Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

Lama sudah...

Terlalu lama tidak menulis di sini.
Adakalanya terlupa terus...
Mana mungkin ditinggalkan...
Blog ini akan menjadi rujukan anak2 apabila ummi sudah tiada nanti.

Kebelakangan ini terlalu sibuk.
Sibuk dengan hal dunia yang tak pernah habis.
Malam ini pun sebenarnya masih penuh dengan kesibukan...
Tetapi, apabila puteras dan puteri sudah lena begini...
adalah sedikit ruang untuk meluah rasa.

Alhamdulillah, ALLAH memberi pinjam nyawa sehingga ke saat ini.
Betapa singkatnya...
dan oleh sebab singkatnya masa...
aku tidak ingin mensia-siakan masa yang tersisa ini untuk
berperangai seperti anak2 yang belum matang...
aku juga tidak ingin mencampuri urusan orang jika ianya tiada kena-mengena denganku...
malah aku rela bawa diri,jika aku dapat rasakan keburukan yang bakal berlaku...

Cukuplah ALLAH bagiku...
abang sebagai suamiku...
puteras dan puteri sebagai hartaku dunia dan akhirat.

Jumaat, 15 November 2013

Baru 6 hari...

6 hari sudah kami berkampung di wad.
Puteri demam panas.
Bengkak2 mata ummi menangis risaukan Puteri.
Ada 9 hari lagi sebab doktor di GH penang dah on antibiotik untuk Puteri.
So, kami sambung di Hospital Grik pulak untuk habiskan baki antibiotik.

6 hari berkampung di wad,
macam2 ragam kehidupan yg dapat dilihat dan dengar.
Sedih, gembira, mengejutkan...bagai-bagai ragamnya.

Kalau sekadar lihat...
aku lihat anak gadis yang sangat cantik, comel...kalau remaja kelak,
tentu jelita orangnye...
Tapi mungkin bukan normal...senyum dan ketawa tiba2...
mungkin autistik...ibunye letakkan dia diluar tingkap wad (wad di ground floor)
waktu dia menjerit tak henti2 lepas mandi. Lepas dia diam, barulah ibunya angkat
dia masuk ke dalam semula.

Ibu bapa menangis sama-sama bila tahu keputusan ujian oleh doktor...
berpeluk dan menangis hiba...
kita pun rasa nak nanges sama bila tengok situasi sebegitu.

Yang didengar lagi macam2...
Syukurlah kita ni diberi rahmat oleh ALLAH...
sebab orang lain lebih teruk dari kita.

Isteri yang mengandung saban tahun...
anak susun paku.
pernah di'mandrem' oleh bekas madu.
Tapi disayangi suami...
sanggup pula bela anak tiri sebab bimbang diapa2kan bapa tirinya.

Isteri tentera.
Anak sakit, suami hanya diberi cuti 4 hari untuk lihat anak di wad.
Anak pula ada komplikasi jantung, perlu ulang-alik ke IJN.

Isteri yang berhenti kerja.
Jaga anak yang dah 3 bulan berkampung di hospital.
Ada masalah jantung berlubang.
Baru lepas operation...demam dah kebah...baru nak balik dah demam semula...
kena sambung lagi kehidupan di wad.
anak yang sangat cantik, rambut perang, kulit putih susu.
Tentu sahaja kesayangan atuk nenek...
tapi dek sebab kesayangan, maka anak ini selalu dibawa keluar oleh nenek...
demam lagi...kesian ibunye sebab keluarga tidak memahami masalah anak2 yang ada masalah jantung ni...

Suami kehilangan isteri...
Jaga anak di wad, malam2 tidur dgn 3 orang anak kecil berderet di bawah katil anak yg sakit.
Ibu anak2 ini selalu menelefon, tapi enggan balik dan menjaga anak2 yang tak tahu apa2 ni...
Ada juga dengar anak2 ini mengigau memanggil mak mereka sewaktu tidur.
Ayah beri anak usia setahun lebih minum susu pekat manis sahaja...
barangkali masih belum bercerai susu dengan ibunya.
Dengarnya si isteri menfailkan perpisahan di mahkamah syariah...
ingin bersama dengan lelaki lain...barangkali yg lebih kaya berbanding suami sekarang.

Ibu tunggal.
Anak hasil hubungan haram. Usia baru 17 tahun.
Ditipu lelaki dayus yg kononnya cintakannya tetapi selepas mengandung, lari dan enggan bertanggungjawab.
Anak demam, usia 1 tahun ++. Dah sembuh masih ditahan di wad sebab malnutrisi.
Maknye beri susu badan, tapi susu dah sangat kurang. So, misi bagi susu tambahan.
JKM tuntut anak ini sebab maknye bawah umur.
Tapi si emak sangat sayangkan anaknye walaupun cara didikan yg diberi kurang memuaskan.
Oleh sebab si emak mahukan anak ini, atuknye terpaksa tandatangan sebagai penjaga sah.
Kasihan sangat sebab si emak adalah anak mangsa perpisahan, hidup porak-peranda, pelajaran tiada,
hanya harapkan belas kasihan orang. Besarkan anak dengan bekerja di kedai makan dan sewa bilik sebagai tempat tinggal.

Maha Suci ALLAH.
DIA sahajalah yang mampu melindungi kita semua.

Selasa, 22 Oktober 2013

Seorang 'IBU' itu...

Bila kubuka pintu, 'ibu' itu terus menerpa...
Dalam hatiku...alangkah bahagianya aku jika yang menerpa itu BONDA.
Kutahan airmata...jangan menitis walau setitis pun...
Kupeluk cium 'ibu' itu laksana BONDA.
Laksana BONDA...


Dia seorang ibu...
Seorang ibu yang telah sekian lama menyimpan hasrat...
Menyimpan hasrat bersua denganku...
bersua denganku....seorang wanita...
seorang wanita yang telah mencuri...
Mencuri hati salah seorang menantu lelakinya.

Dia seorang ibu...
Seorang ibu yang telah sekian lama diasak kepalsuan...
kepalsuan berita dibawa oleh mereka...
mereka yang membenciku...
membenciku kerna kata mereka...
akulah wanita perampas...
perampas bahagia mereka...

Dia seorang ibu...
Seorang ibu yang terkaku matanya...
sedang lidahnya basah...memperkenalkan dirinya pada seorang aku...
"Ini mak ni...Ini mak..."
Lalu kupeluk dan kucium tubuh dan wajah tuanya...
Seorang ibu yang "mengaku" aku anaknya...
sedang anaknya mencerca dan membenciku sepenuh jiwa raganya.

Dia seorang ibu...
Seorang ibu yang kusambut mesra bertamu di teratak kami.
Seorang ibu yang kubasuh walang hatinya dengan senyum ikhlasku...
Seorang ibu yang kuserikan impiannya dengan hidangan wajah putera dan puteri...
manis dan bersari...

Dia seorang ibu...
Seorang ibu yang mendengar cerca nista mereka...
Seorang ibu yang berjurai-jurai airmata mohon agar dipertemukan dengan seorang aku...
Demi ALLAH, tiada secebis pun rasa dendam amarah...
Hanya tenang dan ikhlas yang lahir dari lubuk hati ini.

Dia seorang ibu...
ingin sekali aku memeluk dan menciumnya lagi...
sebagaimana aku memeluk dan mencium BONDA
agar dapat kusentuh hatinya sebagai seorang anak
agar dapat kusemai benih kasih dalam hatimu...ibu.

Rabu, 25 September 2013

Semester baru sudah bermula

Lama tak menulis di sini.
Banyak cerita ingin dikongsi. Tetapi, kekangan terlalu pula banyaknya.
Terpaksa dahulukan yang utama...
Mohon maaf dan terima kasih kepada yang sudi bertandang.
InsyaALLAH saya akan bercerita di sini apabila ada kelapangan dan peluang.
Semoga kita semua dalam Rahmat dan keampunan ALLAH swt sentiasa.

Jumaat, 13 September 2013

Isteri...renungkanlah.

Catatan ini hanya untuk nota diri sendiri.
Jika memberi manfaat kepada pembaca blog ini...silalah ambil iktibar.

Beberapa minggu ini kami dihujani dengan beberapa berita yang kurang enak didengar.
Apa beritanya...biarlah kami sahaja yang tahu.
Aku sendiri sebagai isteri, ibu dan ada kerjaya pula...tercuit juga dengan hal yang berlaku.
Hal yang berlaku itu, aku simpulkan seperti di bawah:

1. isteri mengabaikan rumahtangga
Pengabaian bukan hanya menyerahkan tugas masak-memasak kepada suami (walaupun memang dalam Islam tidak wajib isteri memasak), tetapi termasuk urusan lain dalam rumahtangga. Contohnya, jaga anak. Ada isteri yang keluarkan kenyataan "aku dah kendong 9 bulan, dah lahir hang jagalah pula". Tempat tidur pun diabaikan juga..."Gaji pun sebulan sekali, takkan nak XXX tiap-tiap hari?". Alasan tidak memasak disebabkan tak minat masak, selalu cuba resepi tapi tak pernah jadi.

2. Isteri banyak bagi prasyarat kepada suami
Prasyarat ini jika tidak ditunaikan, suami terpaksa rela tidur sendirian, gigit jari peluk bantal.

3. Isteri banyak membangkang
Setiap apa2 kenyataan yang keluar daripada mulut suami, mertua, iar-duai tidak dihadam terlebih dahulu sebaliknya dibangkang sambil mencebik-cebik bibir tanda tidak bersetuju.

4. Isteri bekerjaya
Kerja pejabat bawa balik ke rumah dan jadi alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab di rumah. Kerja banyak, penat, letih, menyebabkan masing-masing banyak buat hal sendiri-sendiri di rumah sedangkan masa yang ada sangat berkualiti untuk memupuk rumahtangga yang bahagia.

5. Isteri enggan berubah
Cara hidup zaman remaja terbawa-bawa hingga usia 40-an. Tak perlu berubah sebab menyangka suami suka dengan tingkahlaku dan cara hidup tidak teratur yang terbawa-bawa hingga ke ke tua.

InsyaALLAH catatan ini akan disambung lagi nanti...
Moga ALLAH tidak putus memberi peringatan kepadaku...Amin.

Khamis, 5 September 2013

Ayah

Sumber: facebook
 
 Sangat terkesan bila tengok gambar ni di fb tadi. Seorang ayah mengangkat beg yg entah berapa puluh kg untuk anaknya yg mendaftar di IPTA hari ahad lepas. 

Barangkali jika lihat si ayah berkorban tenaga begini, barulah si anak terasa sedikit terharu dengan pengorbanan ayahnya...Atau barangkali langsung tidak berasa apa2 sebab berasakan, sudah tanggungjawab ayah untuk memudahkan anaknya.

Usah pandang remeh 'daulat' seorang ayah... Tanpa kita sedar, barangkali kita sudah menyakiti hatinya...memperlekehkan pengorbanannya...mempersia-siakan kasih-sayangnya...Dan tanpa sedar juga kita sudah menderhaka kepadanya...
 
Jika dengan lelaki lain, kita boleh bercakap lemah-lembut, berbudi-bahasa dan menjaga perasaannya...mengapa dengan ayah kita tidak boleh berbuat yang sama?
 
Lalu bila ALLAH swt tunjukkan dengan pelbagai peringatan...adakah kita sedar dan segera memohon ampun kepada ayah?
 
 



Sabtu, 31 Ogos 2013

Airmata...

Jernih-jernih si airmata,
Jatuh setitik di tapak tangan,
Membasuh luka zaman-berzaman;
Berbenih-benih ucap dan kata,
Tidak terketik tidak diangan,
Tersebut jua lidahmu tuan.


sumber: en. google

Khamis, 22 Ogos 2013

Bertambah lagi...

Hari ni...setahun yang lalu...
ALLAH hadiahkan kami dgn berita bakal menimang zuriat baru...

Hari ini...selepas setahun berlalu...
ALLAH hadiahkan ucapan yang sangat berharga bagi seorang isteri daripada suami.
dan ALLAH tambahkan lagi ...dapat masuk segmen sambung ayat dengan Abg Jem di Sinar pagi...

ALLAHUAKBAR!

Rabu, 7 Ogos 2013

Syawal datang lagi...Ramadhan bakal pergi.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua pengunjung blog Putrylady.

Mohon maf zahir dan batin...daripada kami sekeluarga.

Ahad, 4 Ogos 2013

Ramadhan: Biarkan hati yang berkata...

Ramadhan ...
Terlalu banyak yang sukar untuk kuluahkan di sini.
Semakin lama, semakin sukar...
Sudah 2 ramadhan ayat itu diukir lidahnya.
Terlalu banyak juga yang diakuinya sejak kebelakangan ini.
Apa yang mampu aku lakukan?
Hanya berdoa yang terbaik buatnya...buat kami juga...
Badai itu bukan hanya menimpa ke atasnya...
tetapi juga terhempas ke atas kami juga.
Aku redha...
Tapi pada masa sama, aku bukanlah Siti Khadijah...
mampu menerima apa jua tanpa keluhan...
Hanya doa yang mampu kupohonkan kepada-NYA...
Mudah-mudahan...

Isnin, 29 Julai 2013

Ramadhan bakal berlalu...

Bulan ramadhan ni semua orang sibuk...
Sibuk beribadah...
sibuk membeli-belah..
sibuk berniaga...
sibuk buat baju...
eh, pendek kata sentiasa sibuklah.

Termasuklah diriku ini...
Tak semena-mena menjadi sangat sibuk hingga
tak sempat update blog.
hehehe...

Betul! memang tengah sibuk sangat...
terutama weekend.
Anakanda 3 orang tu sentiasa aje ade aktiviti
menyebabkan umminya sentiasa sibuk...
Diorang ni selalu sangat berjemaah...
Makan nak berjemaah...
main nak berjemaah...
sampaikan buang air besar pun berjemaah jugak...
Bayangkan 3 serentak membuang...
Tak ke sibuk ummi dibuatnye?

Apapun, persiapan tahun ni ala kadar je...
Cuma tambah aktiviti belek gaun bb pula tahun ni...
Yang lain macam biasa...
Beberapa request telah diterima untuk menu raya...
Insyaallah jika tiada aral...Kek coklat cream cheese
akan terhidang sama di pagi syawal..
Dan rancangan nak buat lemang bersama abang nanti...
Cuti sekolah kan lama...?
Tak salah rasanya nak tempuh pengalaman buat lemang pula...
hehehe...

Mudah-mudahan tahun depan dapat bertemu Ramadhan lagi...
agar dapat tambah amal ibadah yang kekurangan tahun ini...
Amin...

Sabtu, 20 Julai 2013

Haw...haw...haw...

Putera H semenjak dua menjak naik umur 4 tahun...
makin bijak bercakap.

Pagi tadi kat taska...
Cikgu: kami tanya hariri, dia suka makan ape? dia kate dia suke nasik lemak...nasik lemak ayah beli...bila
           kami tanya, ummi tak masak nasik lemak ke? Dia jawab, nasik lemak ayah beli je...ummi masak
           tak sedap.

Ummi: Huh! Ggrrrrr......
Hampeh...!

Semalam kat kedai nasi arab...
Ummi: Ha..makan pulak aiskrim tu...selalu kata jilat je takleh makan?
Putera H : ni milo (aiskrim cup milo)...
Ayah: Aiskrim yang mane?
Putera H: Yang tu...(tunjuk poster aiskrim batang)..
Kuikuikui...Iyolah tu...

Kelmarin dalam kereta...
Putera H: Ummi...tadi hariri kena marah...cikgu marah...
Ummi: Kenapa? Hariri tak dengar cakap cikgu kot? Sebab tu cikgu marah...
Putera H: hmmm....
Ummi: Hariri kena dengar cakap cikgu...barulah cikgu sayang Hariri...
Putera H: Hmmm....hariri sayang...hariri sayang abang aiman...sayang akak...
Pulak....

Ni sebahagian kecil je...ade banyak lagi pe'elnye...huhuhu

Jumaat, 19 Julai 2013

Ramadhan 1434

Alhamdulillah hari ni ke...errr...jap kira kat kalendar jap..
Owh! dah 10 hari kita berpuasa.
Sorry-lah. Pelupa dah ni...asik sibuk buat keje pejabat je...
maklumlah baru lepas cuti panjang sampai kengkawan bujang pun
naik jeles kita dapat cuti lelama...hehehe
Kalo jeles...sila cecepat cari partner yang HALAL ye..

Ape citer Ramadhan kali ni?
Alhamdulillah...ade beza berbanding ramadhan dolu2...
Sekarang dah tak tido kat pejabat waktu pagi dah...
Segar je mata, boleh buat keje semua...
Bangun 4.30 pagi, terus buat keje, hantar anak2 ke taska, pegi pejabat, sambung keje lagi...
balik rumah uruskan anak2...tidur jam 10 malam...
Alhamdulillah takdela asik nak pejam je mate ni...
Alhamdulillah, ALLAH buka jalan temukan kami dengan SHAKLEE...
Badan sihat, keje jalan, anak2 n suami terjaga...kihkihkih...
(Promosi sket).

Makan ala kadar...
Beli kat kafe je...sebab takut keracunan.
Puteras pun tak banyak karenah.
Depa suke beno berbuka dengan ummi.
Dengar je azan siap2 bersila depan dulang...
Puteri, kekadang tido...kekadang bangun nak berbuka bersama...

Bangun sahur pun makan sikit je...
tepu bila dah ambik mighty 3 gems dari Shaklee.

Persiapan raya dah mula sikit2..
baju raya puteras dah ada...baju melayu.
Baju kurung puteri dan ummi...on the way...
baju ayah...kalo sempat tengahari ni nak gi tengok jap...
lambat2 sok takut habis pulak kaler yang kita nak cari...
Kali ni...puteras akan sedondon dengan ayah...
Puteri akan sedondon dengan ummi.
Maka, ikut plan ayahnya...pagi raya nanti berdondon-dondonlah kami
ke kedai gambo...ambik gambo dalam studio gittew!
kehkehkeh...
Suar jeans putera H akan dibeli kemudian...begitu juga baju kasual lain dan juga kuih raya...
Beli ala kadar je... Mana yang jarang dipakai...akan diulang guna lagi nanti.
Tak mau membazir...
Anak2 lagi la...
Baju raya tahun2 lepas, banyooookkkk....
Tahun ni dah tak muat.
Putera H dah bulat...kang jadi cam balut nangka pulak.
Putera M pulak, tinggi je...dah senteng kaki la pulak.
Huihuihui...
Nanti kena wat garage sale le...baju suar elok2 lagi dah tak muat.

Ok. nak sambung keje ni...
nanti kita citer2 lagi...

SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL IBADAH ya... :D





Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan 1434

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH...

Sehari setengah sebelum puasa...8.30pm

Suami: Puasa ke tak esok? Tak dengar berita pun...
 Isteri: Abang kat mane?
Suami: Kat pekan Kepala Batas la...
Isteri: hurmmm...esok puasa..
Suami: Orang terawih dah la malam ni...huh! abang nak gi cari masjid mana2 nak terawih. Rugi ni...
(terus letak telefon)

Surau pusat beli-belah pekan Kepala Batas

en. X: Lamanye cik sembahyang...sembahyang sunat ke?
Suami: Sembahyang terawih...
en. X: eh??esok belum puasa...lusa baru kita puasa...
Suami: Isteri saya kata, esok dah puasa...
en. X : Thailand kot...
Suami: ???
 
Isteri...(mod geram sebab ...errr...atas sebab2 tertentu yang tak dapat dijelaskan di sini.)
Huhuhuhu...sebab tu kenakan suami...hahaha...

Ahad, 7 Julai 2013

Rasa

Sumber: Google

Sunyi...

Sabtu, 6 Julai 2013

Pilihan pertama

Dalam hidup ini, aku selalu pilih yang pertama...

Universiti pilihan pertama...
Cinta pertama...
Tesis pun buat cadangan tajuk yang pertama...
Bidang kerjaya pertama...
pendek kata, banyak lagi yang aku pilih pertama...
kecuali beberapa perkara ...

Walaupun pilihan aku tu selalunya susah dan banyak ujian-NYA...
Aku buat jugak sebab aku selalu ingat
kisah yang Bonda selalu ceritakan dulu dan juga
nasihat Bonda.

Kata Bonda,"pilihan pertama itu selalunya ada keberkatan yang terselindung...jangan nanti satu hari kita ucapkan...menyesal aku tak pilih yang pertama dulu...".

Alhamdulillah...berkat nasihat arwah Bonda; aku bahagia dan berjaya dengan pilihan pertama.

Jumaat, 5 Julai 2013

Assalamualaikum!

Apa khabar?
dah lama sangat tak bersiaran.
Ceee...macam dj radio plak...
hehehe...

Baru ja balik ke Penang dan sambung keje di ofis yang
bertimbun tu.
Sekarang ni struggle nak menulis plak.
Semuanya demi anak2 ummi yang tersayang ni.

Apa khabar anak2...?
Putera H demam malam tadi. Hidung sumbat.
Kena angin pulau...memang macam tulah jadinya.

Putera M maintain lagi.
Tapi nak kena standby dah ni...
ada kemungkinan berjangkit.

Puteras dan puteri dok 1 taska.
senang nak jenguk.
Puteri nampak ok dalam jagaan cikgunya.
Tapi rasa macam tak cukup masa nak main dengan dia
sebab sampai umah dah kul 6ptg.
Nak layan puteras lagi...nak suap makan.
nak basuh dan sidai baju lagi...
huhuhu...
kesian anak2 ummi.

Isnin depan, Penang cuti.
Jadinya, nak balik jumpa ayah...
macam biasa la...
puteras setiap masa ingatkan ayah.
Kenalah berkorban balik ke Little House.


 Inilah puteri ummi, Farhani...berkilat pale dia...hehehe. Anak dara ni huduh je...tapi bulat dan yang penting, alhamdulillah dia sihat aje setakat ni.
Dah pandai bersembang...suka tiyak kalo tak layan dia. Suka bila ayah timang dia...
Hrmmm...anak ayah jugak la yang ni pun.





Selasa, 21 Mei 2013

Bila ummi buka laptop...

putera h buat bising...
putera m mintak susu milo...
puteri f menanges nak bergombeng...

siaran tergendala untuk sementara waktu.

Sabtu, 11 Mei 2013

Syukran ya ALLAH!

Alhamdulillah. Hari ni dah 27 hari puteri lahir dan aku berpantang.
Tak lama lagi cukup sebulan usia puteri...
Nama puteri pun dah didaftarkan 17 hari lalu...
Masa mengandung dulu, pernah aku sebut pada abang,
kalau bb girl...ummi nak letak nama 'hani'.
Nak teruskan legasi keluarga kami yang letak nama anak perempuan 'hani'.
Tapi takdelah wajib letak...sebab lepas tu aku pun lupa pasal nama ni...
Sampailah puteri lahir...kami masih takde nama untuk puteri.

Akhirnya, lepas lebih seminggu puteri lahir...kami sepakat letak nama untuk puteri...
NURUL QISYA FARHANI BINTI MUSTAZA.

Cukuplah buat ummi dan ayah permata hati yang akan...
menjadi KESAYANGANKU (Putera Hariri)...
menjadi lambang KECANTIKANKU (Putera Muhaimin (Anaqi))...
menjadi nadi KEGEMBIRAANKU (Puteri Farhani)...

Moga kalian jadi anak yang solehin, cemerlang dunia dan akhirat...
Doa yang indah dari ummi dan ayah mengiringi kalian semua sepanjang hayat kami.
InsyaALLAH.

Rabu, 24 April 2013

PUTERI

15 April 2013...
hanya lewat sejam setengah daripada waktu 3 tahun lepas...
Puteri tunggal kami selamat dilahirkan.
Lahir pada tarikh yang sama dan dibedah juga oleh Dr yang sama, di hospital yang sama
dengan putera M.
Alhamdulillah...tak tahu bagaimana nak ditunjukkan rasa syukur ini...
Sementelah kandungan kali ini amat mencabar dan penuh ujian.

Waktu Dr keluarkan puteri selepas puas tertunggu-tunggu sebab Dr sangat berhati-hati
akibat 2 parut luka pembedahan terdahulu...
Waktu Dr tanya...'boy or girl?'
Penuh yakin kujawab 'girl la Dr...'.
Dr senyum aje. Dia tahu aku memang nak anak perempuan.
Bila Dr angguk sambil tersenyum manis...airmataku mengalir terharu dan bersyukur.

Bila misi bawa Puteri dan suakan ke pipiku...
rasa nak angkat tangan dan sambut Puteri...
Misi tanya, abang ada tunggu di luar atau tidak...
Aku suruh misi pergi tengok je...tak tahu sebab masa itu waktu zohor...
misi cakap, 'jom baby, kita jalan-jalan...'.

Bila kami dibawa keluar, misi sibuk tanya...
Puteri anak perempuan tunggal ayahnye kah?.
2-3 kali soalan yang sama ditanya, akhirnya aku bagitau puteri ada 4 orang kakak daripada ibu yang lain...misi terdiam terus.
Rupa-rupanya misi hairan tengok ayah puteri belek puteri daripada pelbagai sudut.
Mungkin misi yang dulu tak pernah perasan agaknya...
Abang akan belek anak2 dia selepas tiap kali dilahirkan.
Dan penemuan kali ini ialah...
Hidung Puteri kembang.
kekeke...ikut ayahlah, kataku.
Abang kata, 'ummi ada kata hidung kak cik tak masa mengandung dulu...?'
'Mana ade! ummi tak kata kat anak2 ayahlah...'.
kekeke...hidung jadi isu hangat selama seminggu.
Alhamdulillah lepas seminggu, hidung puteri nampak ok...kurang kembang dan ada batang hidung.

Apapun, terima kasih kepada Dr Akram Omar (HUSM) yang sudi memenuhi permintaan kami untuk menjalankan c-sect kali ini.
Terima kasih kepada Dr dari team A yang merawat serta memberi banyak perhatian kepada kami sepanjang di HUSM.
Begitu juga misi2 yang baik hati membantu kami.
Jasa dan budi kalian, hanya ALLAH swt sahaja mampu membalasnya.

Nama puteri??
Ayahnya belum daftar lagi...
Dah sepuluh hari bang...bila nak daftar kelahiran puteri ni?
huhuhu...

Sabtu, 13 April 2013

Sampai sudah...

Dah genap hari...
Cuma tinggal lebih kurang 3 hari je lagi...
Pagi ni semua barang dah siap depan pintu. Kejap lagi lepas hantar puteras
ke rumah mak lang, kami akan berangkat ke New Castle.

Nyaris je nak kena hantar ke Ipoh 2 hari lalu...
Alhamdulillah, semua ok lepas admit wad 1 malam...
Hehehe...discaj sambil senyum lebar.
Sampai rumah terus terbaring lesu...hehu...

Kawan2 yang terbaca N3 ni, doakanlah mudah-mudahan
kami selamat...
Selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke New Castle,
Kami semua sihat,
Selamat melahirkan tanpa komplikasi,
Baby sihat sempurna dan kami boleh balik segera,
Puteras yang tinggal pun selamat semuanya...

Pada kesempatan ini juga saya nak mohon ampun maaf
pada kawan2 yang sering singgah ke blog ini.
Manalah tahu ada N3 yang mengguris hati tanpa disengajakan...
Mudah-mudahan, panjang umus dan sihat tubuh badan...
dapatlah saya terus menulis di blog ini...

Assalamualaikum...

Selasa, 2 April 2013

Aku dan dia...

Hari ni kali kedua aku buka dan dapat tengok drama Adam dan Hawa.
Episod kali ni buat di Tanah Suci.
Aku lihat KAABAH.

Hati jadi sebak tiba-tiba.
Aku nampak pelakon bernama Adam dan Hawa itu macam aku dan abang.
Aku teringat kisah 9 tahun lalu...

Aku dijemput ALLAH menjadi tetamu-NYA.
Aku menghadap kaabah-NYA.
Hati dan fikir kosong.
Sekosong-kosongnya.
Yang aku tahu, aku hanya ingin berdoa dan meminta yang terbaik...
Aku berdoa dan berdoa...
Aku meminta pada-NYA.
Aku berserah seluruh jiwa ragaku pada-NYA.
Hanya pada-NYA.
Aku larut dalam airmata dan rintihan doa.
Dengan sepenuh hati.
Dengan sungguh-sungguh.
Lama.

Bila tersedar, bahuku dicuit.
Bapa di sebelah memberi isyarat ajak pulang ke hotel.
Kebetulan Bonda sakit ketika itu.
Lalu aku bangun dan berpusing membelakangi kaabah-NYA.
Siapa yang terbayang di depan mataku?
Setiap kali doa itu kupohonkan...
Setiap kali aku berpaling ingin pulang...
Setiap kali itulah wajah abang jelas terpampang di ruang mata.
Lalu tanpa prejudis, aku biarkan bayangan itu berlalu.

Berbulan-bulan kemudian...
Barulah aku ceritakan kepada abang...
Setelah pelbagai peristiwa antara aku dan abang berlaku.

Hingga kini, aku ralat kalau ada yang cuba mengeruhkan
hubungan aku dan abang.
Aku tahu dia jodoh anugerah ALLAH padaku.
Dia jodoh terbaik yang ALLAH tentukan buatku...
yang ALLAH berikan jawab-NYA ketika aku bermohon dan meminta
daripada-NYA di Tanah Suci-NYA; di hadapan Kaabah-NYA.

Sabtu, 30 Mac 2013

Giler punye bosan!

29.3.2013; 11.30am

Aku nak masak. Tapi hati aku sakit.
Lagi 2 minggu dah nak bersalin...tapi ada orang timbulkan isu...
macam sengaja nak  aku dan abang bergaduh.

Aku risaukan anak2 sendiri pun jadi salah besar. Mentang2lah aku anak yatim piatu...
takleh ngadu pada sesiapa, takleh minta tolong pada orang lain...
sesuka hati je putar belit ayat2 aku.

Double standard plak tu... kalau nak mintak tolong mesti adik diorang je yang boleh
cakap...patutlah bila aku gesa2 minta tolong, sebab nak beli pampers habis atau susu habis...
trus tarik muka atau siap bagi hints kata taknak jaga budak...aku faham...tapi dulu siapa yang menyanggup? sekarang bila dah jadi kenyataan, siap adegan tarik muka, marah2, dan sekarang ni buat isu plak. Cakap jelah terus-terang tak nak tolong aku sebab aku bukan adik diorang. Tak payah buat isu.

30.3.2013; 1.14am

Sambung semula...
Finally, aku dan abang bermasam muka tengahari tadi. Abang kata, berbincang...
tapi hati aku memang tahap mendidih. Aku sebut semua yang aku cakap dengan keluarga dia hari tu.
Bila aku rasa abang memang tak nak dengar dan terima penjelasan aku...terus aku jadi malas nak bercakap.Kalau dia nak menangkan adik-beradik dia...biarlah.

Tapi lepas ni kalau aku buat tak layan je...jangan marahkan aku. Diorang yang nak aku buat begitu.
Dah banyak tahun aku sabar dan merendah diri. Kata macam2 pun aku diam dan beralah. Benci pun aku hadap juga pergi rumah diorang. Tapi kali ni...bila aku risaukan anak2 aku sebab aku tahu anak2 aku susah nak jaga...hiperaktif...niat aku nak ringankan beban diorang je sementara aku kat wad tempohari...plus, aku tetiba jadi takut dengan bayangan yang bukan2...tapi diorang putar belit ayat aku dan mengadu pada abang macam aku buat dosa besar...minta maaflah kalau aku malas nak peduli perihal korang lagi dah... bak kata seseorang "tak rugipun tak baik dengan diorang".

Ambik tuala, masuk bilik air...nangis puas2. Keluar...siap2. Masak, hidang dan tunggu abang makan lepas dia balik solat jumaat. Lepas tu aku bawa putera M tido sampai lewat petang. Putera H macam biasa...tak tido petang kalo dok di kg. Dia seronok ikut ayahnya solat asar dan g kenduri.

Alhamdulillah...malam ni hati rasa tak marah pada abang lagi. Tengok movie sama2, kemudian aku suruh je dia balik sebab dia dah banyak malam dengan kami. Aku memang dah sarat dan tak larat. Tapi, aku malas nak dengar kisah orang 'kurang kasih sayang' dan 'terbiar'...
Nanti ada pulak isu baru timbul kalau orang tengok abang hari2 dok dengan kami je...
Bosan kan?!!

Selasa, 26 Mac 2013

Ujian demi seorang zuriat...

Alhamdulillah. Pagi ni dah boleh duduk di rumah. Tapi masih pening2 kepala bila buat kerja.
Apa nak buat...dah 7 hari dok berehat kat katil hospital. Kerja pejabat menimbun nak disiapkan.

Lagi 2 minggu, baru sampai masa melahirkan. Tapi nak sampai 2 minggu itu macam2 perkara berlaku. Sakit sedikit pun dah boleh melarat jadi teruk.

Puteras terpaksa tinggal di kg. Hari2 telefon tanya bila ummi nak balik. Sekali dua tanya, ummi masih boleh jawab dengan elok. Masuk kali ketiga, airmata ummi turun macam hujan lebat. Rindu sungguh!

Semalam, bila abang datang ambil di hospital...dia pun buat drama macam anak2 jugak. Lama sangat 7 hari kan? Kesian abang dan anak2... Puteras pun dah pandai sebut rindu kat ummi masa ummi sampai nak ambil diorang di rumah mak langnya.

Lagi 2 minggu, tinggal lagi puteras...kesian diorang. Nak bawa, tak boleh...nanti ayahnya tak sempat pula.

Apapun, hanya doa dan tawakkal sahaja kepada ALLAH swt yang dapat dibuat. Mudah-mudahan kami semua selamat walau di mana jua kami berada. Amin!

Khamis, 14 Mac 2013

Menghitung hari

Wah! macam lagu Kris Dayanti pulak... hehehe
Tinggal beberapa minggu je lagi, kami akan menyambut kehadiran ahli keluarga baru.
Badan pun makin mudah lelah...tapi semangat nak siapkan kerja.
Ada sedikit lagi yang perlu disiapkan.
Harap-harap, sebelum minggu terakhir bulan Mac ni, semua dah selesai.

Barang-barang pun dah masuk dalam beg.
Cuma beg baju ummi je yang belum siap sepenuhnya...
Oleh sebab merancang nak bersalin di HUSM lagi, maka stok baju kena banyak.
HUSM tak sediakan baju pesakit...tak tahulah kot dapat budget baru dan sudah ada bangunan dobi sendiri ni, ada pulak uniform pesakit.
Kalo masuk GH atau MH, Penang... baju pesakit memang mewah.
Mewah sebab bila2 rasa nak tukar boleh tukar. Stok berlambak2. Bawa baju nak discaj je...
Seronok jugak kalo camtu, kan?

Beg baby dah siap sebulan yang lalu. Tapi dah dekat 10 kali buka dan punggah semula...
Setiap kali punggah, ada je barang yang ditukar atau ditambah...sudahnya, beg dah padat...macam nak kena tukar beg lain je...huhuhu...

Selasa lepas pegi lagi ke Klinik Dr Tan.
Scan lagi...sesekali dia bagi tengok imej 4D...seronok sangat bila dapat lihat baby gerak2. Tapi muka tak jelas sangat sebab tali pusat dok depan hidung. Ummi rasa kali ni, anak ummi besar. Lebih kilo daripada abang Putera M...abang Putera H usah bandinglah kan...memang kalah punye...
Dr bagitau...baby dah 2.2 kg. Bila dia tunjuk jantina...dia siap pesan..."ini jangan ubah lagi aaa??". Hahaha! dia tahu aku tak berapa percaya dengan hasil scanner dia...Sorrylah Doc, Dr kat HUSM sudah kasi saya kompius ooo...! Apa2pun, ummi redha (baca: belajar redha) apapun yang ALLAH swt beri nanti.

Tarikh lahir nampaknya, mungkin sama dengan abang Putera M atau kakak Najihah. Ahad ni ke HUSM, tunggu Dr bagi tarikh...tapi macam nak adjust le kalo boleh...Kalo ikut Dr Tan, tarikh untuk ceaser seeloknya 10 hari sebelum duedate...Hmmm...cam takde harapan je nak adjust lewat sket. hehehe...

Kalo dapat, sehari dua ni nak beli barang2 terakhir untuk masuk dalam beg ummi. Harap ada orang sudi jaga abang Putera H dan Putera M....

Khamis, 28 Februari 2013

Puteras lagi...

Kebelakangan ini, banyak juga situasi di luar jangkaan berlaku. Letih sangat2 sebab dalam keadaan semakin sarat ni...kena juga buat semua yang sepatutnya dah tak dibuat. Contohnya, memandu jauh hampir 300km sehari. Alhamdulillah, ketua yang baru amat memahami. Bukan aku sengaja nak buat begini...tapi situasi yang aku alami sukar nak dijelaskan pada orang lain. Tak mengapalah...apapun, pesananku berhati-hatilah apabila kita berada di luar rumah...tidak kira waktu berjalan, bekerja, mahupun ketika makan di restoran atau kedai.

Jauh melencong...
Terkenang kisah puteras yang semakin membesar. Semenjak 2 menjak ni, putera H asik gelar diri dia baby ayeye je kalau orang sebut perihal baby. Akalnya banyak sekali...
Dia faham dirinya seorang abang. Terlalu melindungi adik sampaikan kalau putera M buat sesuatu dan dia larang, jika tidak diturut, siaplah si adik jadi mangsa kemarahannya. Tak kiralah sama ada ditampar muka atau kalau marah sangat, digigit. Geram juga sebab aku sendiri pun tak main tampar atau gigit mereka kalau marah.

Putera H juga sudah boleh dibawa berbual. Ayatnya sudah kompleks. Dia juga tahu nak menjelaskan sesuatu dengan cara kefahamannya sendiri. Boleh bercerita tentang sesuatu yang dia sudah pelajari, lihat, atau diingatinya.

Tapi cuma satu aje... Putera H bertutur banyak menggunakan daun lidah. Bukan hujung lidah. Oleh sebab itu, ramai orang kata dia pelat walaupun sebenarnya sebutannya betul. Betullah pelat tu...pelat sedikit. Ada juga unsur manja dalam pertuturannya. Sebab itu jadi begitu.

Putera M pula lebih fasih. Sebutan pertuturannya jelas, suaranya ada masanya besar terutama kalau dia gelak. Banyak beralah dengan si abang. Jika abang tiada atau tidur barulah dia akan bermanja dengan ummi dan ayah atau bermain dengan benda yang sebelum ini dia teringin nak main tapi dimonopoli oleh abang.

Sikapnya sedikit menentang arus. Jika dilarang, akan lebih buat lagi. Kata abang, hanya kanak-kanak yang kurang kasih sayang aje akan menunjukkan ciri-ciri ini. Tapi putera M ni terlebih manja dah rasanya. Mungkin sebab abangnya lebih dominan menyebabkan dia rasa haknya terabai... Mulai minggu lalu juga, ayahnya dah buatkan tempat tidurnya di dalam kereta. Sebelum ini asik tidur atas riba ummi aje... nak kongsi tempat tidur dengan abangnya...ermmm jangan harap. Kami beritahu dia, ni tempat tidur adik...serupa macam abang ada tempat tidur.

Sebab utama buat tempat tidur ni ialah aku dah tak larat nak meriba dia tidur. Badang dah tinggi dan besar. Sakit pinggang, punggung aku meribanya walaupun duduk atas kusyen tebal. Lagi pula perut dah besar...senak dan tak cukup nafas dibuatnya.

Walaupun, ada sikap yang berbeza...tapi adik banyak ikut perbuatan abang. Kalau tak buat kang, abang marah. Sekarang ni putera H selalu banding perut dia selepas makan banyak dengan perut aku. Perut besar, katanya. Putera M pulak terkinja-kinja bila beritahu tentang baby. Bila tanya nak kawan dan main dengan baby tak? Kedua-duanya macam seronok sangat sambil lekapkan telingan ke perut ummi.

Apapun, ummi berdoa setiap hari mudah-mudahan ALLAH swt permudahkan segalanya setiap hari dan masa-masa akan datang. Semoga ummi dan ayah dapat mendidik dan mengasuh semua anak-anak ummi dan ayah menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

Isnin, 25 Februari 2013

Cabaran tanpa pengasuh

Semenjak dua menjak ni, aku sangat tercabar dengan kesihatan diri dan juga anak-anak yang sedang ligat meneroka dan tiada pengasuh.

Macam2 yang bersimpang-siur dalam minda ni. Sampai pernah terjaga tiba-tiba dari tidur, jantung berdegup kencang...tekanan darah naik mendadak.

Bimbang dibuatnya mengenangkan kalau sakit bukan seorang tetapi berdua. Si kecil dalam kandungan ni perlu dijaga elok2 supaya dapat lahir setelah usianya 38 minggu. Tak ingin peristiwa kelahiran putera H dulu berulang lagi.

Menempuh hari2 tanpa mak ayah sangat mencabar. Segalanya tanpa bantuan kecuali mengharap belas ehsan ALLAh swt sahaja. Beruntunglah jika ada mertua yang sudi membantu.

Situasi aku, walau ada ipar yang sudi membantu...tetapi kalau adiknya ada...dia mahulah menjaga puteras. Kalau aku yang meminta, berat aje dia nak menolong. Burukkan persepsi aku terhadap ipar. Entahlah...tapi berdasarkan pengalaman...yang selalu merapatkan diri dengan mereka senang aje mereka menolak, tapi kalau yang mengutuk mengata di belakang, bukan main baik lagi layanan mereka. Kalah anak raja...

Huh! aku mengumpat di pagi-pagi separuh buta ni pulak. Apapun, aku sangat stress dan sedih sebab masa aku susah begini, sukar benar orang nak menolong. Masa aku senang, ramai pulak yang menempek2...

Entry sedikit berangin...

Jumaat, 22 Februari 2013

Jangan tak seterika tau...!!

Letih longlai pulang dari kerja kelmarin, abang menolong sidai baju yang sudah dibasuh dan uruskan anak2 yang sudah sehari suntuk tinggal dengan mak lang mereka.

Dapat baring sekarang ni memang satu nikmat yang tak terkata. Rasa tak nak bangun ...

Sambil baring dan sambil melayan rasa sedikit bersalah sebab terpaksa biarkan abang buat kerja rumah...

Esok nak bawa 3 helai baju batik... Kena pakai baju batik pulak.

Yang seterika siap dah habis pakai kan?

Haah...ummi tolong seterika ye?

Hehehe...malam ni dah tak larat. Esok pegi pukul berapa?

Pukul 8 dari sini...lepas subuh abang balik sini semula.

Pagi esoklah ummi seterika...

Oke...jangan tak seterika tau!!

Ai...pasal apa cakap macam tu?

Hehehe...pasal anak murid abang selalu jawab, jangan ok aje tau!

Oh! petrol kongsi2 ye....?

Lepas abang balik, jam 4.30 pagi aku terjaga. Putera M merengek mintak susu.
Terngiang-ngiang di telinga...jangan tak seterika tau!!

Cess! takkan pukul 4.30 pagi nak bangun seterika baju kot?
Lepas subuh esok ajelah...tapi suara abang terngiang-ngiang di telinga.
Sangat mengganggu rasanya...

Jam 6.30 terjaga. Terus aje bangun. Lepas solat subuh, terus mengadap meja seterika...
Jam 7.30 pagi, abang pulang...

Saayang isteri abang. Tolong seterikakan baju abang semua. Cukuplah stok 3 hari ni...

Maceeh...ayat 'jangan tak seterika tau!' buat orang takleh lena semalam...huhuhu...

Khamis, 31 Januari 2013

Postnatal Care

Alhamdulillah...
95% persiapan untuk bercuti panjang sudah siap.
Persiapan untuk diri...
Persiapan di pejabat baru siap 35% sahaja.


sumber: en. google
sumber: en. google

sumber: en. google
sumber: en. google


sumber: en. google


sumber: en. google


Kali ni ambik set campur...
Tak nak membazir...insyaallah...
Cari yang senang makan dan senang guna.
Semua dah diterima pagi tadi...
Setakat ni, herbal massage oil tanamera paling memikat...
bau serai ...sangat2 wangi...
Yang lain tak buka lagi...
Nanti balik nak guna herbal soap tanamera dulu untuk mandi...
hehehe...

Apapun, 70 hari lagi dalam penantian...
Mudah-mudahan Allah permudahkan dan rahmati kami semua...
Amin.


Rabu, 30 Januari 2013

Janji

Aku menangis dan menelefonnya tatkala blog ini sudah kubaca.
Tuntutan sama yang sering kutanya dan kuminta dia mengulangnya sejak 15 tahun lalu...
Apalah yang ada pada janji seorang makhluk berbanding janji ALLAH Yang Maha Kuasa...
Lalu aku berdoa agar janjinya ALLAH kotakan...

"Janji ye...jangan tinggalkan saya ... jangan tinggalkan saya dengan anak2...
saya takkan kuat menghadapinya...". :-(



Selasa, 29 Januari 2013

GH...oh GH...

Dua kali pengalaman hamil sebelum ini...
Walaupun ada kisah sedih tapi aku berasa selesa sebab para doktor dan jururawat
merawat dan membantuku dengan berhemah dan berbudi bahasa...

Tetapi pengalaman hamil kali ini...
Aku rasa sangat teruji...
Ingin salahkan doktor KKM ?
Entahlah...
Walau cuma segelintir...
tapi aku rasa serik dan sedih dengan doktor yang sepatutnya mesra rakyat ni...
Sudahlah yang 'assist' setiap bulan hanya doktor yang sedang
buat 'houseman' dan ada 2-3 kali sahaja MO...
Setiap kali pergi atau balik dari KKIA atau GH, memang hati jadi resah risau...
tekanan darah naik dan terus jadi tak ceria...

Macam manalah aku nak bersalin di GH kalau macam ni...
Taknak jadi macam pengalaman arwah blogger ni...
Cukup hanya monthly checkup dah buat aku serik...
:-(



Rabu, 16 Januari 2013

Flannel untuk baby...

Beli barang di tesco xtra petang kelmarin...

"kak, ni bedung baby ke ni?" sambil tunjuk bedung moden ada compartment dan zip zap tu...
"ye, bedung. Baru dapat baby ke?"
"Sebulan dah...tapi tangan asik terkeluar je...bedung dengan kain lampin...," kata
si ayah yang muka agak serabai...mungkin tak cukup tidur sebab berjaga malam...

Hehehe...rasa nak tergelak pun ade...
bedung dengan kain lampin sat je dik...
baru lahir ke 2 minggu boleh lagi...
tapi kalo baby besar? ha...kan dah tak muat tu...

Carilah kain flannel...
Kain kapas...selesa...panas je untuk baby...
Bungkus dengan kain flannel...sekejap je baby dah besar.
Macam dia dok dalam 'rahim' ibu je...

Kalau budget besar, carilah yang jenis mahal..
kalu budget kecil, beli je yang meter kat Kamdar ke...Nagoya ke...
Baru RM4-RM6 je semeter...

Untuk baby,
aku dah beli 6 corak kain flannel...semeter setiap corak...
Walaupun tak dapat corak yang lawa2 macam flannel mahal tu...
Tapi, cukuplah.
Sampai umur 4-5 tahun nanti boleh buat selimut dia...
Cuma aku tak jahit tepi je...mood menjahit dah ke laut...
sejak bedding set die siap 2-3 minggu lepas...
hehehehe...









Isnin, 14 Januari 2013

Kisah Putera H dengan kunci

Hehehe...macam citer kat tv plak tajuknye...
Ye, kisah tentang Putera H yang makin banyak karenah.

Semua benda yang ummi dan ayah ada, mesti juga ada satu salinan pada dia.
Begitu juga dengan kunci rumah...

Kisah 1
Bulan lepas, Putera H ikut ayah balik ke Little House.
Dia tengok ayah ada kunci mangga pintu gril...
Dia pun sibuk2 nak buka sendiri kunci tersebut.
Ayahnya izinkan dan ajar pula dia buka kunci sendiri.
Lepas itu, automatik kunci tersebut jadi milik dia.
Ayahnya mintak nak simpan dia kata,
"ni punci (penggantian konsonan) Ayeye".

Sampailah ayahnya nak hantar semula dia ke rumah
kami di Penang.
Bila nak kunci mangga tersebut, kunci tak jumpa.
Nak tanya Putera H, dia tidur pulak.
Sudahnya, ayah tukar mangga lain.

Kisah 2
Kami terpaksa balik ke Little House tergesa-gesa sebab
ummi nak kena isi SKT dan fail penting masih di Little House.
Waktu kami balik, ayah keluar daerah.
Semasa baru sampai, kami lepak di rumah Mak lang Putera H dan Putera M.
Hampir senja baru kami balik ke Little House.
Tak jauh mana pun... 20-30 meter je jaraknya...

Sampai di Little House, nak buka mangga tak boleh...
Badan memang demam tambah pula dalam keadaan terpaksa...
tentu saja tak larat dan sangat keletihan.
Telefon ayahnya, nak tanya kunci...
tak jawab pula..
hari dah makin gelap.
Sampai satu tahap, dah mula menangis sebab terlalu geram.
Bila ayah angkat telefon 15 minit kemudian,
tak pasal2 ayah kena marah...
sebab tukar kunci mangga tak bagitau.

5 minit kemudian, Mak langnya datang bawak kunci selonggok.
Cuba2...alhamdulillah berjaya.
Kalau bagitau awal, kunci ada pada Mak langnye...kan kurang dosa ummi kat ayah...
huhuhu...

Kisah 3
Kami balik ke Little House hari minggu.
Putera H dan Putera M ikut ayah keluar ke pekan.
Balik rumah, ayah bagitau Putera H korek2 kat tempat duduk belakang
dan bagitau ayah...
"ni punci Ayeye...".

Huhuhu...geleng kepala ayah sebab dah seminggu ayah cari kunci tu tak jumpa.
Kunci mangga pintu gril Little House sebelum ditukar sebab kunci hilang.
Rupa2-nya bukan hilang...
Putera H siap sorok sebab kata itu kunci dia.
Dan ayah, dah beberapa kali punggah semua tempat dalam kereta
untuk cari kunci itu.

Putera H pegang kunci itu sampai tido malam.
Kami semua tak diizinkan simpan apetah lagi pegang kunci dia.
Bila cuba simpan, putera H melalak macam kena dera.

Subuh2 waktu ayahnya nak pegi surau...
terpaksa cari kunci bawah belakang putera H.
Ambik pelan2 je takut dia sedar.
;P

Kisah 4
Ayah punggah kotak barang nak cari alat tukangnya.
Putera H nampak selonggok kunci mangga..
terus ambil, pergi ke pintu dan cuba buka mangga...
Berjaya.
Bermulalah satu episod lagi...
Kisah Putera H dengan kunci_gril asik terkunci nak keluar
masuk pun payah_Putera H berguling melalak kalau ambik kunci die...
huhuhu...

Selasa, 8 Januari 2013

2013 dan buah tangan dari Turki

Selamat menyambut tahun baru 2013...
Dah 8 hari dah pun di tahun baru ni...
Azam tahun baru??
Azam tahun ni nak kotakan azam yang tertangguh...
InsyaALLAH.

Oh ye...
dekat2 nak masuk tahun baru tempohari,
ada buah tangan dari Turki...
TERIMA KASIH BANYAK-BAAAAAANYAKKKK
kepada pemilik http://mohkembara.blogspot.com/
kak helibra yang sangat peramah... :D
Beliau sudi membawa dan mengepos sebagai buah tangan
biarpun niat asal nak beli... hehehe..
Maceeeh kak...

Apapun, buah tangan tu baru buka satu...
satu lagi sayang nak makan...
nantilah... ;P

Takleh tulis panjang2 hari ni sebab ade
tanggungjawab lebih besar sedang menunggu.

Nanti kita citer lagi ye...
Babai...