Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 5 September 2012

Syawal tahun ini...

Lama tak menulis kan?
Penyakit baru datang...virus M pun menyerang.
Memang banyak kisah nak cerita, tapi satu-satu la ye.

HUJUNG RAMADHAN TAHUN INI
Dekat nak raya tempohari, sebaik mula cuti...
Lewat petang gak sampai ke rumah...
Mujur ade lauk dalam fridge yang boleh dimasak..
Kami berbuka dan bersahur 3 beranak sahaja...
Hairan juga, entah mengapa abang tak pulang walau
dia menelefon senja itu...

Lepas subuh esoknya, abang pulang...kami masih tidur (lepas solat subuh).
Rupa-rupanya abang ingat kami tak pulang lagi.
Terkejut besar dia melihat kasut penuh depan pintu, tapi kereta
dia tak perasan sebab parking tepi rumah.

Oleh sebab sabtu dah nak balik KK, aku minta abang
belikan bahan untuk buat rendang tok.
Resepi bonda yang dah 5 tahun tidak kujamah.
5 tahun sejak pemergian bonda.

Subuh sabtu, lepas bersahur aku sediakan kek coklat moist.
Kemudian bersiap untuk balik ke KK bersama puteras.

1 SYAWAL TAHUN INI
Persiapan ala kadar sahaja.
Aku bawa balik rendang tok dan kek coklat special.
Kak Long masak nasi minyak terengganu, ketupat, kuah kacang.
Mama masak taucu daging feveret kami dan rendang ayam.
Lemang beli yang sudah siap.

Sibuk berbual dan bermesra bersama keluarga, membuatkan aku memang
terlupa langsung untuk bergambar.
Apatah lagi aktiviti kami..makan...makan...makan...
Siap beli aiskrim dan makan dengan kek.

Puteras paling seronok...
bermain dengan abang najmi dan kakak ji'ah.
Kakak Aisyah yang semakin tinggi dan hampir sama tinggi dengan Cu
walaupun baru darjah 6.
Abang Aiman yang tinggi melangit macam galah dan suka sangat dengan
kek coklat moist Cu...Cu tahu kamu memang rindu masakan Cu...
Abang Fahmi yang nampak makin hensem dan matang setelah masuk matrikulasi.

2 SYAWAL TAHUN INI
Abang pulang untuk beraya bersama kami.
Puteras pun berbaju raya cantik.
Kami beraya ke Ipoh rumah kak Adik.
Nyah Hanim dan semua anak2 mereka ada bersama.
Lerai juga rindu dapat bersua muka dengan mereka.

Rendang tok permintaan Kak Adik bertukar tangan.
Mudah-mudahan dapat merungkai rindu rasa air tangan arwah bonda.
Percubaan pertama, tentu sahaja ada cacatnye.

3 SYAWAL TAHUN INI
Kami sekeluarga balik ke Little House.
Beraya ke rumah adik-beradik sebelah abang.

Sempat singgah farmasi dan beli UPT.
Ayat abang yang berbunyi penafian memang 100% salah.
Hehehe.
Syukran ya ALLAH.

4 SYAWAL TAHUN INI
Kami memang tiada persiapan kuih di Little House.
Oleh sebab ada kemungkinan anak2 buah abang akan datang beraya,
aku minta belikan bahan memasak.
Abang pun setuju untuk buat rumah terbuka untuk adik-beradiknya malam itu.

Jadi aku berkampung di dapur dari jam 7 pagi hingga 1 pagi.
Menu kami: Nasi beriani, ayam beriani, pecal, pajeri pelam,
ayam panggang lemon, agar-agar kosong,
kek coklat moist (tak cukup sebab ramai yang berkenan).

Majlis mula lepas isyak.
Buat doa selamat dan kesyukuran sedikit.
Alhamdulillah semua tetamu dapat makan dan tapau bawa balik.
Sebenarnya juga tarikh yang sama dengan harijadiku.

5 SYAWAL TAHUN INI
 Entah mengapa rasa tak sabar berkongsi berita gembira.
Sempat sms kakak-kakak sepupu dan maklumkan berita UPT positif.
Kalau masa puteras dulu dah nampak perut baru orang tahu aku mengandung...
Tapi kali ini berlain benar.
Rasa teruja dan sangat gembira untuk berkongsi berita ini.

Malamnya aku terima sms balasan daripada kakak sepupu selepas kutanya tentang
rendang tok yang kumasak...

"RASA. SEDAPPPPP.....SEBIJI MACAM AIR TANGAN ARWAH. BOLEH BISNES TU."

Sehingga seminggu selepas itu, aku masih membuka dan membaca sms itu berulangkali. 

Dan setiap kali itu jugalah airmataku tak berhenti mengalir.
Bukan sebab syahdu orang puji masakan aku,
Tapi sebab aku ingatkan Bonda.
Rindu amat.

Ada insiden yang membuatkan aku tahu, Bonda pulang ke rumah ramadhan lalu.
Waktu kami pulang ke rumah di KK bulan ramadhan lalu untuk membersihkan rumah...
putera H asik menegur "Opah!!". kemudian asik senyum dan melambai2 ke satu arah.
Bila aku tanya, "mana opah?"
Putera H akan cepat2 tunjuk dan bila dia seolah2 tidak nampak opahnya di situ,
dia akan berlari mencari.
Beberapa kali...ya beberapa kali berlaku. Hingga aku benar2 yakin
Bonda memang ada di rumah itu sepanjang ramadhan.
Insiden itu hanya berlaku di bulan ramadhan. Tidak di malam syawal mahupun di
siang syawal.
Kali terakhir kami pulang membersihkan rumah di bulan ramadhan tahun ini,
semasa di dalam kereta untuk pulang ke Little House...putera H berkata,
"Opah! bye-bye opah...". sambil
tangannya laju melambai ke arah rumah.
Rumah yang kosong sebenarnya...

Maha Suci-MU Ya ALLAH...
Terima kasih atas segalanya.
Atas segala rezki-MU.
Atas segala ketentuan-MU.
Atas segala rahmat-MU.
Atas segala nikmat dan kurniaan-MU yang tidak mampu kuucapkan
satu-persatu...hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahui segalanya. 

ALHAMDULLILLAH...SYUKRAN YA ALLAH.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan