Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 11 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA.

Putera kedua telah selamat dilahirkan pada 15 April lalu.
Kali ini juga masuk OT secara selektif.
Doktor yang conduct procedure, hensem...hmm...
dan putera muhaimin siap buka mata sebaik sahaja dikeluarkan.

Alhamdulillah semua selamat dan macam putera Hariri juga,
abang setia menunggu di luar labour room.
Kali ini abang dapat cuti seminggu...senyum aje dia.
Lebih-lebih lagi dia dah boleh nyanyi lagu "anak nabi kita"...

Nama putera muhaimin diberi oleh ayahnya...
Tapi macam putera Hariri...yang dipanggil dengan nama pilihan ayah
sebab ummi yang bagi nama...
maka, putera muhaimin dipanggil menggunakan nama pilihan ummi.
hehehe...

Tapi sampai hari ini...masih dipanggil baby...
dan kalau sebut adik, mesti terkeliru dengan putera hariri
yang selalu tak menoleh kalau dipanggil abang...

Walau apapun, yang pastinya hidup ummi makin bizi...
rumah makin bersepah dan hanya kemas waktu pagi je...
petang-petang lepas putera hariri sampai di rumah...
dia akan mula "mengemas" semula.
Ada waktu...dua-dua menangis...peneng ummi dibuatnya...
ada ketika, putera hariri minta diriba dan enggan pegang sendiri botol susu
sebab tengok adik yang menyusu diriba dan disusukan. huhuhu...
Paling tak tahan...kalau ummi tak boleh ke tandas sebab putera hariri akan menangis depan pintu bilik air macam kena cubit. ohohoho...

Ummi terpaksa belajar semula mengatur hidup...
Dan seminggu dua ni semakin ok...
tak seperti mula-mula dulu...
apapun...ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH...

2 ulasan:

  1. Salam Lady,

    Tahniah dapat anak lelaki kedua. Bertambah lagi sorang dalam keluarga.

    Semoga lady sihat and take care semasa dalam pantang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak...
    Insyaallah...seminggu lagi habislah pantang 44 hari.

    BalasPadam