Bulan ramadhan ni semua orang sibuk...
Sibuk beribadah...
sibuk membeli-belah..
sibuk berniaga...
sibuk buat baju...
eh, pendek kata sentiasa sibuklah.
Termasuklah diriku ini...
Tak semena-mena menjadi sangat sibuk hingga
tak sempat update blog.
hehehe...
Betul! memang tengah sibuk sangat...
terutama weekend.
Anakanda 3 orang tu sentiasa aje ade aktiviti
menyebabkan umminya sentiasa sibuk...
Diorang ni selalu sangat berjemaah...
Makan nak berjemaah...
main nak berjemaah...
sampaikan buang air besar pun berjemaah jugak...
Bayangkan 3 serentak membuang...
Tak ke sibuk ummi dibuatnye?
Apapun, persiapan tahun ni ala kadar je...
Cuma tambah aktiviti belek gaun bb pula tahun ni...
Yang lain macam biasa...
Beberapa request telah diterima untuk menu raya...
Insyaallah jika tiada aral...Kek coklat cream cheese
akan terhidang sama di pagi syawal..
Dan rancangan nak buat lemang bersama abang nanti...
Cuti sekolah kan lama...?
Tak salah rasanya nak tempuh pengalaman buat lemang pula...
hehehe...
Mudah-mudahan tahun depan dapat bertemu Ramadhan lagi...
agar dapat tambah amal ibadah yang kekurangan tahun ini...
Amin...
Jumlah Paparan Halaman
Memaparkan catatan dengan label Abang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abang. Papar semua catatan
Isnin, 29 Julai 2013
Rabu, 10 Julai 2013
Ramadhan 1434
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH...
Sehari setengah sebelum puasa...8.30pm
Suami: Puasa ke tak esok? Tak dengar berita pun...
Isteri: Abang kat mane?
Suami: Kat pekan Kepala Batas la...
Isteri: hurmmm...esok puasa..
Suami: Orang terawih dah la malam ni...huh! abang nak gi cari masjid mana2 nak terawih. Rugi ni...
(terus letak telefon)
Surau pusat beli-belah pekan Kepala Batas
en. X: Lamanye cik sembahyang...sembahyang sunat ke?
Suami: Sembahyang terawih...
en. X: eh??esok belum puasa...lusa baru kita puasa...
Suami: Isteri saya kata, esok dah puasa...
en. X : Thailand kot...
Suami: ???
Isteri...(mod geram sebab ...errr...atas sebab2 tertentu yang tak dapat dijelaskan di sini.)
Huhuhuhu...sebab tu kenakan suami...hahaha...

Selasa, 2 April 2013
Aku dan dia...
Hari ni kali kedua aku buka dan dapat tengok drama Adam dan Hawa.
Episod kali ni buat di Tanah Suci.
Aku lihat KAABAH.
Hati jadi sebak tiba-tiba.
Aku nampak pelakon bernama Adam dan Hawa itu macam aku dan abang.
Aku teringat kisah 9 tahun lalu...
Aku dijemput ALLAH menjadi tetamu-NYA.
Aku menghadap kaabah-NYA.
Hati dan fikir kosong.
Sekosong-kosongnya.
Yang aku tahu, aku hanya ingin berdoa dan meminta yang terbaik...
Aku berdoa dan berdoa...
Aku meminta pada-NYA.
Aku berserah seluruh jiwa ragaku pada-NYA.
Hanya pada-NYA.
Aku larut dalam airmata dan rintihan doa.
Dengan sepenuh hati.
Dengan sungguh-sungguh.
Lama.
Bila tersedar, bahuku dicuit.
Bapa di sebelah memberi isyarat ajak pulang ke hotel.
Kebetulan Bonda sakit ketika itu.
Lalu aku bangun dan berpusing membelakangi kaabah-NYA.
Siapa yang terbayang di depan mataku?
Setiap kali doa itu kupohonkan...
Setiap kali aku berpaling ingin pulang...
Setiap kali itulah wajah abang jelas terpampang di ruang mata.
Lalu tanpa prejudis, aku biarkan bayangan itu berlalu.
Berbulan-bulan kemudian...
Barulah aku ceritakan kepada abang...
Setelah pelbagai peristiwa antara aku dan abang berlaku.
Hingga kini, aku ralat kalau ada yang cuba mengeruhkan
hubungan aku dan abang.
Aku tahu dia jodoh anugerah ALLAH padaku.
Dia jodoh terbaik yang ALLAH tentukan buatku...
yang ALLAH berikan jawab-NYA ketika aku bermohon dan meminta
daripada-NYA di Tanah Suci-NYA; di hadapan Kaabah-NYA.

Langgan:
Catatan (Atom)