Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 20 Julai 2011

Anak-anakku...

Pagi kelmarin dan malam tadi, bila duduk je di sofa mengadap tv
mesti ada bau hancing.
Malam tadi paling kuat baunya...naik perit hidung.
Bau air kencing yang dah kering.
Naik pening kepala dibuatnya...

Lepas putera H dan putera M tidur malam tadi...
operasi mengemop pun dijalankan.
Entah bila la anak bertuah 2 orang ni kencing kat tepi tv ni.
Kalau putera H terkencing, biasanya dia akan bising2 bagitau ummi.
Kalau di nampak putera M kencing pun dia akan bagitau juga.
Tapi, ni mesti putera M yang terkencing dan putera H tak tahu.
Ummi lagi la tak tahu.
Sedar2 ada bau je...

Bila dah mop dan lap semua kabinet tv, stool, tepi dan bawah sofa...
barulah lega hidung ni.
Mujur juga sofa jenis kulit, kalau kain...alamat hapak le baunye.

Dalam kereta pun, 2 minggu lepas putera H tabur susu hampir setengah tin
di tempat duduk belakang.
Ummi nyaris je tak dressing cam tarzan.
Tapi suara memang high pitch hampir juga vocal abuse.
Memang geram sangat2.
Mujur lagi kerusi kulit...bolehlah dilap walaupun tak 100% bersih.
Rupanya celah2 kerusi dalam kereta, sangat susah untuk dibersihkan.
Huhuhu...

Apapun, itulah anak-anakku...




Putera's @ PD_Mei 2011


4 ulasan:

  1. Salam PutriLay,

    Dah besar yer anak2 tu. Semoga sihat dan bahagia slalu.

    BalasPadam
  2. wow! foto eksklusif nih! :D

    rasanya ahkak tak merasa lg duduk atas sofa kulit tu..hiks..

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam Kak hanim,
    Alhamdulillah, dah besar dan banyak akal kedua-duanya.
    Selalu buat umminya ketawa dan rindu
    walau hanya sekejap tak jumpa.
    Kadang-kadang buat umminya nangis juga
    sebab buat perkara di luar dugaan.
    huhuhu

    BalasPadam
  4. Sis intan,

    Yup! eeksklusif untuk akak2 dan kawan2 yang selalu
    singgah ke blog ni...

    Nak duduk atas sofa kulit??
    moh le ke new castle...
    hehehe

    BalasPadam