Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 22 Mac 2010

Mari terbang bersama...

Bapa dan mama dah selamat sampai ke Tanah Suci Madinah...
Alhamdulillah akhirnya terbuka jalan untuk mereka ke sana.
Terasa rindu pula hati ini sementelah sebelum mereka berangkat, hampir saban hari kami berbual.
Terasa sepi dan keseorangan...
Teringatkan Bonda...
Memang aku sendiri rupanya...

Dalam hidup ini...
seringkali bila kita berbuat baik dengan orang
sudah pasti saja orang akan suka dan lebih beruntung lagi kita disanjung.

Tetapi,
dunia hari ini materialistik...dan tidak realistik.
Materialistik sebab...
kita akan diukur menerusi kebendaan.
Kita akan dikatakan mewah dan senang jika kita ada...
jawatan tinggi...kereta dan rumah besar dan baru, pakaian kita cantik...
rumah kita lengkap dengan semua keperluan... kerja dalam pejabat...
ada aircond, ada pc, 'kerja mudah',dan ada gelaran.

Kita akan dikategorikan kaya dan senang jika semua perkara itu ada.
Sedang hakikatnya, semua yang ada itu, bukan mudah untuk kita dapati
dan hakikatnya juga, kerja pejabat bukan jaminan hidup senang...
dalam erti kata lain, banyak duit.
Juga kerja yang disangka mudah sebab duduk dalam pejabat berhawa dingin
bukanlah semudah yang disangka...

Justeru, aku mengklasifikasikan manusia hari ini...
di tengah-tengah kepesatan dunia...
di tengah-tengah kemajuan manusia...
masih ada golongan yang tidak realistik.
sebab...
mereka tidak dapat membuat perbezaan sebaliknya membuat perbandingan
mereka tidak dapat menilai situasi sebaliknya memberi justifikasi sendiri
mereka hidup dalam kelompok yang tertutup dan berasa diri mereka sahaja
yang betul dan sempurna..
Mereka menilai orang lain berdasarkan nilaian kelompok mereka
mereka tidak boleh menerima perubahan dan enggan berkompromi dengan
sesuatu yang baru...malah enggan juga beradaptasi dengan dunia luar.

Dan semua ini menjadikan aku sangat letih.
Letih sebab ia membuatkan otak aku bekerja lebih keras...
berfikir mengapa dan bagaimana manusia begini masih wujud pada hari ini.
berfikir cara yang terbaik untuk mengekalkan daya tahan gegendang telinga
serta mengawal suhu didih darahku.
Supaya aku tidak tertinggi nada suara atau melawan kata...
walaupun sebenarnya aku sudahpun beberapa kali terlepas laku dan kata.
Sedang hakikatnya, aku tidak berniat begitu...

Tetapi berhadapan dengan manusi begini...atau dalam erti kata lain ...
tidak 'educated' membuatkan tahap didih darahku
sentiasa di paras berjaga-jaga dan adakalanya jadi bahaya!

2 ulasan:

  1. Sori dik, emosi akak agak terganggu 3-4 hari ni dek kerana kapasiti otak yg rendah dan masih tak berubah. Sori tak jwb call, xde mood. Doakan moga mood akak akan kembali pulih mcm biasa.

    Tp rasa mcm nak bagi pelempang kat orang la..huhu..sib baik vitamin S msh byk dlm tubuh akak ni, klu tak lama dh muka akak msuk metro versi pantai timur :P

    BalasPadam
  2. Insyaallah kak...
    orang pun takde mood 2-3 hari ni...

    Kalo nak masuk metro versi pantai timur...setakat lempang je tak cukup kak...
    kasi dasat sikit lagi...huhuhu...

    BalasPadam