Hidup ini hebat.
Allah swt menjadikan setiap sesuatu dengan beralasan dan bersebab.
30 tahun hidup memang satu masa yang panjang.
Pelbagai ragam dan rencah karenah telah dilalui.
Dulu masa kecil, tak pernah terfikir perjalanan hidup sebegini.
Tapi bila semakin dewasa...
banyak perkara tidak terduga yang terpaksa kita tempuh.
Ragam zaman remaja
mencabar tetapi tidak begitu dalam kesannya.
Berdepan dengan kawan2 yang taasub dengan sesuatu perkara.
Contohnya; lagu, individu, hobi, dsb...
Ada yang tinggal parut lama tapi sakitnya
sebentar cuma.
Tapi bila masuk alam dewasa...
Ragam manusia lagi banyak.
Ingatkan dah usai perihal diri sendiri,
tak perlu fikir hal orang lain...
rupanya tidak.
Baru-baru ini...
baru aku tahu ada speciality orang yang aku tak boleh
ambil-alih.
Walaupun aku boleh buat sebaik individu tersebut...
tapi ianya menyebabkan ramai yang enggan
hadir ke majlis aku.
Aku minta abang izinkan aku buat keputusan sendiri
selepas ini.
Aku mahu pembaharuan.
Aku mahu perbezaan.
Bukan ulang tayang atau perbandingan.
Tapi, macam biasa...
bila sakit mula terasa...
aku akan bangun dan kembali ke tempatku.
Enggan menambah parah di hati.
Lalu diri kubawa pergi...
Biarlah apa orang kata...
aku takkan berbicara.
Satu waktu, bila aku kembali...
aku takkan peduli apa-apa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan