Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 24 Januari 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat adik Aiman.
2 Jun 2009-24 Januari 2010.

Aiman menghidap Hidrocephalus.
Lahir 2 hari selepas Putera.
Sama-sama menghuni Wad 1 Timur Belakang
di HUSM.
Berkongsi suka-duka hari-hari terawal kelahiran ke dunia.

Mendengar 'lecture' kurang adab seorang dr neurosains yang
mengendalikan pasangan ini ketika mula-mula di masukkan ke wad.
Tanpa sedar airmata mengalir bila menyedari realiti yang bakal didepani mereka
walau hanya mendengar dari sebalik tirai.

Semoga Yan dan suami tabah menghadapi ujian ini.
Tentunya adik Aiman akan menanti di pintu syurga!

Wallahu'a'lam....

Al-Fatihah.

Isnin, 18 Januari 2010

Macam-macam...

Dah lama tak update blog ni.
Pagi ni nak curi sikit masa untuk menulis di sini.
Kalau nak tunggu ada masa memang tak akan ada...sebab masa makin suntuk.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang.

Y

Tak sempat nak snap gambar...abang dah ambil kamera.
Nak bawa pegi camping katanya.

Terima kasih pada Kak Cik yang jauh nun di utara...

'because I send it with all my love' N 'sealed with a kiss'...

yang sungguh mengharukan jiwa...membuatkan airmata tak tertahan
lalu terhambur...huhuhu...

Maka dapatlah aku menikmati rezeki kurniaan ILAHI ini...

BISKUT Y!

Biskut yang penuh nostalgia zaman kanak-kanak...

hari raya...rumah opah...allahyarhamah Mak Yang...
sungai perak...sampan...'kongsi' (baca: jeti tepi sungai)...
panjut...pokok jambu air depan rumah...dapur kayu...para buang di dapur...
dan ... segalanya tentang kampung dan insan-insan yang dirindui...

Walaupun rasanya tak 100% sama...tapi cukuplah untuk lepaskan rasa ni.
Alhamdulillah...
Terima kasih sekali lagi buat kak Cik...

Sahabat

Alhamdulillah...
akhirnya masin juga mulut kami di sini.
Gembira dan tak sabar rasanya nak berkongsi saat bahagia
seorang sahabat merangkap bos.

Sekian lama ... bos no.2 makan garam...kali ni baru betul-betul masin.
hehehe...

Sahabat aku ni bos no.3 aka bos di atas aku.
Demi saat bahagianya, aku siap pesan jangan libatkan prestasi aku.
kekeke...

Aku tahu pahit getir yang dilaluinya.
Kesedihan dan airmata yang menemani hidupnya.
ALLAH MAHA KAYA...penuh rahsia...
Akhirnya, hijab terbuka...

Sahabatku ini, yang pernah berkongsi kisah dukaku..
yang setia mendengar keluhanku dulu...
Yang sering juga mengingatkan aku pada-NYA...
kemudian, bertukar kisah...
aku pula menjadi antara teman yang setia mendengar
keluh-kesah dan kesedihannya...
meletakkan kotak tisu di depannya tiap kali dia bercerita...

Telah sampai jodohnya kini.
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan selamat.
Dan saban hari...meniti saat bahaginya, bos aku ni asik tersenyum
dan wajah merona merah...walaupun seminggu yang lalu...
aku rasa nak piat aje telinganya sebab cepat sangat nak menolak jodoh ini.
Lelaki itu 'sengal' katanya...
adeh... manakan tak sengal...
akupun akan jadi sengal kalau baru nak berkenalan sudah diasak beribu soalan cepumas.
Siap ada senarai lagi... dan jawapan mesti menepati...
huh...

Sekali lagi, aku terpaksa tahan telinga dengar cerita dia yang ala-ala 'tonton movie' itu.
hehehe...
dan hari ini...dia ajak aku pegi kedai kain lagi macam semalam...
so, kalau dia rosakkan prestasi aku hujung tahun nanti...
siaplah dia!

owh! dah lewat. terpaksa berhenti di sini.
Nak pegi klinik...
ada appointment.

Isnin, 4 Januari 2010

1431 / 2010...welcome!

SALAM MAAL HIJRAH...
SELAMAT TAHUN BARU...


Sekian lama tidak menjenguk ke sini...
baru petang ini ada sedikit kelapangan.

Mana tidaknya...
2 minggu di luar KB penuh dengan pelbagai aktiviti
yang tidak mengizinkan langsung aku menziarah sedara-mara.
Sementelah pula perut yang semakin memboyot ini...
amat meletihkan jika malam menjelma.

Apapun, kemaafan dipinta daripada keluarga di KL yang tidak sempat
diziarahi. Walau hanya terpisah dek beberapa batang jalanraya lebar...

KUALA LUMPUR, AKU DATANG...

Berada di KL selama 5 hari memang padat dengan aktiviti minda.
Mendengar syarahan umum dan menghadiri bengkel...
membuakkan semangat untuk aku melanjutkan pengajian.

Terimbau kata-kata Bonda dulu...

"Cukup-cukuplah belajar tu...dulu kecik-kecik mak
suruh pegi sekolah, siap main tarik-tarik kat pintu bas...sekarang dah besar dah tak henti-henti belajar pulak...".

Bonda...
Adik tersangat rindu...

Ke mana hati nak kuletakkan untuk menahan rindu yang makin
membengkak ini?
Beberapa malam yang lalu, aku tersedar saat terluah panggilan bonda daripada
bibir... Kala kutoleh ke sebelah...kulihat putera dan ayahnya yang sedang lena.

Kuala Lumpur yang sesak...
Sama sekali tidak memadamkan ingatanku terhadap bonda.
dan aku mencari peluang menziarah bapa...
Rindu amat...

PENGESAHAN

Kalau dulu aku juga pernah berbuat sesuatu tanpa usul periksa.
Namun, pertambahan usia menjadikan aku semakin dewasa.
Setiap perkara yang ingin aku lakukan, sebut atau apa saja...
akan terlebih dahulu aku selidiki.

Tidak banyak...sedikit pun jadi agar tidak menjadi fitnah.
Walau untuk bercerita dengan abang...aku akan mendapatkan kepastian terlebih dahulu
barulah kukhabarkan kepadanya.
Jika tidak, memadailah sekadar bercerita dan diakhiri dengan kemaafan andai
tersilap perkhabaran.
Bukan memuji diri atau meletakkan diri hebat atau sebagainya...
tetapi pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati.

Namun, masih ada juga yang cepat benar memberi perkhabaran walau
tanpa kepastian yang boleh dicari dan diuji.
Apa matlamatnya? aku sendiri kurang pasti.

Tapi, bagi pihak diriku sendiri...
sengaja aku cepat-cepat sebarkan.
Mengapa?
Sebab mengikut pengalaman lalu, berita yang tersebar bukanlah berita
yang boleh digunapakai 100%.
Selalunya tidak benar sama sekali atau mungkin benar tetapi tidak akan jadi.

Keh! terasa jahatnya hati nan seketul ini.

PENGERTIAN

Di sebalik kepadatan hari kala berbengkel...
ALLAH swt memberi aku kesempatan menyelami naluri dan menyusuri
pengalaman seorang ibu.
Bukan sembarangan ibu...

Barangkali 'dia (1)' juga berperasaan begitu...sama seperti apa yang kurasa tika itu.
Aku cuba mencari pengertian disebalik segala yang ALLAH swt tunjukkan itu...
mencari yang tersurat dan tersirat.

Dari satu sudut pandangan...aku mengerti dan dapat menyelami kepayahan 'dia' menjadi seorang 'ibu'.
Dari satu sudut pandangan lain pula, aku sendiri berperang dengan perasaan sendiri.

Akibat 'peperangan dalaman' yang hebat itu...abang ternyata menaruh wasangka padaku.
Betapa sukarnya menjadi seorang 'ibu'.

Aku tahu kini...sejauhmana pun cuba untuk menjadi yang terbaik...
tetapi atas tiket 'ibu...', akan sentiasa ada curiga dan wasangka.
Mungkin tidak lama...atau mungkin hingga bila-bila.

Mudah-mudahan ALLAH swt bukakan jalan yang terbaik buatku.

SUDAH SAMPAI ?

Barangkali sudah tiba masanya ALLAH swt menunjukkan segalanya.
"cash & carry"...itu istilah yang selalu kugunapakai untuk kondisi begini...

Barangkali juga sekadar ujian ALLAH swt untuk menguji hatiku...keikhlasanku dan
bukan untuk 'dia (2)'.

Tapi jika apa yang ALLAH swt berikan ini adalah untuk 'dia'...
Maha Suci-Mu ya ALLAH...
sebab yang menerima 'cash' ialah 'dia' tetapi yang 'carry' ialah
insan yang tidak mengerti apa-apa.

Hal sebeginilah yang paling aku takuti.
Dek perbuatan sendiri, yang menerima musibah mahupun ujian adalah
darah daging yang tidak berdosa.
Na'uzubillah...

Apapun, terasa minggu awal tahun hijrah kali ini dan penutup tirai 2009...
merupakan sesi muhasabah buat diriku.
Mencari dan meneliti kekurangan diri...
Membina dan mendidik hati yang lebih ikhlas...

Mudah-mudahan ALLAH swt memberikan jalan serta penyudah
yang terbaik atas segalanya ini.