Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Isnin, 27 Januari 2014

Mimpi di siang hari...

Terlelap lebih kurang sejam waktu rehat hari ini...
Bermimpi tentang rumah lama kami...
Tentang bapa...
Tentang kak long...
Tentang bonda yang tidak kelihatan tapi dirasai kehadiran.

Allahu akbar...
Aku rindu rupanye...
Sejak kali terakhir tahun lalu...
mereka tidak singgah lagi di Little House kami.
Entah bila lagi mereka akan bertamu gamaknye...


Ahad, 7 Julai 2013

Rasa

Sumber: Google

Sunyi...

Rabu, 18 Januari 2012

Satu masa dulu...

Tahun ini putera H dan putera M akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-3 dan ke-2.
Sejak akhir2 ini rasanya puteras dah pandai banyak perkara.
aktiviti paling seronok selepas main air dan punggah barang ialah shopping.

Kadang2 aku rasa bimbang...
kalau puteras terlalu dimewahkan dengan segala kehendak.
Apa sahaja permintaan mereka jarang tidak kupenuhi.
Barangkali juga sebab waktu aku kecil dulu, bonda tidak
memenuhi kehendakku, terutama permainan.
Maka, apabila ke mana2 jika terjumpa permainan yang semasa
kecil dulu aku suka tapi tak dapat, aku akan beli.
Begitu juga jika aku teringatkan puteras sewaktu beli barang harian,
tempat permainanlah akan jadi tempat kedua terlama aku berada.

Kenangan bersama bonda dulu terlalu banyak.
Kalau hari ini, puteras sebut nak ayam KFC, aku akan terus
drive thru untuk penuhi kemahuan mereka.
Tapi waktu aku kecil dulu...kalau minta KFC tak pernah dapat.
Seingatku pertama kali aku merasa makan KFC semasa berumur 15 tahun
sewaktu mengikut along dating bersama kak long.

Sebelum2 itu, kalau kami minta nak makan KFC daripada bonda,
bonda selalunya akan diam aje.
Kemudian bila tiba hari ahad, barulah bonda akan tanya kami...
"Siapa yang nak makan ayam kentucky? angkat tangan".
Kami pun berebut-rebut kata "nak..! nak...!".
Jawapan balas bonda ialah...
"Ok. esok mak beli anak ayam. Angah tolong jaga dan bagi
makan anak2 ayam ni, boleh? Kalau takde siapa nak jaga...
mak tak belilah...kalau tak beli, takdelah ayam kentucky...".
Demi ayam kentucky yang diidam-idamkan, angah akan bersetuju
jaga dan bagi makan ayam2 tersebut.
Lagipun tangan angah memang menjadi kalau bab membela haiwan.

Bonda pun belilah anak2 ayam. Biasanya 10 ekor.
Ayam2 ni dikurung dalam reban dan diberi makan dedak (sekarang orang panggil pallet kot?)
supaya cepat besar dan gemuk.
Kami hanya akan dapat makan ayam goreng bersalut tepung goreng
kentucky ni, selepas 3 bulan.
Selalunya hari ahad, atau apabila along balik dari asrama.

Petang hari sebelumnya lagi, bapa akan sembelih 2 atau 3 ekor ayam ni.
Pagi2 hari selepasnya, bonda akan sediakan bahan gorengan.
Simple aje...tepung goreng jenama kentucky dan telur untuk salutan.
Tapi rasanya...aduhai...tiada bandingan. Masih terasa-rasa keenakkannya
hingga sekarang.
Tiada yang sama dengan air tangan bonda.
hasil gorengan, rangup, lemak, enak...
tak terlawan dek KFC sendiri, mahupun RFC, edlee,McD atau mana2 ayam goreng
segera yang lain.
Sehari suntuklah kami mengadap ayam goreng kentucky masakan bonda
sampai tak makan nasi.

Aduhai...mampukah aku mengasuh puteras begitu juga selepas ini?
Biar mereka tahu erti susah.
Biar mereka menghargai setiap rezeki yang mereka terima.
Biar mereka tidak cerewet dengan apa sahaja yang mereka dapat...
walau sikit atau banyak, walau murah atau mahal, walau sedap atau tidak...
Terima sahaja dengan penuh syukur.
Bolehkah??

Jumaat, 23 Disember 2011

Selamat Ualangtahun...

Beberapa tahun telah berlalu...
selepas menempuh pelbagai onak, duri, ranjau sepanjang jalan...

Terima kasih abang atas segalanya...

Syukran ya ALLAH atas segala kurnia-MU...

Selamat Ulangtahun sayang...

Khamis, 17 November 2011

Melankolis

Tengahari tadi waktu berkejar ke suatu tempat
antara ofis dan tempat tumpuan umum...
aku berasa hiba tiba-tiba.

satu hari nanti aku akan tinggalkan tempat penuh kenangan
suka-duka ini.

Tiada lagi tempat di mana aku boleh berkejar mendapatkan perkhidmatan
perubatan dan kesihatan di dalam waktu kerja.
Boleh juga mencari kawan2 untuk preskripsi ubat2.

Usung beg macam nak pegi holiday untuk masuk wad.
Siap singgah ofis sebelum berjalan sendirian ke wad.
Sengih2 macam kerang busuk bila bos dan kawan2 ziarah
aku di wad.
Boleh masuk wad kelas 1 dan dapat bilik seorang sambil tengok tv
dan pangku baby dengan selesa...
aduhai...

Boleh juga, lari dari wad ke pejabat...
kalau mahu, boleh juga ke perpustakaan...
sempat sembang2 dengan kawan2 di jalanan...
Ermmm....

Jika ini yang terbaik untuk dunia dan akhirat hamba,
juga terbaik untuk rumahtangga dan keluarga hamba...
berilah kecukupan dalam setiap rezki-MU...
berilah kemudahan dan keberkatan walau di mana jua hamba berada..
Wahai Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui !

Selasa, 23 Ogos 2011

Pusing-pusing, Ipoh mali...

Jumaat lepas, abang minta tolong aku bawakan puterinya
buat medical check up di Ipoh.
Dah lama tak pergi Ipoh, ingat-ingat lupa jalannya.
Tapi mujur juga untuk ke Hospital Pantai Putri,
straight je dari susur keluar highway hala ke tambun.

Macam dulu-dulu juga, Pantai putri memang sesak dengan manusia.
Kami parking jauh.
Alhamdulillah, perkhidmatan cepat dan selesa kecuali x-ray kena beratur panjang.
Harga pun reasonable.
Sampai jam 10pg, jam 12 tgh dah selesai.

Keluar dari Pantai putri, kakak minta bawakan ke Celcom.
Katanya di area Greentown Mall.
Aku pulak dah lupa jalan ke greentown.
Puas jugak fikir dan rewind kembali ingatan...
Akhirnya aku ingat juga jalannya.
Kena masuk ikut jalan Stadium...
sebelum itu, kena patah balik, lalu sebelah JJ dan pintas ke stadium.
Dari situ, terus je ke greentown.

Tapi Celcom bukan dalam greentown...
kena pulak cari jalan ke belakang greentown.
Pusing punya pusing...
"Akak, apasal ummi rasa macam masuk ke dunia lain je ni?".
"Ha'ah la...akak rasa celcom tu dok kat bucu bangunan tu je...".
"Nape takde?".
Kami sama-sama blur...
2 kali pusing, baru terperasan yang kami termasuk kawasan kedai
betul2 belakang Greentown Mall.

Keluar semula, pusing balik ke jalan besar.
Barulah nampak lambang Celcom.
Masa ni, puteri tanya, "Kalau kena bayar banyak nanti, ada duit tak?".
Malu2, perlahan je suaranya.
Hmmm...beratkan mulut dia nak panggil ummi?
Terus je aku jawab,"no worries, ok? Insyaalllah ada".
Lepas selesai dia terminated akaun Celcom, kami pergi ke Greentown Mall.
Dia minta izin nak jumpa kawan2 di KTT dulu.
Nak guna internet katanya...
Aku ok kan aje...

Oleh sebab solat jumaat, kawan2-nya lewat tiba.
Kami pusing2 tengok baju raya.
Sampai satu gerai...aku suakan baju sutera padanya.
Aku suruh dia cuba.
"Ummi belanja, ok?". Dia senyum malu2.
Baju tersarung cantik...Nampak dia berkenan.
Aku suruh dia bawa baju itu ke India.
Pakai waktu ada function...dinner ke...jamuan raya ke...
Wajahnya berbunga ceria.
Tapi masih ada malu dan serba salah.
Mungkin sebab melihat tanda harga baju tersebut.

Selesai membeli, dan dia berjumpa kawan2-nya.
Kami pulang. Banyak kisah yang dikongsi.
Banyak juga kami ketawa sepanjang perjalanan
dek sebab tersesat.
Katanya,"Kalau abang, dah tentu marah2...akak kalo sesat ni, akak
teruskan je...".
Jadinya setiap kali, aku bagitau tersilap jalan atau tak confident nak
ambil jalan mana, dia akan suruh, "teruskan je...".

Wajahnya tambah ceria apabila kutunjukkan itinerary Air Asia kepadanya.
"Akak ok ke?".
"Akak ok je...". Senyumnya meleret tapi cuba disembunyi apabila kukerling ke
wajahnya.

Alhamdulillah, inilah anugerah paling berharga kurniaan ILAHI.
Selalu kita tidak nampak hikmah apabila berlaku sesuatu yang menyongsang
arus. Masyarakat hanya nampak yang buruk sahaja...
Tapi, walau pernah berasa pahit...setitis penawar daripada sang puteri...
benar2 membahagiakan ummi....
Terima kasih kakak sebab menerima ummi seadanya...

Syukran ya ALLAH...

Rabu, 11 Mei 2011

Fobia!

Owh!
Dia ada di mana-mana...
Dapur...bilik air...bilik tidur...
bawah kerusi...hatta dalam selimut sekalipun...

Tiap kali masuk ke ruang dapur...
kaki mula dingin...
lutut menggigil...
roma meremang...

Fobiaku kembali lagi...
bentuk, rupa, apatah lagi gambar...
semuanya tak boleh kulihat.

Sejak hujung minggu lalu...
selepas anaknya berlingkar di depan pintu bilik air dapur...
Dan kupukul mati sambil menangis
menahan fobia.

U. L. A. R.

Photo??
Don't!

Ahad, 17 April 2011

Menyusuri jalan kenangan


Lawa tak dulang ni??
hehehe...
Ni kakak ipar buatkan dan
Along bawa balik ke kampung minggu
lepas waktu kami berkumpul cuci rumah
arwah mak.
Dah pro dah kak Long aku ni...
Siap masuk TV1 lagi bulan lalu...
Nak tempah?
sila tengok blog dia kat sebelah ni ye.

Aku dan putera balik kampung.
Mencuci rumah hingga sakit urat saraf dibuatnya.
Menyusuri jalan di Bandar Diraja...
Tiada wajah yang kukenali seperti 10 tahun lalu...
Banyak perubahan dan pembaharuan...

Tak sempat bergambar...
sementelah sibuk benar melayan karenah putera.
Atuk dan abahnya dah naik pening sebab kedua putera manja yang amat...
nak buat cemane...
dah ayahnya ajar manja...
Ummi kena ikut sebab nanti ayah marah ummi...
Itupun, terlepas juga suara soprano ummi 3-4 kali masa di kampung.

Terlerai juga rindu...
tapi segalanya sudah tidak sama...

Dalam miting keluarga...
kami setuju untuk balik berkumpul bersama
pada masa2 yang dipersetujui bersama...

Rindu amat...

Isnin, 4 April 2011

Pabila putera lahir...

Setahun berlalu sudah...
Putera M sudah menjangkau usia setahun dalam tempoh seminggu lagi.
Hujung minggu yang baru lalu...
Putera M sudah mula bertatih selangkah dua...
Kelmarin tatihnya semakin banyak, cuma masih gayat.

Cantikkan kek ni??
ngeee....



Kata ticer di Taska,
Putera M dah pandai main gelungsor.
Tak mahu dipegang...
marah kalau diangkat.
Sudahnya orang lain melungsur dengan kaki...
Putera M melungsur dengan dada...
Aduhai anak ummi...

Putera H pula dah pandai nak ke tandas jika hendak buang air.
Buka seluar sendiri...
pakai seluar sendiri...
Kesian ummi tengok, terkial-kial belajar kemahiran hidup.

Kalau adik rampas mainan atau pukul...
Putera H akan jerit "Cicer...cicer...cicer...".
Ummi pun kena gelar 'Cicer' (Baca: Ticer) gak ...huhuhu...

Setahun yang lalu,
tarikh ini aku berada di wad.
Sedap2 baring sambil baca buku cerita.
Makan dan tidur...

Hari ini, pada tarikh yang sama...
aku mengadap PC.
Buat keje yang masih bertimbun...
sambil sesekali melepaskan lelah dengan meneliti resepi kek
untuk harijadi Putera M...
hehehe...
Ummi yang over excited sebenarnye...
hehehhe

Selasa, 11 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA.

Putera kedua telah selamat dilahirkan pada 15 April lalu.
Kali ini juga masuk OT secara selektif.
Doktor yang conduct procedure, hensem...hmm...
dan putera muhaimin siap buka mata sebaik sahaja dikeluarkan.

Alhamdulillah semua selamat dan macam putera Hariri juga,
abang setia menunggu di luar labour room.
Kali ini abang dapat cuti seminggu...senyum aje dia.
Lebih-lebih lagi dia dah boleh nyanyi lagu "anak nabi kita"...

Nama putera muhaimin diberi oleh ayahnya...
Tapi macam putera Hariri...yang dipanggil dengan nama pilihan ayah
sebab ummi yang bagi nama...
maka, putera muhaimin dipanggil menggunakan nama pilihan ummi.
hehehe...

Tapi sampai hari ini...masih dipanggil baby...
dan kalau sebut adik, mesti terkeliru dengan putera hariri
yang selalu tak menoleh kalau dipanggil abang...

Walau apapun, yang pastinya hidup ummi makin bizi...
rumah makin bersepah dan hanya kemas waktu pagi je...
petang-petang lepas putera hariri sampai di rumah...
dia akan mula "mengemas" semula.
Ada waktu...dua-dua menangis...peneng ummi dibuatnya...
ada ketika, putera hariri minta diriba dan enggan pegang sendiri botol susu
sebab tengok adik yang menyusu diriba dan disusukan. huhuhu...
Paling tak tahan...kalau ummi tak boleh ke tandas sebab putera hariri akan menangis depan pintu bilik air macam kena cubit. ohohoho...

Ummi terpaksa belajar semula mengatur hidup...
Dan seminggu dua ni semakin ok...
tak seperti mula-mula dulu...
apapun...ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH...

Ahad, 24 Januari 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat adik Aiman.
2 Jun 2009-24 Januari 2010.

Aiman menghidap Hidrocephalus.
Lahir 2 hari selepas Putera.
Sama-sama menghuni Wad 1 Timur Belakang
di HUSM.
Berkongsi suka-duka hari-hari terawal kelahiran ke dunia.

Mendengar 'lecture' kurang adab seorang dr neurosains yang
mengendalikan pasangan ini ketika mula-mula di masukkan ke wad.
Tanpa sedar airmata mengalir bila menyedari realiti yang bakal didepani mereka
walau hanya mendengar dari sebalik tirai.

Semoga Yan dan suami tabah menghadapi ujian ini.
Tentunya adik Aiman akan menanti di pintu syurga!

Wallahu'a'lam....

Al-Fatihah.

Ahad, 11 Oktober 2009

Simpan...

Hari ni aku hanya ingin mengabadikan entry lama dari rumah lamaku.
Aku sayang entry ni sebab aku tulis tentang orang yang aku sayang dan aku rindu serta peristiwa dalam hidupku.

Rindu...
on 11/06/2008, 11:42

Salam Bonda...
Adik rindukan bonda...
Bonda ingat pada adik tak?

Bonda...seminggu dua ni adik sibuk...adik cuma lalu aje depan rumah bonda.
Bagi salam dan terus berlalu. Maafkan adik ye bonda. Adik bukan tak mahu singgah...tapi adik takut airmata adik menitik membasahi rumah bonda.

Bonda...adik sibuk dengan macam-macam hal sekarang ni. Adik ulang-alik balik rumah bapa setiap minggu. Setiap kali adik balik, adik kemas rumah. Minggu lepas, adik sapu bilik. segenggam tahi cicak dan habuk yang adik tolak keluar. adik sempat basuh cawan dan piring satu tingkat. Kemudian, adik dah habis tenaga.

Bonda...adik ingat, kalau bonda ada tentu bonda dah tolong kemas rumah sikit-sikit. Bonda tentu dah lap tingkap. paling tidakpun, bonda dah susun semua barang elok-elok. Bonda...angah pun dah ada calon. bapa kata, kalau jadi...tahun depan giliran angah pula.

Bonda...kalau bonda ada tentu seronok kan?kita boleh kemas rumah sama-sama. Cuci pinggan sama-sama. Lepas tu, bonda boleh tolong masak makan tengahari...dan adik akan terus kemas rumah. Bila petang...kita boleh lepak sama-samasambil borak-borak usik bapa.

Bonda...bulan depan dah nak masuk setahun bonda pergi...
tapi airmata adik masih belum kering. maafkan adik ye bonda...kalau adik buat bonda 'sakit' di sana.

Bonda...adik rindukan bonda..

Ini entry hari bersejarahku...


Akhirnya ia berlalu...
on 07/09/2008, 17:03

Hari bersejarahku berlalu jua. Terasa sangat penat, tetapi Alhamdulillah...bapa dan seisi keluarga berpuashati. Aku? aku sendiri sangat puas hati sebab hampir 90% persiapan aku lakukan dengan tulang 4 kerat kusendiri. Sangat sibuk dan hampir tak sempat untuk membuat hal lain selain persiapan hari bersejarahku itu.

Beberapa hari sebelum pulang bercuti, aku diasak beban kerja segera lantaran minggu seterusnya sewaktu aku bercuti, wakil JPA akan datang membuat akreditasi. Lalu, sehingga hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti...aku mengadap komputer sehingga jam 4.30 petang.

Pulang ke kampung dalam keadaan minda yang letih memang memenatkan. 2 hari terawal, hanya untuk mengosongkan minda dan membuat kerja-kerja luar.. beli barang dan sebagainya.

Hari isnin, aku mula mencuci rumah. Ingatkan orang yang bapa pesan untuk datang membantu (baca: akan dibayar)akan datang sebagaimana dirancang. Tapi, dalam hati aku telah terasa ketidakhadirannya. Akhirnya, aku mencuci seluruh rumah sendirian. Sambil mengelap tingkap dan mengemop lantai...airmata laju mengalir. Aku tak larat. Sakit seluruh urat saraf. Namun, akhirnya siap juga. Malam itu, angah mula memasang langsir. Malam seterusnya mengemas bilik tidur utama.

Hujan turun sepanjang minggu dan hampir sepanjang hari tanpa henti. Bimbang rasa hati bukan kepalang. Jika hari hujan, tetamu mungkin tidak selesa. Hari Rabu, bapa mengambil kakaknya (sebapa berlainan ibu) di Selama. Airmata terhambur lagi tatkala Wah memberitahu bahawa dia tidak tahu langsung bonda telah tiada lebih setahun. Memang tiada siapa yang pergi memberitahunya. Kebetulan alat komunikasi memang tiada di rumah mereka.

Petang itu, 4 khemah besar terpacak di halaman rumah. Hari Khamis, mengambil tempahan bahulu dan wajik serta dulang hantaran. Mula membungkus barang-barang yang perlu. Along pulang bersama kak long merebus telur. Permata hatiku Najihah (3 tahun), kuajar memasukkan bungkusan bahulu ikan ke dalam beg kertas. Pelajar yang bijak. Sekali tunjuk sahaja, najihah sudah pandai menyiapkan tugasnya sendiri.

Lewat malam, kupaksa angah memakaikan inai ke jariku. Sayangnya, warnanya oren.Hari Jumaat, jiran-jiran datang membantu membungkus telur. Pelamin juga turut dipasang. Bilik, kuhias sendiri dengan bantuan angah dan kritikan bapa. Simple tapi nampak mewah. Itu pilihanku.

Selepas asar petang itu, kami mengadakan tahlil buat arwah bonda, dan keluarga yang telah tiada. Ramai juga yang hadir. Aku? duduk di sudut dapur, keletihan amat.

