Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 4 Ogos 2011

Putera H lagi...

Semenjak 2-3 minggu ni putera H selalu je buat perangai...
Kekadang lepas mandi tak nak pakai seluar.
Kalau dipakaikan juga, nanti dia akan buka sendiri.

Mula-mula aku memang marah juga dengan perangainya.
Lepas itu, aku start fikir...apa masalah anak aku ni...
Rupa-rupanya dia tak nak pakai seluar pendek...
seluar 3 suku, termasuk juga seluar panjang yang tak ade jerut kaki.
Huhuhuhu...

Jadinya di rumah kami sekarang ni, sudah ada pegawai baru...
Pegawai QC...
Setiap kali nak pakai seluar atau baju...
kena tunjuk dulu pada putera H...
Kalau geleng, tak payah pujuklah...
Kalau diam atau ada bunyi "Ahha!", tambah dengan muka tiba2 jadi
ceria...barulah boleh disarungkan ke badan En Putera H sorang ni.

Perangai sapalah diikutnya ni...?
Banyak songeh betullah. Huhuhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan