan berbuat zina atau maksiat..
pandangan tetap akan serong.
sebab itu aku kata, jika suami simpan perempuan masyarakat lebih
senang hati berbanding suami bernikah baru secara halal.
Yang sudah tentunya akan menimbulkan kekecohan dan semacam satu bencana
pula layaknya.

Sebab itu, apabila dapat berita MNM bernikah baru...
aku kasihan dengan isteri barunya.
Tetapi apabila dapat pula berita MNM sudah berpisah dengan isteri pertama...
aku bersyukur...bukan sebab gembira mereka berpisah.
Tetapi, bersyukur sebab risiko isteri baru teraniaya berkurang.
Tambahan pula wanita pilihan MNM ini muallaf...
Banyak cabarannya nanti...
sekurang-kurangnya tanpa isteri pertama...cabaran yang perlu
ditempuhinya akan ringan sedikit.

Itu baru bab siapa teraniaya dalam poligami...
nanti kalau ada masa aku akan tulis pula tentang ibu tiri vs bapa tiri
zaman kini...
Khusus untuk para isteri yang berasa sahamnya masih tinggi
dan perasan laku.

Wallahu'alam.

Selasa, 20 September 2011

Isteri: Apa yang kau cari?

Terkedu sebentar mendengar berita sahabat baik keluarga kami
sebentar tadi...berita yang abang khabarkan.
"MNM dah bercerai dengan isterinya kelmarin", kata abang.
Baru 5 tahun bernikah dan dapat sepasang permata hati.
MNM baru sahaja bernikah kali kedua beberapa bulan lalu.

Kalau ikut cerita ini, sudah tentu orang akan kata; "patutlah
ceraikan isteri...dah ada orang baru rupanya".
Tapi, kalau aku kata MNM tak bersalah pun; orang akan
kata "dah sahabat dia...tentulah dia backing...".

Tapi soalan aku pada abang lain pula...
"Mengapa sampai bercerai?".
Dan inilah isu yang aku ingin kongsikan bersama kawan2 sekalian.

Dalam kes MNM, sebelum nikah dulu lagi dia sudah tanya
isterinya (bakal isteri ketika itu) sanggupkah dimadu?
Sebab dia memang merancang untuk berpoligami.
Bakal isterinya setuju. Siap dengan ikrar janji.
Beberapa jam sebelum bernikahpun soalan yang sama
ditanya lagi. Tetap setuju dangan ikrar janji.

Tapi berlainan apabila sang suami memberitahu akan bernikah
dalam masa terdekat...si isteri mengamuk, menyerang rata.

Aku kata, isu ini stereotype.

Apabila marah, isteri ini mengungkit segala hal...
-suami tak bagi nafkah yang cukup
-suami kaki perempuan
-suami perangai hodoh
-suami tak sedar diri diuntung
-suami miskin
-dan sejuta satu macam cercaan lagi...

tak cukup serang suami..
-mak pak suami jahat
-mak pak suami tak reti asuh anak
-mak pak suami keturunan tak elok..sebab tu anaknya kaki perempuan
-pendek kata, sejuta satu macam cercaan pula kepada keluarga suami, keturunan suami,
termasuk juga orang2 yang dah tiada lagi di dunia ni.

belum masuk bab serang isteri baru suami.
-perempuan jalang
-anak zina sebab tu ambil suami orang
-perempuan murah
-perempuan tak laku
-mak pak penzina, sebab tu anak nikah dengan suami orang.
-segala jenis perempuan yang hinalah...pendeknya..

Nak pendekkan kata lagi...
Isteri pertamalah yang terbaik dan sempurna.

Stereotype...inilah juga yang MNM kena dengar daripada bekas isterinya.

Maha suci ALLAH yang menjadikan segala sesuatu.
Ingatlah setiap apa yang berlaku, ALLAH sudah janjikan dengan
sesuatu sebab.
Hatta, jika nyawa seseorang manusia akan diambil pun ALLAH jadikan asbabnya.

Sebagai wanita dan isteri...(untuk peringatan diri penulis sendiri)
Janganlah terlalu cepat menuding jari kepada orang lain.
Muhasabahlah diri sendiri.

Barangkali ada silap diri yang sudah kerapkali suami tegur,
tapi kita enggan berubah menyebabkan suami berasa sedih.

Mungkin ada kehendak suami yang tidak terpenuh,
walau suami merayu, akhirnya suami mendapatnya daripada
wanita lain.

Ada ketika lain, kita berasa marah dengan keluarga suami...
lalu, dengan cara apakah marah itu disalurkan?
Adakah dengan amarah yang membara di depan mertua?
Adakah dengan ketidakpedulian jika mertua/keluarga suami datang?
Adakah cercaan kepada mertua dan keluarganya?
Pada masa sama, adakah kita sedar apakah perasaan suami jika
kita berlaku buruk kepada ibu dan bapanya?

Apabila suami bertemu wanita lain yang mungkin dapat mengisi lompang
dalam rumahtangga sedia adanya, apabila suami berbuat ibadah melalui
sunnah...isteri mula mengamuk.
Mengapa wahai kaum sejenisku?
Adakah berzina itu lebih baik daripada bernikah?
Adakah yang halal itu lebih mulia daripada yang haram?

Ramai para isteri lebih suka suami ada girlfriend, berzina, buat maksiat
di luar berbanding bernikah dan berhubungan halal.
Enggan berkongsi kasih, pada masa sama enggan juga menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang isteri, dan lebih teruk lagi menghalang suami menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil.

Bernikah dengan seorang lelaki bermakna, berkahwin dengan seluruh kerabatnya.
Syurga seorang isteri ialah pada suami (kecuali perkara yang melanggar batasan Islam).
Bermakna isteri wajib taat kepada suami selagi suaminya orang yang beriman.

Kalau suami ingin berkahwin lebih, tidak menjadi salah. Sudah termaktub haknya sebagai lelaki.
Tetapi ramai juga isteri yang ingin balas dendam, jika suami boleh cari orang lain...
aku pun apa kurangnya...masih cantik untuk dapat bakal suami baru, katanya.

ALLAH...
Tidakkah derhaka namanya jika begitu?
Berhubungan dengan lelaki lain atas niat balas dendam kepada suami.
Tidak terfikirkah yang niat itu sendiri sudah salah. Jika bercerai dan dapat kahwin
dengan suami baru, bolehkah berbahagia dengan bersandarkan niat balas dendam tadi?
Apakah nasib anak2 kelak?
Syukurlah kalau dapat nikah semula dengan lelaki bujang...
Tetapi...Kalau kahwin dengan lelaki bujang, tidak bimbangkah anak2 perempuan
kita diganggunya (banyak kes tidak dilaporkan).

Kalau nikah semula dengan suami orang...
Alahai, bukankah sama sahaja keadaannya dengan wanita yang anda kata
merampas suami anda sebelum ini?

Tapi kalau kekal dengan suami yang berpoligami tadi...
Mengamuk sana-sini...
menyerang keluarga suami...
mencanang kebaikan diri sendiri...
Sebenarnya hanya membuka pekung sendiri.
Bila jatuh talak akibat suami hilang sabar dengan perilaku
tidak beradab anda...barulah tersedar. Tapi keluar airmata darah pun
keadaan tidak akan kembali seperti sediakala.

Lalu...apakah yang dicari seorang isteri sebenarnya?
Mencari redha ALLAH melalui redha seorang suami...
atau mencari bahagia dunia semata-mata tanpa memikirkan
impaknya di akhirat kelak.

Aku bukanlah pengkaji Islam hingga boleh mengupas hadith atau sirah.
Aku juga bukanlah manusia yang sempurna...
Tetapi aku wanita dan isteri yang selalu juga berbuat silap
terhadap suamiku.
Segala yang pernah aku tempuh...kebetulan dengan kisah MNM
yang mencuit ketenanganku hari ini; aku terfikir...
apakah yang seorang isteri cari setelah memasuki dunia
perkahwinan.

Bahagia dunia semata-matakah?
atau bahagia dunia akhirat beserta redha ALLAH dan suami?
Wallahu'alam.

Isnin, 19 September 2011

Little house on the prairie

Foto: ehsan google.com



Selepas 2 minggu tak jenguk dan lihat progress villa, aku terkesima sekejap
dalam hujan nan lebat di petang jumaat lalu.

Betul2 macam Little house on the prairie yang aku selalu tonton semasa aku
kecil2 dulu.
Seolah-olah khayalan menjadi kenyataan pula.

Laju aje terkeluar ayat;"Bang! macam little house on the prairie la bang...".


Betul. Macam itulah rupa villa kami. Sebijik macam foto di atas.
Cuma nanti, akan berwarna lain.

Kami suami isteri pun berlari-lari dalam hujan nan lebat masuk ke villa.
Perlahan-lahan meraih lengan abang, memeluk lengannya erat2...
kuucapkan; "Terima kasih, abang...".

Peluk lengan aje yang boleh...sebab pintu, tingkap tak pasang lagi...
Karang heboh sekampung pulak, kata kami bermanja-manja tak ingat orang.
Maklum aje,kampung...
Kalau kita tak nampak orang, tak bermakna orang tak nampak kita, kan?
hehehe.


Insyaallah, jika tiada aral...tak lama lagi siaplah villa kami ni.
Cuma, semuanya over budget. Barang binaan mahal sangat sekarang ni.
Harga yang sama 18 tahun lalu, boleh dapat bungalow mewah.
Sekarang, cuma boleh dapat villa cenonet...yang aku sorang je
panggil villa...orang lain mungkin panggil pondok je kot.
Huhuhu...

Apapun, inilah "My little villa on the hill".

Ahad, 18 September 2011

Lagi...

Alhamdulillah, kami selamat menjalankan aktiviti praperpindahan
semalam dan kelmarin.
Bukan pindah negeri, tapi rumah kami di Grik terpaksa diserah balik
dan kami terpaksa pindah ke rumah lain yang berhampiran.

Puas juga kami minta tangguhkan barang sebulan lagi...
sementelah villa comel kami pun sudah 90% siap.
Tapi nampaknya tiada kompromi dan juga tanpa notis awal.
Maka, berangkutlah kami...
dan dalam masa sebulan lagi...aktiviti yang sama akan kami
lakukan sekali lagi.
Bak kata abang,"Kita ni baru praperpindahan...".
Emmm...apa-apa ajelah bang.

Yang pasti, urat betis dan urat keting memang sangat sakit.
Dan paling tak tahan, bila abang suruh berdiri belakang hilux
sambil pegang peti sejuk...kemudian naik bukit hampir 36'
untuk sampai depan pintu rumah.
NGERI!!

Lepas siap pindah, bergegas tengok villa comel pula.
Pi pangkah tempat nak letak suis dan plug.
Terus pergi ke rumah mak lang puteras...
mandi, solat, makan, siap2 kemas baju
n balik new castle.
Letih dan mengantuk usah cerita.
Tapi inilah rutin kami setiap minggu.
ada aje perkara penting perlu diuruskan.

Kesian puteras yang kena swasta 2 hari kepada mak langnya.
Kesian juga sebab tak puas bermanja dengan ayah.
Kita doa sama-sama ye, sayang ummi...

Selasa, 13 September 2011

ALLAH MAHA BESAR

Foto: ehsan google


ALLAH Maha Besar yang menjadikan dan menentukan setiap sesuatu....


Permohonan pertukaran ke Penang telahpun dipersetujui oleh Penang...
Tapi macam dulu-dulu jugak...
Pihak New Castle masih taknak lepaskan aku...
Katanya, kalau ada pengganti, ok...
Pengganti pulak, mestilah yang jurus...
Kalau tak; akan dipertimbangkan.

Ooo...maknanye aku ni juruslah ye?


Dah bertahun-tahun berlalu...
Bilalah agaknya waktu itu akan tiba?
macam sorang ahkak aku tu...
sekarang berbahagia je dengan SRK-nya...
huhuhu

Sedihkan?
Mungkinkah kena buat usaha yang paling drastik?
Doa sudah pasti...

Sesungguhnya Ya ALLAH,
penghijrahan ini untuk mencari redha-MU...
kerana redha-MU terletak pada redha seorang suami.
Maka, berilah petunjuk dan jalan...
Ampuni dan rahmatilah kami Ya ALLAH.

Rabu, 7 September 2011

Kalaulah...

Kalaulah ada tempat yang diciptakan ALLAH swt sebagaimana yang dikehendaki
oleh hati kita...

lalalalalalalalalalala.......