Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 4 Januari 2010

1431 / 2010...welcome!

SALAM MAAL HIJRAH...
SELAMAT TAHUN BARU...


Sekian lama tidak menjenguk ke sini...
baru petang ini ada sedikit kelapangan.

Mana tidaknya...
2 minggu di luar KB penuh dengan pelbagai aktiviti
yang tidak mengizinkan langsung aku menziarah sedara-mara.
Sementelah pula perut yang semakin memboyot ini...
amat meletihkan jika malam menjelma.

Apapun, kemaafan dipinta daripada keluarga di KL yang tidak sempat
diziarahi. Walau hanya terpisah dek beberapa batang jalanraya lebar...

KUALA LUMPUR, AKU DATANG...

Berada di KL selama 5 hari memang padat dengan aktiviti minda.
Mendengar syarahan umum dan menghadiri bengkel...
membuakkan semangat untuk aku melanjutkan pengajian.

Terimbau kata-kata Bonda dulu...

"Cukup-cukuplah belajar tu...dulu kecik-kecik mak
suruh pegi sekolah, siap main tarik-tarik kat pintu bas...sekarang dah besar dah tak henti-henti belajar pulak...".

Bonda...
Adik tersangat rindu...

Ke mana hati nak kuletakkan untuk menahan rindu yang makin
membengkak ini?
Beberapa malam yang lalu, aku tersedar saat terluah panggilan bonda daripada
bibir... Kala kutoleh ke sebelah...kulihat putera dan ayahnya yang sedang lena.

Kuala Lumpur yang sesak...
Sama sekali tidak memadamkan ingatanku terhadap bonda.
dan aku mencari peluang menziarah bapa...
Rindu amat...

PENGESAHAN

Kalau dulu aku juga pernah berbuat sesuatu tanpa usul periksa.
Namun, pertambahan usia menjadikan aku semakin dewasa.
Setiap perkara yang ingin aku lakukan, sebut atau apa saja...
akan terlebih dahulu aku selidiki.

Tidak banyak...sedikit pun jadi agar tidak menjadi fitnah.
Walau untuk bercerita dengan abang...aku akan mendapatkan kepastian terlebih dahulu
barulah kukhabarkan kepadanya.
Jika tidak, memadailah sekadar bercerita dan diakhiri dengan kemaafan andai
tersilap perkhabaran.
Bukan memuji diri atau meletakkan diri hebat atau sebagainya...
tetapi pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati.

Namun, masih ada juga yang cepat benar memberi perkhabaran walau
tanpa kepastian yang boleh dicari dan diuji.
Apa matlamatnya? aku sendiri kurang pasti.

Tapi, bagi pihak diriku sendiri...
sengaja aku cepat-cepat sebarkan.
Mengapa?
Sebab mengikut pengalaman lalu, berita yang tersebar bukanlah berita
yang boleh digunapakai 100%.
Selalunya tidak benar sama sekali atau mungkin benar tetapi tidak akan jadi.

Keh! terasa jahatnya hati nan seketul ini.

PENGERTIAN

Di sebalik kepadatan hari kala berbengkel...
ALLAH swt memberi aku kesempatan menyelami naluri dan menyusuri
pengalaman seorang ibu.
Bukan sembarangan ibu...

Barangkali 'dia (1)' juga berperasaan begitu...sama seperti apa yang kurasa tika itu.
Aku cuba mencari pengertian disebalik segala yang ALLAH swt tunjukkan itu...
mencari yang tersurat dan tersirat.

Dari satu sudut pandangan...aku mengerti dan dapat menyelami kepayahan 'dia' menjadi seorang 'ibu'.
Dari satu sudut pandangan lain pula, aku sendiri berperang dengan perasaan sendiri.

Akibat 'peperangan dalaman' yang hebat itu...abang ternyata menaruh wasangka padaku.
Betapa sukarnya menjadi seorang 'ibu'.

Aku tahu kini...sejauhmana pun cuba untuk menjadi yang terbaik...
tetapi atas tiket 'ibu...', akan sentiasa ada curiga dan wasangka.
Mungkin tidak lama...atau mungkin hingga bila-bila.

Mudah-mudahan ALLAH swt bukakan jalan yang terbaik buatku.

SUDAH SAMPAI ?

Barangkali sudah tiba masanya ALLAH swt menunjukkan segalanya.
"cash & carry"...itu istilah yang selalu kugunapakai untuk kondisi begini...

Barangkali juga sekadar ujian ALLAH swt untuk menguji hatiku...keikhlasanku dan
bukan untuk 'dia (2)'.

Tapi jika apa yang ALLAH swt berikan ini adalah untuk 'dia'...
Maha Suci-Mu ya ALLAH...
sebab yang menerima 'cash' ialah 'dia' tetapi yang 'carry' ialah
insan yang tidak mengerti apa-apa.

Hal sebeginilah yang paling aku takuti.
Dek perbuatan sendiri, yang menerima musibah mahupun ujian adalah
darah daging yang tidak berdosa.
Na'uzubillah...

Apapun, terasa minggu awal tahun hijrah kali ini dan penutup tirai 2009...
merupakan sesi muhasabah buat diriku.
Mencari dan meneliti kekurangan diri...
Membina dan mendidik hati yang lebih ikhlas...

Mudah-mudahan ALLAH swt memberikan jalan serta penyudah
yang terbaik atas segalanya ini.

2 ulasan: