Petang semalam selepas ke Labour room menziarah sepupu kak L yang baru bersalin,
aku keluar ke KB untuk membeli keperluan putera.
Memang dari awal, aku merancang untuk ke Billion sahaja memandangkan harga barang di sana
lebih munasabah.
Jadinya, terus aje ke Billion dan membelek barang keperluan.
Masa yang ada cuma sejam lebih sahaja sebelum jam 5 ptg untuk mengambil putera di taska.
Bergegas jugalah masa tu.
Pulang ke rumah jam 5 .30ptg tiba-tiba 'blackout' pula.
Check segala suis dan rupanya suis generator air yang rosak.
Selepas diperbaiki... jam 8.00 lebih tengok ada missed call dari kak L.
Reply call...
Eee...U dah balik ye? 5.30 tadi dah sampai rumah kan?
Ha'ah...Nape kak? kan tadi call akak pasal blackout?
Oh iye juga kan? lupe la... KB Mall runtuh!
akak tengah tunggu kat berita ni...takde lagi.
Ye ke? tadi orang g Billion je..tak pegi KB Mall.
Takpelah kalau gitu. Minta-minta takde kawan-kawan kita yang kena...
Dengarnya ada orang mati. Car park runtuh.
Car park mana? Atas ke..bawah?
ntah le...tak pasti.
Takpe le...kita tengok kat berita dulu...
Ok...
Maka akupun menunggu siaran berita. Call abang bagitau...
Dia siap nak pusing ke KB mall nak tengok betul atau tidak.
Sedang bercakap dengan abang...terus keluar berita tersebut.
Rasanya semua orang tahu...KB Mall tak runtuh. Cuma ada kereta terbabas
dan jatuh ke atas eskelator menyebabkan 2 pelajar maut dan 4 orang lain cedera parah.
Akhir Jun lalu, di Tesco KB, kereta terbakar di car park.
Kebetulan aku, abang dan putera yang masih 'dalam hari' berada di situ.
Mujurlah tiada kejadian buruk berlaku.
Sebenarnya aku masih trauma dengan kes di TESCO...tapi aku kuatkan semangat supaya
aku boleh pergi membeli keperluan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.
Nampaknya lepas ni, bertambah satu lagi pasaraya di KB ni yang akan menjadi tempat
aku berhati-hati kalau pergi.
Terkejut juga baca paper pagi tadi...kesian betul mangsa tu, sedih mak bapak dia orang..tragis sangat.
BalasPadamAkak tgh pikir cmna kete tu blh terlajak sekuat tu? atau dinding KB Mall tu guna batu blok jek?
BalasPadamtakde ke gmbo? tepek la kat sini, akak termissed sehari citer ni.
lps ni reputasi KB Mall mesti goyah sket..baik hang pi PKT jek..
Hai miza,
BalasPadamSelamat datang.
Betul tu, kesian sungguh.
apapun, Innalillahi wainnailaihi roji'un...
ada gambo kak...
BalasPadamakak cek kat paper semalam ek?
hehehe...