Aidilfitri pertama bersama putera. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar.
Paling gembira...pada raya pertama dan kelima. Putera beraya bersama sepupu-sepupunya...anak2 Along...permata hatiku.
Rupa-rupanya putera sukakan kawan yang ramai.Sedikitpun dia tidak menangis walau dikelilingi suara-suara yang pelbagai dan sangat bising.Paling gembira...permata hati bongsuku...asik memanggil putera..."baby...baby...." dan putera pula asik tersenyum...mengagah.
Along sempat juga singgah di istana hinggap kami pada raya keempat.Mujur juga semua kelengkapan ada. Sebaik Along sekeluarga tiba jam 11.30 malam dari Besut, makanan sudah tersedia. Aku lupa...permata hati semuanya sudah besar...justeru tentulah makan banyak. Kasihan mereka makan ala kadar saja malam itu. Abang pula bising-bising mahu keluar semula mencari lauk. Aduh! pening dibuatnya.
Selesai makan, semuanya naik ke atas...mandi dan tidur. Kebetulan pula baru saja lepas hujan lebat...cuaca memang sejuk mengalahkan Cameron Highland. Along dan keluarganya nampak seronok, sebaik lepas mandi terus saja 'landing' atas tilam yang sudah siap terhampar.
Pagi-pagi lagi Abang mengejutkan aku solat subuh. Lepas balik dari surau, abang sudah siap membeli roti canai, nasi lemak, dan sedikit kuih untuk sarapan. Aku sempat juga menggoreng baki nugget dan pasta.
Seronok makan-makan dan berbual...sampaikan permata hati meminta tangguh untuk pulang daripada abah mereka. Akhirnya, kami sediakan juga makan tengahari walau along melarang.
Sekali lagi, yang paling gembira ialah putera dan permata hatiku. seronok benar bermain sampai licin hidangan pagi dan tengahari. Cuma putera saja yang tak boleh join makan nasi.heheh...Tak ape putera...tahun depan, insyaallah putera dah boleh berlari dan makan macam abang dan kakak ye sayang.
Tahun ini juga tahun pertama putera kutip duit raya. Sebenarnya bukan putera yang kutip pun...umi putera yang kutip. kekeke...sebab apa? sebab putera asik tido tiap kali naik kereta dan terus lena bila singgah beraya rumah saudara-mara.
Namun dalam kegembiraan menyambut aidilfitri bersama putera dan abang...aku amat terkesan dengan soalan daripada permata hati..."mengapa atuk dah lain?". Jawapan yang bagaimana harus aku berikan sedangkan aku sendiri rasa sedih dan terkejut dengan perubahan itu. Perubahan yang pada nilaian mata kasarku amat menyedihkan.
Mungkin itulah maksud yang ingin Bonda sampaikan padaku lewat penziarahannya di awal Ramadhan lalu. Apatah lagi melihat barang-barang milik bonda yang terperonyok di sudut rumah...malah sebahagian kecilnya, kulihat sudah berada dalam tong sampah. Orang yang mengangkut barang-barang itu ke lubang sampah ialah suami bonda sendiri.
Kain milik bonda yang kotor tiada tanda ingin dicuci...sebaliknya yang nyata hanya tong sampah yang menanti. Seolah-olah semuanya tidak berharga lagi, sedangkan di hati kami...anak-anak bonda...sangat-sangat menghargai dan menyayangi 'bekas tangan' dan tinggalan bonda.
Apatah lagi apabila terserempak dengan beberapa insiden yang sama sekali sangat bertentangan dengan hukum Allah swt. Terasa sangat nipis imanku sebab tidak mampu untuk menyuarakannya secara terbuka.
Maaf...aku tidak akan menyebut apa-apa dengan lidahku tentang hal ini. Tetapi, jika kalian berada di tempatku...tahu sejarah hidup keluarga miskin kami...tahu kesusahan bonda dan bapa waktu membina keluarga kecil ini... lalu, apakah perasaan kalian jika melihat barang-barang tinggalan bonda kalian sudah menjadi penghuni tong sampah walau masih boleh digunakan? (sedangkan janji untuk menukar...bukan membuang!).
Dan paling menyedihkan, melihat hidup yang penuh keduniaan sedangkan kematian hanya selangkah di hadapan. Persoalan inilah yang diutarakan oleh permata hati...menyebabkan lidahku kelu untuk menjawab. Bagaimana...alasan apa yang harus aku berikan kepada mereka? Mungkin fikiran dan matlamat hidup manusia berbeza...tetapi sangat menyedihkan apabila kehidupan yang selama ini sudah lurus jalannya...tiba-tiba tersimpang dan kembali mencari dunia.
Na'uzubillah...mudah-mudahan ALLAH swt peliharakan iman kami dan zuriat-zuriat kami agar sentiasa hidup dengan mengingati mati, serta tidak terpesong daripada rahmat-NYA.
Dan aku tidak akan bercakap apa-apa tentang hal ini di dunia nyata.
Mudah-mudahan ALLAH swt luruskan kembali kehidupan keluarga kami menuju rahmat-NYA...
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan