Lama juga tak update blog ni ye..
hehe...hujung tahun macam ni kena pula dengan audit ISO 2 minggu lagi...
memang agak sibuk juga.
Banyak n3 tertangguh yang tak masuk di sini.
Tengoklah minggu depan kalau sempat...insyaallah.
Hari ni cuma nak cerita karenah manusia.
Aku rasa aku sangat menjaga tingkahlaku dan tutur kata...
tapi kelmarin, aku rasa ada orang salah faham dengan aku.
Dan orang ini bukan orang pertama.
Jumpa di luar DU, bersarapan bersama, kebetulan hanya berdua denganku.
Tanpa mukaddimah, tiba-tiba berbicara tentang fitnah jika 2 lelaki dan perempuan
duduk bersama.
P : I ni kan...walaupun berfikiran liberal...tapi I sangat menjaga...bimbang difitnah.
Aku: (angguk2 sambil kunyah nasi lemak yang sedap)
P : I tak buat discussion di bilik. Kalau ada yang nak jumpa...I jumpa di tempat terbuka.
I buat di lobi. I jaga sangat takut timbul fitnah. Tambah pula I bujang di sini.
Aku: Err...ye..ye..betul.
P : Tengok...I kalau berdua aje dengan U, I tak melawak. Takut fitnah. Kalau ramai-ramai
baru I buat lawak.
Aku: Emm...(angguk sambil hirup teh panas dan terfikir, apehal orang tua ni?).
P : Sorang ni...kena jaga...bahaya fitnah...I jumpa orang kat luar aje. Lain le kalau terang-
terang bawa orang (perempuan) masuk rumah.
Aku : (angguk lagi) Betul tu P...Saya ni lagi kena jaga, suami PJJ...mujur ada anak dah.
P : Lelaki bujang dengan perempuan bujang...lebih teruk perempuan yang bujang...
Aku: Betul... Err...Minta maaf P...minta diri dulu...(dalam hati: takut fitnah...)
P : Husband U jarang balik ke? (apa motif soalan ni?)
Aku: Dia balik every weekend...
P : Ooo...
Err...aku rasa dia ni mungkin salah faham. Ingat aku PJJ...desperado sangat ke?
Eskiusmi... P...
I ada tanggungjawab dan kepercayaan daripada seorang suami yang terpikul di bahu.
Keluar bekerja atas izin suami...keluar untuk urusan lain-lain juga dengan izin dan pengetahuan suami.
Apehal cakap pasal fitnah tetiba?
Seingat aku, aku pergi bilik dia ni 2 kali. Semuanya atas urusan kerja.
Entah le...aku tak teringat perkara lain. Aku cuma rasa dia salah faham dengan aku.
Selama ni aku hormat dia sebab dia P dan dia lebih kurang baya bapa.
Tapi lepas ni...malas le...nanti dia silap faham lagi...
kut-kut ingat aku jauh daripada suami...sengaja melengeh dengan lelaki lain pulak.
na'uzubillah...
Ini bukan kali pertama.
Ramai lagi yang silap faham.
Pernah juga ada yang ingat aku kawan dengan abang, maka aku juga berminat dengan suami mereka.
sekali lagi eskiusmi my dear...
kalau aku berminat dengan semua suami orang...dah lama aku jadi tak elok.
Aku dengan abang adalah jodoh daripada ALLAH...
Dia adalah jawapan bagi soalan yang aku tanya kepada ALLAH di rumah-NYA.
Soalan yang aku tanya dan aku debatkan dalam perbualan dengan-NYA 5 tahun lalu.
Pro dan kontra...sebab dan akibat...baik dan buruk...kenapa dan bagaimana...
Tapi kalau ada yang mengata itu ini, begitu dan begini tentang aku atau kami...
Terpulang...
Lagipun aku tak perlu jelaskan bagaimana, kenapa, sejak bila, atau apa-apa
sajalah berkaitan hubungan aku dan abang dulu.
Sampai hari inipun, tak perlu aku cerita perihal rumahtangga kami pada orang.
Cukup aku katakan, jodoh yang ALLAH tentukan untukku adalah yang terbaik
dan sesuai dengan diri serta kemampuanku.
Dan paling penting...SYUKRAN YA ALLAH...
YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
P/s: Emm...tengok!! P punya pasal le ni...aku dah jadi over sensitip.
Hilang mood aku tau tak? mencik!!
Jumlah Paparan Halaman
Selasa, 17 November 2009
Jumaat, 6 November 2009
Mencik!
Aku mencik betul la...
serba tak kena aku dibuatnya..
setiap hari aku teringatkan dia.
setiap hari juga aku terkenang-kenangkan dia.
Aku mencik bila hal ini terjadi padaku...
tapi aku terpaksa harungi jua.
Sangat tidak patut.
Kenapa aku jadi begini?
kenapa bukan orang lain?
kenapa perlu aku mengingatinya?
kenapa juga aku harus menitiskan airmata kerananya?
kenapa? kenapa?? kenapa???
Sampai hatinya buat airmataku luruh.
Dibiarkannya aku teresak-esak sendirian.
sungguh sampai hatinya...
Aku mencik...aku mencik...
aku mencik kau....!!!
Khamis, 5 November 2009
Yey!!
Yey!! Kelantan cuti hari ahad. Alhamdulillah...
Hari ni, pagi-pagi aku kena menatap pelbagai rupa wajah manusia.
Walau perlbagai tetapi kesemuanya mempamerkan ekspresi wajah yang sama.
STRESS!!
Hehe..sian aku tengok. Zaman dulu...waktu aku macam depa, akupun tunjuk ekspresi
wajah yang sama juga. Itu dulu...
Sekarang aku rileks-rileks jalan tepi depa sambil intai-intai hasil tulisan depa.
Biar depa tambah STRESS. kekeke...jahatnya aku.
Kat luar, hujan musim tengkujuh dah bermula...
angin pun sama kuat dengan curahan hujan membuatkan mata makin mudah kuyu.
hee...
Sambil lepak dan sekali-sekala jalan pusing-pusing...sambil pula Cik L aku ni menggodek-godek kepingan cili degil yang terselit celah gigi-gusi aku ni. Ni yang buat aku menyampah. Nasi lemak sedap, sambal sedap, telur rebus pun sedap...tapi cili kisar dia hampeh! Tak hancur menyebabkan Cik L aku terpaksa pula buat kerja tambahan lepas makan pagi yang disediakan. Dah kumur pun masih ada juga kat situ. Bohsan! Dan depa-depa yang berwajah STRESS itupun asik menjeling-jeling dan menjenguk-jenguk aku yang tersadai kenyang sambil menggodek kepingan cili degil melekat celah gigi-gusi dengan ekspresi wajah yang juga separa STRESS.
Tapi 2 jam lepas itu,aku dah terlupa pasal kepingan cili degil celah gigi-gusi aku. Bila depa yang berwajah STRESS mulai LEGA, aku pula yang STRESS. Kira kertas...kira...kira...tiba part kursus orang lain...mak aii...satu kertas hilang.
Satu hal pulak kira berkali-kali...STRESS. Kendian, buka semula sampul...belekbelek...cari-cari...godek-godek...terjumpa la hamba ALLAH tu...LEGA...
Tambah LEGA...bila keluar dari tempat itu, hujan dah sidang...masuk ofis dan dapat emel berbunyi seperti di bawah:
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa 08 November 2009 (Ahad), diisytiharkan sebagai Cuti Am Peristiwa bagi staf _______________. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Cik Siti We Kembe.
Harap maklum dan sekian terima kasih.
Yeyy!!!

Isnin, 2 November 2009
Pentoi
Peristiwa 1
Abah: Owh! oit..! La apasal duduk belakang abah?
Tak nampak la...
Cu: Uuu...siannya ji'ah ni...ji'ah ni pentoi tau tak?
lain kali jangan dok belakang orang, tak nampak...
Pentoi 1 gigit jari.
Peristiwa 2
Umi: Umi suka la adik pakai baju ni...
Ayah: pasal ape? sian dia...
Umi: Umi suke tengok... adik cam pentoi je...
Ayah: Ooo...
Pentoi 2 minta dukung.
Peristiwa 3
Umi: Tinggi la bang...
Ayah: Ha??
Umi: Tinggi...abang nampak pentoi je...
Ayah: Ooo...abang pun pentoi jugak?
;P

Ahad, 1 November 2009
Pergi tak kembali
BELASUNGKAWA OPAH YAH
Malam jumaat, selepas abang pulang aku teringatkan Bonda.
Ingat yang terlalu. Entah mengapa...
Jam 1.30pg aku bangun menyusukan putera.Putera demam kuat.
Suhu badannya naik mendadak.
Cepat-cepat kepalanya kujeram air sejuk.
Jam 2.30pg barulah suhu badannya turun. Mujur saja putera tidak meragam.
Sukar kulelapkan mata selepas itu. Sekejap-sekejap aku merasa kepala putera.
Bimbang suhunya naik semula.
Jam 5pg barulah aku rasa mengantuk amat. Terjaga jam 7pg mungkin dek deringan telefon. Rupa-rupanya sepupuku dari Kota Lumpur menelefon. Cepat saja rasa hatiku menangkap...pasti ada berita buruk. Lazim panggilan awal pagi begitu mengkhabarkan berita yang kurang enak didengar.Benar sangkaanku...
Al- Fatihah buat Opah Yah, salah seorang adik kepada Allahyarhamah Opahku...
Terkenang pertemuan terakhir di Aidilfitri lalu.
Nampak benar uzurnya. Kami menunggu lama untuk bertemu dengannya sewaktu menziarahi beliau ketika itu.
banyak juga yang kami bualkan...termasuk pesanannya kepada kami agar menjaga rumahtangga dan zuriat baik-baik. Katanya...tak tahulah boleh berjumpa lagikah kita selepas ini. Rupanya memang itulah kali terakhir kami bertemu. Seolah masih terasa hangat pelukan dan lembut pujukannya. Al-Fatihah.
Aku rasa semakin ramai ahli keluarga yang pergi...Tua muda tak kira umur.
Sementelah pula dilahirkan dalam keluarga yang ramai generasi lama...
Al-Fatihah untuk kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.

Langgan:
Catatan (Atom)