Ayah: Adik, mana abang?
Ummi: Panggil abang masuk, pakai pampers.
Putera M: Ha? Ha? Tu...abam!
Ayah: Hariri..Hariri.. Meh pakai pampers.
(Bangun dan keluar)
Ayah: Mana Hariri ni?! Takdak!
Ummi: Ha? Abang mana, adik?!
Ayah cepat2 keluar rumah meninjau ke perigi depan rumah.
Kebetulan kedua-dua pintu dapur terbuka semasa
kami semua lepak dalam bilik selepas mandikan putera M dan putera H.
Terjerit-jerit kami memanggil putera H.
Dada Ummi sudah berombak kuat.
Jantung berdegup selaju-lajunya.
Tinjau ke belakang rumah, tiada.
Tinjau ke jalanraya pun tiada.
Takkanlah cepat benar larinya.
Tak pernah putera H keluar tanpa memberitahu kami.
Tak pernah juga dia keluar walau pintu terbuka,
terutama ketika ayahnya ada di rumah.
Ummi masuk semula ke rumah. Ayah pun masuk juga.
Kami saling tertanya ke mana hilangnya putera H.
Putera M terpinga-pinga melihat ummi yang mula cemas.
Ummi capai tudung di para kain. Ayah jenguk seimbas belakang pintu.
Pun tiada putera H di situ.
Airmata ummi dah mula bertakung di birai mata.
Sebelum masuk ke ruang dapur, sekilas ummi menjenguk ke belakang
pintu yang telah dijenguk oleh ayah sebentar tadi.
Ummi: Allah!! Hariri...kat sini melekatnya...
Entah apa dirajukkannya, putera H elok aje melekat di belakang
pintu ke dapur.
Matanya elok melihat ikut celah pintu itu.
Pasti aje dia melihat kami terkejar-kejar dan hampir panik memanggilnya.
Entah bagaimana ayahnya tidak nampak putera H di situ.
Barangkali disebabkan putera H berbogel dan warna kulitnya
hampir sama dengan warna daun pintu.
Hampir 10 minit juga kami mencarinya.
Sudahnya kami terlewat dengan janji pergi kenduri bersama atuknya.
Lewat lebih setengah jam hingga kami hanya berselisih di jalanan sahaja.
Alahai putera H...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan