Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 27 Jun 2011

Apehal le..?

Minta maaf kepada kawan2 yang singgah.
Ada masalah nak reply komen pulak blog saya ni.

Apapun terima kasih kak ani yang sudi singgah ke sini.
Alhamdulillah bapa telahpun beransur pulih.
Sudah pulang ke rumah.

Kami tetap juga berdoa dari kejauhan.

Khamis, 23 Jun 2011

Tika beduk berbunyi...

Lama tak bersiaran.
Minggu lepas dapat khabar sedih..
Bapa masuk PPUM dan perlu buat angiogram segera.
Bergegas balik dan pergi ke PPUM.
Dapatlah menjaga bapa 3 hari 2 malam.

Satu tika, waktu bapa terlalu lemah penangan ubat..
aku jadi resah amat.
Bimbang kalau-kalau terpaksa menghadapi kehilangan...


Satu tika yang lain, waktu fikiranku sangat terbeban dengan kebimbangan...
Kupeluk bapa dan kupohon ampun atas segala kesalahanku.
Bapa menangis...dengan suara terperosok di rengkungnya, aku dengar bapa berkata...
"Bapa ampunkan...". Allah...

Kebetulan pula aku mengalami sakit tekak hingga hilang suara...
Terpaksa kupendam rasa bebal pada doktor yang merawat.
Alhamdulillah, hari kedua suaraku pulih sedikit.
Dapatlah aku mengadu dan berbincang keadaan bapa yang
saban waktu on off tahap kesihatannya.
CT scan yang dibuat segera selepas itu mengesahkan ada minor stroke
di bahagian cerebelum.
Serentak mild heart attack+minor stroke. Mengapa pemeriksaan menyeluruh tidak dibuat sebelum angiogram dijalankan?

Aduhai...MMed. student rupanya.
Selepas kupaksa barulah doktor muda itu mengaku dia masih pelajar.
Barangkali bimbang aku akan buat aduan ke pihak atasan, maka urusan selepas itu
diserahkan kepada doktor yang lebih senior.
Tapi, aku bukanlah sekejam itu. Cuma ingin tahu kedudukan.
Walau apapun, tetap kuucapkan terima kasih kepada doktor2 terbabit.

Kelmarin, bapa sudah discaj dan dibawa pulang ke rumah.
Kami hanya berdoa dari kejauhan.
Tak lupa menelefon bertanya khabar saban hari.

Kawan2 menegur pagi ini, "Hai, hepi je ni...".
Ringkas jawapanku; "hati di dalam hanya ALLAH yang Maha Tahu...".

Isnin, 6 Jun 2011

Apa ye...?

Hujung minggu yang panjang.
Cuti sampai 3 hari. Tak tahu nak buat apa...
Kemas rumah mana yang patut...
bersama 2 putera ni, kemas sekejap je dah berkecah semula.

Alhamdulillah...
Putera H dah pandai mengaitkan suara azan dengan mendirikan solat.
Permulaan yang baik untuk belajar solat.
Hujung minggu ini juga banyak kali Putera H ingatkan ummi
supaya solat...selagi soalannya tidak dijawab selagi itulah dia akan
memanggil dan bertanya...akhirnya bila dijawab "ummi cuti Allahu Akbar", terus dia diam
dan sambung bermain.

Putera M pun, perkembangan pragmatiknya semakin maju.
Faham arahan dan pertuturan orang disekeliling.
Tapi gemar berguling kalau kehendaknya tidak dituruti.
Tantrum macam abang H-nya juga.

Abang balik malam ahad...
Itupun selepas lebih setengah jam bergayut di talian dengannya...
baru dia bagitahu dah sampai depan rumah.
huhuhu...botak bayar bil telefon kalo camni.
Alasannya, mengantuk...bila sembang di telefon taklah mengantuk sangat.
Cess!!!!

Jumaat lepas, 1 Rejab...
Genap 4 tahun Bonda meninggalkan kami.
Hati jadi tak keruan bila teringat, sebab itu malas
nak menulis tentang Bonda di sini.
Air mata pun cepat benar nak terhambur...

Khamis, 2 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Selamat bercuti kepada cecikgu dan pelajar...
Selamat kenduri dan juga selamat naik pelamin untuk yang berkenaan.
Hehehe...

Alhamdulillah...
Kami sekeluarga dah pun selamat pulang dari bercuti.
Kami ikut laling berkursus di Port Dickson selama 3h 2m.
Dapatlah Putera H dan Putera M tengok laut...
Main pasir???
No! No! No!
Dilarang keras.

Kami transit di KL satu malam sebab laling
nak ambil exam.
Menginap di Hotel Plaza sebab dekat dengan tempat exam
dan juga hari dah lewat malam nak masuk ke pagi.
Walaupun dapat bilik yang "rasa nak menyesal je",
tapi breakfast kat hotel ni Alhamdulillah sedap sangat untuk tekak
kami sekeluarga.

Sampai PD, menginap di Selesa Beach Resort.
Breakfast tak begitu menggiurkan...
Tapi bilik memang selesa.

Balik Kuala Kangsar, majlis tahlil gemulah kami...
Tak ramai saudara sebelah bonda yang hadir...
Tapi alhamdulillah, kami seronok berkumpul dengan saudara-mara.
Sempat juga buat besday untuk Putera H yang ke-2.

Sepanjang percutian, banyak perbendaharaan kata yang putera H dan putera M dapat...

Putera M
1. Tacut - kasut
Digunakan apabila enggan didukung.

2. Chiiii..tan - ikan
Digunakan untuk semua jenis haiwan.

3. Lampu (suku kata -pu disebut dengan mulut tertutup dan
udara tersekat sedikit kemudian keluar melalui hidung)
:D

Kuat membebel dan suka jadi back up singer ayah...


Putera H
1. Laut
2. Pace - pasir
3. ta ommi - kereta ummi

Eh...banyak lagi la...Tapi dah tak ingat...
Peel pun banyak gak...
Salah satunya...
Ayah tak boleh dukung Putera M tanpa pegang tangan Putera H.
Nanti Putera H akan berdiri tegak tak bergerak sampailah
ayah datang ambil. Ummi pun tak boleh ambil dia, sebab dia akan tantrum.
Cesss!!!

Itulah cuti kami tahun ini.
Alhamdulillah.