Huhuhu...
tajuk pun dah nyatakan kena dera.
Siapa??
Dah tentu sajalah aku yang kena dera.
siapa dera??
Huhuhu...putera M.
Huhuhuhu....
Bila??
Malam tadi...waktu nak suruh puteras tido..
Bagaimana kejadian??
Huhuhu...
Nak tidokan puteras...
tapi putera M taknak tido walaupun dah mengantuk.
asik panggil2 abang H-nya ajak main lagi.
Oleh sebab putera H dah ralit dengan botol susunya...
dia malas nak bangun main.
Putera M pun bangun main dekat putera H yang berada di sebelah
kanan ummi.
Ummi suruh putera M balik ke tempatnya di sebelah kiri ummi
dan tido.
Putera M bangun duduk.
Masa ummi nak angkat putera M alih ke kiri...
tiba2 putera M jatuhkan badannya ke atas ummi.
Belakang kepalanya tepat jatuh atas bibir ummi.
Ummi tak sempat elak.
Rasa kebas gigi dan bibir...
Terus bangun dan sapu bibir.
Penuh darah.
Lepas tu buat apa?
Gi hospital tak?
Pegi basuh kat sinki.
Darah tak berhenti.
Banyak pulak tu.
Tetiba jadi panik.
Tengok kat cermin, bibir bawah bahagian kiri
berlubang!
Lagilah panik.
Nak kena jahitkah?
Tekan2 sikit kat tempat luka tu sambil
telefon sepupu yang pernah keje misi.
Akak sepupu suruh pekap dengan ais sampai bleeding berhenti.
Kalau tetap bleeding jugak, kena ke hospital malam ni juga
katanya.
Lepas letak telefon, capai minyak JERSLIN.
Sapu kat tepi luka.
Buka peti sejuk, takde stok ais pulak.
pekap jelah dengan tisu.
Dan sapu lagi minyak JERSLIN banyak2 kali sampai hilang sakit.
ok tak lepas tu?
Alhamdulillah...lepas satu jam bleeding berhenti.
Bengkak pun tiada kecuali bahagian yang luka sahaja.
Bimbang gak kalau bibir bengkak cemane nak g keje esok.
Ada miting pulak tu...
Aku dah mula terfikir kat mana nak cari purdah je...
g keje pakai purdah sampai bibir hilang bengkak.
Alhamdulillah, aku bangun pagi ni memang tiada bengkak.
luka yang sedalam hampir 0.5cm tu pun dah bertaut semula.
Luka tu pun tak nampak sangat kalau aku tak bercakap.
Boleh sorok. Tapi kalau bercakap dan makan memang ketara.
Karang orang tuduh aku bergaduh dengan suami pulak...
sampai cedera muka...huhuhu...
Apa jadi pada putera M?
Putera M lepas hantuk kepala kat Ummi, terus menangis berguling
macam dia yang cedera parah.
Bila check kat kepala dia, alhamdulillah tiada apa2.
Sakit kena gigi ummi je gamaknya.
Lepas dah kurang sakit, tidurkan putera M
yang memang dah hampir terlena masa berguling tadi.
Putera H pulak, ke hulu ke hilir ikut ummi.
Mukanya cemas dan asik sebut "Dawah...bam...dawah...".
Bila ummi duduk dalam gelap sambil nanges,
putera H duduk diam2 kat sebelah ummi.
Tunggu ummi tenang dan ajak ummi tidur.
Pagi ni, putera M asik tengok2 kat bibir ummi
dan cakap, "bam...tatek...bam...tatek...".
Huhuhu...ummi rasa nak nages lagi...
"Caket la...adik hantuk pale kat ummi, sian ummi...darah...
Lain kali jangan hantuk kepala gitu dah ye...".
Putera M angguk2 kepala.
Entah faham atau tidak.
Kalau faham adakah perangai rebahkan badan dan berguling
tu akan berhenti selepas ini?
Kena tunggu dan lihat.
huhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan