Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Julai 2011

In a cottage...

In a cottage in a wood...
Lagu ni lagu zaman sekolah rendah dulu...
Selalu aje terngiang-ngiang di telinga tatkala terkenang
zaman dulukala.
Dulu nyanyi siap dengan gerak tangan lagi...
Tapi sekarang cuma ingat sikit aje rangkap lagu dan gerakan tangan.

Sebenarnya bukanlah pasal lagu yang nak diceritakan...
Tapi tentang hasrat dan impian kami suami isteri untuk membina
sebuah cottage aka villa...
Kalau aku sebut villa...nanti orang ingat kami nak bina banglo.
Sedangkan abang pun ketawa bila aku sebut villa padanya...
tambah pula along yang juga turut tergelak bila dengar villa...
Hakikatnya, hanya sebuah cottage untuk kami singgah waktu cuti di kampung.

Insyaallah, besar harapan kami mudah-mudahan semuanya siap sebelum Aidilfitri nanti.
Cuma beberapa ujian besar yang melanda keluarga kami sejak awal Jun lalu
menyebabkan beberapa perubahan dilakukan.
Tanah sudaj siap dibersihkan, beberapa barang sudahpun ditempah oleh kontraktor.
Jika tiada aral...Insyaallah semuanya akan dimulakan minggu hadapan.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan yang lemah...
walau sering aku ingatkan diri supaya bersederhana...
tapi aku tetap juga mengumpul maklumat dan gambar dalaman rumah
yang cantik dan moden...
Seringkali juga abang mengingatkan...kita buat kecik je, takut tak cukup nak
beli barang dalaman...
Neway, mudah-mudahan ada kesabaran dalam memilih barang nanti...
jangan sampai over budget dan berlebih-lebihan serta membazir.

Villa ini akan menjadi pusaka buat kedua putera kelak.
Semoga mereka akan ingat kampung halaman sendiri.
Teringin nak letak nama untuk villa ini...
Ada sesiapa nak beri cadangan?
Villa ...

Dipersilakan.

3 ulasan:

  1. Salam Lady,

    Vila pada kita. Biarlah orang lain tak panggil itu 'villa'.

    Kebahagian tidak bermakna di rumah yang besar sahaja.

    BalasPadam
  2. ahkak tak reti bagi nama...errr..."vila purnama" ok tak?
    cuaca dah ok? :P

    BalasPadam
  3. Salam kak ani...
    hehehe betul tu...
    Tapi kekadang nafsu nafsi ni susah nak kawal..
    Barang cantik banyak sangat...huhuhu...

    sis...
    sedap gak "Villa Purnama"...
    ada memori indah pada nama tu...
    hehehe macam nama blog ni juga.
    Cuaca...
    kena tanya jabatan kaji cuaca le...
    huhuhu...

    BalasPadam