Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 1 November 2010

RINDU...

Assalamualaikum Bonda...
Adik doakan bonda setiap hari...
Mudah-mudahan doa adik sampai kepada bonda di sana.

Adik cari bonda di merata-rata...
Rindu amat rasanya.
Tapi adik tak ketemu...
Seingat adik, dah terlalu lama mimpi adik tidak dikunjungi bonda.
Mengapa bonda?

Bonda,
Musim tengkujuh sudah bermula di sini.
Pagi tadi adik redah air longkang separas buku lali di laman rumah.
Cucu bonda, putera H bukan main seronok lagi melihat air bertakung
dan hujan lebat tak berhenti.

Bonda,
Adik hilang suara...
tekak adik sakit lepas minum ice blended minggu lepas.
Adik rindu leteran dan pesanan bonda...
Adik rindu sangat...

Bonda,
adik selalu telefon ke rumah..
Macam yang selalu adik buat dulu...
Setiap pagi jumaat...berbual di telefon dengan bonda.
Tapi, sekarang tiada sesiapa yang jawab panggilan adik.
Adik selalu berdoa dan berharap agar ada keajaiban...
berharap moga panggilan adik dijawab oleh bonda...
berharap agar gegendang telinga adik akan dengar
lembut merdu suara bonda memberi salam ...
mendengar lelah suara bonda kerana berkejar
menjawab panggilan adik...

Bonda...
Adik tidak tahu berapa kali sudah adik terbangun dari tidur
akibat mendengar suara sendiri...
suara sendiri yang melaung BONDA.
Adik bangun dan pandang keliling...
Bonda tiada...
Adik rindu...........

2 ulasan:

  1. Adik? Dah tak sesuai bila dah beranak dua..kui34x.. :P

    BalasPadam