Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 15 Mac 2012

Jangan tinggalkan daku...

Malam tadi sewaktu ingin tidur, sewaktu puteras masih lagi gelisah berperang
antara bermain dan melelapkan mata...
Sewaktu mata kupejamkan untuk memujuk puteras tidur...
Bayangan wajah Bonda tertera jelas...
Satu-persatu...
Tika duduk minum pagi di kerusi kegemarannya di dapur...
Tika duduk berehat di ruang keluarga...
tersenyum...tenang...
Sangat jelas.

Sukar untuk mengingat wajah Bonda tanpa menatap fotonya.
Tapi malam tadi....

Petang sebelumnya, di pejabat...
sewaktu aku ralit menyiapkan bahan tugasan...
tiba-tiba sahaja ingatan pada Bonda menerpa.
Kupejamkan mata rapat-rapat...
cuba membayangkan hangat pelukan Bonda.
Terasa seolah-olah Bonda ada di samping.

Dua hari sebelum aku terbaring menahan sakit, dua minggu lalu...
Aku pulang ke Kota Kuala Kurang-sa...
Aku rasakan aku dapat mencari damai di kampung halaman sendiri.
Jalan2 lama kususuri, sedang puteras lena tidur di sebelahku.

Tetapi, sebaik menjejak bumi Kota Kuala Kurang-sa...
Baru kusedar, tiada sesiapa lagi yang tertinggal buatku.
Rumah Bonda kosong, sepi tanpa penghuni...
Rumah Opah di seberang, usang ditinggalkan...
Sepanjang jalan, tiada sesiapa lagi...
Pabila kuputarkan semula arah perjalananku...
lama aku berteleku di hadapan sebuah masjid.

Mencari erti semua yang berlaku...
bagai dilanda tsunami...
semuanya hilang tanpa jejak.
Akhirnya kukembali ke little house.
Membawa bersama segunung kekecewaan
dan sebuah kesedaran
bahawa aku sebatang kara...
Dan 2 hari kemudian...aku kehilangan lagi...
kehilangan tanpa sedar kehadirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan