Insiden 1
Ayah sedang baiki lubang air dalam bilik air yang block.
Putera H macam biasa bz tengok2.
Ayah: Hariri, main apa tu...?!
Putera H: Keje!
Ayah: La...ayah ingatkan main...
Insiden 2
Ummi sedang siap2 nak pergi kerja. Putera H dan Putera M main sambil tunggu ummi.
Ummi: Tu apehal muka senyonyong tu? (kepada putera H)
Putera H: Yak! (sambil muka terus masam mencuka)
Ummi : Gulp! oke jom basuh.
Insiden 3
Ummi bagi putera M pegang keropok lekor sambil siap2 nak turun kereta di pasaraya.
Hulurkan putera M kepada ayah dengan tangan putera M yang pegang keropok
statik kat tepi muka dia.
Tiba-tiba sebaik sahaja duduk atas riba ayah, Putera M meraung kuat.
Ummi : apasal?? (sambil tengok kat ayah...dan nampak ayah sedang mengunyah sesuatu)
Ayah: Ntah...tiba2 je...apasal?
Ummi: ayah makan kepok lekor adik ye?
Ayah: (sambil tersenyum) ayah gigit sikit je...
Ummi: apasal ayah gigit hak dia...dia takleh orang usik barang kat tangan dia.
Ayah: huhuhu...mana ayah tau.
Ummi: Cess!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan