Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 28 Februari 2013

Puteras lagi...

Kebelakangan ini, banyak juga situasi di luar jangkaan berlaku. Letih sangat2 sebab dalam keadaan semakin sarat ni...kena juga buat semua yang sepatutnya dah tak dibuat. Contohnya, memandu jauh hampir 300km sehari. Alhamdulillah, ketua yang baru amat memahami. Bukan aku sengaja nak buat begini...tapi situasi yang aku alami sukar nak dijelaskan pada orang lain. Tak mengapalah...apapun, pesananku berhati-hatilah apabila kita berada di luar rumah...tidak kira waktu berjalan, bekerja, mahupun ketika makan di restoran atau kedai.

Jauh melencong...
Terkenang kisah puteras yang semakin membesar. Semenjak 2 menjak ni, putera H asik gelar diri dia baby ayeye je kalau orang sebut perihal baby. Akalnya banyak sekali...
Dia faham dirinya seorang abang. Terlalu melindungi adik sampaikan kalau putera M buat sesuatu dan dia larang, jika tidak diturut, siaplah si adik jadi mangsa kemarahannya. Tak kiralah sama ada ditampar muka atau kalau marah sangat, digigit. Geram juga sebab aku sendiri pun tak main tampar atau gigit mereka kalau marah.

Putera H juga sudah boleh dibawa berbual. Ayatnya sudah kompleks. Dia juga tahu nak menjelaskan sesuatu dengan cara kefahamannya sendiri. Boleh bercerita tentang sesuatu yang dia sudah pelajari, lihat, atau diingatinya.

Tapi cuma satu aje... Putera H bertutur banyak menggunakan daun lidah. Bukan hujung lidah. Oleh sebab itu, ramai orang kata dia pelat walaupun sebenarnya sebutannya betul. Betullah pelat tu...pelat sedikit. Ada juga unsur manja dalam pertuturannya. Sebab itu jadi begitu.

Putera M pula lebih fasih. Sebutan pertuturannya jelas, suaranya ada masanya besar terutama kalau dia gelak. Banyak beralah dengan si abang. Jika abang tiada atau tidur barulah dia akan bermanja dengan ummi dan ayah atau bermain dengan benda yang sebelum ini dia teringin nak main tapi dimonopoli oleh abang.

Sikapnya sedikit menentang arus. Jika dilarang, akan lebih buat lagi. Kata abang, hanya kanak-kanak yang kurang kasih sayang aje akan menunjukkan ciri-ciri ini. Tapi putera M ni terlebih manja dah rasanya. Mungkin sebab abangnya lebih dominan menyebabkan dia rasa haknya terabai... Mulai minggu lalu juga, ayahnya dah buatkan tempat tidurnya di dalam kereta. Sebelum ini asik tidur atas riba ummi aje... nak kongsi tempat tidur dengan abangnya...ermmm jangan harap. Kami beritahu dia, ni tempat tidur adik...serupa macam abang ada tempat tidur.

Sebab utama buat tempat tidur ni ialah aku dah tak larat nak meriba dia tidur. Badang dah tinggi dan besar. Sakit pinggang, punggung aku meribanya walaupun duduk atas kusyen tebal. Lagi pula perut dah besar...senak dan tak cukup nafas dibuatnya.

Walaupun, ada sikap yang berbeza...tapi adik banyak ikut perbuatan abang. Kalau tak buat kang, abang marah. Sekarang ni putera H selalu banding perut dia selepas makan banyak dengan perut aku. Perut besar, katanya. Putera M pulak terkinja-kinja bila beritahu tentang baby. Bila tanya nak kawan dan main dengan baby tak? Kedua-duanya macam seronok sangat sambil lekapkan telingan ke perut ummi.

Apapun, ummi berdoa setiap hari mudah-mudahan ALLAH swt permudahkan segalanya setiap hari dan masa-masa akan datang. Semoga ummi dan ayah dapat mendidik dan mengasuh semua anak-anak ummi dan ayah menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

2 ulasan:

  1. Salam lady,

    Sorilah lama akak tak singgah sini. Alhamdulillah another baby on the way. Semoga semua selamat dan Lady bahagia selalu.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Ani,
    Terima kasih sudi singgah.
    Saya pun dah jarang menulis...
    Selalu jenguk blog kak ani tapi baca untuk tahun berita terkini je...hehehe...
    Semoga kak Ani dan keluarga juga sihat dan diberkati ALLAH swt sentiasa...

    BalasPadam