Maha suci ALLAH yang mengurniakan segala sesuatu ke atas hamba-hamba-NYA.
Berbuka petang ramadhan ke-9,
cuba makan agak banyak untuk kembalikan tenaga.
Tapi gagal...
Lepas berbuka terus menggeletar satu badan.
Terpaksa bawa putera main dalam bilik sambil baring2
untuk pulihkan tenaga.
Terlena juga selepas jam 9 malam.
Jam 11, waktu menjawab panggilan abang,
ketar masih bersisa.
Abang suruh tidur je...biar tenaga cepat kembali.
Entah apalah ujian seterusnya ini.
kena buat ujian kesihatan lagikah?
Moga-moga, petang ini tidak seteruk kelmarin...
dah ada isi baru ker dik?
BalasPadamtaklah kak... tak tau nape teruk benar tahap kesihatan lepas demam selsema awal pose hari tu.
BalasPadamPagi-pagi mesti demam...asik tido je...
berbuka takleh nak makan...tak selera langsung.
sahur je...kena paksa sket.huhuhu