Malam tadi rumah kami black out. Aduss... patut le aku dapat rasa aku kena seterika baju awal-awal.
tapi macam biasa...rasa itu, aku abaikan atas alasan :
1. mengantuk...
2. putera nak berkepit dengan uminya...(baca: umi dia yang asik nak kepit putera )...
3. esok masih ada.
Sebaik sahaja habis filem Jacky Chan malam tadi...sebaik sahaja aku tekan punat off pada remote control tv...tiba-tiba satu bilik gelap gelita.Kompius kejap...aku silap tekankah? atau memang aku switch off lampu serentak? Terkebil-kebil dalam gelap selama 15 saat...barulah aku bangun mengintai ke luar.
Sah...satu blok black out.Sangka ku menjelang subuh atau sahur, eletrik akan disambung semula. Tetapi sehingga aku bersiap untuk ke pejabat, elektrik masih tiada. Mujur juga semalaman tido dalam kegelapan, putera tidak meragam. Dia tidur nyenyak hingga pagi dan hanya menyusu bila susu disua ke mulutnya.
Akibat tiada eletrik juga, kami kepanasan. Putera yang berlebih-lebih panasnya sampai basah baju dan bantal dek peluh. Huh! badan je pentoi tapi panas mengalahkan orang dewasa. Aduh! menulis tentang putera di sini sahaja pun sudah cukup membuat aku terlalu rindu dan tak sabar untuk pulang ke rumah.
Berbaloilah penantian hampir setengah dekad untuk menyambut kehadiran putera dalam keluarga kami. Tambah pula sejak hujung minggu lalu, putera sudah pandai tersenyum dan mengagah. Mendengar suara ayahnya di corong telefon pun dia sudah pandai menegur. Syukran...Syukran ya ALLAH...
Oh ya... putera ada banyak nama. Setiap orang dalam keluarga kami memanggilnya dengan nama berbeza. Entah mengapa jadi begitu...aku kurang pasti. Barangkali masing-masing cuba mencari nama paling sedap di telinga mereka untuk memanggil putera. Apa-apa ajelah...asalkan dipanggil dengan maksud yang baik. Malam tadi mama memberitahu, opah memanggil putera dengan nama Bidin. Aduhai...betul kata abang...kalau aku terus juga memanggil putera dengan singkatan nama sebenarnya, pasti nanti ada kalangan orang-orang tua (keluarga/sedara-mara/etc) akan memanggilnya Bidin.
Tapi aku paling tak boleh terima kalau ada yang mempersenda "hari-hari" kepada putera. Nama itu, nama yang ingin diletakkan oleh ayahnya sebelum aku memandai-mandai menulis nama lain di borang pendaftaran nama putera. Justeru, bagi mengelakkan ralat dan sebagai menghormati hasrat ayahnya, aku mengubah panggilan harian putera. Panggilan yang tiada kaitan dengan nama sebenarnya. Kata x-supervisorku yang sangat teruja dengan kelahiran putera, aku membuatkan putera bakal keliru kelak.
Apapun...secara tak sengaja aku telahpun memilih nama yang indah untuk putera. Nama yang dipilih pada hari namanya mahu didaftarkan di pejabat pendaftaran. Kepada semua, aku mohon maaf jika kisah putera menyinggung perasaan kalian. Aku pernah melalui saat itu...dan aku mengerti. Namun, izinkan aku berkongsi kisah di sini sekadar pelepas rasa cuma. Jangan terkilan, kerana Ramadhan masih awal untuk kita panjatkan doa memohon rezeki-NYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan