Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 13 Oktober 2009

Zuriat...

Pagi tadi putera bangun dengan senyuman...walau pada awalnya putera merengek manja...
Cepat-cepat kusua botol susu ke bibir mongelnya. Sambil menghisap susu, sambil mengeliat manja. Kemudian putera lena semula.

Selepas siap urusan di dapur dan menyediakan air mandian, putera kukejutkan.
Mudah saja mengejutkannya...putera akan terjaga sebaik sahaja kuseru namanya
2-3 kali dan memintanya bangun. Pagi ini, agah sedikit sahaja, putera senyum meleret sampai ke telinga. Aduh...hati ibu mana yang tidak cair melihat senyuman manis zuriat yang dikandungnya selama 9 bulan...eerrr...putera hanya sempat kukandung 7 bulan lebih sahaja. hehehe...buat-buat lupa pulak.

Selepas selesai urusan putera, aku pula bersiap. Sehabis mandi, kulihat putera lena di atas tilam. Patutlah senyap aje. Kalau tidak, ada aje suara nyaringnya memanggil-manggilku yang sedang mandi.

Naik keretapun putera tidak bangun. Dia lena sungguh hingga sampai ke taska. Terasa seolah-olah tak ingin kutinggalkan putera di taska. Ingin kutatap wajah tembamnya yang sedang lena itu sepanjang hari kalau boleh. Melihat putera tidur sampai terlentok...hatiku teringatkan bonda.

Agaknya itulah perasaan bonda dulu.
Masih segar diingatan...sewaktu aku mula-mula melangkah keluar dari rumah menyambung pengajian di Kota Lumpur. Bonda menitiskan airmata sewaktu meninggalkan aku di kolej kediaman. Seminggu selepas orientasi, sewaktu aku mengambil peluang pulang ke kampung...kulihat di kepala katil bonda, sekeping gambarku yang diambil dari dalam album.

Uuuwwaaaaaa..........
kejap lagi ada miting...tentu mata aku akan bengkak kalau aku terus menulis tentang bonda.
Cukuplah untuk hari ini...
Aku sekadar mencuri sedikit masa untuk menulis di pejabat hari ini.
Sekadar mengisi masa sebelum mesyuarat bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan