Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 27 Disember 2012

7 hari: Aduhai wanita... siri 1

Pesakit terakhir yang menjadi jiran kami di wad sewaktu berkampung menjaga Putera M awal bulan ini... ialah bekas menantu Allahyarham pelakon dan pelawak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda.
Awalnya aku fikir dia menjaga adiknya...tetapi selepas diperhatikan...susuk badannya bukan gadis lagi...maka otomatik aku tahu, dia menjaga anaknya.

Usia masih muda, tetapi ujian ditalaq oleh suami menjadikan ibu muda ini banyak berfikir.
Sementelah encik kaunselor kerap bertukar shift menjaga putera M disebabkan tahap kesihatanku mulai merosot...maka banyak rahsia yang dapat dikorek. Ingatan untuk diri sendiri, selebihnya jika boleh jadi perkongsian...

Bersyukurlah...
Sebagai wanita, bersyukurlah mendapat seorang suami. Jika suami bukan kaki pukul, bukan kaki joli,
bukan penagih dadah, bukan pelaku maksiat...itu adalah anugerah ALLAh yang tidak terhingga kepada kita.
Jangan pula sebab suami sibuk cari belanja rumahtangga, isteri sibuk pula melayan perasaan kesepian... mencari orang lain untuk mengadu dan mengisi kesepian.

Lelaki hari ini banyak belitnya. Lihat isteri orang yang masih muda, ada sedikit rupa, yang penting duit berkepuk dan kesepian pula...sudah tentu banyak akalnya untuk membelit. Bukan niat untuk berkahwin pun...cuma ingin mengaut keuntungan...untung material dan juga seksual*. Mana ada lelaki yang sanggup menyara anak orang. Bukan seorang...bukan juga dua orang... jika bukan untuk 2 perkara * itu, apa lagi tujuannya?

Tak guna menyesal...
Jika sudah sampai kepada karma-NYA...mencari yang lebih baik...mungkin tiada. Yang menunggu hanya sang suami orang...tunang orang...lelaki hidung belang...juga yang dahagakan layanan semata...Jika termasuk perangkap, memang punah masa depan. Hanya iman dan amal menjadi penghalang.

Selalu aku katakan kepada abang...
Adakala, aku berasa ingin menyesal memilihnya sebagai teman hidupku dunia akhirat...
Tetapi bila sesal itu kuat menggoda...aku akan cuba memikirkan hal yang lebih positif.
Jika aku bernikah dengan orang lain dulu...
Mungkin lelaki itu bukan kaki masjid...bukan juga lelaki yang baik yang boleh kukongsi segalanya...
Mungkin juga bukan sesabar abang...menangani karenahku.
Aku yakin bukan aku seorang berasa perasaan itu, ingin cari lelaki lebih baik jika boleh berpisah dengan suami sedia ada...
Tetapi, hakikatnya...lelaki mane yang sanggup menerima wanita 'bekas isteri orang'?
Pasti mereka akan berfikir berjuta kali, penyebab lerainya rumahtangga wanita itu sebelum ini.
1 dalam sejuta, jika ada lelaki yang benar2 jujur dan ikhlas memperisterikan serta menyara wanita yang sudah beranak-pinak.

Maaflah jika ada yang terasa hati dengan penulisan ini.
Tetapi itulah yang aku dapat lihat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan