Seminggu dua ni sibuk benar dengan acara rumah terbuka, ofis terbuka,
jabatan terbuka...
maklum ajelah...raya kan sebulan...
walau hakikatnya...ada yang puasa tak cukup pun sebulan
dan puasa 6 pun tak buat... (heeee...terasalah pulak... ;p )
Tak cukup dengan segala yang terbuka...
dapat pula buah tangan nun jauh dari KL terbang ke KB ni...
Terima kasih pada seorang rakan sejawat yang sudi bawa kek buah kukus
dan kuih raya yang sangat lazat semasa berkunjung ke sini.
Seminggu dua ni juga sebenarnya ada rasa yang terpendam tapi tak terluah.
Kecuali oleh kakak-kakak yang memahami...
Terima kasih kak, sebab buka kaunter maklum balas... heheheh
Kata kakak ni juga, selalunya aku luah rasa marah di blog...
Eh, ye ke?
entah...aku pun tak ingat sebenarnya.
Tapi kali ni...aku marah ke?
Apa yang menunjukkan aku marah?
Mungkin sebab aku warning abang...
tolong ubah kata laluan facebook supaya aku tak boleh terjah
err...kekadang hobi pelik aku ni buat aku dan abang berperang dingin jugak...
terjah fb dia untuk tengok segala-mala yang dia tak cerita pada aku.
Tapi kekadang...hobi aku ni bagi manfaat pada dia.
sebab aku selalu pula kasi nasihat tentang perkara-perkara yang dia
kurang alert.
Tapi hal terjah ni bukan salah aku...
sapa suruh dia, suruh aku bukakan akaun fb dia...
dah tentulah aku tau katalaluan dia kan?
ngeee....
Mungkin sebab aku berdendam dengan seorang hamba ALLAH ni...
Eh, aku ni pendendam ke?
Well...kalau ade yang perasan...
Perkara, kata-kata, apa saja yang berlaku...
walau dah 20 tahun berlalu aku masih simpan kemas-kemas dalam kotak ingatan.
Kalau ditakdirkan ALLAH tarik semula ingatan ini...
waktu itu barulah aku tak simpan apa-apa yang aku rasa penting untuk diingat
sampai mati.
Masa tu sesiapa yang ada niat bolehlah balas balik kat aku
sebab aku dah tak ingat apa-apa.
Tapi selagi aku ingat...insyaallah, aku tunggu masa yang sesuai aje
untuk recall semula.
Eh? Laa...betullah aku ni pendendam... Cess!!!
Tapi seorang hamba ALLAH ni memang patut aku ingat segala-mala tentang dia.
Dia berhutang dengan aku...
dan paling teruk...dia berhutang dengan BONDA aku.
BONDA dah tiada...hutang masih belum berbayar...
bukan duit atau harta...
tapi sebuah kemaafan.
Koreklah kubur BONDA aku tu pun belum tentu dia dapat kemaafan BONDA.
Apa dia buat?
FITNAH!
Dosa fitnah itukan lebih besar daripada membunuh?
Jadi apa fungsi kata-kata " aku ngaji, aku tau la apa aku wat...".
Ngaji di atas merujuk kepada belajar agama sejak kecil sampai besar...
jurusan agama...sekolah pondok dan maahad sampai khatam.
Masuk U pun belajar agama sampai graduasi.
Aku dah cool sejak kebelakangan ni...
Hutang-piutang aku serah pada ALLAH.
Biar ALLAH saja yang tentukan segalanya.
Tapi, darahku tiba-tiba mendidih 90'C semasa sedang bercakap di
telefon dengan abang minggu sudah...
apabila aku dapat tahu dia babitkan nama aku...
Sekiyusmi mak hencek...bila masa aku kacau ko?
Anak-anak aku pun aku tak sempat nak urus...
Kerja pejabat akupun menimbun-nimbun...
ni ada pulak aku masa nak kacau orang lain...
Kalau tak puas hati cuba ko trace bil telefon aku...
ade nombor telefon ko dalam bil aku?
Ooopppsss....eh aku marah rupanye...
Patutlah...
Well, aku tau abang panas telinga dengar bebelan aku kelmarin.
Aku tambah lagi perisanya dengan satu sms panjang hampir 3 halaman...
dah aku rencahkan dengan rempah-ratus bila abang balik semalam...
Pada aku, dah tiba masanya abang tau segala kata-kata yang aku telan selama ni.
Aku kurangkan sikit kepedasan ramuanku itu dengan kata-kata,
aku takde niat dan melaga-lagakan mereka apatah lagi nak mengada-adakan cerita.
Tapi memang betul...
apa untungnya aku kalau aku buat-buat cerita.
Bila abang cerita dan aku bertanya...
siapa ? diakah?
dan abang hampir nak meninggi suara...
lalu, aku jelaskan...walau cerita itu tentang orang lain...
tapi hampir 99% cerita dan ayat yang digunakan
adalah sama dengan ayat yang digunapakai untuk aku oleh hamba ALLAH ni.
Akhirnya, abang dapat kesimpulan...
Semua yang tergolong dalam kelompok itu,
semuanya menggunakan alasan dan mencari salah pada
pokok pangkal yang sama.
lalu...
marah lagikah aku?
Errr...kurang pasti...
tapi jangan sebut nama atau tunjuk gambar atau hamba ALLAH ini
sendiri yang berdiri depan aku...
Mungkin tahap didih darahku akan meningkat 530'C !
TITIK .
jangan gitu, nanti kena darah tinggi ke sakit jantung ke..huhu..
BalasPadamnanti bw anak2 gi tepi laut..pandang ke laut lama2, mesti cool pnya.
akak paling suka laut. sbb tu klu ada sapa2 yg tabur citer bkn2 pada akak, rasa nk campak dia dalam laut je..ngeeee... :D
darah tinggi dah stabil...
BalasPadamback to normal sekarang ni...hehehe
last week cadang nak gi tepi laut...
tapi anakanda-anakanda tido pulak masa
pusing2 beli barang...terus tak jadi pegi.
kalo campak ke laut mungkin dia boleh selamat lagi...kalo ada bot atau kapal lalu...
campak ke lombong lebih baik...
terus mendap ke bawah.
lagipun barang sizen kan patut buang ke lombong je...?
ASTAGFIRULLAH AL'AZIM.....
uiks..apa kes nak campak ke lombong? baik campak kat ladang gadong je..isk3x bawa ngucap kita ni.
BalasPadamanyway, akak mmg suka laut!
Ladang gadong???
BalasPadamngucap bebanyak akak ooiii...
Errmmm me too...suka merenung laut lepas.
Dah lama tak ade masa untuk hobi ni...
jom akak...tolong jaga putera 4-5 hari...
boleh le orang gi termenung kat tepi laut...
ngeee....;P