Selepas selesai tahlil, aku menuju ke resort Sg. Perak, menghantar barang-barangku kepada abang. Kubawa sedikit bekalan makanan untuk makan bersama abang lantaran sejak pagi, tiada apa yang masuk ke perutku. Rasa kenyang dek kerja yang menimbun. Duduk bersama abang sehingga jam 10 malam, menyusun barang, makan, dan berbual tentang banyak perkara. Tentang hati dan perasaan.

Pulang ke rumah, Mak Chah sudah siap menunggu dengan inai yang digilingnya. Tidur dengan inai penuh di jari...situasi amat tidak selesa. Aku tidur di ruang keluarga bersama permata hatiku, Aiman. Berteman kipas sebagai penghalau nyamuk. Tidur jam 12 tghmalam dan terjaga jam 4 pagi. buang inai di jari dan tempek inai meleret di kaki sendiri. Sedikit comot. Kali ini inai memang merah menyala. Cantik!

Jam 6 pagi 30 Ogos 2008...bangun solat subuh. Sempat menghantar sms kepada abang... "SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG...". Balasan daripada abang, "BEGITU JUGA ABANG. SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG. DOA MUDAH-MUDAHAN BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT".

Jantung berdebar tidak terkira. Siapkan sarapan dan serba sedikit urusan di dapur. Ketiadaan Bonda sungguh terasa... Jam 10.30 pagi...mula bersiap untuk disolekkan. Wajahku yang tidak pernah kuoles dengan sebarang pewarna...kini dicalit pelbagai krim dan turut ditambah bulu mata palsu. Takut untuk melihat wajah sendiri...Alhamdulillah...Kak Fida memang pandai menyolek. Tiada wajah opera Cina...yang ada wajahku yang tampak berseri tapi natural.

Tukar baju dan menunggu abang serta rombongan. Kejutan berlaku...bapa...paluan kompang memecah suasana. Sungguh tak kusangka, bapa menyewa pasukan kompang sebagai penyeri majlis. Kusangka, aku ingin sederhana sahaja dalam majlis ini...tetapi paluan kompang, acara merenjis air mawar oleh ahli keluarga, acara makan beradap, bergambar, serta potong kek di sebelah malam...menjadikan majlisku ini terlalu meriah.

Alhamdulillah...tiada kata mampu kuucap selain syukur yang tiada berpenghujung...makanan oleh katerer juga sangat lazat...kuih-muih habis dimakan oleh sanak saudara...Tiada pembaziran yang banyak berlaku. Syukran ya ALLAH... Sesungguhnya segalanya ini adalah dengan kudrat dan iradat-MU jua...

Entry sewaktu putera berusia 5 bulan di di dalam kandungan .

Projek pertama
on 24/03/2009, 10:00

Ini projek pertama lady tahun 2009. Alhamdulillah, siap dengan jayanya. Beg ni untuk isi 'enda' aka suar or baju dalaman.
hehehe...boleh juga kalau nak simpan lampin/pampers baby. Nak susun baju anak yang kecik2 pun buleh...kira macam almari tak rasmi untuk anak le...Dan ada yang kasi idea, beg ni sebagai almari segera untuk anak kalau balik kg. Tak ler bersepah baju kat umah atuk depa.

Lady buat saiz sendiri. agak besar juga. Lady tengok ada yang jual...dan harganya yang saiz kecik sikit dari yang lady buat ni...RM18-RM20 satu.Boleh tahan harganya...tapi, lady buat tanpa kos. Kain tu lebihan kain baju bonda yang lady terjumpa dalam simpanan lady.

Kain krim tu, lady beli untuk buat bedung baby...ada lebihan...so, lady tampal kat situ. Lady jahit secara manual...takde mesin jahit kat umah lady ni. Nak cuba buat?...Silakan.
Buat cantik2 tau...lady tak berapa kreatif...tangan ni keras je...hehehe

Ini antara entry yang aku rasa aku perlu simpan sebagai kenangan.
Ada lagi entry tentang bonda...tapi aku rasa dah 'hilang'/'delete'.
Apa nak buat, dah terlalu lama, mungkin.
Cukuplah sekadar ini jadi kenangan.