Pertengahan April 2011 yang lalu, genap usiaku setahun.
Beberapa minggu sebelum itu...
Ummi setiap hari sibuk bekerja dan hampir saban petang keletihan
setelah pulang dari pejabat.
Sehinggalah 2 minggu sebelum harijadiku yang pertama...
ummi kelihatan kurang sihat.
Abang H pun sama...demam.
Apabila ayah pulang hujung minggu itu, ayah bawa abang H pulang ke Grik.
Aku tinggal berdua dengan ummi...ummi pun demam selepas abang H dan ayah pulang.
Setiap malam ketika abang H tiada, ummi akan bermain denganku sebelum tidur.
Setiap malam selepas aku lena, aku akan terbau lemak manis bau kek yang ummi bakar.
Tetapi dek keletihan bermain, aku tidak mampu untuk membuka mata dan melihat apa yang ummi buat sendirian di dapur.
Hujung minggu itu, ummi kelihatan semakin sihat.
Kami pulang ke kampung untuk mengambil abang H.
Kereta penuh dengan barang...
Tapi ummi letak aku di tempat duduk hadapan bersama dengannya.
Hari jumaat, 8 April 2011...aku dan abang H ditinggalkan di rumah Mak Lang.
Mak lang pakaikan kami baju cantik...kemeja batik biru.
Petang itu, baru ummi dan ayah datang.
Bawa banyak makanan ke rumah Mak Lang.
Ramai orang lelaki berkopiah ikut ayah datang ke rumah Mak lang petang itu.
Baca doa dan makan kueh, bihun dan kek yang ummi masak.
Selepas seminggu kami balik ke New Castle...
Kami balik ke rumah atuk di KK.
Atuk kasi duit...
Abah yeop pun kasi duit dan biskut...
Kami sambut harijadiku dengan dinner keluarga sebanyak 2 malam berturut-turut.
Makan nasi goreng USA yang tukar nama dengan nasi goreng Ladna...
huhuhu...
Selang seminggu selepas itu...
Kelmarin, ummi bawa kek dalam pinggan besar ke Taska.
Kek bersalut coklat dan ditaburi coklat berwarna-warni...
Ummi juga bawa hadiah untuk ticer...beserta poem...
TICER
YOU LIKE UMMI
LIKE SUN
LIKE FLOWER
LIKE WATER
LIKE MILK
TICER
YOU PAMPER ME
MAKE MY DAY BRIGHT
ALWAYS SMILE TO ME
COOL EVEN I'M NOTTY
RAISE ME UP WITH FULL CREAM OF LOVE
TICER
ON MY BIRTHDAY...
I WANT YOU TO KNOW...
I OWE YOU
AND I LOVE YOU HERE AFTER
MAY ALLAH BLESS YOU FOREVER!
Ummi bagitau ayah...
poem ni aku yang buat...
Jadi kat bawah kad itu tertulis namaku...
Aminin Muhaimin Anaqi...
*SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEHIN DAN CEMERLANG DUNIA AKHIRAT, SAYANG...
Assalamualaikum Lady,
BalasPadamHappy birthday Aminin Muhaimin Anaqi. Semoga sihat selalu di samping ummi dan ayah.
Waalaikumussalam kak ani...
BalasPadamTerima kasih.
Begini rasanya mak kita dulu agaknye ye...?
sob..sob..sob..