Apa lagi yang boleh aku cerita di sini?
Hanya tentang aku...tentang putera...tentang ayah putera (??)...tentang kami...dan juga kami...
Kelmarin, ayah putera pulang bersama kakaknya untuk checkup di hospital. Sempat juga putera bermanja dan bermain bersama ayahnya.
Pagi sebelum kami semua keluar ke hospital, dalam kesibukan menyiapkan segala keperluan isi rumah, mataku 'tertangkap' permainan anak dan ayah itu. Putera berbaring di atas gym...dan ayahnya membantu tangan dan kaki putera menendang dan menyentuh permainan yang bergantungan.
Petangnya selepas seharian di luar, sebaik masuk ke rumah, putera kuletakkan di atas gym sementara aku terus ke dapur. Kemudian aku mendengar ayah putera menjerit..."pandai anak ayah...!". Cepat-cepat aku mengintai...rupa-rupanya putera sudah pandai memukul dan menendang mainan di gym dengan tangan dan kakinya. Cepat betul putera belajar. Alhamdulillah.
Cerita lain...?
Kisah yang kubaca di blog sebentar tadi. Sangat menarik dan menginsafkan. aku hanya akan mengambil sedutannya sahaja...
Entry pertama dari blog keranacinta...
Selamat kembali kepada fitrah! tajuknya...
‘Eidul Fitr’ bererti kembali kepada fitrah. Apakah aku sudah kembali kepada fitrahku dengan sepenuhnya? Fitrah mengaku Allah sebagai Ilah (tuhan) yang Esa. Apabila aku mengaku Allah Tuhan yang Esa, maka aku perlu patuh pada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada pilihan lain.
Namun seringkali aku memilih menurut hawa nafsuku. Adakah latihan puasa sebulan Ramadan 1430H ini benar-benar menjadikan diriku lebih takut kepada Allah? Atau sama sahaja dengan sebelumnya?
Petang tadi aku ke bazar Ramadan di Kota Bharu. Ku lihat masih ramai wanita Islam yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka berjalan dengan rasa bangga dapat menayangkan aurat (aib) mereka di khalayak ramai.
Aku terfikir, selagi manusia tidak berjaya membebaskan dirinya dari menurut hawa nafsu, hakikatnya mereka tidak layak menyambut ‘Hari Kembali kepada Fitrah’ ini. Fitrah manusia punya rasa malu. Fitrah manusia mahu tunduk patuh pada Allah swt.
Baru semalam aku berbual dengan suami menyebut bahawa wanita yang mendedahkan auratnya, usahkan masuk syurga, mencium baunya sahaja tidak layak baginya. Betapa hinanya pandangan Islam terhadap wanita begini yang disampaikan melalui lisan RasulNya.
Aku kagum mengenangkan jutawan Sendayu Tinggi yang memilih purdah sejak 5 bulan yang lalu. Alhamdulillah, Puan Rozita sudah berjaya kembali kepada fitrahnya. Bukan purdah yang aku mahu tekankan, bahkan hasrat Puan Rozita yang mahu menutup aurat sebagaimana tuntutan Islam itulah yang menjadi tarikan.
Maha Suci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang mencarinya.
Entry kedua...Aku tinggalkan bikini demi Islam...sedutan kata-kata oleh Sara Bokker yang sebelum ini jahil tetapi kemudian memeluk Islam...
Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.
Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesame manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya.
Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya.
Hari ini, niqab adalah symbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.
Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai hijab, aku boleh berkata: Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan dirimu sendiri…
Semua ini peringatan untuk diriku sendiri...
Betapa hidup ini...makin digali, makin banyak yang belum kita ketahui...
makin dicari, makin banyak pula yang masih belum mampu kita capai sebenarnya.
Maha suci ALLAH...berilah hamba kesempatan untuk beroleh keredhaan-MU...Dan berilah hamba peluang untuk memperbaiki diri hamba yang kekurangan ini...
Banyak lagi yang kubaca sebenarnya...Biarlah aku simpan untuk diriku sendiri sahaja...untuk mengasuh hati dan dirikuyang sering lalai dan alpa ini.
ALLAHUAKBAR!!!
Bagus! semakin terer berblog hehe.
BalasPadamps: ayah putera saja je nak wat putera penat, nti malam tido cepat. jadi dpt la ayah ehem2..hehe
heee....ok dak, kak?
BalasPadamayahnye balik malam tu jugak.
kul 12 tgh mlm sampai... kul 4pg gegas ke putrajaya. mitin katanye..
huhuhu...