Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 22 November 2010

Solution vs solusi

Beberapa minggu kebelakangan ini, aku dan abang banyak bermusyawarah bersama.
Kerap juga kami berbual lama di telefon.
Banyak kali juga aku bermain psikologi dengan abang...
begitu juga abang...

Lalu dalam kemelut yang melanda...
Aku 'diketemukan' ALLAH swt dengan sesuatu yang menenangkan jiwa
sekaligus turut menimbulkan rasa cemburu yang menggunung dalam hatiku...

Aku pernah menulis tentang Solusi sebelum ini...
Bagi aku yang 'jahil' ini...
majalah ini memang menjadi "panduan hidup bersyariat" buatku.
Maklum saja...aku sebelum ini dituduh tidak mengikut syariat...
Tetapi ALLAH Maha Kaya...

Solusi isu no. 24.
Kubeli minggu lalu.
Sebelum ini ada juga beli, tapi seperti biasa RM9 kurasakan terlalu mahal
berbanding RM3.30 x 4 untuk membeli majalah Mingguan Wanita.
Betapa nipisnya imanku...huhuhu

Kali ini, aku tertarik dengan tajuk isu...
PANJANGKAN USIAKU...
dan kutemui juga tajuk SEDEKAH CINTA...
ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH....

Penulisan seterusnya bukan diambil daripada Solusi, tetapi
isi hati seorang aku berintipatikan isu dalam Solusi.

PANJANGKAN USIAKU

Aku tahu banyak masaku yang terbazir sebab kelalaianku.
Terkadang aku lupa...
selalu juga aku tidak bersyukur...
kerapkali juga aku sengaja melupakan
betapa kalau ALLAH mahu mengambil segala yang dipinjamkan-NYA
daripadaku...DIA tidak akan bertangguh walau sesaat pun.

Hidup yang serba singkat ini...
makin jarang juga kuisi dengan perkara yang bermanfaat.
Tidak menjengah majlis ilmu...
Jarang berzikir...
apalagi amalan-amalan yang lain...
yang belum tentu sempurna.

SEDEKAH CINTA

Lalu, sebagai seorang wanita dan isteri,
ternyata aku sangat memerlukan "sedekah cinta" daripada suami;
selain sedekah yang kulakukan sendiri.
Sedekah yang kuharapkan dapat membuka sedikit jalan
untuk mencari syurga ALLAH.

Kata ustaz Pahrol Mohamad Juoi ...

"...Tindakan suka melaknat dan tidak membesarkan pemberian suami
ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita...".

"...Ingatlah bahasa yang baik datang daripada orang yang baik. Tetapi,
jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor...".

Justeru,

"...Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada
diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat dari neraka.
Insya-Allah, Allah akan "menyedekahkan" mereka berdua dengan cinta-NYA.
Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!"

BIDADARI SYURGA

Dan aku berasa sangat cemburu apabila membaca petikan ini...

"...para bidadari ini sangat merindui dan mencintai suami-suami mereka.
Mereka sering berkata, " Demi Allah, tidak ada di dalam syurga ini sesuatu
yang lebih indah daripada engkau. Demi Allah, tidak ada di dalam syurga ini
sesuatu yang lebih aku cintai daripada engkau...".

"...Kerana besarnya cinta seorang bidadari kepada suaminya, mereka seringkali
mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi...".

"...Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: " Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan
isterinya dalam kalangan bidadari berkata, 'Celakalah engkau, ia hanya sementara
bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami".

SUBHANALLAH...
Maha Suci-MU ya ALLAH...
menemukanku dan abang dengan penenang jiwa ini.
Barangkali juga ini peringatan buat kami...
Tidak mustahil juga ini "pintu" seterusnya yang harus kami lalui
untuk meneruskan kehidupan ini.
Dan mungkin juga, khabar gembira tentang janji-janji-NYA.

SELAMA HAYAT INI

"... insafilah...kurniaan seorang suami atau isteri melalui perkahwinan
hanyalah satu jalan daripada jalan-jalan menuju redha Tuhan...".

Mudah-mudahan ALLAH memanjangkan jodoh kami
di dunia hingga akhirat.

Wallahu'alam...

2 ulasan:

  1. salam. tu la...asik baca majalah mangga je...hehe

    BalasPadam
  2. salam kak...
    huhuhu...tu la pasal...
    ;P

    BalasPadam