Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 22 Mac 2012

Titleless Thursday

Jom tanda kalendar...
dan berhenti pada 1 Jun 2012.

Syukran ya ALLAH.

Rabu, 21 Mac 2012

Speechless

Sejak semalam hati debar2...
Tiap kali terjaga dari tidur...
Asyik teringat aje.
Lepas solat subuh tadi...
sempat solat hajat 2 raka'at...

Jam 9 mula menelefon dan sms...
Jam 9.40pg dapat tahu 1 keputusan...
Jam 11.40 pg dapat tahu 1 lagi keputusan...

Tahniah untuk Luqman Fahmi...
Cu bangga dan bersyukur dengan kejayaan
Fahmi walaupun terpaksa jawab exam semasa
demam denggi tahun lepas.

Along kata, kalau anak aku sendiri entah macamanalah agaknye...
mungkin aku yang masuk dewan dan jawab soalan bukannya anak...
huhuhu...
Mungkin jugak la...kan?

Khamis, 15 Mac 2012

Jangan tinggalkan daku...

Malam tadi sewaktu ingin tidur, sewaktu puteras masih lagi gelisah berperang
antara bermain dan melelapkan mata...
Sewaktu mata kupejamkan untuk memujuk puteras tidur...
Bayangan wajah Bonda tertera jelas...
Satu-persatu...
Tika duduk minum pagi di kerusi kegemarannya di dapur...
Tika duduk berehat di ruang keluarga...
tersenyum...tenang...
Sangat jelas.

Sukar untuk mengingat wajah Bonda tanpa menatap fotonya.
Tapi malam tadi....

Petang sebelumnya, di pejabat...
sewaktu aku ralit menyiapkan bahan tugasan...
tiba-tiba sahaja ingatan pada Bonda menerpa.
Kupejamkan mata rapat-rapat...
cuba membayangkan hangat pelukan Bonda.
Terasa seolah-olah Bonda ada di samping.

Dua hari sebelum aku terbaring menahan sakit, dua minggu lalu...
Aku pulang ke Kota Kuala Kurang-sa...
Aku rasakan aku dapat mencari damai di kampung halaman sendiri.
Jalan2 lama kususuri, sedang puteras lena tidur di sebelahku.

Tetapi, sebaik menjejak bumi Kota Kuala Kurang-sa...
Baru kusedar, tiada sesiapa lagi yang tertinggal buatku.
Rumah Bonda kosong, sepi tanpa penghuni...
Rumah Opah di seberang, usang ditinggalkan...
Sepanjang jalan, tiada sesiapa lagi...
Pabila kuputarkan semula arah perjalananku...
lama aku berteleku di hadapan sebuah masjid.

Mencari erti semua yang berlaku...
bagai dilanda tsunami...
semuanya hilang tanpa jejak.
Akhirnya kukembali ke little house.
Membawa bersama segunung kekecewaan
dan sebuah kesedaran
bahawa aku sebatang kara...
Dan 2 hari kemudian...aku kehilangan lagi...
kehilangan tanpa sedar kehadirannya.

Rabu, 7 Mac 2012

Hibernation

Berhibernasi selama 2 minggu.
Entah di mana silap...
Badan lemah tak bermaya...
Jiwa kosong tanpa pedoman...

Lari daripada semuanya.
Katalah apa saja.
Hanya setakat itu kemampuanku.

Semoga minggu hadapan aku
dapat semula semangat dan jiwaku yang hilang.

From seaview with luv!