Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 28 Oktober 2009

es em es

Ada orang es em es aku petang semalam...

kks org di ms 16 the star hari ni

Ooo...kks tu ape ye?

silap bukan kks..kes

Ooo...kes rupanye...jap orang cari The star...
Eee...malas nak gi kafe beli the star...
jap...jap goggle the star online.

Dapat...tapi slow le pulak.
Tajuk ape?

* ....*

Ooo...jap-jap...cari kat link dia ni jap.
Eh tajuk jadi lain kot kat online...
Klik...

Tuesday October 27, 2009

Witness: I had no idea whose voices were in the recordings

By SYLVIA LOOI

IPOH: The then Anti-Corruption Agency (ACA) senior assistant en- forcement officer told a corruption trial that she was asked to transcribe duplicate copies of audio tapes allegedly containing conversations be-tween the agent provocateur and the accused

Noorjahan Abd Hamid, 53, who was testifying against former state exco members Mohd Osman Mohd Jailu, 57, and Jamaluddin Mohd Radzi, 52, told the Sessions Court here yesterday that she was given duplicate copies of the tapes by the investigating officer and asked to transcribe them.

“I was given a total of 17 duplicate tapes to transcribe,” she said, adding that she was shown the original tapes by the investigating officer when the duplicate copies were handed to her.

She further testified that she had no idea whose voices were in the audio recordings but only the complainant of the case and the then ACA officer recording the conversations would know who they were.

Jointly charged with Mohd Osman and Jamaluddin are former Perak Tengah district councillors Usaili Alias, 56, and Zul Hassan, 45, and businessman Fairul Azrim Ismail, 31.
The five face multiple corruption charges over a multi-million ringgit development project in 2008.

Later when cross-examined by lawyer Abdul Roni Abdul Rahman, who is acting for Mohd Osman and Jamaluddin, Noorjahan said the original tapes are being kept by the investigating officer.

She added that when transcribing the tapes, she did not refer to the original tapes.
When cross-examined by Zul’s lawyer Surjan Singh, Noorjahan said she would not know if the tapes she received had been tampered with.
”I have never compared nor listened to the original tapes,” she added.

When re-examined by Malaysian Anti-Corruption Commission deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Noorjahan said she did not see the need to listen to the original tapes as her instructions were to listen and transcribe what she heard from the duplicate tapes.

Hearing before Sessions judge Azhaniz Teh Azman Teh continues today.


Masuk blog buleh?

tak yah ler buat malu org je..he..he..

Malu le pulok... :D

Selasa, 27 Oktober 2009

Ronda-ronda highway

Weekend lalu aku dan putera kebosanan di rumah.
Hari jumaat kami sekadar melepak di rumah sambil mengemas sekadar yang termampu.
Yang mana-mana rasa tak mampu, aku biarkan aje.

Petang jumaat, bosan sungguh rasanya terperap di rumah.
Abang ada kursus pula pada hari sabtu.
Lalu, aku berkira-kira dengan putera.
Aku tanya putera sama ada dia ingin balik berjumpa ayahnya...
dia asik jawab, "hai...aaa...eee...eee....eee....".
Maka akupun mentafsir jawapan itu sebagai "ya".
Hehehe...

Subuh-subuh sabtu, aku bangun, solat, kemas beg dan mandikan putera.
Putera nampak seronok. Mungkin dia ingat nak pergi Taska sebab mandi pagi-pagi.
Tapi memang putera suka mandi pagi. Kalau lewat, dia akan buat perangai.
Lepas bersiap, jam 8pg kami mulakan perjalanan.
Telefon ayah putera dulu, bagitau kami dalam perjalanan.
Singgah di Panglima Bayu, beli daging segar sekilo dan tengok ada perut muda.
Terus je ambil.
Sekilas, aku teringatkan Bonda. Perut muda itulah permintaannya 3 tahun sebelum dia kembali... Sedihnya, walau di mana aku cuba mencari...tetap tiada rezeki Bonda.
Hingga sabtu lalu, kebetulan waktu pagi...stok masih ada.

Sepanjang perjalanan, putera tidur lena. Terlentok aje...nampak mukanya makin tembam.
40km lagi untuk sampai ke destinasi...putera berdengkur halus...
Sahih macam ayahnya...cuma ayahnya versi kuat, putera versi halus.
Tak tertahan rasanya nak tergelak. Bila aku ceritakan pada abang...dia terus jawab,
"tu la...selalu ajuk abang tidur. Sekarang putera pulak dah jadi sebijik macam abang. hehehe...".

Hampeh. Salah aku jugak, selalu sangat mengajuk abang berdengkur masa mengandungkan putera dulu. Tapi, salah abang jugak sebab selalu buat bising masa aku baru nak lena. :P

Sampai ke destinasi, terus menuju ke rumah mak lang putera. Seronok sangat mak langnya bertemu putera yang dah pandai bersembang. Aku pulak, capai periuk nak rebus perut muda.
Awal nak bakar macam Bonda buat dulu-dulu...tapi kelengkapan tiada. Rebus dan cicah air belacan ajelah.

Awal malam, aku, putera, dan ayahnya...pulang ke New Castle. Singgah makan nasi ayam di restoran Fadzillah di jalan masuk highway. Nasi ayam paling sedap di Hulu Perak setakat ini...
Abang meriba putera yang terlena sambil kutuk-kutuk belanjawan dalam akhbar. Hakikatnya, takde yang istimewa belanjawan tahun ini.

Kelmarin, sewaktu menemani abang ke Jeli, Along begitau Kak Long masuk hospital.
Limfoma katanya. Masyaallah...hanya satu terlintas di fikiranku...
Tidak parah kata Along...Kak long akan menjalani pembedahan pada pagi kelmarin juga.
Tapi hatiku tidak senang. Kutanya beberapa orang rakan, namun tiada jawapan yang kudapat.
Hari ini waktu aku berkesempatan goggle...kutemui jawapannya persis tanggapan awalku.
Mudah-mudahan Kak long tak apa-apa. Mudah-mudahan ALLAH melindungi Kak Long dan keluarga kami dari penyakit kronik.

Kak Long sudah selamat menjalani pembedahan membuang bahagian yang terbabit. Tetapi aku masih belum ada maklumat lanjut. Sempat menghantar sms kepada Kak long petang kelmarin, katanya masih mengantuk kesan bius. Sedih pula rasanya sebab tiada kesempatan pulang untuk berkongsi rasa saat ahli keluarga sakit begini. Kalau Bonda ada, tentu dia solat dan berdoa tak berhenti waktu ini. Tapi...Bonda tiada dan bapa sudah jauh berubah. Kelihatan seperti 'shocked'. Barangkali 'marital shocked' sebab kawen dengan orang muda yang 'up to date', bekerjaya, dan bergaya.

Waktu aku beritahu kondisi kak long kelmarin pun, bapa tenang aje. Mungkin aku gagal membaca hatinya. Tetapi, bila kuajukan tentang korban tahun ini...katanya, aku yang tidak memaklumkannya. Bukankah setiap tahun bapa yang selalu menelefon dan bertanya sama ada kami anak-anaknya mahu berkongsi ibadah korban atau tidak. Sekarang, menelefon pun tidak...asik menjenguk anak-anak tiri...sedang kami anak-anak bapa sendiri sudah makin kurang perhatian. Jauh hati...sungguh! aku berjauh hati. Sangat-sangat jauh hati. Kalau ikut hati, rasa enggan pulang lagi. Tapi itu rumah Bonda...rumah tersimpan pelbagai memori bersama Bonda. Kalau nanti aku sebut perkara ini di depan bapa tentu dia akan mengalirkan airmata. Dia lupa barangkali...lupa dek penangan isteri muda. tapi, ramai lagi orang lain beristeri muda...tidak pula lupa seperti bapa.

Aku tidak cemburu dengan anak-anak tiri bapa. Sama sekali tidak. Aku cuma jauh hati sebab bapa sudah lupakan kami anak-anaknya. Bapa tidak pedulikan kami anak-anaknya. Memang kami semua sibuk dan jauh dari bapa. tapi dulu, selalu juga dia menelefon apabila kami tidak menghubunginya. Sejak berteman...dia lupa...kalau nanti kami beritahu, kami tidak suka kepada isteri barunya itu, barangkali bapa sanggup pula membuang kami. Tidak mustahil, bukan???

Ya ALLAH...jauh benar aku beremosi. Cukuplah untuk hari ini. Hanya diari maya ini tempat aku menulis rasa selain kuadu kepada ALLAH swt...Apapun, semoga Kak long cepat sembuh dan terus sembuh.

Isnin, 19 Oktober 2009

Depavali...bekwah

Cuti sempena depavali sangat meletihkan.
Bukan aku je yang jelepek...putera pun leteh semacam aku tengok.
Mujur tak demam atau meragam.

Ni semua gara-gara ayah putera le.
Nak pegi bekwoh kawan di Kuda Usai (baca: Kuala Krai) katanya.
Kami pun balik ke istana hinggap pada petang khamis.

Pagi jumaat, ayah putera terpaksa mewakili Yg dipertua PIBG MRSM Pengkalan Hulu
untuk menziarahi isteri pengetua MRSM yang meninggal dunia tiba-tiba.
Tiba-tiba maksudku sebab beliau meninggal tanpa sakit teruk.
Aku kenal beliau ketika menemani abang ke Seremban dulu.
Orangnya cantik, berkulit putih, ramah, nampak masih muda...
Rupa-rupanya selalu juga bertanya tentang aku kepada abang setiap kali
abang terjumpa dengannya tanpa aku.
Kalau dah sampai masanya...

Abang pulang tungkap malam (baca: lewat malam).
Sampai terlena kami menunggu. Abang mengiringi jenazah dari Pengkalan Hulu ke
Pengkalan Kubor, Kelantan. Tapi pulangnya nampak segar.

Pagi-pagi sabtu kami bersiap untuk pergi bekwoh.
Tapi sempat singgah bertemu mak lang putera.
Bising dia mengajak makan di rumahnya. Tapi memang tak sempat.

Jam 12.30 tghari kami menuju ke Kuda Usai.
Bagaimana dan mengapa aku sebut Kuala Krai sebagai Kuda Usai...
nantilah aku cerita kendian.
Sampai di Titiwangsa...kepala mula pening dan rasa loya. Berhenti setengah jam...ambil angin dan isi perut. putera yang tidur, bangun sama menikmati kesejukan cuaca di puncak titiwangsa.

Teruskan perjalanan.Sampai di Batu Melintang, abang pula mengantuk.
Berhenti tidur sejam.
Sambung lagi...sampai Jeli.
Abang mengantuk lagi.
Berhenti tidur sejam lagi.
Jam sudah pukul 4 petang. Ish! bekwoh ke ... apa ni?
Main-main dengan putera sambil tengok ayah dia tidur.

Kemudian, aku ambil keputusan ganti memandu.
Laju je cik abe keluar dan tukar pegang putera.
Ceh!!!
Aku pun mula tarik gear, pasang radio dan keluarkan suara-suara sumbang
untuk elak mengantuk.
Putera buat muka stres sambil tidur atas riba ayah sebab dengar suara umi yang
sumbangsih. hehehe...

masuk pekan Kuda Usai jam sudah tunjuk angka 5.45.
Telefon pengantin...rumah dia cukup-cukup 10 km dari simpang Kuda Usai ke Gua Musang.
Set meter kereta. Bila cukup je 10 km...dah takde rumah orang keliling.
Yang ada cuma kebun kelapa sawit.
Biar betul pakcik ni... err...takpe, kita tambah 1 km lagi, bang.
Lagi tebal ladang kelapa sawit kiri kanan.
Tetiba nampak kereta berbaris parking tepi jalan.
Tu...haa....betullah dia bagitau tadi....
Perlahankan kereta...tengok-tengok...gerai makan kecil...
Hampeh!!!

Telefon pengantin semula.
Dia suruh patah balik...wei...bagitau le nama kampung hang.
kan senang...?
Kg. Pahi, katanya.
Sekali lagi hampehh!!!
Kalau bagitau dari awal... sekejap je dah sampai.
Sign board punya besar tepi jalan tulis nama Kg. Pahi.
Aku patah balik dan kami pun sampai rumah pengantin...

Abang yang teringin benar nak makan bekwah.
Mengalahkan aku yang mengidam ni...
Awal-awal aku dah bagitau...jangan terkejut nanti...
bekwah orang sini, kalau yang tipikal dan tradisional...
walau orang kaya...kenduri dia sangat simple.
meja untuk letak lauk-pauk...dan kerusi untuk tetamu makan
sambil tatang pinggan.
Lauk 3-4 jenis. Tapi lauk utama...kalau sembelih lembu...sekor-sekor diri lembu
tu dibuat singgang.

Makanya, sampailah hajat abang nak makan bekwah.
lauk yang tinggal...sebab kami antara tetamu terakhir sebelum hujan turun dengan lebat
jam 6.30 petang...ikan kering goreng, sambal, kurma daging, dan singgang daging.
Tengok! singgang daging...tempat makan sebijik macam aku cerita pada abang sebelumnya.
Kami makan sambil duduk di kerusi panjang dan sambil tatang pinggan.
apapun, abang memang gemar ikan kering...dan dia hirup kuah singgang sampai tonggeng pinggan.
Aku bagitau abang, kalau tuan rumah tengok abang tonggeng pinggan camtu...tentu dia sangat berbesar hati sebab tetamu dia makan sampai puas.

Eh, ye ke?...apasal tak cakap tadi?
Apasal pulak?
Kalau cakap tadi...abang nak tambah lagi le singgam tu...
Singgang le bang bukan singgam...bukan abang dah tambah 3 kali ke tadi?
Elok le...kita bagi tuan rumah gembira...kan?
Eeerrrkk......???????

Perjalanan pulang...putera sambung tidur yang rasanya dah masuk kali ke-7 atau ke-8.
Sian putera. Umi putera pulak dah rasa nak putus pinggang.
Ayah putera sempat menguap dan bagitau mengantuk lagi.
Owh...tolong le cik abe...jangan le berhenti tidur lagi dah.
Kalau tak, mahu subuh esok baru kita sampai rumah yang 47 km je dari Kuda Usai ni.

Jam 8 mlm sampai rumah. Rasa macam nak merangkak...
Hari ni pun, walau dah 2 hari berlalu...letehnya masih bersisa.
Ini le cuti depavali aku dan putera...

Khamis, 15 Oktober 2009

Balik kampung

Hari ni aku bercadang untuk pulang ke kampung dengan putera.
Dah lama tak balik, mungkin dah berhabuk semula istana hinggap kami.

Dalam perancangan, teringin juga nak buat makan-makan di istana hinggap
untuk jamu kawan-kawan abang dan sedara-mara sebelah sana.
Tapi, kena tengok keadaan kesihatanku dulu.
Putera boleh 'swasta' sekejap pada ayah dia.
Yang penting, kesihatanku. Kalau aku tak sihatpun tak boleh juga, kan?
Nanti tak sempurna...tak seronoklah.
Lagipun, cik abang aku tu...'perfectionist'...huh!
kalau tak membebel panjang le dia.

Perancangan lain...nak pergi servis kereta dengan abang.
Mungkin di Ipoh. Itupun kalau dah cukup km. Kalau tak, servis aje di New Castle.

Tapi rasanya perancangan kedua tu, mungkin jadi...
Kalau tak servis kereta...mungkin aktiviti meronda dengan abang ke rumah kawan-kawan.

Minggu lepas, waktu aku telefon bapa...dia kata nak datang istana hinggap kalau aku tak balik
rumah Bonda.
Well... Hati aku belum seronok betul lagi selepas beberapa insiden tempohari.
Tapi, aku rasa nak balik rumah Bonda dan nak ambil beberapa barang milik aku sendiri
untuk dibawa ke istana hinggap. Barang-barang yang tertinggal lepas kenduri aku tahun lepas...
diguna oleh angah...kendian, bapa pula.

Aku kena ambil sebab ada ura-ura nak memindah milikkan barang-barang itu walaupun
mereka tahu, mereka ada banyak masa untuk cari yang lain sedangkan aku memang tak ada masa nak keluar mencari yang baru. Dan lebih utama, semua barang-barang itu ada 'sentimental value' pada aku. Dan lagi...aku bukan rajin sangat keluar beli barang walaupun ada peluang. Lagi baik duduk di rumah dan buat apa yang patut.

Kadang-kadang aku rasa mereka ni memang tak patut.
Kalau ye pun nak barang orang, tengok-tengok le dulu keadaan orang tu.
Ish..aku ni pun kuat sungguh membebel akhir-akhir ni.
Risau pula nanti bb aku ni mengikut perangai aku yang tak semenggah ni.
Tak macam putera dulu...aku banyak diam dan lihat saja. Sangat bersopan dan berhemah..ceewah!

Ok le...malas nak ingat dah semua tu...kalau ada rezeki aku nanti, aku ambil le semula semua barang-barang aku tu dan bawa balik ke istana hinggap...err...termasuk barang tinggalan bonda, mungkin.

Apapun...tiada yang lebih baik selain Bonda yang ALLAH kurniakan sebagai ibuku dunia akhirat.
Mudah-mudahan Bonda aman sejahtera dalam dakapan Ar-Rahman...

Bonda...adik rindu...........

Rabu, 14 Oktober 2009

Rumah terbuka...lagi.

Hari ni rumah terbuka peringkat kampus.
Besar-besaran. Semua PTJ dan kroni-kroni terlibat.
Oleh sebab aku tak puasa enam seperti kawan-kawan yang lain, aku pun
melapangkan diri menghadiri jamuan raya ni.

Ini kali ketiga aku hadir jamuan raya dalam kampus.
Satu jemputan saja aku tak hadir...jemputan oleh pelajar-pelajar.
Itupun sebab aku bawa kakak-kakak ipar aku makan di Restoran nasi ulam kegemaran
aku dan kawan-kawan. Eee...sebut je restoran ni rasa nak melelh air liur teringat
ikan keli goreng dia yang besar, rangup dan enak sekali !

Jamuan raya pertama, dianjurkan oleh Pusat D'Kecek.
Kak L minta aku masak rendang pedas ayam. Awal-awal aku terpaksa minta maaf..
Aku yakin, aku takkan sempat memasak. nak beli segala bahan dan menyediakannya...
alamatnya perang besarlah aku dengan putera. Alhirnya aku sedekahkan tepung kek coklat segera yang kubeli. Minta mereka bancuh dan bakar sendiri dengan budak-budak kecil di pusat itu sebagai aktiviti sebelum jamuan.

Jamuan kedua, anjuran Kelab kakitangan pusat pengajianku.
Mereka syorkan 'potluck'. Memang dahsyat. Makanan melambak.
Sebab setiap program bawa 1 hidangan, ada juga individu turut bawa 'pot' mereka.
So, makanan yang pelbagai sampai naik tepu tekak, aku tengok.
Tapi, memang seronok.

Jamuan ketiga, pelajar...
aku tak pergi dan tak tahu apa menu mereka.

Jamuan keempat...kampus.
Konsep gerai dalam dewan utama.
Makanan pelbagai juga.
Kena hati-hati sebab orang sangat ramai sampai macam nak berebut pun ada.

Apapun, inilah meriahnya raya umat Islam di Malaysia.
Sampai sebulan. Mewah makanan pulak tu.
Syukur...alhamdulillah.

Selasa, 13 Oktober 2009

Zuriat...

Pagi tadi putera bangun dengan senyuman...walau pada awalnya putera merengek manja...
Cepat-cepat kusua botol susu ke bibir mongelnya. Sambil menghisap susu, sambil mengeliat manja. Kemudian putera lena semula.

Selepas siap urusan di dapur dan menyediakan air mandian, putera kukejutkan.
Mudah saja mengejutkannya...putera akan terjaga sebaik sahaja kuseru namanya
2-3 kali dan memintanya bangun. Pagi ini, agah sedikit sahaja, putera senyum meleret sampai ke telinga. Aduh...hati ibu mana yang tidak cair melihat senyuman manis zuriat yang dikandungnya selama 9 bulan...eerrr...putera hanya sempat kukandung 7 bulan lebih sahaja. hehehe...buat-buat lupa pulak.

Selepas selesai urusan putera, aku pula bersiap. Sehabis mandi, kulihat putera lena di atas tilam. Patutlah senyap aje. Kalau tidak, ada aje suara nyaringnya memanggil-manggilku yang sedang mandi.

Naik keretapun putera tidak bangun. Dia lena sungguh hingga sampai ke taska. Terasa seolah-olah tak ingin kutinggalkan putera di taska. Ingin kutatap wajah tembamnya yang sedang lena itu sepanjang hari kalau boleh. Melihat putera tidur sampai terlentok...hatiku teringatkan bonda.

Agaknya itulah perasaan bonda dulu.
Masih segar diingatan...sewaktu aku mula-mula melangkah keluar dari rumah menyambung pengajian di Kota Lumpur. Bonda menitiskan airmata sewaktu meninggalkan aku di kolej kediaman. Seminggu selepas orientasi, sewaktu aku mengambil peluang pulang ke kampung...kulihat di kepala katil bonda, sekeping gambarku yang diambil dari dalam album.

Uuuwwaaaaaa..........
kejap lagi ada miting...tentu mata aku akan bengkak kalau aku terus menulis tentang bonda.
Cukuplah untuk hari ini...
Aku sekadar mencuri sedikit masa untuk menulis di pejabat hari ini.
Sekadar mengisi masa sebelum mesyuarat bermula.

Ahad, 11 Oktober 2009

Simpan...

Hari ni aku hanya ingin mengabadikan entry lama dari rumah lamaku.
Aku sayang entry ni sebab aku tulis tentang orang yang aku sayang dan aku rindu serta peristiwa dalam hidupku.

Rindu...
on 11/06/2008, 11:42

Salam Bonda...
Adik rindukan bonda...
Bonda ingat pada adik tak?

Bonda...seminggu dua ni adik sibuk...adik cuma lalu aje depan rumah bonda.
Bagi salam dan terus berlalu. Maafkan adik ye bonda. Adik bukan tak mahu singgah...tapi adik takut airmata adik menitik membasahi rumah bonda.

Bonda...adik sibuk dengan macam-macam hal sekarang ni. Adik ulang-alik balik rumah bapa setiap minggu. Setiap kali adik balik, adik kemas rumah. Minggu lepas, adik sapu bilik. segenggam tahi cicak dan habuk yang adik tolak keluar. adik sempat basuh cawan dan piring satu tingkat. Kemudian, adik dah habis tenaga.

Bonda...adik ingat, kalau bonda ada tentu bonda dah tolong kemas rumah sikit-sikit. Bonda tentu dah lap tingkap. paling tidakpun, bonda dah susun semua barang elok-elok. Bonda...angah pun dah ada calon. bapa kata, kalau jadi...tahun depan giliran angah pula.

Bonda...kalau bonda ada tentu seronok kan?kita boleh kemas rumah sama-sama. Cuci pinggan sama-sama. Lepas tu, bonda boleh tolong masak makan tengahari...dan adik akan terus kemas rumah. Bila petang...kita boleh lepak sama-samasambil borak-borak usik bapa.

Bonda...bulan depan dah nak masuk setahun bonda pergi...
tapi airmata adik masih belum kering. maafkan adik ye bonda...kalau adik buat bonda 'sakit' di sana.

Bonda...adik rindukan bonda..

Ini entry hari bersejarahku...


Akhirnya ia berlalu...
on 07/09/2008, 17:03

Hari bersejarahku berlalu jua. Terasa sangat penat, tetapi Alhamdulillah...bapa dan seisi keluarga berpuashati. Aku? aku sendiri sangat puas hati sebab hampir 90% persiapan aku lakukan dengan tulang 4 kerat kusendiri. Sangat sibuk dan hampir tak sempat untuk membuat hal lain selain persiapan hari bersejarahku itu.

Beberapa hari sebelum pulang bercuti, aku diasak beban kerja segera lantaran minggu seterusnya sewaktu aku bercuti, wakil JPA akan datang membuat akreditasi. Lalu, sehingga hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti...aku mengadap komputer sehingga jam 4.30 petang.

Pulang ke kampung dalam keadaan minda yang letih memang memenatkan. 2 hari terawal, hanya untuk mengosongkan minda dan membuat kerja-kerja luar.. beli barang dan sebagainya.

Hari isnin, aku mula mencuci rumah. Ingatkan orang yang bapa pesan untuk datang membantu (baca: akan dibayar)akan datang sebagaimana dirancang. Tapi, dalam hati aku telah terasa ketidakhadirannya. Akhirnya, aku mencuci seluruh rumah sendirian. Sambil mengelap tingkap dan mengemop lantai...airmata laju mengalir. Aku tak larat. Sakit seluruh urat saraf. Namun, akhirnya siap juga. Malam itu, angah mula memasang langsir. Malam seterusnya mengemas bilik tidur utama.

Hujan turun sepanjang minggu dan hampir sepanjang hari tanpa henti. Bimbang rasa hati bukan kepalang. Jika hari hujan, tetamu mungkin tidak selesa. Hari Rabu, bapa mengambil kakaknya (sebapa berlainan ibu) di Selama. Airmata terhambur lagi tatkala Wah memberitahu bahawa dia tidak tahu langsung bonda telah tiada lebih setahun. Memang tiada siapa yang pergi memberitahunya. Kebetulan alat komunikasi memang tiada di rumah mereka.

Petang itu, 4 khemah besar terpacak di halaman rumah. Hari Khamis, mengambil tempahan bahulu dan wajik serta dulang hantaran. Mula membungkus barang-barang yang perlu. Along pulang bersama kak long merebus telur. Permata hatiku Najihah (3 tahun), kuajar memasukkan bungkusan bahulu ikan ke dalam beg kertas. Pelajar yang bijak. Sekali tunjuk sahaja, najihah sudah pandai menyiapkan tugasnya sendiri.

Lewat malam, kupaksa angah memakaikan inai ke jariku. Sayangnya, warnanya oren.Hari Jumaat, jiran-jiran datang membantu membungkus telur. Pelamin juga turut dipasang. Bilik, kuhias sendiri dengan bantuan angah dan kritikan bapa. Simple tapi nampak mewah. Itu pilihanku.

Selepas asar petang itu, kami mengadakan tahlil buat arwah bonda, dan keluarga yang telah tiada. Ramai juga yang hadir. Aku? duduk di sudut dapur, keletihan amat.

Selepas selesai tahlil, aku menuju ke resort Sg. Perak, menghantar barang-barangku kepada abang. Kubawa sedikit bekalan makanan untuk makan bersama abang lantaran sejak pagi, tiada apa yang masuk ke perutku. Rasa kenyang dek kerja yang menimbun. Duduk bersama abang sehingga jam 10 malam, menyusun barang, makan, dan berbual tentang banyak perkara. Tentang hati dan perasaan.

Pulang ke rumah, Mak Chah sudah siap menunggu dengan inai yang digilingnya. Tidur dengan inai penuh di jari...situasi amat tidak selesa. Aku tidur di ruang keluarga bersama permata hatiku, Aiman. Berteman kipas sebagai penghalau nyamuk. Tidur jam 12 tghmalam dan terjaga jam 4 pagi. buang inai di jari dan tempek inai meleret di kaki sendiri. Sedikit comot. Kali ini inai memang merah menyala. Cantik!

Jam 6 pagi 30 Ogos 2008...bangun solat subuh. Sempat menghantar sms kepada abang... "SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG...". Balasan daripada abang, "BEGITU JUGA ABANG. SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG. DOA MUDAH-MUDAHAN BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT".

Jantung berdebar tidak terkira. Siapkan sarapan dan serba sedikit urusan di dapur. Ketiadaan Bonda sungguh terasa... Jam 10.30 pagi...mula bersiap untuk disolekkan. Wajahku yang tidak pernah kuoles dengan sebarang pewarna...kini dicalit pelbagai krim dan turut ditambah bulu mata palsu. Takut untuk melihat wajah sendiri...Alhamdulillah...Kak Fida memang pandai menyolek. Tiada wajah opera Cina...yang ada wajahku yang tampak berseri tapi natural.

Tukar baju dan menunggu abang serta rombongan. Kejutan berlaku...bapa...paluan kompang memecah suasana. Sungguh tak kusangka, bapa menyewa pasukan kompang sebagai penyeri majlis. Kusangka, aku ingin sederhana sahaja dalam majlis ini...tetapi paluan kompang, acara merenjis air mawar oleh ahli keluarga, acara makan beradap, bergambar, serta potong kek di sebelah malam...menjadikan majlisku ini terlalu meriah.

Alhamdulillah...tiada kata mampu kuucap selain syukur yang tiada berpenghujung...makanan oleh katerer juga sangat lazat...kuih-muih habis dimakan oleh sanak saudara...Tiada pembaziran yang banyak berlaku. Syukran ya ALLAH... Sesungguhnya segalanya ini adalah dengan kudrat dan iradat-MU jua...

Entry sewaktu putera berusia 5 bulan di di dalam kandungan .

Projek pertama
on 24/03/2009, 10:00

Ini projek pertama lady tahun 2009. Alhamdulillah, siap dengan jayanya. Beg ni untuk isi 'enda' aka suar or baju dalaman.
hehehe...boleh juga kalau nak simpan lampin/pampers baby. Nak susun baju anak yang kecik2 pun buleh...kira macam almari tak rasmi untuk anak le...Dan ada yang kasi idea, beg ni sebagai almari segera untuk anak kalau balik kg. Tak ler bersepah baju kat umah atuk depa.

Lady buat saiz sendiri. agak besar juga. Lady tengok ada yang jual...dan harganya yang saiz kecik sikit dari yang lady buat ni...RM18-RM20 satu.Boleh tahan harganya...tapi, lady buat tanpa kos. Kain tu lebihan kain baju bonda yang lady terjumpa dalam simpanan lady.

Kain krim tu, lady beli untuk buat bedung baby...ada lebihan...so, lady tampal kat situ. Lady jahit secara manual...takde mesin jahit kat umah lady ni. Nak cuba buat?...Silakan.
Buat cantik2 tau...lady tak berapa kreatif...tangan ni keras je...hehehe

Ini antara entry yang aku rasa aku perlu simpan sebagai kenangan.
Ada lagi entry tentang bonda...tapi aku rasa dah 'hilang'/'delete'.
Apa nak buat, dah terlalu lama, mungkin.
Cukuplah sekadar ini jadi kenangan.

Khamis, 8 Oktober 2009

Berhenti menghakimi!

Anda pernah menghakimi orang?

Erm...kalau aku tanya soalan ini pada 'seseorang itu' tentu jawapannya YA.
Ya sebab memang kerja dia menghakimi orang.
Tapi soalan ini pada orang biasa yang kerjanya tiada kaitan dengan perundangan negara.

soalanku...
Pernahkah dalam hidup anda mendengar, bercakap, atau menyaksikan situasi seperti berikut?

"kereta dia tu selalu je accident...aku rasa bukan sebab apa...tapi mesti ada kaitan dengan wang yang dia buat beli kereta tu..."

"mak dia mati pun dia tak sempat jumpa...mesti ada benda dia dah buat salah kat mak dia".

"Selalu benar hilang duit...mesti duit tak berkat tu".

"Tadi kat kedai mamak, baju dia tertumpah kuah kari...tu sebab berebut baju tu dengan aku
masa beli dulu le tu...".

Pernah tak?

Aku baru je dengar 2-3 hari lepas...
Soalan tambahan aku mudah je...

SIAPA ANDA UNTUK MENGHAKIMI ORANG?

Yang layak untuk beri hukum atau hakimi manusia hanya ALLAH swt.
Barangkali kejadian hanya satu UJIAN daripada ALLAH ke atas hamba-NYA.
Ujian kesabaran...ujian nafsu...dsb.
Tiba-tiba, kita pula yang sibuk-sibuk mengaitkan kejadian dengan kesalahan / cara hidup / harta yang ada / yang pernah orang itu lakukan.

Tapi, fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat kita.
Lebih-lebih lagi bagi orang yang berasa dirinya FAHAM BENAR dengan Islam.
Walhal, ilmu masih secoet cuma.
Berhentilah menghakimi orang sebaliknya nilai diri sendiri terlebih dahulu.

Err...apasal aku tulis perkara ni??
Sebab aku nak ingatkan diri aku sendiri supaya tak buat pada orang lain..
dan aku sebenarnya tersinggung bila dengar penghakiman
yang dibuat dalam perbualan yang kudengar itu.

Apasal aku emosional?
Aku emosional sebab orang tu menghakimi aku.
Uwaaaa.......!!!!!!!

Menghakimi wang ringgit yang aku guna untuk beli kereta aku.
Menghakimi secara tak langsung apabila abang membuatkan keretaku tercalar
dek keganasannya memandu.

Eh... eh? Ko sape??
Aku tak bising-bising pun pasal perkara tu...
ko sibuk-sibuk jadi hakim apahal?
Takkan aku nak cerita duit aku yang aku buat segala amal kot?
Nanti tak pasal-pasal jatuh riak pulak...terus hilang pahala aku.
Lagipun, kereta tu pun bukan muat dalam liang lahad aku nanti, kalau aku mati.

Err...ganaznye ayat aku.
Sowwy...emosi aku tak berapa stabil...

Rabu, 7 Oktober 2009

Aku, putera & ayah putera

Apa lagi yang boleh aku cerita di sini?
Hanya tentang aku...tentang putera...tentang ayah putera (??)...tentang kami...dan juga kami...

Kelmarin, ayah putera pulang bersama kakaknya untuk checkup di hospital. Sempat juga putera bermanja dan bermain bersama ayahnya.

Pagi sebelum kami semua keluar ke hospital, dalam kesibukan menyiapkan segala keperluan isi rumah, mataku 'tertangkap' permainan anak dan ayah itu. Putera berbaring di atas gym...dan ayahnya membantu tangan dan kaki putera menendang dan menyentuh permainan yang bergantungan.

Petangnya selepas seharian di luar, sebaik masuk ke rumah, putera kuletakkan di atas gym sementara aku terus ke dapur. Kemudian aku mendengar ayah putera menjerit..."pandai anak ayah...!". Cepat-cepat aku mengintai...rupa-rupanya putera sudah pandai memukul dan menendang mainan di gym dengan tangan dan kakinya. Cepat betul putera belajar. Alhamdulillah.

Cerita lain...?
Kisah yang kubaca di blog sebentar tadi. Sangat menarik dan menginsafkan. aku hanya akan mengambil sedutannya sahaja...

Entry pertama dari blog keranacinta...
Selamat kembali kepada fitrah! tajuknya...

‘Eidul Fitr’ bererti kembali kepada fitrah. Apakah aku sudah kembali kepada fitrahku dengan sepenuhnya? Fitrah mengaku Allah sebagai Ilah (tuhan) yang Esa. Apabila aku mengaku Allah Tuhan yang Esa, maka aku perlu patuh pada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada pilihan lain.

Namun seringkali aku memilih menurut hawa nafsuku. Adakah latihan puasa sebulan Ramadan 1430H ini benar-benar menjadikan diriku lebih takut kepada Allah? Atau sama sahaja dengan sebelumnya?

Petang tadi aku ke bazar Ramadan di Kota Bharu. Ku lihat masih ramai wanita Islam yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka berjalan dengan rasa bangga dapat menayangkan aurat (aib) mereka di khalayak ramai.

Aku terfikir, selagi manusia tidak berjaya membebaskan dirinya dari menurut hawa nafsu, hakikatnya mereka tidak layak menyambut ‘Hari Kembali kepada Fitrah’ ini. Fitrah manusia punya rasa malu. Fitrah manusia mahu tunduk patuh pada Allah swt.

Baru semalam aku berbual dengan suami menyebut bahawa wanita yang mendedahkan auratnya, usahkan masuk syurga, mencium baunya sahaja tidak layak baginya. Betapa hinanya pandangan Islam terhadap wanita begini yang disampaikan melalui lisan RasulNya.

Aku kagum mengenangkan jutawan Sendayu Tinggi yang memilih purdah sejak 5 bulan yang lalu. Alhamdulillah, Puan Rozita sudah berjaya kembali kepada fitrahnya. Bukan purdah yang aku mahu tekankan, bahkan hasrat Puan Rozita yang mahu menutup aurat sebagaimana tuntutan Islam itulah yang menjadi tarikan.

Maha Suci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang mencarinya.

Entry kedua...Aku tinggalkan bikini demi Islam...sedutan kata-kata oleh Sara Bokker yang sebelum ini jahil tetapi kemudian memeluk Islam...

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.

Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesame manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya.

Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya.

Hari ini, niqab adalah symbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai hijab, aku boleh berkata: Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan dirimu sendiri…

Semua ini peringatan untuk diriku sendiri...
Betapa hidup ini...makin digali, makin banyak yang belum kita ketahui...
makin dicari, makin banyak pula yang masih belum mampu kita capai sebenarnya.

Maha suci ALLAH...berilah hamba kesempatan untuk beroleh keredhaan-MU...Dan berilah hamba peluang untuk memperbaiki diri hamba yang kekurangan ini...

Banyak lagi yang kubaca sebenarnya...Biarlah aku simpan untuk diriku sendiri sahaja...untuk mengasuh hati dan dirikuyang sering lalai dan alpa ini.

ALLAHUAKBAR!!!

Isnin, 5 Oktober 2009

aku, putera, & syawal

TAK KISAHLAH KALAU TARIKH MASIH BELUM SAMPAI DAN MASA MASIH TERLALU AWAL...TAK PEDULI JUGA KALAU PANGGILAN TAK BERJAWAB ATAU SMS TAK BERBALAS... TAK KIRA JUGA ANDAI JAUH DI MATA NAMUN TETAP DEKAT DI HATI...SEMPENA 3 OKTOBER INI, INGIN KUUCAP SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT SUAMI TERCINTA. TIADA HADIAH PALING BERHARGA HANYA ANUGERAH PERMATA HATI DARI ILAHI BUATMU. MUDAH-MUDAHAN DIRIMU SIHAT, DIMURAHKAN REZEKI, DAN TERUS TABAH...MUDAH-MUDAHAN JUGA KELUARGA KITA TERUS BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.

Syawal masih bersisa...masih banyak acara rumah terbuka dan sambutan hari raya diadakan.Tapi bagi aku dan putera...weekend ialah hari kami berhibernasi di rumah. Bukan acara makan nasi ye...tapi berkurung di rumah.

Aku dengan aktiviti mencuci pakaian dan mengemas sisa serabut lepas balik berayatempohari.

Putera dengan aktiviti memanggil-manggil uminya dengan nada mendayu-dayu manja...kalau 5 minit umi masih tak datang...putera akan tekan minyak dan tingkatkan pitch...kalau tak datang jugak...putera siap-siap untuk menjerit. huhuhu...puteraku....

Sebenarnya, hari pertama weekend kami habiskan dengan tidur.hari sebelumnya ketika mengambil putera di nursery, Cik Na pengasuh putera beritahu, putera tidak tidur sepanjang hari di nursery. Asik melihat sekeliling dan mengintai-ngintai baby Khadijah di sebelah (baca: jangan ngorat anak dara orang...dah besar, ada ilmu dan kerjaya...nanti umi dan ayah pinangkan tau! )

Mungkin sebab itu, putera hanya bangun waktu mandi, kemudian menyusu dan sambung tidur semula. Umi pun apalagi? Terus ambil kesempatan tidur bersama, sementelah pula memang badan pun kurang sihat.

Tidur mati sampai petang...bangun dan beri putera menyusu kemudian masak ala kadar untuk alas perut. sambil masak, aktifkan mesin basuh dan basuh kain 1 round.

Malam, tonton Nur Kasih (drama peberet nih!)...lega sebab putera terus lelap lepas mandi petang. Kemudian, tidur lagi.

Hari kedua, barulah kami bangun segar-bugar. tapi putera macam terkena selsema sikit.Korek-korek hidung putera lepas mandi, ada bunyi kahak tak lepas. Kasihan putera...Letak putera atas monty lion gym,kemas rumah sikit.

Putera pun start merayu-rayu minta dukung. Ambil putera, main-main sekejap...kemudian tinggalkan putera tonton kartun. Lepas sidai kain, memerap dengan putera...

Putera macam boring duduk di bilik. Macam nak ajak keluar, tapi tak tahu cakap...hehehe

Akhirnya aku ambil keputusan bawa putera keluar...pusing-pusing...ronda-ronda...jenguk-jenguk sebalik tirai...masuk dapur...keluar ke ruang tamu...kemudian masuk semula ke bilik...

Natijahnya...putera masam muka sampai tidur...tak mahu senyum walau diagah. Huhuhu...agaknya putera bengang, sebab kena acah dengan umi.

hehehe...Sian anak umi...umi tak larat...pening umi masih bersisa...macamana nak keluar rumah?

Dan pagi ini, putera bangun awal. agaknya dia tahu, hari ini dia akan ke nursery semula.Selepas mandi dan menyusu, walaupun mengantuk tapi putera enggan tidur. Naik kereta pun putera tahan mengantuk sebab nak tengok kiri kanan jalan. Menguap entah berapa kali. Asal umi toleh je, putera sedang menguap. Mata dah tak respon...lali. Tup..tup... lepas trafik light, tak sampai 500 m dari nursery, putera dah terlentok lena.

Dan petang ni tentu putera seronok...balik dari nursery ayah dan mak lang dah menunggu di rumah. Esok, aktiviti membawa mak lang putera ke klinik.