Selamat berpuasa semua.
Ramadhan kali ini, semuanya kubuat ala kadar.Maksudku juadah untuk berbuka dan bersahur.
Seperti biasa, aku berpuasa sendirian dan hanya hujung minggu bersama abang. Seperti biasa juga, aku akan turun ke dapur jika abang pulang.Tidak mahu mengambil risiko terkena diarrhea di bulan ramadhan ini.
Kelmarin, waktu abang pulang...dia membawa masuk sebesen besar ikan. Hampir penuh peti sejuk kecilku itu.
Hari pertama berbuka puasa, juadah kami, kuih talam (baca: pertama kali mencuba...mujur jadi. Tapi sedikit lembik, masuk dalam peti sejuk...keras elok...hehehe (kredit untuk kak aida dan mama yang susah payah hantar resepi melalui es em es)), sambal udang, masak lemak ikan baung, tumis bayam, air milo panas.
Aku temani abang makan hingga habis sambil meriba putera sebab putera merengek demam selepas cucuk 3 serangkai. Selepas abang pulang dari solat maghrib di masjid berhampiran, barulah aku pula makan nasi.
Hari kedua berbuka puasa bersama abang...abang beli ayam percik dan mahu membeli buah melaka. Tapi aku beritahu abang bahawa, aku boleh buat buah melaka. Hanya belikan sahaja tepung pulut. Ya, tepung pulut...bukan tepung beras ye. Sebab tahun lepas aku buat buah melaka guna tepung beras. gara-gara terlupa dan tersilap beli tepung. Puas aku tunggu buah melaka timbul...tapi sampai sudah tak timbul-timbul juga. hehehe...mangsanya...mestilah cik abang yang kena paksa perabih.kekeke...
Sepanjang jalan pulang dari mengambilku di pejabat, muka abang semacam saja selepas aku larang dia beli buah melaka di pasar ramadhan. Bila kutanya, "nape? tak pecaya? orang boleh buat le buah melaka...orang belajar kat arwah Opah dulu...cuma kekadang asik terlupa kena guna tepung pulut je...". Cepat-cepat abang mengubah ekspresi wajahnya. Makanya, petang kelmarin, aku pun bertungkus-lumus di dapur buat buah melaka pas vs umno, siakap sweet sour, tumis sawi dengan udang.
Jangan sensitif pulak dengan nama buah melaka aku ni ye...aku bagi nama gitu sebab kaler dia hijau dan biru. hehehe... err...ada ke buah melaka kaler biru?? ah...takpe...janji rasa dia tetap rasa buah melaka. Dan yang pasti, abang beberapa kali mendukung putera sambil menjenguk ke dapur...mungkin ingin memantau buah melaka sama ada timbul atau tenggelam tak timbul-timbul agaknya.
Sementara menunggu abang pulang berterawih malamnya, aku tertidur bersama putera. Cadangnya, bila abang pulang, aku ingin makan lagi buah melaka. Bila bangun jam 11...tengok-tengok buah melaka dan sayur sawi sudah licin. Pinggannya pun dah siap berbasuh.
Aduh...kempunan den...Alasan abang, takut kelapanya basi...tak larat pun makan jugak. Patut ke?! Ah...cukuplah kan cerita tentang juadah berbuka tahun ini.
Sebelum aku akhiri penulisan hari ini...aku ingin bertanya...ada sesiapa yang pernah baca majalah SOLUSI ?Kalau ada, tolong gigit keybord pc atau laptop anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan