Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan...selamat datang!

Bonda
Ramadhan datang lagi...
Alhamdulillah kami semua sihat untuk menyempurnakan
ibadah puasa pada tahun ini, insyaallah.

Ramadhan tahun ini, sudah 5 ramadhan bonda tiada bersama.
Adik rindu sangat-sangat.

Bonda
Minggu lalu rumah kami dipecah masuk pencuri.
Habis barang elektronik diambilnya termasuk
seutas rantai yang bonda belikan untuk adik sejak adik kecil2 dulu.
Adik lalai...adik lupa nak pakai rantai tu pada hari kejadian.
Hilang sudah kenangan adik dengan bonda...

Bonda
Gambar2 cucu-cucu bonda pun dah tiada lagi.
Semua gambar mereka adik simpan dalam laptop.
Video mereka masih bayi hilang sekelip mata.

Tapi bonda...
Semua itu adik boleh bina semula.
Apalah sangat dengan dunia...
Cuma adik masih trauma.
Setiap kali melangkah masuk ke rumah, lutut adik menggeletar.
rumah itu sudah tidak menenangkan hati adik setiap kali
balik kerja.
Adik bimbang cucu2 bonda diapa-apakan jika pencuri itu
masuk waktu kami berada di rumah.
Adik trauma dengan kehilangan...
Kehilangan bonda saja pun tinggalkan kesan yang
amat lama pada adik.

Bonda
Adik balik jumpa bapa sabtu lalu.
Bapa nampak lemah.
Nak buka tutup tupperware pun tak mampu.
Adik menangis dalam hati...
Adik tahu, kita semua akan berpisah juga satu hari nanti...
Tapi untuk kehilangan dalam masa terdekat ini, adik tak upaya
untuk menghadapinya lagi.

Bonda
adik nampak janji ALLAH semakin hampir.
berlegar-legar di sekitar adik.
ujian demi ujian yang melanda sepanjang tahun ini,
buat adik rasa gementar.
Adik tak pasti...
tapi adik dapat rasa adik akan kehilangan lagi tahun ini.
sama ada yang sakit atau yang sihat...
atau adik sendiri barangkali.

Bonda
kalau Ramadhan tahun ini bonda pulang menjenguk kami...
Bonda datanglah ke rumah adik...
datanglah dalam mimpi adik...
Adik rindu nak peluk dan cium bonda.
Adik rindukan bonda...amat-amat...

2 ulasan:

  1. Salam dik, jgn la buat entri yang sedih cmni.
    Harap bersabar ye, nanti ahkak cuba tolong, wpun kita jauh beratus KM..

    BalasPadam