Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 27 Oktober 2009

Ronda-ronda highway

Weekend lalu aku dan putera kebosanan di rumah.
Hari jumaat kami sekadar melepak di rumah sambil mengemas sekadar yang termampu.
Yang mana-mana rasa tak mampu, aku biarkan aje.

Petang jumaat, bosan sungguh rasanya terperap di rumah.
Abang ada kursus pula pada hari sabtu.
Lalu, aku berkira-kira dengan putera.
Aku tanya putera sama ada dia ingin balik berjumpa ayahnya...
dia asik jawab, "hai...aaa...eee...eee....eee....".
Maka akupun mentafsir jawapan itu sebagai "ya".
Hehehe...

Subuh-subuh sabtu, aku bangun, solat, kemas beg dan mandikan putera.
Putera nampak seronok. Mungkin dia ingat nak pergi Taska sebab mandi pagi-pagi.
Tapi memang putera suka mandi pagi. Kalau lewat, dia akan buat perangai.
Lepas bersiap, jam 8pg kami mulakan perjalanan.
Telefon ayah putera dulu, bagitau kami dalam perjalanan.
Singgah di Panglima Bayu, beli daging segar sekilo dan tengok ada perut muda.
Terus je ambil.
Sekilas, aku teringatkan Bonda. Perut muda itulah permintaannya 3 tahun sebelum dia kembali... Sedihnya, walau di mana aku cuba mencari...tetap tiada rezeki Bonda.
Hingga sabtu lalu, kebetulan waktu pagi...stok masih ada.

Sepanjang perjalanan, putera tidur lena. Terlentok aje...nampak mukanya makin tembam.
40km lagi untuk sampai ke destinasi...putera berdengkur halus...
Sahih macam ayahnya...cuma ayahnya versi kuat, putera versi halus.
Tak tertahan rasanya nak tergelak. Bila aku ceritakan pada abang...dia terus jawab,
"tu la...selalu ajuk abang tidur. Sekarang putera pulak dah jadi sebijik macam abang. hehehe...".

Hampeh. Salah aku jugak, selalu sangat mengajuk abang berdengkur masa mengandungkan putera dulu. Tapi, salah abang jugak sebab selalu buat bising masa aku baru nak lena. :P

Sampai ke destinasi, terus menuju ke rumah mak lang putera. Seronok sangat mak langnya bertemu putera yang dah pandai bersembang. Aku pulak, capai periuk nak rebus perut muda.
Awal nak bakar macam Bonda buat dulu-dulu...tapi kelengkapan tiada. Rebus dan cicah air belacan ajelah.

Awal malam, aku, putera, dan ayahnya...pulang ke New Castle. Singgah makan nasi ayam di restoran Fadzillah di jalan masuk highway. Nasi ayam paling sedap di Hulu Perak setakat ini...
Abang meriba putera yang terlena sambil kutuk-kutuk belanjawan dalam akhbar. Hakikatnya, takde yang istimewa belanjawan tahun ini.

Kelmarin, sewaktu menemani abang ke Jeli, Along begitau Kak Long masuk hospital.
Limfoma katanya. Masyaallah...hanya satu terlintas di fikiranku...
Tidak parah kata Along...Kak long akan menjalani pembedahan pada pagi kelmarin juga.
Tapi hatiku tidak senang. Kutanya beberapa orang rakan, namun tiada jawapan yang kudapat.
Hari ini waktu aku berkesempatan goggle...kutemui jawapannya persis tanggapan awalku.
Mudah-mudahan Kak long tak apa-apa. Mudah-mudahan ALLAH melindungi Kak Long dan keluarga kami dari penyakit kronik.

Kak Long sudah selamat menjalani pembedahan membuang bahagian yang terbabit. Tetapi aku masih belum ada maklumat lanjut. Sempat menghantar sms kepada Kak long petang kelmarin, katanya masih mengantuk kesan bius. Sedih pula rasanya sebab tiada kesempatan pulang untuk berkongsi rasa saat ahli keluarga sakit begini. Kalau Bonda ada, tentu dia solat dan berdoa tak berhenti waktu ini. Tapi...Bonda tiada dan bapa sudah jauh berubah. Kelihatan seperti 'shocked'. Barangkali 'marital shocked' sebab kawen dengan orang muda yang 'up to date', bekerjaya, dan bergaya.

Waktu aku beritahu kondisi kak long kelmarin pun, bapa tenang aje. Mungkin aku gagal membaca hatinya. Tetapi, bila kuajukan tentang korban tahun ini...katanya, aku yang tidak memaklumkannya. Bukankah setiap tahun bapa yang selalu menelefon dan bertanya sama ada kami anak-anaknya mahu berkongsi ibadah korban atau tidak. Sekarang, menelefon pun tidak...asik menjenguk anak-anak tiri...sedang kami anak-anak bapa sendiri sudah makin kurang perhatian. Jauh hati...sungguh! aku berjauh hati. Sangat-sangat jauh hati. Kalau ikut hati, rasa enggan pulang lagi. Tapi itu rumah Bonda...rumah tersimpan pelbagai memori bersama Bonda. Kalau nanti aku sebut perkara ini di depan bapa tentu dia akan mengalirkan airmata. Dia lupa barangkali...lupa dek penangan isteri muda. tapi, ramai lagi orang lain beristeri muda...tidak pula lupa seperti bapa.

Aku tidak cemburu dengan anak-anak tiri bapa. Sama sekali tidak. Aku cuma jauh hati sebab bapa sudah lupakan kami anak-anaknya. Bapa tidak pedulikan kami anak-anaknya. Memang kami semua sibuk dan jauh dari bapa. tapi dulu, selalu juga dia menelefon apabila kami tidak menghubunginya. Sejak berteman...dia lupa...kalau nanti kami beritahu, kami tidak suka kepada isteri barunya itu, barangkali bapa sanggup pula membuang kami. Tidak mustahil, bukan???

Ya ALLAH...jauh benar aku beremosi. Cukuplah untuk hari ini. Hanya diari maya ini tempat aku menulis rasa selain kuadu kepada ALLAH swt...Apapun, semoga Kak long cepat sembuh dan terus sembuh.

2 ulasan:

  1. Akak baca perenggan 1-3 jek then mcm tau dah kesudahan citer hehehe. Blh masuk metro ni, baby pandai menjawab soklan emaknya...hehe..kus semangat, baby ke emaknya yg nak sgt jmpa ayah?

    ps: akak tauuuuuuu..... :D

    BalasPadam
  2. ye ke kak?
    lasat le... macam ahlel nujum...
    hehehe...

    baby rindu kat ayah die...betulll...
    tak baek tau...
    tuduh i centu... ;P

    BalasPadam