Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 4 Disember 2009

Memori

RAYA 1

Aidiladha lepas, aku beraya di kampung abang.
Tengok orang buat ketupat..putera mengamuk sebab blackout...
bawa mak lang putera pegi hospital sebab demam teruk...tak dapat tengok "the little nyonya".

Oh ya...putera dah mula makan makanan pejal pertamanya.

RAYA 2

Raya kedua, Along bagitau nak singgah di istana hinggap kami.
Abang, pagi-pagi keluar beli barang dapur. Setimbun lauk macam nak kenduri.
Abang bawa putera tengok orang sembelih korban dan aku tinggal di rumah bersiap
lauk-pauk untuk permata hati.

Along sampai lebih kurang jam 12tgh. Permata hati dan Bibik baru tinggal, sementara Along dan Kak long pegi kenduri menghantar pengantin (anak saudara kak Long).

Riuh-rendah rumah dengan telatah permata hati. Putera bila balik je terus tak berbunyi sebab
tengok ramai kakak dan abang.

Bila putera tertidur petang itu, permata hati bongsu siap menjerit-pekik main.
Tapi putera tetap lena. Waktu aku ke dapur melihat sup tulang korban, kudengar suara Kak long yang baru balik, berbisik-bisik aje bercakap. Dalam hati terfikir, ape hal tetiba senyap dan berbisik-bisik orang kat depan ni?

Bila aku ke depan, rupa-rupanya si bongsu yang menyambut umminya memberi isyarat diam sebab putera tidur...sebab itulah semua orang cakap berbisik. kekeke...hampeh!

Rancangan untuk pulang ke rumah Bonda bersama along, dibatalkan sebab aku dah habis tenaga.

RAYA 3

Pagi-pagi lagi, aku dan putera bangun. Aku siapkan sarapan dan goreng nasi lebihan kelmarin.
Dapat seperiuk besar nasi goreng. Aku buat 2 jenis. Satu nasi goreng sea food, satu lagi nasi goreng daging.

Apabila abang balik lepas solat subuh, dia rebus pula tulang kaki lembu yang dia dapat petang kelmarin.

Kemas-kemas barang...jam 11pg kami singgah di rumah mak ngah putera untuk hantar nasi goreng. Kejap aje nasi goreng dah luak.

Jam 11.30pg kami menuju ke Kuala Kangsar. Never expected what will happen there.

Bapa dah berubah...sambutan yang dingin dan seolah-olah mengejar kami agar keluar cepat dari rumah bonda. Tiada juga juadah untuk kami seperti mana waktu Bonda masih ada. Kalau dulu, walau Bonda tidak sihat, bapa akan keluar beli sesuatu untuk sambut kami. Patutlah kak long es-em-es petang kelmarin.

Isteri baru bapa pun langsung tak keluar bilik. Kalau dulu sebelum kawen beria-ia melayan putera...tapi hari itu, putera yang tergedik-gedik tersengih nak bermain dengan atuknya pun
tidak dilayan.

Abang cepat-cepat ajak aku pergi ke rumah along. Dia tahu aku hampir saja merembes airmata di situ. Aku beritahu bapa, aku ingin ambil beberapa barang milikku untuk dibawa balik.
Bapa minta aku minta izin daripada isteri barunya. Apa kaitan barang milikku dengan isteri barunya? Lagipun itu rumah allahyarhamah Bondaku bukan rumah isteri baru bapa. Aku boleh ambil apa saja dalam rumah itu tanpa izin dia sebab yang membeli barang itu ialah Bonda. Tidak ada satupun barang dalam rumah itu milik dia selain peti sejuk, kabinet dan barang yang ada di dalamnya, dan almari di dalam bilik mereka sekarang. Namun atas dasar hormat kepada bapa, aku sebut juga di hadapan isterinya.

Kami pergi ke rumah along...highway langsung tidak boleh dilalui. Jammed.
Sampai sahaja di depan kereta along...aku lihat pintu pagarnya siap berantai...lamannya kosong.
Ishh...mana pula along ni? kereta ada tapi kenapa rumah kosong macam takde orang?
Telefon along...

Hello, along...mana rumah along ni? apasal kosong je?

Kamu kat mane?

Kat depan kereta along...

Rumah orang kat depan tu la...

kat depan...? takde pun...kosong je...

Tetiba nampak kelibat along kat belakang kereta. Rupa-rupanya kami dah terlajak 5 buah rumah ke depan. hehehe...patutlah takde orang.

Masuk aje ke rumah along, isu hangat yang dibincangkan ialah perubahan bapa.
Keseluruhannya kami sebagai anak, sangat sedih dengan perubahan negatif itu.

Pulang dari rumah along, kereta sarat dengan barang putera. Stroller, walker, buaian, car seat...semua milik si bongsu diberi kepada putera.

Sempat singgah di rumah Angah. Hari hampir senja dan kami tidak singgah lama.
Rumah pusaka Bonda yang diberi kepada angah...sudah dibaiki dan menjadi cantik.
Aku sempat melihat sampai belakang rumah...berbual sekejap dengan angah sebelum angah menarik aku dalam pelukannya. Kemas dan lama.

RINDU...katanya...

Masih seperti dulu...sangat manja walau telah menjadi suami orang.
Aku tahu hati Angah...dia tidak biasa berpisah daripada keluarga sejak kecil lagi.
Hatinya lembut...sebab itu dia boleh mengalir airmata walau hanya menonton cerita sedih di tv.

Sebelum pulang, aku pesan pada angah...jenguk pusara bonda dan jaga rumah tinggalan bonda baik-baik. Aku mungkin semakin jarang balik sebab beban tanggungjawab yang semakin besar.
Kupesan agar angah es-em-es jika ada apa-apa...insyaallah kalau berkesempatan, apabila pulang lagi...aku akan singgah lagi di rumah angah.

Sampai di rumah, gelap gelita. Bapa masih belum pulang.
Kami masuk ke rumah dan mandi serta solat. Ambil barang-barang yang ingin dibawa balik
dan berangkat keluar jam 9 malam. Tanpa bertemu bapa.

RAYA 4

Awal pagi selepas subuh, aku hubungi bapa. Beritahu tentang barang yang sudah kuambil.
Apabila kutanya tentang angah, bapa marah-marah. Dan dia bercakap tentang keinginannya untuk menyekolahkan anak ke sekolah agama agar tahu segala.

Tersurat...bapa sedang menjauhi kami anak-anak kandungnya, darah dagingnya...

Tersirat...bapa sedang menyediakan 'lubang api neraka' untuk kami anak-anak kandungnya di akhirat kelak sebab kami dilabel derhaka secara tidak langsung...bapa sedang bergembira sebab akan menimang cahaya mata baru tahun depan.

So...readers n bloggers... say congrats to me!

Barangkali bapa lupa...seorang anak boleh berkecil hati terhadap ibu bapanya tanpa berbuat derhaka kepada mereka... tetapi seorang ibu atau ayah tidak boleh berkecil hati berpanjangan terhadap anak apalagi di hujung usia...kerana ianya akan menyebabkan anaknya menjadi derhaka dan dihumban ke api neraka jika tidak sempat memohon ampun atau diampunkan oleh ibu bapanya. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa...kita harus selalu memaafkan anak-anak...mana tahu kalau-kalau umur tidak panjang.

Aku tidak pandai menghurai perkara di atas ini. Tetapi aku pernah dengar ceramah tentang hal ini. Barangkali ada orang yang lebih arif yang boleh menghuraikannya mengikut hadith mahupun ayat Al-Quran.

Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati kami, anak-anak kandung bapa dan bonda dunia akhirat, sekarang ini.

3 ulasan:

  1. sad. very sad. as long adik-beradik jgn bermusuhan, InshaAllah masih ada bahagia.

    takecare, keep ur smile even in ur heart.

    BalasPadam
  2. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yg tidak mampu dilalui hambaNya itu. Pastinya insan terpilih yg diujiNya ini. Apa yg penting kekukuhan hubungan adik-beradik dan berdoalah semoga hubungan anak-ayah kembali seperti dulu. Allah tidak akan melupakan hambaNya yg sentiasa ingat padaNya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kak...terima kasih sis hani...

    Insyaallah...

    BalasPadam