Salam Aidilfitri semua.
Tatkala ini aku sedang memandu pulang ke kg
untuk membuat persiapan menyambut aidilfitri.
Mohon ampun segala kesalahan,
kata-kata tulisan mahupun bicara...
Semoga kita semua berkesempatan bertemu
Ramadhan 1433 kelak.
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 25 Ogos 2011
Selasa, 23 Ogos 2011
Pusing-pusing, Ipoh mali...
Jumaat lepas, abang minta tolong aku bawakan puterinya
buat medical check up di Ipoh.
Dah lama tak pergi Ipoh, ingat-ingat lupa jalannya.
Tapi mujur juga untuk ke Hospital Pantai Putri,
straight je dari susur keluar highway hala ke tambun.
Macam dulu-dulu juga, Pantai putri memang sesak dengan manusia.
Kami parking jauh.
Alhamdulillah, perkhidmatan cepat dan selesa kecuali x-ray kena beratur panjang.
Harga pun reasonable.
Sampai jam 10pg, jam 12 tgh dah selesai.
Keluar dari Pantai putri, kakak minta bawakan ke Celcom.
Katanya di area Greentown Mall.
Aku pulak dah lupa jalan ke greentown.
Puas jugak fikir dan rewind kembali ingatan...
Akhirnya aku ingat juga jalannya.
Kena masuk ikut jalan Stadium...
sebelum itu, kena patah balik, lalu sebelah JJ dan pintas ke stadium.
Dari situ, terus je ke greentown.
Tapi Celcom bukan dalam greentown...
kena pulak cari jalan ke belakang greentown.
Pusing punya pusing...
"Akak, apasal ummi rasa macam masuk ke dunia lain je ni?".
"Ha'ah la...akak rasa celcom tu dok kat bucu bangunan tu je...".
"Nape takde?".
Kami sama-sama blur...
2 kali pusing, baru terperasan yang kami termasuk kawasan kedai
betul2 belakang Greentown Mall.
Keluar semula, pusing balik ke jalan besar.
Barulah nampak lambang Celcom.
Masa ni, puteri tanya, "Kalau kena bayar banyak nanti, ada duit tak?".
Malu2, perlahan je suaranya.
Hmmm...beratkan mulut dia nak panggil ummi?
Terus je aku jawab,"no worries, ok? Insyaalllah ada".
Lepas selesai dia terminated akaun Celcom, kami pergi ke Greentown Mall.
Dia minta izin nak jumpa kawan2 di KTT dulu.
Nak guna internet katanya...
Aku ok kan aje...
Oleh sebab solat jumaat, kawan2-nya lewat tiba.
Kami pusing2 tengok baju raya.
Sampai satu gerai...aku suakan baju sutera padanya.
Aku suruh dia cuba.
"Ummi belanja, ok?". Dia senyum malu2.
Baju tersarung cantik...Nampak dia berkenan.
Aku suruh dia bawa baju itu ke India.
Pakai waktu ada function...dinner ke...jamuan raya ke...
Wajahnya berbunga ceria.
Tapi masih ada malu dan serba salah.
Mungkin sebab melihat tanda harga baju tersebut.
Selesai membeli, dan dia berjumpa kawan2-nya.
Kami pulang. Banyak kisah yang dikongsi.
Banyak juga kami ketawa sepanjang perjalanan
dek sebab tersesat.
Katanya,"Kalau abang, dah tentu marah2...akak kalo sesat ni, akak
teruskan je...".
Jadinya setiap kali, aku bagitau tersilap jalan atau tak confident nak
ambil jalan mana, dia akan suruh, "teruskan je...".
Wajahnya tambah ceria apabila kutunjukkan itinerary Air Asia kepadanya.
"Akak ok ke?".
"Akak ok je...". Senyumnya meleret tapi cuba disembunyi apabila kukerling ke
wajahnya.
Alhamdulillah, inilah anugerah paling berharga kurniaan ILAHI.
Selalu kita tidak nampak hikmah apabila berlaku sesuatu yang menyongsang
arus. Masyarakat hanya nampak yang buruk sahaja...
Tapi, walau pernah berasa pahit...setitis penawar daripada sang puteri...
benar2 membahagiakan ummi....
Terima kasih kakak sebab menerima ummi seadanya...
Syukran ya ALLAH...

Isnin, 22 Ogos 2011
Potong
Hari ini selesai memotong.
hehehe...
memotong apa?
Memotong rambut putera-putera yang lincah dan
sedang tersangat nakal ni.
Nak potong rambut, kena waktu nak mandi.
Biar depa main2 air dulu...
Putera H tak banyak karenah bab potong rambut ni...
Rambutnya pun senang nak potong.
Kalau sengetpun orang tak perasan
sebab rambutnya kelinting bergulung...
Tapi putera M susah sikit.
Rambutnya lurus kejung.
Kalau senget sikit je dah boleh nampak.
Dah tu, kepala tak duk diam plak tu.
2-3 minggu sudah try nak potong rambut dia waktu mandi.
Dia marah2 bila ummi nak pegang rambut dia.
Ni pun, pagi tadi...bila rambut dia jatuh atas tangan dia..
dia mengadu "Tatit...tatit...". Entah apa yang sakitpun entah le...
Yang pastinya, dia tak selesa kepala dan rambutnya dipegang..
Selesai satu bab nak raya...heheheh

Rabu, 10 Ogos 2011
RAMADHAN - 9
Maha suci ALLAH yang mengurniakan segala sesuatu ke atas hamba-hamba-NYA.
Berbuka petang ramadhan ke-9,
cuba makan agak banyak untuk kembalikan tenaga.
Tapi gagal...
Lepas berbuka terus menggeletar satu badan.
Terpaksa bawa putera main dalam bilik sambil baring2
untuk pulihkan tenaga.
Terlena juga selepas jam 9 malam.
Jam 11, waktu menjawab panggilan abang,
ketar masih bersisa.
Abang suruh tidur je...biar tenaga cepat kembali.
Entah apalah ujian seterusnya ini.
kena buat ujian kesihatan lagikah?
Moga-moga, petang ini tidak seteruk kelmarin...

Selasa, 9 Ogos 2011
Mood raya...
Mood raya dah datang...
Tapi pose tak cukup... cemane???
Baju raya dah siap semua...
termasuk baju tidur raya...
dan cadar raya...
kuih raya 1 jenis je...
Kalo sempat nak goreng kulit popia je...
buat kudap depan tv...
tengok movie raya.
Owh! baru teringat...
tudung raya takde lagi...
sehari dua lagi le baru gi cari...

Khamis, 4 Ogos 2011
Putera H lagi...
Semenjak 2-3 minggu ni putera H selalu je buat perangai...
Kekadang lepas mandi tak nak pakai seluar.
Kalau dipakaikan juga, nanti dia akan buka sendiri.
Mula-mula aku memang marah juga dengan perangainya.
Lepas itu, aku start fikir...apa masalah anak aku ni...
Rupa-rupanya dia tak nak pakai seluar pendek...
seluar 3 suku, termasuk juga seluar panjang yang tak ade jerut kaki.
Huhuhuhu...
Jadinya di rumah kami sekarang ni, sudah ada pegawai baru...
Pegawai QC...
Setiap kali nak pakai seluar atau baju...
kena tunjuk dulu pada putera H...
Kalau geleng, tak payah pujuklah...
Kalau diam atau ada bunyi "Ahha!", tambah dengan muka tiba2 jadi
ceria...barulah boleh disarungkan ke badan En Putera H sorang ni.
Perangai sapalah diikutnya ni...?
Banyak songeh betullah. Huhuhuhu...

Rabu, 3 Ogos 2011
Demam lagi...
Start malam tadi, aku demam lagi...
Tahun ni saja dah 4 kali aku demam dalam tempoh 7 bulan.
Kira ok la tu...bukan sebulan sekali.
Selsema sebenarnya...
Tekak sakit amat.
2 minggu lepas kena tonsilitis.
Antibiotik tak sempat habis pun lagi...
Tapi tonsil dah surut bengkaknya.
Rasanya aku tak tahan minum air ais...
Selalunya bila kena tonsilitis mesti alah dengan ais.
Kelmarin terlupa pula yang tonsil aku ni masih dalam fasa nak sembuh...
Paling aku tak suka kalau kena bengkak tonsil ni...
dapat ubat kumur...Difflam nama dia...
Aku selalu aje terlupa...
akibatnya dah seminggu aku hilang deria rasa.
Kekadang dapatlah rasa masin, masam...
selebihnya payau je lidah aku ni...
Ni dah selsema semula...
nak kena minum air bebanyak le jawabnya...
huhuhu...

Isnin, 1 Ogos 2011
Ramadhan...selamat datang!
Bonda
Ramadhan datang lagi...
Alhamdulillah kami semua sihat untuk menyempurnakan
ibadah puasa pada tahun ini, insyaallah.
Ramadhan tahun ini, sudah 5 ramadhan bonda tiada bersama.
Adik rindu sangat-sangat.
Bonda
Minggu lalu rumah kami dipecah masuk pencuri.
Habis barang elektronik diambilnya termasuk
seutas rantai yang bonda belikan untuk adik sejak adik kecil2 dulu.
Adik lalai...adik lupa nak pakai rantai tu pada hari kejadian.
Hilang sudah kenangan adik dengan bonda...
Bonda
Gambar2 cucu-cucu bonda pun dah tiada lagi.
Semua gambar mereka adik simpan dalam laptop.
Video mereka masih bayi hilang sekelip mata.
Tapi bonda...
Semua itu adik boleh bina semula.
Apalah sangat dengan dunia...
Cuma adik masih trauma.
Setiap kali melangkah masuk ke rumah, lutut adik menggeletar.
rumah itu sudah tidak menenangkan hati adik setiap kali
balik kerja.
Adik bimbang cucu2 bonda diapa-apakan jika pencuri itu
masuk waktu kami berada di rumah.
Adik trauma dengan kehilangan...
Kehilangan bonda saja pun tinggalkan kesan yang
amat lama pada adik.
Bonda
Adik balik jumpa bapa sabtu lalu.
Bapa nampak lemah.
Nak buka tutup tupperware pun tak mampu.
Adik menangis dalam hati...
Adik tahu, kita semua akan berpisah juga satu hari nanti...
Tapi untuk kehilangan dalam masa terdekat ini, adik tak upaya
untuk menghadapinya lagi.
Bonda
adik nampak janji ALLAH semakin hampir.
berlegar-legar di sekitar adik.
ujian demi ujian yang melanda sepanjang tahun ini,
buat adik rasa gementar.
Adik tak pasti...
tapi adik dapat rasa adik akan kehilangan lagi tahun ini.
sama ada yang sakit atau yang sihat...
atau adik sendiri barangkali.
Bonda
kalau Ramadhan tahun ini bonda pulang menjenguk kami...
Bonda datanglah ke rumah adik...
datanglah dalam mimpi adik...
Adik rindu nak peluk dan cium bonda.
Adik rindukan bonda...amat-amat...

Langgan:
Catatan (Atom)