Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 5 November 2009

Yey!!

Yey!! Kelantan cuti hari ahad. Alhamdulillah...

Hari ni, pagi-pagi aku kena menatap pelbagai rupa wajah manusia.
Walau perlbagai tetapi kesemuanya mempamerkan ekspresi wajah yang sama.
STRESS!!

Hehe..sian aku tengok. Zaman dulu...waktu aku macam depa, akupun tunjuk ekspresi
wajah yang sama juga. Itu dulu...
Sekarang aku rileks-rileks jalan tepi depa sambil intai-intai hasil tulisan depa.
Biar depa tambah STRESS. kekeke...jahatnya aku.
Kat luar, hujan musim tengkujuh dah bermula...
angin pun sama kuat dengan curahan hujan membuatkan mata makin mudah kuyu.
hee...

Sambil lepak dan sekali-sekala jalan pusing-pusing...sambil pula Cik L aku ni menggodek-godek kepingan cili degil yang terselit celah gigi-gusi aku ni. Ni yang buat aku menyampah. Nasi lemak sedap, sambal sedap, telur rebus pun sedap...tapi cili kisar dia hampeh! Tak hancur menyebabkan Cik L aku terpaksa pula buat kerja tambahan lepas makan pagi yang disediakan. Dah kumur pun masih ada juga kat situ. Bohsan! Dan depa-depa yang berwajah STRESS itupun asik menjeling-jeling dan menjenguk-jenguk aku yang tersadai kenyang sambil menggodek kepingan cili degil melekat celah gigi-gusi dengan ekspresi wajah yang juga separa STRESS.

Tapi 2 jam lepas itu,aku dah terlupa pasal kepingan cili degil celah gigi-gusi aku. Bila depa yang berwajah STRESS mulai LEGA, aku pula yang STRESS. Kira kertas...kira...kira...tiba part kursus orang lain...mak aii...satu kertas hilang.
Satu hal pulak kira berkali-kali...STRESS. Kendian, buka semula sampul...belekbelek...cari-cari...godek-godek...terjumpa la hamba ALLAH tu...LEGA...

Tambah LEGA...bila keluar dari tempat itu, hujan dah sidang...masuk ofis dan dapat emel berbunyi seperti di bawah:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa 08 November 2009 (Ahad), diisytiharkan sebagai Cuti Am Peristiwa bagi staf _______________. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Cik Siti We Kembe.



Harap maklum dan sekian terima kasih.


Yeyy!!!

1 ulasan:

  1. Apsal tiba2 jek JPP bg cuti? Air sg kelate dah naik ek..hehe. HQ akak br suruh akak wat audit kat kelate awal bln 12...akak igt nak naik flight la gi sana...

    (jgn lupa amik akak kat airport) :P

    BalasPadam