Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 September 2011

Isteri: Apa yang kau cari?

Terkedu sebentar mendengar berita sahabat baik keluarga kami
sebentar tadi...berita yang abang khabarkan.
"MNM dah bercerai dengan isterinya kelmarin", kata abang.
Baru 5 tahun bernikah dan dapat sepasang permata hati.
MNM baru sahaja bernikah kali kedua beberapa bulan lalu.

Kalau ikut cerita ini, sudah tentu orang akan kata; "patutlah
ceraikan isteri...dah ada orang baru rupanya".
Tapi, kalau aku kata MNM tak bersalah pun; orang akan
kata "dah sahabat dia...tentulah dia backing...".

Tapi soalan aku pada abang lain pula...
"Mengapa sampai bercerai?".
Dan inilah isu yang aku ingin kongsikan bersama kawan2 sekalian.

Dalam kes MNM, sebelum nikah dulu lagi dia sudah tanya
isterinya (bakal isteri ketika itu) sanggupkah dimadu?
Sebab dia memang merancang untuk berpoligami.
Bakal isterinya setuju. Siap dengan ikrar janji.
Beberapa jam sebelum bernikahpun soalan yang sama
ditanya lagi. Tetap setuju dangan ikrar janji.

Tapi berlainan apabila sang suami memberitahu akan bernikah
dalam masa terdekat...si isteri mengamuk, menyerang rata.

Aku kata, isu ini stereotype.

Apabila marah, isteri ini mengungkit segala hal...
-suami tak bagi nafkah yang cukup
-suami kaki perempuan
-suami perangai hodoh
-suami tak sedar diri diuntung
-suami miskin
-dan sejuta satu macam cercaan lagi...

tak cukup serang suami..
-mak pak suami jahat
-mak pak suami tak reti asuh anak
-mak pak suami keturunan tak elok..sebab tu anaknya kaki perempuan
-pendek kata, sejuta satu macam cercaan pula kepada keluarga suami, keturunan suami,
termasuk juga orang2 yang dah tiada lagi di dunia ni.

belum masuk bab serang isteri baru suami.
-perempuan jalang
-anak zina sebab tu ambil suami orang
-perempuan murah
-perempuan tak laku
-mak pak penzina, sebab tu anak nikah dengan suami orang.
-segala jenis perempuan yang hinalah...pendeknya..

Nak pendekkan kata lagi...
Isteri pertamalah yang terbaik dan sempurna.

Stereotype...inilah juga yang MNM kena dengar daripada bekas isterinya.

Maha suci ALLAH yang menjadikan segala sesuatu.
Ingatlah setiap apa yang berlaku, ALLAH sudah janjikan dengan
sesuatu sebab.
Hatta, jika nyawa seseorang manusia akan diambil pun ALLAH jadikan asbabnya.

Sebagai wanita dan isteri...(untuk peringatan diri penulis sendiri)
Janganlah terlalu cepat menuding jari kepada orang lain.
Muhasabahlah diri sendiri.

Barangkali ada silap diri yang sudah kerapkali suami tegur,
tapi kita enggan berubah menyebabkan suami berasa sedih.

Mungkin ada kehendak suami yang tidak terpenuh,
walau suami merayu, akhirnya suami mendapatnya daripada
wanita lain.

Ada ketika lain, kita berasa marah dengan keluarga suami...
lalu, dengan cara apakah marah itu disalurkan?
Adakah dengan amarah yang membara di depan mertua?
Adakah dengan ketidakpedulian jika mertua/keluarga suami datang?
Adakah cercaan kepada mertua dan keluarganya?
Pada masa sama, adakah kita sedar apakah perasaan suami jika
kita berlaku buruk kepada ibu dan bapanya?

Apabila suami bertemu wanita lain yang mungkin dapat mengisi lompang
dalam rumahtangga sedia adanya, apabila suami berbuat ibadah melalui
sunnah...isteri mula mengamuk.
Mengapa wahai kaum sejenisku?
Adakah berzina itu lebih baik daripada bernikah?
Adakah yang halal itu lebih mulia daripada yang haram?

Ramai para isteri lebih suka suami ada girlfriend, berzina, buat maksiat
di luar berbanding bernikah dan berhubungan halal.
Enggan berkongsi kasih, pada masa sama enggan juga menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang isteri, dan lebih teruk lagi menghalang suami menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil.

Bernikah dengan seorang lelaki bermakna, berkahwin dengan seluruh kerabatnya.
Syurga seorang isteri ialah pada suami (kecuali perkara yang melanggar batasan Islam).
Bermakna isteri wajib taat kepada suami selagi suaminya orang yang beriman.

Kalau suami ingin berkahwin lebih, tidak menjadi salah. Sudah termaktub haknya sebagai lelaki.
Tetapi ramai juga isteri yang ingin balas dendam, jika suami boleh cari orang lain...
aku pun apa kurangnya...masih cantik untuk dapat bakal suami baru, katanya.

ALLAH...
Tidakkah derhaka namanya jika begitu?
Berhubungan dengan lelaki lain atas niat balas dendam kepada suami.
Tidak terfikirkah yang niat itu sendiri sudah salah. Jika bercerai dan dapat kahwin
dengan suami baru, bolehkah berbahagia dengan bersandarkan niat balas dendam tadi?
Apakah nasib anak2 kelak?
Syukurlah kalau dapat nikah semula dengan lelaki bujang...
Tetapi...Kalau kahwin dengan lelaki bujang, tidak bimbangkah anak2 perempuan
kita diganggunya (banyak kes tidak dilaporkan).

Kalau nikah semula dengan suami orang...
Alahai, bukankah sama sahaja keadaannya dengan wanita yang anda kata
merampas suami anda sebelum ini?

Tapi kalau kekal dengan suami yang berpoligami tadi...
Mengamuk sana-sini...
menyerang keluarga suami...
mencanang kebaikan diri sendiri...
Sebenarnya hanya membuka pekung sendiri.
Bila jatuh talak akibat suami hilang sabar dengan perilaku
tidak beradab anda...barulah tersedar. Tapi keluar airmata darah pun
keadaan tidak akan kembali seperti sediakala.

Lalu...apakah yang dicari seorang isteri sebenarnya?
Mencari redha ALLAH melalui redha seorang suami...
atau mencari bahagia dunia semata-mata tanpa memikirkan
impaknya di akhirat kelak.

Aku bukanlah pengkaji Islam hingga boleh mengupas hadith atau sirah.
Aku juga bukanlah manusia yang sempurna...
Tetapi aku wanita dan isteri yang selalu juga berbuat silap
terhadap suamiku.
Segala yang pernah aku tempuh...kebetulan dengan kisah MNM
yang mencuit ketenanganku hari ini; aku terfikir...
apakah yang seorang isteri cari setelah memasuki dunia
perkahwinan.

Bahagia dunia semata-matakah?
atau bahagia dunia akhirat beserta redha ALLAH dan suami?
Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan