Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 18 Januari 2012

Satu masa dulu...

Tahun ini putera H dan putera M akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-3 dan ke-2.
Sejak akhir2 ini rasanya puteras dah pandai banyak perkara.
aktiviti paling seronok selepas main air dan punggah barang ialah shopping.

Kadang2 aku rasa bimbang...
kalau puteras terlalu dimewahkan dengan segala kehendak.
Apa sahaja permintaan mereka jarang tidak kupenuhi.
Barangkali juga sebab waktu aku kecil dulu, bonda tidak
memenuhi kehendakku, terutama permainan.
Maka, apabila ke mana2 jika terjumpa permainan yang semasa
kecil dulu aku suka tapi tak dapat, aku akan beli.
Begitu juga jika aku teringatkan puteras sewaktu beli barang harian,
tempat permainanlah akan jadi tempat kedua terlama aku berada.

Kenangan bersama bonda dulu terlalu banyak.
Kalau hari ini, puteras sebut nak ayam KFC, aku akan terus
drive thru untuk penuhi kemahuan mereka.
Tapi waktu aku kecil dulu...kalau minta KFC tak pernah dapat.
Seingatku pertama kali aku merasa makan KFC semasa berumur 15 tahun
sewaktu mengikut along dating bersama kak long.

Sebelum2 itu, kalau kami minta nak makan KFC daripada bonda,
bonda selalunya akan diam aje.
Kemudian bila tiba hari ahad, barulah bonda akan tanya kami...
"Siapa yang nak makan ayam kentucky? angkat tangan".
Kami pun berebut-rebut kata "nak..! nak...!".
Jawapan balas bonda ialah...
"Ok. esok mak beli anak ayam. Angah tolong jaga dan bagi
makan anak2 ayam ni, boleh? Kalau takde siapa nak jaga...
mak tak belilah...kalau tak beli, takdelah ayam kentucky...".
Demi ayam kentucky yang diidam-idamkan, angah akan bersetuju
jaga dan bagi makan ayam2 tersebut.
Lagipun tangan angah memang menjadi kalau bab membela haiwan.

Bonda pun belilah anak2 ayam. Biasanya 10 ekor.
Ayam2 ni dikurung dalam reban dan diberi makan dedak (sekarang orang panggil pallet kot?)
supaya cepat besar dan gemuk.
Kami hanya akan dapat makan ayam goreng bersalut tepung goreng
kentucky ni, selepas 3 bulan.
Selalunya hari ahad, atau apabila along balik dari asrama.

Petang hari sebelumnya lagi, bapa akan sembelih 2 atau 3 ekor ayam ni.
Pagi2 hari selepasnya, bonda akan sediakan bahan gorengan.
Simple aje...tepung goreng jenama kentucky dan telur untuk salutan.
Tapi rasanya...aduhai...tiada bandingan. Masih terasa-rasa keenakkannya
hingga sekarang.
Tiada yang sama dengan air tangan bonda.
hasil gorengan, rangup, lemak, enak...
tak terlawan dek KFC sendiri, mahupun RFC, edlee,McD atau mana2 ayam goreng
segera yang lain.
Sehari suntuklah kami mengadap ayam goreng kentucky masakan bonda
sampai tak makan nasi.

Aduhai...mampukah aku mengasuh puteras begitu juga selepas ini?
Biar mereka tahu erti susah.
Biar mereka menghargai setiap rezeki yang mereka terima.
Biar mereka tidak cerewet dengan apa sahaja yang mereka dapat...
walau sikit atau banyak, walau murah atau mahal, walau sedap atau tidak...
Terima sahaja dengan penuh syukur.
Bolehkah??

1 ulasan:

  1. InshaAllah boleh, dik. teruskan usaha untuk jadi ummi yg terbaek.

    BalasPadam