Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 15 Disember 2009

Yummy!

Inilah makanan yang dah 3-4 hari sebelumnya aku idamkan...
Cucur udang besar...









Udang mesti besar... nampak tak udang tu?
Dekat besar ibu jari ...
manis je...








Cecah dengan sos ni...
Promote le pulak...







Oke...hidangkan bersama air suam je...
Manis-manis...kurangkan ye..










Ni kek coklat yang aku kukus masa anniversary perkenalan dengan abang tempohari.
Makan satu je...
satu bagi jiran sebelah...
satu lagi bawa ke ofis.







Baru nak 'snap' dah kena sudu dek abang.
Ciss...lengki tul...


Amacam???
terliur??
hehehe...balik umah buat ye...kekeke

Isnin, 14 Disember 2009

Frust...tapi ada berita gumbira.

Pagi tadi punyalah frust.
2 Jam menunggu untuk join sama dengan grup tu...tunggu patient...
Jalan sana sini...
last-last, bila patient dah sampai...kamipun dah sampai kat pintu masuk tempat tu...


MERBAHAYA


RADIASI TINGGI!



Waaaa....rasa nak menangis kat situ gak.
Melepas lagi peluang nak tengok kes.
Inilah ruginya bila kerja dalam persekitaran macam ni...kemudian mengandung...
tentu ada tempat yang memang dilarang masuk.

Akupun patah balik ofis.
Jauh gak...dekat 1km jugak rasanya.
Sampai ofis, dapat cal daripada CC...
Pegi pejabat dan...



Yahoo...dot com...!
minggu depan g KL...
Yey!!


Macam seronok je kan?
Tapi sebenarnya kena hadiri 'Talk' dan bengkel 9-5.
Bukan untuk suka-suka pun.

Tahun ni, memang tak pegi mana-mana lagi.
Tahun lepas, dapat gak pegi Terengganu...
Itupun tengah musim banjir dan hujan tak berhenti kat sana.
Pegi 1 hari je...kendian balik ikut KL...
Rasa tak larat sangat masa tu sebab tengah mabukkan putera.

Bukan mabuk kepada putera...
tapi masa tu putera baru 2-3 bln dalam kandungan.



Nampaknya putera kena tinggal dengan ayah kat Kg le jawabnya.
Sian pulak...
Tapi kesian lagi kat aku.
Mana pernah putera berlekang daripada umminya...






























Tidur malam pun rasa takleh jauh...
Huhu...
Cemane ni??

Putera dah umur 6 bulan lebih...
Kelmarin dah boleh meniarap sendiri tapi dengan macam-macam bunyi
jerit pekik sebab muka tertumus pada tilam.
lain-lain hari cuma mengiring je..
kemudian cepat-cepat terlentang balik ...agaknya takut tertumus muka kot.
hehehe...

Apa-apapun...hari ni rasa lebih ceria.
sebab, dah ada geng untuk breakfast n lunch
sambil sembang2.

Isnin, 7 Disember 2009

KB Mall runtuh??

Petang semalam selepas ke Labour room menziarah sepupu kak L yang baru bersalin,
aku keluar ke KB untuk membeli keperluan putera.

Memang dari awal, aku merancang untuk ke Billion sahaja memandangkan harga barang di sana
lebih munasabah.

Jadinya, terus aje ke Billion dan membelek barang keperluan.
Masa yang ada cuma sejam lebih sahaja sebelum jam 5 ptg untuk mengambil putera di taska.
Bergegas jugalah masa tu.

Pulang ke rumah jam 5 .30ptg tiba-tiba 'blackout' pula.
Check segala suis dan rupanya suis generator air yang rosak.

Selepas diperbaiki... jam 8.00 lebih tengok ada missed call dari kak L.
Reply call...

Eee...U dah balik ye? 5.30 tadi dah sampai rumah kan?

Ha'ah...Nape kak? kan tadi call akak pasal blackout?

Oh iye juga kan? lupe la... KB Mall runtuh!
akak tengah tunggu kat berita ni...takde lagi.

Ye ke? tadi orang g Billion je..tak pegi KB Mall.

Takpelah kalau gitu. Minta-minta takde kawan-kawan kita yang kena...
Dengarnya ada orang mati. Car park runtuh.

Car park mana? Atas ke..bawah?

ntah le...tak pasti.

Takpe le...kita tengok kat berita dulu...

Ok...

Maka akupun menunggu siaran berita. Call abang bagitau...
Dia siap nak pusing ke KB mall nak tengok betul atau tidak.
Sedang bercakap dengan abang...terus keluar berita tersebut.

Rasanya semua orang tahu...KB Mall tak runtuh. Cuma ada kereta terbabas
dan jatuh ke atas eskelator menyebabkan 2 pelajar maut dan 4 orang lain cedera parah.

Akhir Jun lalu, di Tesco KB, kereta terbakar di car park.
Kebetulan aku, abang dan putera yang masih 'dalam hari' berada di situ.
Mujurlah tiada kejadian buruk berlaku.

Sebenarnya aku masih trauma dengan kes di TESCO...tapi aku kuatkan semangat supaya
aku boleh pergi membeli keperluan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Nampaknya lepas ni, bertambah satu lagi pasaraya di KB ni yang akan menjadi tempat
aku berhati-hati kalau pergi.

Ahad, 6 Disember 2009

Week end...

Week end baru saja berlalu...

minggu ni putera sudah pandai banyak perkara.
Sudah boleh duduk atas walker...
Sudah pandai kuis kaki waktu duduk atas walker...
jadinya, walker akan bergerak...bukan ke depan tapi ke belakang...hehehe
pandai main sendiri kalau lihat ummi dia terlena...
pandai makan dan juga kerap 'u..'u...
semakin galak senyum terutama kalau cukup tidur...
Bulatkan mata kalau dengar bunyi asing/baru...

Teringat raya tempohari...
ayahnya dudu-kan putera...lagukan zikir...
putera pun dengan manjanye memekup mukanya ke ketiak ayah...
entah sedap sangat ke bau ketiak ayahnya tu...
kalau dengan ummi, tak mau pulak gitu...kena buat style lain...
kut ketiak ummi yang tak sedap baunya kot? hehehe...

Lepas beberapa kali ulang...ayah buat takbir raya pula...
terus aje putera tolak-tolak kaki...
lepas tu ayah tukar zikir semula...putera terus diam dan nak lena...
tukar takbir semula...bulat mata putera, dan tendang-tendang lagi....
hehehe...
Ummi pulak siap duduk buat eksperimen lagi...
bagi arahan kat ayah...

Zikir...?

Takbir..?

Zikir...?

Takbir...?

Zikir...?

Dan ummi dan ayah pakat gelak sama-sama tengok gelagat putera.

Ermm..teringat dulu-dulu...waktu putera masih belum ada...
takde mainan yang best bagi kami berdua...
Boring berbual berdua, keluar meronda dengan kereta...
boring meronda...kami keluar bawa haluan masing-masing...
Abang ke surau atau ke kebun...aku ke supermarket atau berjalan ke rumah kakak ipar.

Sekarang dah lain...
Rupanya inilah berkat zuriat dalam rumahtangga...

Eh, lupa pula pasal week end aku...

Sempat basuh semua kain kotor yang dibawa pulang lepas raya...
Tapi masih ada yang dah kering, tak sempat nak lipat.
Malam tadi aku demam selsema pula...
bimbang juga kalau berjangkit kepada putera.
Paru-parunya lemah...mudah sangat dapat viral infection.
Dalam tidak sihat, putera pula terjaga sejam sekali...
Bila aku bagitau dia...ummi tak sihat, adik jangan jaga kerap...tidur elok-elok...
alhamdulillah lepas tu putera tidur lena sampai jam 6.30 pagi.

Keluar rumah pagi ni, aku terus rasa loya.
Kucing buat hal...
3-4 tompok muntah kucing kat depan pintu rumah...
Dahlah muntah...kereta aku pulak bertompok dengan tapak kakinya.
Geram betul...
Kalau sesiapa ada petua nak halau kucing-kucing ni bagitau ye.
Aku memang tak bela kucing, tapi kucing ni selalu duduk dan kotorkan halaman depan belakang rumah.
Memang hilang sabar dibuatnya.

Dan plan hari ni...
nak keluar beli susu serta keperluan putera dan diri aku sendiri.
Harap-harap jalan tak jem...

Jumaat, 4 Disember 2009

Memori

RAYA 1

Aidiladha lepas, aku beraya di kampung abang.
Tengok orang buat ketupat..putera mengamuk sebab blackout...
bawa mak lang putera pegi hospital sebab demam teruk...tak dapat tengok "the little nyonya".

Oh ya...putera dah mula makan makanan pejal pertamanya.

RAYA 2

Raya kedua, Along bagitau nak singgah di istana hinggap kami.
Abang, pagi-pagi keluar beli barang dapur. Setimbun lauk macam nak kenduri.
Abang bawa putera tengok orang sembelih korban dan aku tinggal di rumah bersiap
lauk-pauk untuk permata hati.

Along sampai lebih kurang jam 12tgh. Permata hati dan Bibik baru tinggal, sementara Along dan Kak long pegi kenduri menghantar pengantin (anak saudara kak Long).

Riuh-rendah rumah dengan telatah permata hati. Putera bila balik je terus tak berbunyi sebab
tengok ramai kakak dan abang.

Bila putera tertidur petang itu, permata hati bongsu siap menjerit-pekik main.
Tapi putera tetap lena. Waktu aku ke dapur melihat sup tulang korban, kudengar suara Kak long yang baru balik, berbisik-bisik aje bercakap. Dalam hati terfikir, ape hal tetiba senyap dan berbisik-bisik orang kat depan ni?

Bila aku ke depan, rupa-rupanya si bongsu yang menyambut umminya memberi isyarat diam sebab putera tidur...sebab itulah semua orang cakap berbisik. kekeke...hampeh!

Rancangan untuk pulang ke rumah Bonda bersama along, dibatalkan sebab aku dah habis tenaga.

RAYA 3

Pagi-pagi lagi, aku dan putera bangun. Aku siapkan sarapan dan goreng nasi lebihan kelmarin.
Dapat seperiuk besar nasi goreng. Aku buat 2 jenis. Satu nasi goreng sea food, satu lagi nasi goreng daging.

Apabila abang balik lepas solat subuh, dia rebus pula tulang kaki lembu yang dia dapat petang kelmarin.

Kemas-kemas barang...jam 11pg kami singgah di rumah mak ngah putera untuk hantar nasi goreng. Kejap aje nasi goreng dah luak.

Jam 11.30pg kami menuju ke Kuala Kangsar. Never expected what will happen there.

Bapa dah berubah...sambutan yang dingin dan seolah-olah mengejar kami agar keluar cepat dari rumah bonda. Tiada juga juadah untuk kami seperti mana waktu Bonda masih ada. Kalau dulu, walau Bonda tidak sihat, bapa akan keluar beli sesuatu untuk sambut kami. Patutlah kak long es-em-es petang kelmarin.

Isteri baru bapa pun langsung tak keluar bilik. Kalau dulu sebelum kawen beria-ia melayan putera...tapi hari itu, putera yang tergedik-gedik tersengih nak bermain dengan atuknya pun
tidak dilayan.

Abang cepat-cepat ajak aku pergi ke rumah along. Dia tahu aku hampir saja merembes airmata di situ. Aku beritahu bapa, aku ingin ambil beberapa barang milikku untuk dibawa balik.
Bapa minta aku minta izin daripada isteri barunya. Apa kaitan barang milikku dengan isteri barunya? Lagipun itu rumah allahyarhamah Bondaku bukan rumah isteri baru bapa. Aku boleh ambil apa saja dalam rumah itu tanpa izin dia sebab yang membeli barang itu ialah Bonda. Tidak ada satupun barang dalam rumah itu milik dia selain peti sejuk, kabinet dan barang yang ada di dalamnya, dan almari di dalam bilik mereka sekarang. Namun atas dasar hormat kepada bapa, aku sebut juga di hadapan isterinya.

Kami pergi ke rumah along...highway langsung tidak boleh dilalui. Jammed.
Sampai sahaja di depan kereta along...aku lihat pintu pagarnya siap berantai...lamannya kosong.
Ishh...mana pula along ni? kereta ada tapi kenapa rumah kosong macam takde orang?
Telefon along...

Hello, along...mana rumah along ni? apasal kosong je?

Kamu kat mane?

Kat depan kereta along...

Rumah orang kat depan tu la...

kat depan...? takde pun...kosong je...

Tetiba nampak kelibat along kat belakang kereta. Rupa-rupanya kami dah terlajak 5 buah rumah ke depan. hehehe...patutlah takde orang.

Masuk aje ke rumah along, isu hangat yang dibincangkan ialah perubahan bapa.
Keseluruhannya kami sebagai anak, sangat sedih dengan perubahan negatif itu.

Pulang dari rumah along, kereta sarat dengan barang putera. Stroller, walker, buaian, car seat...semua milik si bongsu diberi kepada putera.

Sempat singgah di rumah Angah. Hari hampir senja dan kami tidak singgah lama.
Rumah pusaka Bonda yang diberi kepada angah...sudah dibaiki dan menjadi cantik.
Aku sempat melihat sampai belakang rumah...berbual sekejap dengan angah sebelum angah menarik aku dalam pelukannya. Kemas dan lama.

RINDU...katanya...

Masih seperti dulu...sangat manja walau telah menjadi suami orang.
Aku tahu hati Angah...dia tidak biasa berpisah daripada keluarga sejak kecil lagi.
Hatinya lembut...sebab itu dia boleh mengalir airmata walau hanya menonton cerita sedih di tv.

Sebelum pulang, aku pesan pada angah...jenguk pusara bonda dan jaga rumah tinggalan bonda baik-baik. Aku mungkin semakin jarang balik sebab beban tanggungjawab yang semakin besar.
Kupesan agar angah es-em-es jika ada apa-apa...insyaallah kalau berkesempatan, apabila pulang lagi...aku akan singgah lagi di rumah angah.

Sampai di rumah, gelap gelita. Bapa masih belum pulang.
Kami masuk ke rumah dan mandi serta solat. Ambil barang-barang yang ingin dibawa balik
dan berangkat keluar jam 9 malam. Tanpa bertemu bapa.

RAYA 4

Awal pagi selepas subuh, aku hubungi bapa. Beritahu tentang barang yang sudah kuambil.
Apabila kutanya tentang angah, bapa marah-marah. Dan dia bercakap tentang keinginannya untuk menyekolahkan anak ke sekolah agama agar tahu segala.

Tersurat...bapa sedang menjauhi kami anak-anak kandungnya, darah dagingnya...

Tersirat...bapa sedang menyediakan 'lubang api neraka' untuk kami anak-anak kandungnya di akhirat kelak sebab kami dilabel derhaka secara tidak langsung...bapa sedang bergembira sebab akan menimang cahaya mata baru tahun depan.

So...readers n bloggers... say congrats to me!

Barangkali bapa lupa...seorang anak boleh berkecil hati terhadap ibu bapanya tanpa berbuat derhaka kepada mereka... tetapi seorang ibu atau ayah tidak boleh berkecil hati berpanjangan terhadap anak apalagi di hujung usia...kerana ianya akan menyebabkan anaknya menjadi derhaka dan dihumban ke api neraka jika tidak sempat memohon ampun atau diampunkan oleh ibu bapanya. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa...kita harus selalu memaafkan anak-anak...mana tahu kalau-kalau umur tidak panjang.

Aku tidak pandai menghurai perkara di atas ini. Tetapi aku pernah dengar ceramah tentang hal ini. Barangkali ada orang yang lebih arif yang boleh menghuraikannya mengikut hadith mahupun ayat Al-Quran.

Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati kami, anak-anak kandung bapa dan bonda dunia akhirat, sekarang ini.

Khamis, 3 Disember 2009

Salam Aidiladha...

Salam aidiladha semua.
Harap masih tak terlambat.

Lately, bz memanjang.
Sebelum balik raya minggu lepas, sibuk hantar result dan persiapan ISO.
Lepas balik raya, kelam-kabut tandatangan borang result sebab esok paginya terus
meeting pengesahan.

Pagi meeting tu, selamba pegi temujanji di klinik...tetiba je kak L telefon...
suruh balik cepat sebab meeting start jam 9pg. Aiyoo...surat tulis jam 11pg cemana boleh silap?
Rupanya aku yang silap tengok. Jam 11pg tu, meeting pengesahan...jam 9pg meeting mengemukakan result. Cemane boleh lupa rutin tahunan ni?

Petang tu pula kami berkampung di Lab.
Buat persiapan ISO...siapkan fail.
Aku ambil putera jam 5 ptg, pergi sambung kerja di lab...dan kami sampai di rumah
jam 12.30 tgh malam.
Putera tertidur di lab...acik L siapkan bantal dan lapik yang gebu untuk putera.
Terima kasih acik...

Kelmarin...putera bangun dengan ragam...
Muntah lepas mandi...habis baju baru pakai.
Masuk kereta, air longkang dah block, naik paras buku lali di depan rumah.
Putera meragam lagi dalam perjalanan...muntah...berhenti tepi jalan dan lap.
jalan lagi...muntah lagi...akhirnya telefon Kak L, tak pegi ofis...putera tak sihat.
Patah balik rumah...elok tiba depan pintu pagar rumah, putera terus senyap...
bila toleh kat dia, tengok dia tengah tersengih-sengih...aduh....
Masuk rumah dan uruskan keperluan putera...
bila putera lena jam 12 tghari, akupun sambung tidur juga walau perut berkeroncong
minta nasi.

Kalau sempat nanti aku akan masukkan gambar banjir depan rumah aku kelmarin.